You are on page 1of 2

PENGENALAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS) Rancangan Orientasi Sekolah atau singkatannya ROS merupakan satu program yang

memberikan pendedahan awal alam persekolahan dan perspektif kerjaya guru kepada guru pelatih. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta peranan guru sebagai seorang pendidik dalam masyarakat. Guru pelatih dikehendaki membuat pemerhatian, refleksi dan berinteraksi dengan guru dan komuniti sekolah disepanjang perlaksanaan program ROS ini supaya dapat memahami tingkah laku pelajar dan amalan pengurusan sekolah yang baik. ROS dijalankan selama dua minggu bermula dari tarikh 18 Mei 2009 sehingga 29 Mei 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Labis, Labis, Johor. Guru pelatih diminta menyediakan laporan dalam bentuk portfolio dengan tumpuan kepada 3 komponen utama iaitu pengurusan, prasarana dan kurikulum yang berkaitan dengan sekolah yang telah ditetapkan untuk menjalani program ROS.

Objektif ROS Melalui Rancangan Orientasi Sekolah ini, guru pelatih diharapkan akan dapat : i. Memahami masyarakat sekolah dengan lebih dekat.

ii. Menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah dan persekitaran bilik darjah. iii. Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim, dan budaya sekolah. iv. Menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dan; v. Merekod pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

You might also like