You are on page 1of 23

MEMBANGUNKAN MODEL MODIFIKASI KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA MALAYSIA: SATU KAJIAN AWAL Mohd Yusri Ibrahima Shukery Mohamed,

Phdb Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin, Phdb


b

SMK Felda Neram, Kemaman, Terengganu Fakulti Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model modifikasi kepemimpinan pengajaran pengetua berlatarkan pendidikan Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik triangulasi untuk pengumpulan data iaitu temubual, analisis dokumen dan soal selidik. Peserta temubual adalah enam pengetua cemerlang dan berpengalaman manakala responden soal selidik terdiri daripada 481 guru daripada 55 buah sekolah menengah harian biasa di Terengganu. Data temubual dianalisis menggunakan program Nvivo 8 manakala model persamaan struktur (SEM) digunakan untuk menguji model hipotesis menggunakan program SPSS dan AMOS 18. Prosedur temubual, pengesahan pakar dan analisis pengesahan faktor (CFA) menunjukkan pengetua mengamalkan 76 tingkahlaku dan 12 fungsi kepemimpinan pengajaran iaitu (i) menentukan matlamat sekolah, (ii) menghebahkan matlamat sekolah, (iii) menyelia dan menilai pengajaran, (iv) menyelaras kurikulum, (v) memantau kemajuan murid, (vi) mengintegrasi penggunaan ICT, (vii) mengawasi masa pengajaran, (viii) memastikan sentiasa kelihatan di sekolah, (ix) memberi insentif kepada guru, (x) menggalakkan perkembangan profesional, (xi) memberi insentif kepada murid dan (xii) melibatkan sokongan komuniti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan pengajaran pengetua mempunyai hubungan yang positif serta peramal yang signifikan terhadap efikasi kendiri guru, efikasi mengajar guru, kompetensi pengajaran guru dan pencapaian akademik murid. Kombinasi kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang sebanyak 31.4 peratus terhadap kompetensi pengajaran guru dan menyumbang 3.9 peratus kepada pencapaian akademik murid.

1.0

PENGENALAN

Penyelidik-penyelidik yang membuat kajian tentang sekolah berkesan dalam tempoh lebih tiga dekad telah merumuskan bahawa pemimpin sekolah yang efektif merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah sekolah (Mohd Suhaimi dan Zaidatol Akmaliah, 2007; Hussein, 2005). Dalam masa yang sama, kajian-kajian pendidikan juga telah membuktikan bahawa elemen terpenting yang akan menentukan sama ada seseorang pemimpin sekolah tersebut

dikategorikan sebagai efektif atau sebaliknya diukur kepada kemampuan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran (Hallinger, 2008; Fullan, 2002). Dengan kata lain, pengetua yang efektif dan berupaya membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah mesti memberi fokus
1

utama untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran di bilik darjah ke tahap yang maksimun (Glickman, Gordon & Ross-Gordon, 2004; Christie, 2000). Hallinger (2011; 2008), dalam analisis beliau terhadap kajian-kajian berkaitan peranan pengetua dalam pembangunan pengajaran yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik pendidikan selama lebih 20 tahun, turut merumuskan bahawa pengetua perlu berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan di sekolah. Ini kerana kepemimpinan pengetua mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian dan kejayaan akademik murid (Domsch, 2009; Sirinides, 2009; Smith, 2009; Leithwood, Louis, Anderson dan Walsttom, 2004; Bell, Bolam, Cubilo, 2003). Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengetua ialah fokus terhadap usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru secara berterusan (Newman et al, 2000), bukan hanya memberi penumpuan terhadap tugas-tugas pentadbiran sekolah sahaja (Glickman, Gordon dan Ross-Gordon, 2005). Dalam usaha melakukan transformasi pendidikan negara, kerajaan telah memperkenalkan enam bidang keberhasilan utama negara (NKRA) (JPM, 2009). Daripada enam bidang dalam NKRA, bidang ketiga adalah berkaitan pendidikan iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Salah satu pecahan di bawah bidang ini iaitu perkara ke-4 ialah meningkatkan kualiti pemimpin sekolah melalui mekanisme baiah baru (new deals). Pengetua dan guru besar serta komuniti sekolah akan diberikan ganjaran apabila mencapai sasaran kualiti yang ditetapkan dalam dokumen baiah. Dua aspek yang diberi penilaian dalam baiah baru ini ialah pencapaian dalam Gred Purata Sekolah (GPS) yang dinilai dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM serta penarafan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) (KPM, 2011). Penilaian dalam aspek GPS sepenuhnya bergantung kepada pencapaian akademik murid. Manakala penilaian kendiri dalam SKPM, sekitar 60 peratus pemberatan adalah terhadap pencapaian akademik murid. Dengan kata lain, majoriti tumpuan dalam baiah baru bagi bidang ke-3 NKRA ini adalah berkaitan peranan pengetua dan guru besar sebagai pemimpin kurikulum dan pengajaran. Dengan kata lain aspek penilaian ini merujuk kepada kejayaan pengetua sebagai pemimpin pengajaran di sekolah. Tawaran baru dalam NKRA ini adalah lanjutan penegasan
2

terhadap ciri-ciri sekolah berkesan yang ditekankan oleh Jemaah Nazir KPM (2006) iaitu memberi penekanan khusus terhadap keberkesanan kepimpinan sekolah dalam aspek kecemerlangan akademik. Seiring dengan desakan yang begitu banyak supaya pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran, pelbagai definisi, teori dan konsep dikemukakan oleh penyelidikpenyelidik untuk menghuraikan fungsi kepemimpinan pengajaran. Antaranya ialah definisi yang dikemukakan oleh DeBevoise (1984) yang mendefisi kepemimpinan pengajaran sebagai tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pengetua atau wakilnya dengan tujuan untuk mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Manakala Greenfield (1987) pula mendefinisikan kepemimpinan pengajaran sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua dengan tujuan mempertingkatkan keadaan pembelajaran di sekolah mereka. Selain DeBevoise (1984) dan Greenfield (1987), Hallinger dan Murphy (1985; 1987) yang begitu sinonim dalam penyelidikan berkaitan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran juga telah mendefinisi, sekaligus membina kerangka teori kepemimpinan pengajaran mereka sendiri. Mereka telah mengkonsepsikan kepemimpinan pengajaran sebagai tingkah laku dan tindakan-tindakan pengetua yang meliputi merangka matlamat sekolah, memantau pengajaran guru, menyelaras kurikulum, mengawas kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, menggalakkan perkembangan profesional guru, sentiasa kelihatan dalam kawasan sekolah, menyediakan ganjaran untuk guru dan menyediakan insentif untuk murid. Lanjutan daripada konsep yang dikemukakan itu, Hallinger dan Murphy (1987) telah membina dan menghasilkan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) untuk mengukur tahap kepemimpinan pengajaran pengetua. Instrumen ini telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia, termasuklah negara kita. Meskipun konsep kepemimpinan pengajaran telah didefinisi, dikeluarkan teori dan dimodelkan oleh ramai penyelidik, namun kajian-kajian masih menunjukkan pelbagai kelemahan dalam pelaksanaan amalan kepemimpinan tersebut (Ronald dan Hallinger, 2010). Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model modifikasi kepemimpinan pengajaran pengetua berasaskan persekitaran pendidikan tempatan. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat
3

sumbangan kepemimpinan pengajaran terhadap perkembangan organisasi khususnya efikasi dan pengajaran guru serta pencapaian murid. 2.0 PERNYATAAN MASALAH

