You are on page 1of 1

Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+... +an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu. Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 95.
lksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna leksikal iaitu makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Kamus Dewan Edisi Tiga Ada empat besar kategori leksikal dalam bahasa Melayu iaitu Kata Nama, Kata Kerja, kata Ajektif dan Kata Tugas Makna konteks pula ialah apakah makna yang boleh kita dapati daripada pembinaan ayat secara keseluruhannya. Sila rujuk buku yang memperkatakan tentang semantik.

You might also like