You are on page 1of 12

~~~~moral folio~~~~contoh esei tajuk: Perubahan Sikap bidang1:perkembangan diri!

|y&S0^&}V(Z nilai:[color=#ff0000]kerajinan[/color] Menerusi pembelajaran sukatan pengetahuan Moral tingkatan 4, saya telah menyedari beberapa nilai dan pengajaran yang patut dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai-nilai ini membawa impak dan peubahan yang besar kepada kehidupan dan sikap saya yang tidak baik selama ini. Inspirasi dan keputusan ini telah dijana oleh satu kejadian apabila guru Moral saya, cikgu Karthiges telah menegur saya tentang sikap saya yang tidak menghortmati guru dan tidak mematuhi beberapa peraturan saya. Saya berasa teramat malu dan menyesal dan seterusnya membuat keputusan untuk mengubah peribadi saya. Oleh itu, saya telah berkunjung ke kedai buku untuk buku-buku motivasi dan filosofi yang boleh membantu saya dalam usaha membentuk satu peribadi yang baik dan mulia. Antara bukubuku yang telah menarik perhatian saya ialah Law of Attraction. Pengarangnya, Michael J. Losier telah mencadangkan bahawa setiap perlakuan dan sikap manusia adalah ditentukan oleh fikirannya sendiri. Jika fikirannya tidak senonoh, perbuatannya tidak akan baik dan bermoral. Ini telah menyedari kekurangan saya dalam mengamal nilai hemah tinggi. Hal ini berlaku kerana saya tidak beradab sopan dan mempunyai budi pekerti yang mulia semasa saya bergaul dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, saya bertekad mengubah sikap saya yang buruk dan menggantikannya dengan satu personaliti yang hormat kepada sesiapa sahaja untuk menunjukkan peribadi diri yang mulia. Saya akan memberi salam kepada guru apabila bertemu malah berucap dengan

bahasa yang lebih sopan."v ]6zm B"A3s Seterusnya, saya telah berjumpa dengan buku jemahan yang bertajuk 366 Esei untuk Motivasi Diri Untuk Pelajar dan Dewasa (366 self-motivating essay for students and adults). Menerusi buku ini, pengarang buku ini, Sidney Newton Bremer telah memberitahu saya betapa pentingnya seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai [color=red]kerajinan[/color]. Seseorang pelajar perlu menjayakan usaha tersemut dengan semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan dan berdaya maju secara berterusan semasa melakukan sesuatu perkara. Ini membolehkan kita memperolehi kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum yang kian menjadi kunci untuk mendapat biasiswa pelajaran. Dengan ini, saya telah menetap sekurang-kurangnya dua jam dalam satu hari untuk mengulang kaji pelajaran terutama subjek yang lemah. Usaha ini telah berjaya meningkatkan prestasi saya dalam peperiksaan. Selain itu, komitmen saya yang aktif dalam dunia pengakap telah membolehkan saya memperolehi lencana kemajuan Lima Tertinggi dalam ujian berlencana pengakap.TGl Z G h4` Tambahan pula, Konseptual Etika Murni dalam Ultimate Library Series telah mendedahkan saya dengan nilai toleransi sebagai teras ketenteraman dalam kehidupan. Menurut buku tersebut, kita mestilah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri agar dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kehidupan. Ini secara langsungnya berserasi dengan cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020. Cabaran kelima telah menekankan membentuk masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya bebas mengamalkan dan

melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa berasa tersisih daripada bangsa tersebut. Sebagai seorang rakyat dan waraganegara Malaysia, saya seharusnya sabar dan bertolak ansur antara satu sama lain malah membawa ideologi ini kepada rakan sebaya saya supaya Wawasan 2020 akan tercapai. Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang saya tidak terfikirkan. Saya telah menyedari kekurangan saya dari aspek pengamalan nilai-nilai tertentu dan cuba sedaya upaya untuk mengubah perangai buruk saya. Usaha saya telah berjaya memperbaikikan hubungan saya dengan guru-guru dan rakan sebaya saya. Oleh itu, saya akan terus berusaha lagi untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam kehidupan saya. winny 2009-2-22 22:35 [table][tr][td][color=blue]tajuk: Keluarga Bahagia, Nadi Kesejahteraan Negara[/color] [color=blue]bidang2:kekeluargaan[/color] nilai:[color=#ff0000]kasih sayang terhadap keluarga[/color] [color=blue]Keluarga Bahagia, Nadi Kesejahteraan Negara. Cogan kata ini telah diperkenalkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Badawi semasa merasmikan pelancaran Kempen Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia pada 9 Ogos 2001. Beliau telah menekankan betapa pentingnya institusi keluarga yang harmoni dan bahagia kepada pembangunan negara. Ini disebabkan institusi keluarga secara langsungnya memberi kesan dan impak kepada pembangunan pemimpin negara masa depan. Sesebuah keluarga yang bahagia dan harmoni akan menghasilkan seseorang yang berakhlak mulia, sopan, berbudi perkerti, patuh