Peranan pengetua dalam memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah menjadi fokus utama kajian pendidikan (Hallinger, 2008). Kajian-kajian tersebut, menurut beliau telah menghasilkan dapatan-dapatan yang membuktikan bahawa pemimpin pengajaran yang berkesan sangat diperlukan untuk kejayaan sesebuah sekolah. Namun majoriti pengetua tidak mampu melaksanakan sepenuhnya fungsi kepemimpinan pengajaran seperti yang dicadangkan oleh penyelidik-penyelidik tersebut. Dalam realiti sebenar kerja pengetua, masa kerja mereka umumnya dihabiskan dengan urusan pentadbiran di pejabat sekolah, masalah disiplin, urusan kertas kerja, perbualan telefon dan sebagainya yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran guru (Azlin, 2006). Majoriti pengetua gagal untuk mengamalkan fungsi utama mereka iaitu membantu pengajaran guru di bilik darjah disebabkan banyak masa terpaksa dihabiskan untuk mengurus hal-hal pentadbiran dan pengurusan sekolah yang umum (Maimunah, 2005). Pernyataan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 telah menggariskan bahawa

kecemerlangan pendidikan di sekolah hanya dapat dicapai melalui penekanan terhadap peranan pengetua sebagai pemimpin kurikulum dan pengajaran (Mohd Suhaimi dan Zaidatol Akmaliah, 2007). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM, 2006) turut menekankan peranan pengetua dalam aspek pengurusan kurikulum dan pengajaran. Namun dalam realiti sebenar kerja pengetua di Malaysia, mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja yang bukan berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran (Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani, 2008; Zailah, 2007). Kebanyakan masa pengetua dihabiskan dengan urusanurusan pentadbiran yang rutin (Maimunah, 2005) dan tiada kaitan dengan urusan pengajaran dan pembelajaran (Azlin, 2006). Pengetua juga banyak melaksanakan pelbagai tugas yang mendesak seperti menghadiri mesyuarat, berjumpa ibubapa dan melihat kerosakan di kawasan sekolah, sekaligus menghadkan masa mereka untuk memberi perhatian terhadap amalan kepemimpinan pengajaran (Mohd Suhaimi dan Zaidatol Akmaliah, 2007). Pengetua juga terpaksa menghabiskan
4

banyak masa dengan tugas-tugas luar yang banyak (Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani, 2008). Pengetua juga tidak boleh mengamalkan sepenuhnya fungsi kepemimpinan pengajaran kerana model dan teori kepemimpinan pengajaran itu sendiri mempunyai kepelbagaian dan tidak sama (Johnson, 2006; Hussein, 1993). Dalam persekitaran pendidikan Malaysia, masalah ini menjadi lebih serius dan merucing. Permasalahan ini timbul disebabkan semua model dan teori kepemimpinan pengajaran yang diguna pakai pada hari ini dibina oleh penyelidik-penyelidik berasaskan persekitaran pendidikan luar, khusus persekitaran pendidikan negara Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain. Belum ada model atau teori yang khusus untuk mengambarkan set tingkahlaku kepemimpinan pengajaran yang lebih sesuai dan mesra dengan persekitaran pendidikan di Malaysia (Hussein, 2005; 1993).

3.0

KERANGKA KONSEPTUAL

Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini serta corak dan arah perhubungan antara pembolehubah tersebut digambarkan dalam kerangka konsepsual kajian seperti yang digambarkan dalam Gambarajah 1.1 berikut.

Kompetensi Pengajaran Efikasi Kendiri Kepemimpinan Pengajaran Efikasi Mengajar Pencapaian Murid

Gambarajah 1.1: Kerangka Konsepsual Kajian

Kerangka konsepsual kajian ini dibina dengan menggabungkan Teori Tekanan Akademik (Murphy, Halingger, Weil dan Mitman, 1984) dan Teori Interaksi Pengetua dengan Guru (Glasman, 1986). Mengikut Teori Tekanan Akademik, dasar dan amalan yang dilaksanakan oleh pengetua akan mempengaruhi tingkah laku guru dan pelajar. Teori Interaksi Pengetua dan Guru pula mencadangkan pengetua boleh mempengaruhi prestasi murid melalui interaksi dengan guru. Pembolehubah bebas kajian ini adalah kepemimpinan pengajaran. Menurut Johnson dan Christensen (2008), pembolehubah bebas adalah pembolehubah yang dijangka akan menyebabkan perubahan kepada pembolehubah lain atau disebut juga pembolehubah penyebab. Menurut Airasian dan Gay (2003) pula, pembolehubah bebas adalah pembolehubah yang akan menentukan perubahan atau tahap pembolehubah bersandar. Kepemimpinan pengajaran dijangka menjadi pembolehubah peramal kepada pembolehubah bersandar iaitu kompetensi pengajaran guru (Sirinides, 2009; Sazali, Rusmini, Abang Hut dan Zamri, 2007) dan pencapaian murid (Domsch, 2009; Smith, 2009; Sirinides, 2009; Andi Audryanah, 2007). Menurut Johnson dan Christensen (2008), pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang berubah disebabkan oleh pembolehubah lain atau disebut juga pembolehubah kesan atau pembolehubah hasil. Kajian-kajian pendidikan telah membuktikan bahawa tingkahlaku pengetua seringkali tidak memberi kesan secara langsung terhadap pengajaran guru dan pencapaian murid (Sirinides, 2009; Hallinger, 2008). Kebiasaannya hubungan ini akan dipengaruhi oleh sesuatu pembolehubah penengah yang akan mempengaruhi hubungan antara pembolehubah

kepemimpinan pengajaran dan kompetensi pengajaran guru serta pencapaian murid. Pembolehubah penengah adalah pembolehubah yang berada di antara pembolehubah lain serta membantu untuk mempengaruhi hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut (Johnson dan Christensen, 2008; Barron dan Kenny, 1986). Dalam kajian ini, pembolehubah efikasi iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar dicadangkan sebagai pembolehubah mediator antara kepemimpinan pengajaran dengan kompetensi pengajaran guru dan pencapaian murid (Maguire, 2011; Galligan, 2011; Sandoval, 2011).

