You are on page 1of 4

Nota ulangkaji PKB 3108 Strategi penyelesaian masalah 1.

Permudahkan masalah - wujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya memperolehi jawapan. 2. Melukis gambarajah - Melalui lukisan gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara teratur. 3. Memodelkan / menjalankan simulasi / melakonkan - Dengan menggunakan model konkrit penyelesaian masalah dapat dihayati dengan jelas dan mudah. 4. Mengenalpasti pola - Pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru yang wujud dalam bentuk gambar atau nombor. 5. Menyenaraikan / menjadualkan secara sistematik - Jadual yang dibina mestilah teratur dan tersusun supaya maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh digunakan. 6. Cuba jaya. - Tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian 7. Pembalikan - Pembalikan antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pola, persamaan dan lain-lain 8. Menaakul secara mantik - Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada beberapa bahagian2 tertentu. Bahagian-bahagian kecil yang telah diselesaikan akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut 9. Menggunakan kaedah algebra - Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut Senaraikan strategi untuk mengajar penyelesaian masalah kepada murid bermasalah pembelajaran. 1. Mencari jalan jika tiada cara yang diketahui sebelumnya 2. Mencari jalan keluar dari kesulitan 3. Mencari jalan melepasi halangan 4. Mencapai matlamat yang diinginkan dengan cara yang tepat. Komponen penyelesaian masalah: 1. Mengkaji masalah dan mengenalpasti sumber masalah 2. Menyusun maklumat berkaitan dengan masalah 3. Membina strategi tindakan bagi menyelesaikan masalah 4. Memilih dan mengaplikasi kemahiran perkiraan yang betul 5. Menilai jawapan yang betul dan munasabah. 3 Persoalan yang boleh membantu anda untuk memahami masalah: 1. Adakah anda memahami semua maksud perkataan? 2. Bolehkan anda menyatakan kembali masalah dalam perkataan anda sendiri? 3. Apa yang anda cuba cari dan lakukan? 4. Maklumat apa yang anda perolehi dari permasalahan tersebut? 5. Apakah yang tidak diketahui? 6. Apa maklumat: jika ada, hilang @ tidak diperlukan?

Proses penyelesaian masalah menurut Model Polya

1. Langkah 1 : Memahami dan mentafsir masalah - Soalan untuk membantu memahami masalah: i. Adakah anda memahami semua perkataan? ii. Bolehkah anda menyatakan kembali masalah dalam ayat2 anda sendiri? iii. Apa yang tidak ketahui? iv. Maklumat apa, jika ada, hilang @ tidak diperlukan? 2. Langkah 2 : Rancangan - Apa hubungan antara data dan unsur yang tidak diketahui? - Apakah masalah ini mirip dengan masalah lain yang telah anda selesaikan? 3. Langkah 3: Melaksanakan Rancangan - Guna strategi yang telah anda pilih dalam menyelesaikan masalah - Semak setiap langkah dalam perancangan - Pastikan bahawa langkah-langkah yang diambil betul 4. Langkah 4 : Mengimbas kembali - Baca semula soalan - Adakah anda menjawab soalan yang dinyatakan? - Adakah jawapan anda benar? - Apakah jawapan anda logik akal?

5 soalan / arahan Newman 1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu? 2. Beritahu cikgu, apa soalan itu mahu awak lakukan? 3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan? 4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu dan bercakap kuat semasa membuatnya supaya cikgu faham bagaimana awak berfikir? 5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar? Tujuan Kemahiran Metematik Berfungsi. 1. Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya, pembelajaran dan kehidupan. 2. Menangani masalah kemahiran yang terpisah. 3. Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan 4. Menjadikan kehidupan pelajar lebih bermakna semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan. 5. Melahirkan individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik dalam komuniti, kehidupan harian dan kerjaya. Kemahiran matematik berfungsi dalam kehidupan: 1. Mengurus kewangan keluarga- menyediakan belanjawan 2. Mengurus rumahtangga mengira peebelanjaan rumah 3. Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul- memahami arahan secara lisan dan tulisan 4. Membeli dan menyediakan makanan merancang bagi menyediakan makanan berkhasiat 5. Membeli dan menjaga pakaian- merancang perbelanjaan untuk pakaian dan menggunakan mesin basuh 6. Keyakinan diri menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri 7. Bergaul dengan komuniti membuat perancangan perjalanan 8. Kemahiran menyelesaikan masalah meggunakan strategi dan penyelesaian yang berkesan. 9. Kesihatan menggunakan jangka suhu