kepada undang-undang dan peraturan-peraturan serta tidak melibatkan diri dalam gejala sosial seperti menghisap dadah, merompak, merogol, mencuri, menjual cakera cetak rompak dan sebagainya. Sesungguhnya, menerusi ucapan beliau yang penuh dengan semangat, kita dapat merasakan bertapa pentingnya kita untuk mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Setiap manusia seharusnya mempunyai perasaan cinta dan sayang yang berkekalan serta mendalam terhadap keluarga yang dicintai. Ini dapat menrealisasikan impian warga Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 selaras dengan cabaran ketujuh Wawasan 2020, iaitu membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Oleh itu, untuk mempraktikkan nilai ini, kita seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk ahli keluarga kita. Selain itu, kita juga boleh menraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa, hari jadi dan sebagainya untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga./H*?L%i$W W9{ Selain itu, terdapat banyak gelaran dan pertandingan yang menonjolkan keluarga yang paling bahagian dan harmoni di dunia tertutama di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, The Boy Scout of America telah menganjurkan The BSA Family Award. Selain itu, National Military Family Association juga memberi ganjaran sebanyak 500 US Dolar kepada keluarga yang memenangi NMFA Family Award. Menurut Maj Sander, salah seorang ahli daripada Keluarga Sander yang telah memenangi Family of The Month pada bulan Mei, nilai tanggungjawab terhadap keluarga harus dipraktikkan oleh setiap individu. Setiap

manusia harus melaksanakan kewajipannya sendiri terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Setiap ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka membesar dalam keadaan yang sihat. Sebagai anak, kita seharusnya berusaha bersungguh dalam kehidupan dan menjaga ibu bapa kita apabila mereka sudah tua.g @F5F5[!Z2|&qI Tambahan pula, menurut Dr Beres Wenck, (principal medical director of Australia Family Care Medical Sevices), nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga merupakan kunci kepada keluarga yang harmoni. Kita seharusnya memuliakan hubungan anggota keluarga dengan melakukan interaksi seperti bercakap dan berbual-bual serta memberi layanan yang bersopan supaya mereka berasa dirinya dipandang berat. Ini disebabkan setiap manusia tidak suka dipandang rendah oleh orang. Oleh itu, kita apabila berinteraksi dengan ahli keluarga, terutama orang yang lebih tua, kita harus menggunakan bahasa yang lebih sopan malah tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan mereka. Kesimpulannya, nilai-nilai keluarga harus menjadi pedoman dalam kehidupan untuk mewujudkan institusi keluarga yang sihat dan bahagia dalam masyarakat. Semua pihak harus berusaha untuk menghadapi cabaran wawasan 2020 yang kian mendekatkan. Institusi keluarga yang sihat akan mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi setiap tahun.[/color] [/td][/tr][/table] winny 2009-2-22 22:39 [table][tr][td][color=darkorchid]tajuk:Peningkat Suhu Global (Global Warming)[/color]

[color=darkorchid]bidang3:alam sekitar[/color] nilai:[color=#ff0000]menyayangi dan menghargai alam sekitar[/color]xVf i] Zc)L [color=purple]Akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang dan terkawal serta penipisan lapisan ozon, yang serius, suhu global telah meningkat secara drastik iaitu kira-kira 0.5 darjah Celcius setahun. Tambahan pula, pembakaran hutan oleh Indonesia secara langsungnya telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan menyebabkan tahap API (Air Pollutant Index) mencapai ke tahap yang bahaya. Pengeluaran asap dari kenderaan dan industri-industri di dunia juga mendorong kepada peningkatan kandungan karbon dioksida dalam udara. Bahanbahan CFC yang dikeluarkan oleh peti sejuk dan pendingin udara juga menipiskan lapisan ozon. Semua kesan negatif alam sekitar ini telah menyebabkan hujan asid dan banyak bencana lain di dunia. Ini menyebabkan kepupusan flora dan fauna di dunia.%H6@ c*i"\)~ N Sesungguhnya, kita seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita seharus mempunyai kepekaan untuk memelihara dan memulihara alam sekeliling demi pengekalan keseimbangan ekosistem. Selama ini, Jabatan Alam Sekitar telah menjalani berbagai-bagai kempen kesedaran untuk orang ramai di Malaysia supaya rakyat Malaysia sedar kepentingannya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara kempen yang dijalankan ialah kempen kitar semula. Banyak tong kitar semula telah disediakan di tempat-tempat yang strategik dan mudah diakseskan namun usaha ini tidak dihargai dan dikenangkan oleh rakyat Malaysia. Menurut kajian, tong-tong ini telah dijadikan tong sampah biasa ole masyarakat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada masa

depan kualiti alam sekitar, kita seharusnya memberi sokongan yang penuh kepada kempen ini dan menjayakannya. Lihatlah bagaimana orang di Jerman mengitar semula barang-barang seperti kertas, tin dan plastik dengan berjayannya. Selain itu, nilai kemapanan terhadap alam sekitar juga perlu dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia seharusnya menyedari tanggungajawab mereka terhardap pengekalan keseimbangan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. Semua orang bertanggungjawab terhadap pemusnahan alam yang serius pada hari ini. Oleh itu, kita seharusnya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti-aktiviti pembalakan haram dan juga pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang ingin kesenangan dan keuntungan semata-matanya. Kita seharusnya melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar. Tambahan pula, pembuangan sisa toksik yang mencemari sungai