4.0

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan model modifikasi kepemimpinan pengajaran pengetua berlatarkan budaya pendidikan tempatan. Secara khususnya kajian ini akan menjawab persoalan-persoaln berikut, i) Bagaimanakah pengetua di Malaysia mengamalkan kepemimpinan pengajaran? ii) Apakah tahap pelaksanaan kepemimpinan pengajaran pengetua? iii) Apakah sumbangan pembolehubah kepemimpinan pengajaran terhadap efikasi kendiri, efikasi mengajar, kompetensi pengajaran guru dan pencapaian murid?

4.0

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Menurut Airasian dan gay (2003), pendekatan kuantitatif dan kualitatif boleh digabungkan dalam satu kajian. Model yang digunakan ialah Model QUAN-Qual. Menurut Airasian dan Gay (2003), Model QUAN-Qual merupakan kaedah penyelidikan yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif, di mana pengumpulan kaedah kuantitatif lebih dominan. Data kuantitatif dalam kajian ini dikumpul melalui soal selidik, manakala data kualitatif dikumpul melalui temubual dan analisis dokumen. Ketiga-tiga teknik ini dipilih kerana setiap teknik pengumpulan data mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing (Barbie, 2001). Penggabungan teknik-teknik tersebut akan memaksimumkan maklumat daripada data yang dikumpul dan saling mengatasi kelemahan yang ada. Selain itu, teknik triangulasi ini juga menjadikan data lebih tepat dan meyakinkan kerana ia dikumpul daripada pelbagai maklumat (Yin, 1994). Airasian dan Gay (2003) pula berpendapat teknik triangulasi yang digabungkan dalam satu penyelidikan akan meningkatkan kesahan dan mengurangkan bias dalam pengumpulan data. Teknik triangulasi juga digunakan dalam kajian ini kerana mengambil pandangan Hallinger dan Murphy (1987) yang mencadangkan kombinasi empat kaedah untuk menilai
7

kepemimpinan pengajaran pengetua iaitu pemerhatian, temubual, soal selidik dan analisis dokumen. Menurut mereka, We suggest that supervisors use a combination of the four methods (direct observation, interviews, questionaires, school document analysis) when assessing principals instructional leadership. (Hallinger and Murphy (1987), mukasurat 61) Oleh kerana berhadapan dengan banyak kekangan untuk membuat pemerhatian di lapangan, maka penyelidik hanya menggunakan tiga daripada empat kaedah yang dicadangkan iaitu temubual, analisis dokumen dan soal selidik. Populasi untuk kajian awal ini adalah guru-guru di sekolah menengah harian biasa di Terengganu. Teknik persampelan yang digunakan ialah rawak berstrata manakala bilangan sampel ditentukan menggunakan formula penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen kajian yang digunakan ialah protokol temubual, borang semakan dan pengesahan pakar serta soal selidik. Kepemimpinan pengajaran diukur menggunakan soal selidik PIMRS (Hallinger dan Murphy,1987) yang diubahsuai berdasarkan dapatan temubual dan pengesahan pakar. Efikasi guru diukur menggunakan soal selidik Teacher Efficacy Scale (TES) (Gibson dan Dembo, 1984) manakala kompetensi pengajaran guru menggunakan soal selidik yang diubah daripada soal selidik Arizona Teaching Intern Survey (ATIS) dan Ohio State Teacher Efficacy Scale (OSTS). Pencapaian murid pula diukur berdasarkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) peperiksaan SPM bagi tahun2008 hingga 2010. Proses pengumpulan data dimulakan dengan menemubual enam pengetua cemerlang dan berpengalaman. Tujuan temubual ini adalah untuk menyenaraikan semua tingkahlaku kepemimpinan pengajaran yang diamalkan oleh mereka. Setelah senarai tingkahlaku tersebut diperolehi, senarai tersebut diserahkan kepada tujuh pakar dalam bidang pentadbiran dan kepemimpinan pendidikan untuk disemak, dibuat cadangan dan disahkan. Hasil daripada dapatan temubual dan pengesahan pakar inilah soal selidik kepemimpinan pengajaran berasaskan sistem pendidikan Malaysia dibangunkan. Setelah dibuat kajian rintis dan pengubahsuaian item, data soal selidik sebenar dikumpul. Analisis data dimulakan dengan membuat analisis pengesahan faktor (CFA) bagi mengesahkan semua item yang dicadangkan oleh dapatan temubual dan
8

pengesahan pakar mengikut fungsi masing-masing. Data kemudiannya terus dianalisis menggunakan item statistik regresi linear pelbagai dan SEM.

5.0

DAPATAN KAJIAN

Bagi memudahkan paparan, dapatan kajian ini dipersembahkan secara berturutan mengikut soalan-soan kajian. Soalan kajian 1: Bagaimanakah pengetua di Malaysia mengamalkan kepemimpinan pengajaran? Gabungan prosedur temubual, pengesahan pakar dan analisis faktor, dapatan menunjukkan pengetua mengamalkan 76 tingkahlaku dan 12 fungsi kepemimpinan pengajaran seperti dalam jadual 1.1 berikut. Daripada 76 tingkahlaku tersebut, 26 adalah tingkahlaku baru yang

diamalkan oleh pengetua manakala selebihnya iaitu 50 tingkahlaku adalah tingkahlaku yang turut disenaraikan oleh Hallinger dan Murphy (1987). Daripada 12 fungsi, dua adalah fungsi baru manakala 10 lagi adalah fungsi yang turut disenaraikan oleh Hallinger dan Murphy (1987). Jadual 1.1: Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua
Fungsi Bil 1 2 Menetapkan matlamat atau target akademik sekolah 3 4 5 6 7 8 Menghebahkan matlamat atau target akademik sekolah 9 10 11 12 Tingkahlaku Menyediakan satu set matlamat keseluruhan sekolah Menyediakan tanggungjawab guru supaya matlamat sekolah yang dibentuk tercapai Menggunakan taksiran keperluan dalam membina matlamat sekolah Menggunakan keputusan peperiksaan apabila membina matlamat akademik sekolah Membina matlamat yang mudah diterjemahkan oleh guru dalam bilik darjah Menetapkan matlamat sekolah berpandukan potensi murid Menjelaskan matlamat sekolah kepada semua warga sekolah Membincangkan matlamat akademik sekolah dengan guru-guru dalam mesyuarat guru Sebelum membuat keputusan bersama guru-guru mengenai kurikulum, beliau terlebih dahulu merujuk kepada matlamat akademik sekolah Memastikan matlamat akademik sekolah tersebar di seluruh sekolah dengan jelas (cth banner, poster, papan kenyataan) Matlamat sekolah disampaikan kepada murid (cth dalam perhimpunan atau mana-mana perjumpaan) Menjelaskan matlamat sekolah kepada ibu bapa (dalam mesyuarat agong PIBG, majlis bersama ibu bapa dan sebagainya)

