You are on page 1of 10

Definisi Keluarga Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat.

Keluarga terdiri daripada; Keluarga Asas Keluarga Luas Keluarga Orientasi Keluarga Prokreasi Semua ini merupakan ciri-ciri kekeluargaan. Ciri-ciri ini amat penting demi kesejahteraan keluarga. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga. Peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Persekitaran juga perlu diambil kira. Konsep Melentur buluh dari rebungnya perlu diberi penekanan Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan. Cabaran Suasana peringkat makro dan antarabangsa, globalisasi dan ledakan teknologi maklumat. Semua ini perlu dilihat secara positif dan pengukuhan kawalan oleh ibu bapa. Peringkat mikro iaitu proses urbanisasi yang pesat dan pengecilan keluarga luas serta pengaruhnya. Proses urbanisasi perlu melibatkan kawasan Bandar, kampung dan pedalaman. Pengaruh rakan sebaya yang pelbagaii latar belakang keluarga. Cabaran ini harus dilihat sebagai tanggungjawab dan bukannya sebagai masalah dan perlu dilaksanakan secara proaktif. Kemahiran Keibubapaan Dari segi tradisi dan warisan. Pengubahsuaian perlu dibuat melalui ilmu pengetahuan. Ibu bapa perlu mewariskan pemikiran yang mencukupi untuk penyesuaian diri anak-anak dan perlu dilaksanakan secara dinamik dan proaktif. Perlu melihat dari perspektif makro atau global dan dasar-dasar kerajaan. Kerajaan perlu menjalankan Program Reaching Out. Tidak hanya menumpukan kepada elemen mikro seperti psikologi dan keperluan asas dan perlu mempunyai modul yang digubal oleh kerajaan negeri dan NGO. Tekanan kepada kualiti pengasuhan dan pendidikan di Bandar dan luar Bandar. Jenis-jenis keibubapaan; Keibubapaan Authoritative Keibubapaan Permissive Keibubapaan Authoritarian Keibubapaan Indifferent

Hubungan guru dan ibubapa sebenarnys adalah satu usaha-sama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. guru mendapat sumber dari ibubapa dan ibubapa mendapat usaha gigih guru mendidik anak-anak mereka. Gonder (1981) berpendapat kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah. Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al. (1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the community and the community needs the school". Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) berpendapat kanak-kanak yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Apakah yang boleh dilakukan untuk membawa ibubapa ke istitusi pendidikan: Ahmad Zabidi dan Mariani Nor(2007) menyarankan pentadbir dan guru harus: 1. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalam pendidikan anak-anak mereka. 2. Efikasi kendiri ibu bapa - mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran. 3. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa ibu bapa yang bekerja berbanding dengan ibu bapa yang berstatus tinggi melihat guru sebagai individu yang paling sesuai untuk menangani masalah pendidikan anak mereka (Lareau, 1989). Pihak guru dan ibu bapa harus saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983)
Ya saya bersetuju dengan Puan Rozaini dimana perlunya hubungan baik antara keduanya.Penglibatan dan kerjasama antara ibu bapa dan guru amat diperlukan dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Hubungan yang dibina bagi tujuan yang positif dapat menjayakan satu-satu misi dam mendapat faedah yang optimum. Firman Allah S.W.T. dalam surau Al-Ma idah ayat 2 yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dan membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah_Nya). Tetapi ada sesetengah pihak keliru dalam kepentingan hubungan antara ibu bapa dan para pendidik di peringkat awal pendidikan. Seperti yang dikatakan dalam tulisannya oleh Airil (2009) tentang kekeliruan yang sering terjadi dalam pendidikan pra formal. Ada yang berpendapat Pendidik tidak perlu hubungan baik dengan ibu bapa kerana setiap ibubapa mempunyai objektif yang berbeza, olehitu adalah mustahil untuk menempatkan seorang

pendidik dalam setiap keluarga. Di Taska dan Tadika juga tentu para pendidik mempunyai pendapat yang sama dan tidak mahu ibu serta bapa kerap datang hingga mengganggu momentum pendidikan prasekolah. Pendapat ini perlu disanggah kerana kanak-kanak ini membesar dan mempelajari apa ada dirumah dan di prasekolah. Pendapat ini juga disokong oleh Airil (2009) Walaupun institusi rumah dan institusi prasekolah adalah berbeza, tetapi kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Guru prasekolah dan juga ibu bapa perlu sama-sama memikirkan pelbagai cara untuk berganding bahu dan memastikan kanak-kanak menerima kesan positif dari hubungan yang baik di antara ibu bapa serta guru prasekolah.
Rujukan: 1) Al-Quran 2) Airil Haimi Adnan Penyelidik Psikologi Perkembangan Tahun Awal Formal di UfoRia, Unitari Penyelidik & Aplikasi Intelek, UiTm Perak. Kekeliruan Lazim Praformal. Majalah Pa&Ma (April 2009).
Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL Attachment :

No file attach

Bagus. Satu perbincangan akademik dengan merujuk kepada sumber-sumber yang berotoriti.