Bahan Bantu Mengajar(BBM) 1. Bahan-bahan media elektronik i. Filem pelajaran ii. Filem jalur iii. Slaid iv. Everhead projector (OHP) v. Pita video vi. Radio vii. Cd viii. Computer ix. Televisyen x. Internet dsb. 2. Bahan-bahan media bukan elektronik i. Carta ii. Model iii. Papan hitan, iv. Papan putih v. Papan flannel vi. Papan magnet vii. Kad-kad imbasan viii. Buku dsb. 3. Bahan bercorak pengalaman i. Lakonan ii. Lawatan iii. Projek iv. Pameran v. Bahan maujud (realia) dsb. Kepentingan BBM 1. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep 2. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar 3. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal 4. Member pengalaman sebanar yang boleh meransangkan aktivii sendiri di kalangan pelajar. 5. Dapat membina pemikiran yang berterusan 6. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar 7. Boleh member pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam Kamaruddin Hj. Husin.. 1. Memberi rangsangan dan minat murid-murid 2. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. 3. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam 5. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata 6. Mendorong murid-murid menyiasat agar dapat menambahkan lagi bacaan murid2. Rumusan: 1. Menjimatkan masa 2. Dapat mempelbagaikan kegiatan dan aktiviti2 murid2 3. Pembelajaran yang menyeronokkan.

Masalah dalam matematik 1. Pengamatan visual - Ketidakupayaan untuk menjana maklumat yang diperolehi dari mata dan diproses oleh otak seperti: i. Hubungan ruang ii. Diskriminasi visual iii. Visual closure iv. Pengenal pastian objek ( visual agnosia) 2. Pengamatan Auditori - Kecelaruan pengamatan auditori mempengaruhi bidang pembelajaran seperti bacaan dan ejaan (kesukaran) antaranya: i. Kesediaan fonologikal ii. Diskriminasi auditori iii. Auditori memori iv. Aoditori sequencing v. Auditori blending 3. Ingatan (memory) - Masalah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat - Prinsip membantu murid mengingat maklumat: i. Imaginasi ii. Assosiasi 4. Bahasa - Kecelaruan melibatkan bentuk, kandungan dan kefungsian bahasa Masalah dalam: i. Menggunakan symbol matematik ii. Menzahirkan konsep matematik kepada orang lain. iii. Mendengar tentang penjelasan matematik iv. Membaca dan menulis ayat penyelesaian masalah 5. Kognitif - Bermasalah dalam pengamatan, ingatan dan factor penaakulan. - Melibatkan pengumpulan maklumat dari persekitaran dan memprosesnya untuk simpanan serta digunakan. 6. Metakognitif - Keupayaan murid untuk memantau pembelajaran mereka seperti: i. Menilai sana ada mereka belajar ii. Menggunakan strategi apabila diperlukan iii. Mengetahui sama ada strategi itu berjaya iv. Membuat pertukaran apabila diperlukan. 7. Sosial emosi - Perbezaan antara individu dalam: i. Bergaul dengan individu lain ii. Konsep kendiri dan harga diri yang rendah iii. Takut/fobia dengan metematik 8. Motor - Bermasalah dalam tugasan/aktiviti menulis - Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses antaranya: i. Ingatan berkaitan dengan symbol berasaskan ingatan visual dan motor ii. Pengamatan visual dan pemindahan - Dikenalpasti melalui pembentukkan symbol, pengawalan tulisan dari segi ruang dan mengelak diri dari membuat kerja bertulis.

You might also like