Jadual 1.1: Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua


Fungsi Bil 13 14 15 16 Menyelia dan menilai pengajaran 17 18 19 20 21 22 Menyelaras kurikulum 23 24 25 26 27 28 Memantau kemajuan akademik murid 29 30 31 32 33 34 Mengintegrasi penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran 35 36 37 38 39 40 41 Mengawasi masa pengajaran 42 43 44 45 46 Tingkahlaku Melakukan rondaan untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan lancar Memastikan guru-guru menyediakan rekod rancangan pengajaran Memastikan guru-guru di bilik darjah melaksanakan perkara-perkara yang selari dengan matlamat sekolah Mengambil kira hasil kerja murid apabila membuat penilaian ke atas pengajaran guru Menjalankan pencerapan tidak rasmi (secara tidak terancang yang memakan masa tidak kurang daripada 5 minit) di bilik darjah secara tekal Memberi maklum balas tentang kekuatan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran (dalam perbincangan atau laporan bertulis) Memberi maklum balas tentang kelemahan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran Menggalakkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza terhadap kumpulan murid yang berlainan potensi Menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program kurikulum pada setiap peringkat (contoh: pengetua, GPK, ketua bidang atau ketua panitia) Mengambil kira keputusan peperiksaan dalaman semasa membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan program kurikulum Memantau kurikulum di bilik darjah bagi memastikan ia mencakupi objektif-objektif kurikulum sekolah Memantau dan membanding pencapaian ujian atau peperiksaan murid untuk mengukur tahap pencapaian objektif kurikulum sekolah Terlibat secara aktif dalam kajian semula bahan-bahan kurikulum Mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengendalikan projek kecemerlangan akademik Membuat pemantauan terhadap hasil kerja atau latihan murid Berjumpa dengan guru-guru secara peribadi bagi membincangkan perkembangan akademik murid Berbincang dengan guru-guru bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum Menggunakan keputusan ujian/peperiksaan bagi menilai kemajuan pencapaian matlamat sekolah Memaklumkan kepada guru-guru secara bertulis keputusan prestasi akademik sekolah Memaklumkan kepada murid-murid tentang keputusan peperiksaan sekolah dan pencapaian semasa Memaklumkan kepada ibu bapa pencapaian atau keputusan peperiksaan murid Menggunakan ICT (contohnya LCD dan powerpoint) dalam penyampaian kepada guru atau murid Menyediakan prasarana ICT untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah Menggalakkan guru-guru menggunakan ICT dalam pengajaran Menggalakan guru-guru membuat inovasi pengajaran berasaskan ICT Menggalakan murid-murid menggunakan komputer atau internet untuk pembelajaran Menggunakan program komputer untuk analisis data pencapaian murid Menyediakan guru ganti/relief untuk guru yang tidak hadir ke sekolah Mengurangkan gangguan masa pengajaran yang disebabkan oleh pengumuman pembesar suara Memastikan pelajar tidak dipanggil ke pejabat atau bilik guru semasa pengajaran berlangsung Memastikan pelajar yang kerap ponteng kelas diberi hukuman setimpal Menyediakan buku kawalan kelas untuk dicatat oleh guru mata pelajaran Menggalakkan guru-guru mengajar menggunakan kemahiran dan konsep-konsep baru Mengurangkan gangguan masa pengajaran yang disebabkan oleh aktiviti lain dan aktiviti kokurikulum

10

Jadual 1.1: Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua


Fungsi Bil 47 48 Memastikan sentiasa kelihatan di sekolah 49 50 51 52 53 54 Memberi insentif kepada guru 55 56 57 58 59 60 Menggalakkan perkembangan profesional 61 62 63 64 65 66 Memberi insentif kepada murid 67 68 69 70 71 72 73 Melibatkan sokongan komuniti untuk pembelajaran murid 74 75 76 Tingkahlaku Meluangkan masa berbual-bual dengan guru-guru dan pelajar apabila kelapangan Melawat ke kelas-kelas bagi berbincang isu-isu sekolah dengan guru dan pelajar Hadir atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum sekolah Mengawasi kelas sehingga guru sebenar atau guru ganti tiba Memberi bimbingan kepada pelajar di bilik darjah Memberi motivasi/dorongan/galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan Menyebut atau memuji sumbangan guru terhadap kecemerlangan di hadapan murid dalam perhimpunan Memberi peneguhan ke atas prestasi cemerlang guru-guru dalam mesyuarat guru atau surat/sijil Memberi pujian kepada guru-guru secara peribadi atas usaha atau prestasi mereka Mengiktiraf prestasi cemerlang guru-guru melalui memo dan disimpan dalam fail peribadi Menghargai khidmat cemerlang guru-guru dengan memberi peluang ke arah pengiktirafan profesional Menyediakan peluang-peluang kemajuan profesion untuk guru-guru sebagai hadiah kerana sumbangan istimewa mereka kepada sekolah Memastikan latihan/kursus yang dihadiri oleh guru adalah selari dengan matlamat akademik sekolah Menggalakan guru mengaplikasi kemahiran yang diperolehi daripada latihan/kursus ke dalam pengajaran di bilik darjah Melibatkan semua guru dalam latihan/kursus yang penting Mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pengajaran Mengadakan inhouse training supaya guru yang pergi berkursus dapat berkongsi pengetahuan dengan guru lain Memperuntukkan masa dalam mesyuarat guru bagi guru-guru berkongsi idea atau maklumat yag diperolehi daripada latihan/kursus Mengiktiraf secara rasmi murid yang cemerlang dalam bidang akademik seperti menganugerahkan sijil atau surat penghargaan Memuji/menyebut pencapaian akademik murid dalam perhimpunan Mengiktiraf pencapaian cemerlang atau peningkatan murid dengan cara berjumpa pelajar berkenaan di pejabat Memaklumkan kemajuan atau prestasi cemerlang murid kepada ibu bapa Menggalakkan guru-guru memberi penghargaan kepada murid atas sumbangan dan pencapaian mereka di dalam kelas Memberi hadiah kepada murid yang mencapai kecemerlangan Menghebahkan tentang murid yang mencapai kecemerlangan melalui kain rentang, poster atau sebagainya Bekerjasama dengan pegawai PPD/JPN untuk menjayakan program akademik sekolah Mendapatkan kerjasama PIBG (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk meningkatkan pencapaian murid Mendapatkan kerjasama bekas pelajar lama (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk membantu program kecemerlangan Melibatkan guru-guru sekolah lain yang mempunyai kepakaran untuk membantu murid (contoh ceramah, seminar atau bengkel teknik menjawab soalan) Bekerjasama dengan agensi-agensi luar (contoh IPTA, IPTS, NGO, Bank dan sebagainya) untuk membantu kecemerlangan murid

11

Soalan kajian 2:

Apakah tahap pelaksanaan kepemimpinan pengajaran pengetua?