Menurut Alvi (1994) Alvi melihat keluarga adalah asas kepada masyarakat, yang mana menyumbang kepada sosioekonomi. Keluarga asas ini akan mewarisi budaya yang akan membentuk masyarakat. Dalam erti kata lain keluarga berpendidkan, terasuh, bermotivasi dan akan meyumbang kepada perkembangan masa depan ahlinya. Secara ringkasnya keluarga ialah unit kecil dalam masyarakat yang boleh didefinisikan kepada Mereka yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat dan tinggal di bawah suatu atap dan saling ketergantungan.
Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL Attachment : No file attach

Didalam sesebuah masyarakat, keluarga merupakan unit asas insitusi sosial. Definisi tentang keluarga tidak dapat dihuraikan atau ditafsirkan secara specifik. Pengalaman setiap orang didalam keluarga adalah berbeza. Kepelbagaian pengalaman ini memberi peluang individu melihat keluarga daripada sudut peribadi yang berbeza. Mengikut tafsiran keluaga dalam komoniti Islam, apabila di sahkan berkahwin maka setiap anak yang dilahirkan oleh keluarga akan dinilai sebagai bermulanya Keluarga.Namun demikian berbeza dengan masyarakat barat,kerana mereka mempunyai budaya Percubaan Perkahwinan. keluarga yang bertambah dari budaya ini tetap dinilai sebagai satu keluarga dari kedua-dua belah pihak. Mengikut Olson & Defrain (1994 ) mendefinisikan keluarga sebagai seorang atau lebih daripada individu yang komited antara satu sama lain serta berkongsi kemesraan, sumber, keputusan dan nilai. Manakala bagi Bobolz & Sontag ( 1993) memberi maksud keluarga secara inklusif iaitu keluarga adalah terdiri bukan sahaja orang-orang yang berkaitan dari segi pertalian darah, perkahwinan atau diangkat tetapi juga saling memerlukan kerana mereka berkongsi matlamat, sumber dan komitet dalam jangka masa yang lama. Diharap Pn Sy dapat membuat perbandingan tentang pendapat Alvi. Memandangkan topik ini pernah keluar dalam peperiksaan, jadi disini saya kemukakan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan keluarga. Tetapi markah yang di peruntukkan untuk soalan ini hanyalah 4 markah.

Perubahan arus teknologi dalam kehidupan seharian kini mempengaruhi perubahan keluarga. Arus teknologi mengakibatkan perubahan sosial. Perubahan daripada era pertanian atau konsevatif kepada era teknologi jelas mempengaruhi. Setiap keluarga berlumba-lumba mengejar keperluan hidup tanpa memikirkan tentang kepentingan intitusi keluarga yang hampir lumpuh. Wanita pada era sebelum merdeka lebih tertumpu kehidupan mereka di rumah, atau dengan erti kata lain sebagai surirumah. Tahap pendidikan yang meningkat secara tidak langsung meningkat bagi golongan wanita. Tahap pendidikan yang meningkat dikalangan wanita menyababkan penurunan kadar kesuburan di kalangan wanita kerana golongan ini lebih terarah untuk memilih berkerjaya dan lebih memfokuskan kepada tugas sebagai pekerja formal. Fonomena ini menyebabkan pengecilan saiz keluarga. Kemampuan wanita dalam pelbagai bidang seiring dengan pencapaian kaum lelaki menyebabkan wanita kurang bergantung kepada lelaki di dalam rumahtangga. Tanggungjawap yang dipikul atau digalas oleh lelaki sudah mampu dilakukan oleh golongan wanita. Dengan ini maka kadar Penceraian terus meningkat. Berlaku satu lagi perubahan dalam keluarga. Terdapat banyak lagi faktor perubahan dalam keluarga. Insyaallah saya akan berbincang dengan Pn Sy. Tq

Salam Tanpa disedari ataupun tidak semakin hari semakin berubah institusi kekeluargaan. Saya setuju apa yang dikemukakan oleh Pn Rozaini tentang perubahan yang berlaku masa kini. Foktor akademik memainkan peranan yang utama dengan penglibatan kaum wanita. Semakin tinggi taraf pendidikan seseorang wanita semakin kurang faktor keinginan untuk berkahwin. Secara tidak langsung menyebabkan peningkatan usia. Peningkatan umur dalam perkahwinan merupakan satu faktor perubahan dalam institusi kekeluargaan. Wanita tidak lagi memikirkan untuk berumahtangga. Foktor ekonomi yang diusulkan oleh Pn Rozaini boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Salah satunya mengenai tempat kerja.Rata-rata kaum ibu mempunyai pekerjaan, dengan ini secara tidak langsung mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa. Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan penghijrahan. Penghijrahan ini juga menyebabkan berubahnya suasana keluarga, kerana ibu bapa akan berpisah dengan anak-anak untuk sementara waktu. Terdapat juga yang meninggalkan anak-anak di kampung demi untuk mencari nafkah. Apa yang nyata faktor perubahan ini mengubah arus dalam kehidupan kekeluargaan masa kini.Tq