dan menjejas habitat kehidupan air. Selain membanteras aktivi yang haram, kita juga perlu berusaha memberi sokongan kepada kempenkempen yang dijalankan oleh kerajaan. Dengan ini, barulah kualiti alam sekitar pada masa depan akan terjamin. Yang terakhir, nilai peka terhadap isu alam sekitar tidak haruslah dikecualikan. Setiap rakyat Malaysia perlu prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Beberapa tahun yang lalu, tahap API di metorpolis Kuala Lumpur telah mencapai ke tahap yang berbahaya dan menjejaskan kesihatan manusia. Perdana Menteri dengan bijaksananya mengadakan Kempen Berkongsi Kereta pada masa itu untuk mengurangkan pencemaran malah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kita semua seharusnya memberi sokongan kepada kempen itu. Tambahan pula, kita juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertubuhan

sukarela yang berkaitan dengan alam sekitar seperti World Wide Fund, dan Kelab Kebajikan dan Sukan Alam Sekitar untuk melaksanakan tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar. Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Tiada sesiapa pun yang boleh dikecualikan dalam tanggungjawab mengekalkan alam sekitar. Projek-projek dan kempen-kempen haruslah diberi sokongan supaya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Tambahan pula, masyarakat di dunia harus mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak bertanggungjawab terhadap pengawalan pencemaran negaranya seperti pembakaran hutan terbuka di Indonesia.[/color] [/td][/tr][/table] winny 2009-2-22 22:49 [quote] [i]winny[/i] 2009-2-22 22:39 [url=http://chocolatefamily.5d6d.com/redirect.php?goto=findpos t&pid=33746&ptid=4250][img]http://chocolatefamily.5d6d.com /images/common/back.gif[/img][/url] tajuk:Peningkat Suhu Global (Global Warming) %i't$@*^_{Utr [color=purple]meningkat Suhu Global (Global Warming) ;P [/color] winny 2009-2-22 22:57 [table][tr][td][color=darkorchid]tajuk Sambutan Merdeka 50 Tahun[/color]@gX1j0?1v2R%E

[color=darkorchid]bidang4:patriotisme[/color]O-`#q;f/| Sn nilai:[color=#ff0000]Taat kepada Tuhan , Raja dan Negara[/color]6NE m? m/y q3r+Aex [color=purple]Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab. Tahun ini, terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan Sempena 50 Tahun Merdeka dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam hari untuk memeriahkan sambutan merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi Malaysia 2007 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu sambutan bagai hari perayaan sahaja. Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang jasa-jasa pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman yang telah bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia yang setia yang lahir di tanah air kita seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan daripada kritik dan pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang berfikiran steriotipikal menganggap

negara di Asia mundur dan berkelas rendah. Tambahan pula, tokoh-tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei (bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2007) telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa. Mereka tidak mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia kerana mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka. A&~

T m[/Dy Yang kedua, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela melakukan dan meyerahkan apaapa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara. Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya dan akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak (kerajaanBritish) oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa Ibannya sendiri. Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan maruah bangsa negara sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada zaman moden hari ini, kita seharusnya mementingkan pembangunan negara sendiri melebihi tawaran gaji tinggi yang diberi oleh syarikat-syarikat luar negera. Tambahan pula, projek-projek kerajaan haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek itu berjaya menjanakan keuntungan dan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia. b(K$`'J.r Yang ketiga, nilai taat kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Semua rakyat mesti mempunyai kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan kestabilan politik. Ini merupakan cara untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama[/color] [color=#ff0000]Taat kepada Tuhan , Raja dan Negara[/color]. [color=darkorchid]Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk menunjukkan kita

memberi kehormatan terhadap sistem pentadbiran negara. Tambahan pula, jasa-jasa tokoh kemerdekaan pada masa penjajahan haruslah dikenang dan perjuangan mereka haruslah dijadikan pedoman dan ingatan dalam kehidupan supaya kita tidak dijajah oleh kuasa asing pada masa depan.f l}p-r5CX8w8o u Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan negara akan dipertahankan malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan. Dengan ini, Wawasan 2020 yang menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini, marilah kita sama-sama menyambut dan berkongsi kegembiraan yang telah diperolehi selama 50 tahun.[/color]*s eO u3\)z 0~ B.k [/td][/tr][/table]

You might also like