Secara umumnya pengetua yang dikaji melaksanakan amalan kepemimpinan pengajaran pada tahap tinggi (min = 4.07, sp = 0.53). Daripada semua 12 fungsi, pengetua mengamalkan fungsi menjelaskan matlamat sekolah (min = 4.32, sp = 0.63) dan menetapkan matlamat sekolah (min = 4.23, sp = 0.58) pada tahap yang lebih tinggi berbanding fungsi-fungsi lain. Fungsi menyelia dan menilai pengajaran (min = 3.84, sp = 0.80) serta memastikan sentiasa kelihatan di sekolah (min = 3.80, sp = 0.72) diamalkan pada tahap yang paling rendah berbanding fungsi-fungsi yang lain.

Jadual 1.2: Tahap Pelaksanaan Kepemimpinan Pengajaran


FUNGSI Menetapkan Matlamat Sekolah Menjelaskan Matlamat Sekolah Menyelia dan Menilai Pengajaran Menyelaras Kurikulum Memantau Kemajuan Murid Mengintegrasi Penggunaan ICT Mengawasi Masa Pengajaran Sentiasa Kelihatan Di Sekolah Memberi Insentif Kepada Guru Menggalakkan Perkembangan Profesional Memberi Insentif Kepada Murid Melibatkan Sokongan Komuniti KESELURUHAN N 481 481 481 481 481 481 481 481 481 481 481 481 Min 4.23 4.32 3.84 4.13 4.04 3.93 4.12 3.80 3.89 4.16 4.21 4.09 4.07 SP 0.58 0.63 0.80 0.59 0.61 0.67 0.56 0.72 0.84 0.66 0.63 0.60 0.53 TAHAP Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Petunjuk penetapan tahap: min 1.00-2.50 rendah, min 2.51-3.50 sederhana, min 3.51-5.0 tinggi

Soalan kajian 3:

Apakah sumbangan pembolehubah kepemimpinan pengajaran terhadap efikasi kendiri, efikasi mengajar, kompetensi pengajaran guru dan pencapaian murid?

Bagi menjawab soalan kajian 3, model kepemimpinan pengajaran dibina dan diuji terlebih dahulu. Setelah membuat sedikit modifikasi, sebuah model kepemimpinan pengajaran yang sepadan dengan data kajian seperti dalam gambarajah berikut berjaya dibangunkan.
12

Model ini diterima setelah majoriti fit indek mencapai nilai yang dikehendaki bagi mengesahkan model yang diuji adalah sepadan dengan data kajian. Analisis terhadap model modifikasi ini menunjukkan kepemimpinan pengajaran adalah pembolehubah peramal yang signifikan kepada efikasi kendiri (C.R = 7.967, p<0.01), efikasi mengajar (C.R = 3.275, p<0.01), kompetensi pengajaran guru (C.R = 5.110, p<0.01) dan pencapaian murid (C.R = 4.03062, p<0.01) seperti ditunjuk dalam Jadual 1.4 seperti berikut. JADUAL 1.4: Pekali Regresi Anggaran
Estimate Efikasi Kendiri Efikasi Mengajar <--<--Kepemimpinan Pengajaran Kepemimpinan Pengajaran Kepemimpinan Pengajaran Efikasi Kendiri Efikasi Mengajar Kepemimpinan Pengajaran Efikasi Kendiri Efikasi Mengajar .390 .127 .191 .286 .185 .243 -.008 .166 S.E. .049 .039 .037 .035 .042 .060 .055 .067 C.R. 7.967 3.275 5.110 8.144 4.418 4.030 -.144 2.483 P *** .001 *** *** *** *** .885 .013 Label par_16 par_17 par_14 par_18 par_20 par_15 par_19 par_21

Kompetensi Pengajaran <--Kompetensi Pengajaran <--Kompetensi Pengajaran <--Pencapaian Murid Pencapaian Murid Pencapaian Murid <--<--<---

13

Jadual 1.5 berikut pula menunjukkan pekali regresi, bagi setiap pembolehubah peramal. Kepemimpinan pengajaran meramal efikasi kendiri guru ( = 0.363) lebih tinggi berbanding meramal efikasi mengajar ( = 0.154), kompetensi pengajaran ( = 0.229) dan pencapaian murid ( = 0.186).

Jadual 1.5: Pekali Regresi Piawai antara Pembolehubah Kajian


Pekali Regresi, Efikasi Kendiri Efikasi Mengajar Kompetensi Pengajaran Pencapaian Murid Kompetensi Pengajaran Pencapaian Murid Kompetensi Pengajaran Pencapaian Murid <--<--<--<--<--<--<--<--Kepemimpinan Pengajaran Kepemimpinan Pengajaran Efikasi Kendiri Efikasi Kendiri Efikasi Mengajar Efikasi Mengajar Kepemimpinan Pengajaran Kepemimpinan Pengajaran .363 .154 .366 .111 .184 .113 .229 .186

Untuk meneliti secara lebih terperinci sumbangan kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar terhadap kompetensi pengajaran guru dan pencapaian murid, teknik analisis regresi linear pelbagai dijalankan. Jadual 1.6 berikut memaparkan ringkasan model sumbangan kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar terhadap kompetensi pengajaran guru.

Jadual 1.6: Ringkasan Model Kompetensi Pengajaran Guru Model 1 2 3 R .373a .534b .560c R Square .139 .285 .314 Adjusted R Square .137 .282 .309 Std. Error of the Estimate .37977 .34634 .33976

a. Peramal: (Constant), Kepemimpinan Pengajaran b. Peramal: (Constant), Kepemimpinan Pengajaran, Efikasi Kendiri c. Peramal: (Constant), Kepemimpinan Pengajaran, Efikasi Kendiri, Efikasi Mengajar Pembolehubah bersandar: Kompetensi Pengajaran

14

Daripada Jadual 1.6, didapati kepemimpinan pengajaran menyumbang 13.9 peratus kepada kompetensi pengajaran guru. Apabila digabungkan sumbangan kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri, sumbangan bertambah sebanyak 14.6 peratus menjadi 28.5 peratus. Apabila sumbangan kedua-dua pembolehubah tersebut digabungkan dengan sumbangan efikasi mengajar, sumbangan keseluruhan meningkat lagi sebanyak 2.9 peratus. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang 31.4 peratus kepada kompetensi pengajaran guru. Rumusan sumbangan pembolehubah kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar terhadap pembolehubah kompetensi pengajaran guru diringkaskan dalam Jadual 1.7 berikut, Jadual 1.7: Pekali Regresi Kompetensi Pengajaran
Model Unstandardized Coefficients B 1 2 (Constant) Kepemimpinan Pengajaran (Constant) Kepemimpinan Pengajaran Efikasi Kendiri 3 (Constant) Kepemimpinan Pengajaran Efikasi Kendiri Efikasi Mengajar 3.049 .283 2.136 .176 .332 1.583 .171 .288 .185 Std. Error .132 .032 .152 .031 .034 .194 .031 .034 .042 .225 .355 .177 .231 .408 .373 Standardized Coefficients Beta 23.046 8.794 14.060 5.603 9.896 8.151 5.549 8.401 4.436 .000 .000 .000 .000 .000 .000 .000 .000 .000 t Sig.

a. Pembolehubah bersandar: Kompetensi Pengajaran

Jadual 1.8 pula memaparkan ringkasan model sumbangan kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar terhadap pencapaian murid.

15

Jadual 1.8: Ringkasan Model Pencapaian Murid Model 1 2 3 R .166a .167b .197c R Square .028 .028 .039 Adjusted R Square .026 .024 .033 Std. Error of the Estimate .562719 .563293 .560669

a. Peramal: (Constant), Kepemimpinan Pengajaran b. Peramal: (Constant), Kepemimpinan Pengajaran, Efikasi Kendiri c. Peramal: (Constant), Kepemimpinan Pengajaran, Efikasi Kendiri, Efikasi Mengajar Pembolehubah bersandar: Pencapaian Murid

Daripada Jadual 1.8 tersebut, didapati kepemimpinan pengajaran menyumbang 2.8 peratus kepada kompetensi pencapaian murid. Apabila digabungkan sumbangan kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri, tiada peningkatan peratusan berlaku. Ini bermaksud efikasi kendiri guru tidak menyumbang kepada pencapaian murid. Apabila sumbangan kedua-dua pembolehubah tersebut digabungkan dengan sumbangan efikasi mengajar, sumbangan keseluruhan meningkat lagi sebanyak 1.1 peratus. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang 3.9 peratus kepada pencapaian murid. Rumusan sumbangan pembolehubah kepemimpinan pengajaran, efikasi kendiri dan efikasi mengajar terhadap pembolehubah pencapaian murid diringkaskan dalam Jadual 1.9 berikut,

Jadual 1.9: Pekali Regresi Pencapaian Murid Unstandardized Standardized Coefficients Coefficients Model Std. B Beta Error 1 (Constant) 6.547 .196 Kepemimpinan Pengajaran .176 .048 .166 2 (Constant) 6.523 .247 Kepemimpinan Pengajaran .179 .051 .169 Efikasi Kendiri .009 .055 .008 3 (Constant) 6.042 .320 Kepemimpinan Pengajaran .183 .051 .173 Efikasi Kendiri -.029 .057 -.026 Efikasi Mengajar .161 .069 .111 a. Pembolehubah bersandar: Pencapaian Murid

t 33.401 3.694 26.406 3.516 .160 18.853 3.614 -.515 2.342

Sig. .000 .000 .000 .000 .873 .000 .000 .607 .020

16

6.0

PERBINCANGAN & CADANGAN

Salah satu nilai tambah atau sumbangan keilmuan baru dalam kajian ini ialah berjaya mengenal pasti dua fungsi dan 26 tingkahlaku kepemimpinan pengajaran baru yang diamalkan oleh pengetua dalam sistem pendidikan kita. Salah satu fungsi baru tersebut ialah pengetua-pengetua mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran. Dapatan temubual dengan pengetua, persetujuan pakar dan pengesahan melalui analisis faktor menunjukkan pengetua memanfaatkan ICT sebagai medium penyampaian kepada guru dan murid berkaitan pengajaran dan pembelajaran, menyediakan prasarana ICT yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan guru-guru menggunakan ICT dalam pengajaran, menggalakan guru-guru membuat inovasi pengajaran berasaskan ICT,

menggalakkan murid-murid menggunakan komputer dan internet untuk pembelajaran, serta memanfaatkan perisian komputer untuk menganalisis dan menilai data pencapaian murid. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian kes di 10 buah sekolah bestari dan SMJKC oleh Zamri dan Rusmini (2008). Kajian mereka menunjukkan pengetua berperanan secara aktif menggalakan penggunaan ICT, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerimaan fungsi mengintegrasikan penggunaan ICT sebagai elemen dalam kepemimpinan pengajaran dalam persekitaran pendidikan Malaysia daripada dapatan kajian ini juga selari dengan standard kepemimpinan pengajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Pendididikan Alabama, Amerika Syarikat. Alabama State Board of Education (2005) telah mengeluarkan standard kepemimpinan pengajaran mereka sendiri yang bertujuan untuk meningkatkan misi kepemimpinan dalam kalangan pentadbir dan pengetua ke arah pencapaian akademik yang lebih baik untuk semua murid. Standard ke-5 dalam dokumen ini memfokuskan aplikasi teknologi terkini untuk diintegrasikan dalam pengajaran, pengurusan, penyelidikan dan komunikasi. Antara indikator penunjuk dalam standard ini adalah peranan pengetua untuk memupuk penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta memanfaatkan teknologi untuk menyokong analisis dan aplikasi data pencapaian murid. Dapatan kajian ini juga selari dengan standard kepemimpinan pengajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Maryland, Amerika Syarikat. Maryland State Board of
17

Education (2005) menyenaraikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengajaran di bilik darjah. Antara yang ditekankan adalah menggalakkan penggunaan teknologi pengajaran secara efektif oleh guru dan murid, serta menggunakan teknologi untuk mengenal pasti prestasi murid untuk membolehkan penambahbaikan pengajaran dapat dirancang. Standard ini dikeluarkan hasil daripada analisis terhadap lapan kajian dan kertas pembentangan. Dalam konteks Malaysia pula, dapatan kajian ini turut menyokong pandangan Rossafri dan Balakrishnan (2007) tentang menterjemahkan kepimpinan teknologi bagi melahirkan kepimpinan instruksional yang cemerlang. Berpandukan sintesis terhadap dapatan-dapatan kajian, mereka mencadangkan agar pemimpin sekolah memastikan rekabentuk kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat disesuaikan dengan teknologi secara bersepadu. Dapatan ini turut menyokong dapatan kajian oleh Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani (2008) yang mengatakan selain menggalakkan penggunaan ICT, terdapat pengetua yang mempunyai kemahiran ICT sanggup meluang masa menunjuk ajar guru-guru menggunakan kemudahan ICT untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menerima budaya melibatkan sokongan komuniti sebagai salah satu fungsi kepemimpinan pengajaran pengetua yang baru. Dalam konteks Malaysia, dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Nasarudin (2011). Beliau menjalankan kajian untuk menilai keberkesanan penglibatan komuniti terhadap pendidikan murid di sekolah dalam merealisasikan kepemimpinan pengajaran ke arah kemenjadian murid. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa komuniti terlibat secara erat dalam membantu pihak sekolah ke arah meningkatkan pembelajaran murid-murid, sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Dapatan kajian ini yang menyenaraikan elemen melibatkan sokongan komuniti sebagai salah satu fungsi kepemimpinan pengajaran juga selari dengan penetapan standard kepemimpinan pengajaran oleh beberapa badan pendidikan di negara maju lain khususnya Amerika Syarikat. Sebagai contoh Alabama State Board of Education (2005), Maryland State Board of Education (2005), MacNeil, Cavanagh & Silcox (2003), National Association of State Boards of Education (1999) dan National Staff Development Council (1995) semuanya menyenaraikan penglibatan komuniti sebagai elemen utama dalam standard kepemimpinan
18

pengajaran mereka. Hasilnya mereka berjaya melahirkan produk pendidikan iaitu murid yang mampu mengisi keperluan tenaga kerja mereka sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Secara umumnya pengetua yang dikaji melaksanakan amalan kepemimpinan pengajaran pada tahap tinggi (min = 4.07, sp = 0.53). Dapatan juga menunjukkan pengetua mengamalkan semua 12 fungsi kepemimpinan pengajaran pada tahap tinggi dengan julat skor min ialah antara 3.80 hingga 4.32. Fungsi yang mendapat skor paling rendah adalah sentiasa kelihatan di sekolah, manakala fungsi yang mendapat skor min paling tinggi adalah menjelaskan matlamat sekolah. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Sazali, Rusmini, Abang Hut dan Zamri (2007). Kajian yang dijalankan oleh mereka melibatkan 104 guru di daerah Kubang Pasu menunjukkan guru besar melaksanakan kepemimpinan pengajaran pada tahap tinggi dengan fungsi menjelaskan matlamat sekolah dilaksana pada tahap paling tinggi (min = 4.03) manakala fungsi sentiasa kelihatan di sekolah dilaksanakan pada tahap paling rendah (min = 3.46). Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan oleh Jamella dan Jainabee (2011) yang menjalankan kajian untuk mengkaji tahap pelaksanaan kepemimpinan pengajaran pengetua di negeri pahang. Dapatan menunjukkan dimensi mendefinisi dan menghebahkan matlamat sekolah dilaksanakan pada tahap paling tinggi (min = 3.98, sp = 0.26) manakala dimensi memupuk iklim pengajaran dilaksanakan pada tahap paling rendah (min = 3.71, sp = 0.29). Fungsi sentiasa kelihatan di sekolah adalah salah satu fungsi di bawah dimensi memupuk iklim pengajaran. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian oleh Andi Audryanah (2007) yang mendapati guruguru mempersepsi pengetua mengamalkan fungsi sentiasa kelihatan di sekolah pada tahap yang paling rendah (min = 3.71). Dalam kajian ini beliau menamakan fungsi sentiasa kelihatan di sekolah sebagai fungsi memberi sokongan dalam aktiviti pengajaran. Namun item yang digunakan adalah item sama yang diambil daripada soal selidik PIMRS. Dapatan ini juga selari dengan kajian Latip (2007) yang mendapati pengetua melaksanakan fungsi menjelaskan matlamat sekolah pada tahap paling tinggi (min = 3.895) berbanding fungsi-fungsi lain. Manakala fungsi sentiasa kelihatan di sekolah dilaksanakan pada tahap paling rendah (min = 3.313) berbanding fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran yang lain. Dalam kajian ini Latip
19

(2007) juga menamakan fungsi sentiasa kelihatan di sekolah sebagai fungsi sokongan dalam aktiviti pengajaran.Namun item yang digunakan adalah item yang sama dengan fungsi ini. Walaupun dapatan kajian menunjukkan pengetua melaksanakan semua fungsi pada tahap tinggi, namun pencapaian min skor bagi fungsi sentiasa kelihatan di sekolah lebih rendah berbanding fungsi-fungsi lain, mengesahkan bahawa pengetua adalah sibuk dengan pelbagai tugas rutin pentadbiran dan pengurusan yang lain. Dapatan ini mengesahkan dapatan kajian oleh Azlin (2006) yang menyatakan pengetua lebih banyak menghabiskan masa dengan urusan pentadbiran seperti mesyuarat dan kerja-kerja pejabat sehingga sukar dilihat dan dijumpai oleh guru dan murid. Dapatan ini juga selari dengan dapatan oleh Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani (2008) yang mengatakan kekerapan pengetua berada di luar sekolah juga mendatangkan masalah kepada pengurusan kurikulum di sekolah. Dapatan kajian ini juga mengesahkan bahawa kepemimpinan pengajaran pengetua mempunyai hubungan serta menjadi peramal yang signifikan terhadap tahap efikasi guru, kompetensi pengajaran guru dan pencapaian akademik murid. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Hearn (2010), Koehler (2010), Smith (2009), Sirinides (2009), Domsch (2009), Clark (2009) dan Andi Audrayanah (2007). Daripada dapatan kajian ini, dua cadangan seperti berikut dikemukakan, i) Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu membuat kajian dan penilaian semula terhadap bidang tugas pengetua di Malaysia. Ini bagi mengurangkan kerja-kerja berkaitan pentadbiran dan pengurusan di luar kawasan sekolah. Pengurangan kerja-kerja di luar kawasan sekolah menjadikan pengetua mempunyai masa yang lebih banyak untuk menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang merupakan core bussines utama sekolah. ii) Pengetua perlu mengamalkan sepenuhnya fungsi mereka sebagai pemimpin pengajaran di sekolah. Ini kerana amalan kepemimpinan pengajaran telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kualiti guru yang dirujuk kepada tahap efikasi dan kompetensi
20

pengajaran serta menyumbang kepada pencapaian akademik sekolah. Dalam masa yang sama pengetua perlu menjadikan model kepemimpinan pengajaran yang dibangunkan berdasarkan sistem pendidikan ini sebagai panduan dan rujukan bagi pelaksanaan kepemimpinan pengajaran mereka.

BIBLIOGRAFI
Airasian, P. & Gay, L. R. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications (Seventh Edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. Alabama State Board of Education. (2005). Alabama standards for instructional leaders. http://alex.state.al.us/leadership/Alabama_Standards_for_Instructional_Leaders.pdf. Akses pada 21 Jun 2011. Andi Audryanah Bt Md Noor. (2007). Kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri pengetua sekolah menengah dan hubungan dengan pencapaian akademik sekolah. Tesis Sarjana, UTM. Azlin Norhaini Mansor. (2006). Amalan pengurusan pengetua sekolah menengah: Satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah, UKM. Barbie, E.L. (2001). The Practice of Social Research. 9th Ed. Belmont: Wadworth/Thomsen Learning. Baron, R.M. & Kenny, D.A. (1986). The Moderator-mediator variable distinction in social psychological research: Conceptual, strategic and statistical consideration. Journal of personality and sosial psychology, 51, 1173-1182. Bell, L., Bollam, R., & Cubillo, L. (2003). A systematic review of the impact of school head teacher and principal on student outcome. London: EPPI-Centre, Social Science Research Unit, Institute of Education. Bity Salwana Alias. (2009). Analisis kompetensi, kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan pengetua dalam bidang pengurusan. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Clark, I. (2009). An analysis of the relationship between K-5 elementary school teachers perception of principal instructional leadership and their science teaching efficacy. Disertasi Doktor Pendidikan tidak diterbitkan, University of Minnesota. DeBevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader. Educational Leadership, 41(5), 14-20. Domsch, G.D. (2009). A study investigating relationships between elementary principals' and teachers' self-efficacy and student achievement. Disertasi Ijazah Pendidikan, Saint Louis University. Fullan, M. (2002). The Change Leader. Educational Leadership, 59(8), 16-20. Galigan, G. (2011). Collaborative inquiry, teacher efficacy, and writing achievement at Lake Shore elementary school. Disertasi Ijazah Pendidikan, Arizona State University. Gibson, S. and Dembo, M.H. (1984). Teacher efficacy: A construct validation. Journal of Educational Psychology, 76, 569-582. Glasman, N. S. (1986) . Evaluation-based leadership: School administration in contemporary perspective. Albany, NY: State University of New York Press. 21

Glickman, C.D., Gordon, S.P., & Ross-Gordon, J.M. (2004). Supervision and Instructional Leadership: A Developmental Approach. Boston: Pearson. Greenfield, W. (1987). Moral Imagination and Interpersonal Competence: Antecedents to Instructional Leadership. In W.D. Greenfield (Ed.), Instructional leadership: Concepts, issues and controversies. Boston: Allyn and Bacon. Hallinger, P. (2008). Methodologies for Studying School Leadership:A Review of 25 years of Research Using thePrincipal Instructional Management Rating Scale. Paper presentation at the annual meeting of theAmerican Educational Research Association, New York. Hallinger, P dan Murphy, J.F. (1985). Assesing the instructional management behavior of Principals. Educational Leadership, Nov, 217-247. Hallinger, P dan Murphy, J.F. (1987). Assesing and developping principal instructional leadership. Educational Leadership, 45(1), 54-61. Hearn, R.M. (2010). An evaluation of instructional coaching at selected high schools in North Louisiana and its effect on student achievement, organizational climate, and teacher efficacy. Disetasi Ijazah Pendidikan, Louisiana Tech University. Hussien Mahmud. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. KL: DBP. Hussien Mahmud. (2005). Kepemimpinan profesionalisme: Satu Utopia? Pemimpin, 5, 39-51. Jamelaa Bibi Abdullah & Jainabee Md Kassim. (2011). Instructional leadership and attitude towards organisational change among secondary school in Pahang, Malaysia. Procedia Social and Behavioral Science, 15(2011), 3304-3309. Jemaah Nazir Sekolah. (2006). Outstanding leaders: Membina sekolah cemerlang, KL: KPM. Johnson, D.M. (2006). Instructional leadership and academic perfomance in Tennesse high school. Disertasi Phd tidak diterbitkan, University of Tennessee. Johnson, B. & Christensen, L. (2008). Educational research: Quantitative, qualitative and mixed approaches (3rd ed). London: Sage Publication. Juhana Zailah. (2007). Hubung kait kesibukan pengetua dengan tahap kepimpinan pengajaran yang diamalkan di sekolah menengah di zon bandar Muar. Tesis Master, UTM. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highland: Institut Aminudin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Standard Kualti Pendidikan Malaysia: Pernyataan Standard. Kuala Lumpur: Jemaah Nazir. Koehler, J.R. (2010). An experimental evaluation of the effect of Instructional Consultation Teams on teacher efficacy: A multivariate, multilevel examination. Disertasi Phd, University of Maryland, College Park. Krejcie, R.V and Morgan, D.W. (1970). Determining sampel size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. Latip Muhamad. (2006). Pelaksanaan kepemimpinan pengajaran di kalangan pengetua sekolah di negeri selangor darul ehsan. Tesis Doktor Falsafah, UKM. Leithwood, K., Louis, K.S., Anderson, S. & Wahlsttom, K. (2004). Review of research: How leadership influence student learning: Wallace Foundation Downloaded. Maguire, K. (2011). The role of teacher efficacy in student academic achievement in mathematics. Disertasi Ijazah Pendidikan tidak diterbitkan, Walden University. Maimunah Muda. (2005). Kepimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, UKM. Maryland State Board of Education. (2005). Maryland Instructional Leadership Framework (Report). Maryland: Maryland State Department of Education. 22

Mohd Suhaimi Mohamed Ali & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Amalan kepimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar. Kertas kerja seminar pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke-14 IAB, Genting Highland. Murphy, J. F., Halingger, P., Weil, M., & Mitman, A. (1984). Instructional leadership: A conceptual framework. Education Digest, 28-31. Nasarudin Pandak Osman. (2011). Keberkesanan penglibatan komuniti dalam pendidikan murid di sekolah negeri kedah. Kertas kerja Kolokium 2011 IAB Utara, Kedah. Robinson, V.M.J., Lloyd, C.A. & Rowe, K.J. (2008).The Impact of Leadership on Student Outcomes: An Analysis of the Differential Effects of Leadership Types. Educational Administration Quarterly, 44(5), 635-674. Ronald, H. H. & Hallinger, P. (2010). Testing a longitudinal model of distributed leadership effects on school improvement. The Leadership Quaterly, 21(5), 867-885. Sandoval, J.M. (2010). The relationship between teachers collective efficacy and student achievement at economically diasadvantaged midle school campuses in Texas. Tesis Doktor Falsafah, Texas A&M University-Kingsville. Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri Abu Bakar. (2007). Perkaitan antara kepimpinan instruksional terhadap sekolah berkesan. Jurnal Pengurusan IAB. 2007, 107119. Smith, D. (2009). An exploratory study of the relationship between elementary principals' perceptions of their leadership behaviors and the impact on one year of reading achievement scores. Disertasi Phd, Virginia Commonwealth University. Srinides, P.M. (2009). Educational leadership and student achievement: Pathways of instructional influence. Disertasi Phd, University of Pennsylvania. Yin, R.K. (2003). Case study research: Design and methods. Thousand Oaks: Sage Publications, Inc. Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad. (2008). Implementasi ICT dan kepimpinan sekolah: Kajian kes di sekolah-sekolah bestari dan SMJKC. Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 IAB, Genting Highland.

23

You might also like