Reply To

: SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL Attachment :

No file attach

Bagus, teruskan perbincangan seperti ini. Tulis rujukan daripada buku-buku akademik untuk menyokong pendapat sendiri. Memberi pendapat tanpa sokongan bukti akademik akan menyebabkan esei kita menjadi hambar. Faktor keselamatan adalah paling meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan. Jika kita mengetahui panduan/ tips untuk memilih taska/tabika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke taska/tadika yang terbaik. Berikut disenaraikan beberapa panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat jagaan kanak-kanak (taska/tabika) yang terbaik untuk anak anda. 1 Mesti berdaftar Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran (mengikut akta 308 dan akta 550). Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi

perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. 2 Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/ penyelia Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak. Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga anda boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka anak-anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting! INGAT! Selain ibu bapa menjadi pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan masa depan kanak-kanak. Anda perlu ada bonding dengan pengasuh anak anda. Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekalisekala anda boleh bertanya tentang anak anda dan perkembangannya.

3 Keselamatan Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang. 4 Kebersihan dan Penyediaan Makanan Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/ tabika. Makanan yang disediakan mestilah yang berkhasiat. Anda boleh minta izin melihat keadaan kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih dan memuaskan. 5 Bayaran Yuran Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil anak. 6 Program Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya. Anda yang membayar pusat jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak anda.

7 Fardu ain Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu ain. Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat. 8 Kegiatan membabitkan ibu bapa Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini? 9 Peraturan taska/tadika/ pusat jagaan Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya. 10 Keceriaan Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak. Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh menggalakkan perkembangan minda anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini. 10 Bayaran balik Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah anda dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini. 11 Tawakal Setelah yakim dengan taska tersebut, senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.

Assalamualaikum Pn Rozaini dan En Rahim. Industri TASKA kini tumbuh bak cendawan melata. Keperluannya amat tidak dinafikan dalam membantu dalam perkembangan ekonomi di Negara kita. Ini kerana menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, terdapat lebih kurang 3.57 juta wanita di Malaysia yang keluar bekerja, manakala 6.47 juta bagi lelaki yang bekerja. Keadaan ini menjadi faktor berkembangnya pertumbuhan pusat-pusat jagaan. Terdapat banyak kes yang telah dilaporkan mengenai kecuaian pihak Pengasuh atau TASKA dalam keselamatan terhadap kanak-kanak. Antaranya kes yang menimpa beberapa orang bayi akibat kecuaian pengasuh iaitu Hadif Haqimi yang berusia tujuh bulan, yang mengalami keretakan tengkorak akibat terjatuh sewaktu dalam jagaan pengasuhnya (Utusan Malaysia, 16 Februari 2006). Seorang bayi lelaki yang berusia lima bulan meninggal dunia di Gombak kerana mengalami kecederaan yang serius di kepala akibat terjatuh atau terhentak dengan kuat. Di tempat yang sama juga seorang bayi lelaki berusia 9 bulan turut tercedera di kepala dan terdapat kesan lebam dan bengkak di seluruh badannya (Utusan Malaysia, 20 Januari 2005). Manakala, seorang bayi perempuan berusia 9 bulan meninggal dunia akibat pendarahan di kepala, disyaki didera oleh pengasuhnya di Batu Caves. Selain itu, terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya (Utusan Malaysia, 23 Mei 2005). Nasib malang juga menimpa seorang bayi yang berusia 3 bulan di Kuantan. Muhammad Hakimi Zulkifli meninggal akibat tersedak susu sewaktu sedang tidur di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Penjara (Utusan Malaysia, 1 Januari 2006). Terima kasih atas panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat jagaan kanak-kanak (taska/tabika) yang terbaik yang diberi. Ibubapa mesti bertanggungjawab atas keselamatan anak-nak mereka mahupun di rumah ataupun di TASKA. Biarpun tidak dapat mengawal keadaan persekitaran di TASKA tetapi bertanggungjawab memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Attachment : No file attach

Biasanya yang memulakan isu ialah Pn Rozaini. Cuba Pn Sharifah pula memulakan perbincangan, bukan sekadar menjawab persoalan yang diberikan oleh Pn Rozaini Berikut adalah antara tugas dan tanggungjawab seorang Penyelia TASKA ; 1. Menyimpan dan mengemaskinirekod-rekod di TASKA selain yang dikendalikan sendiri oleh Pengusaha. Ianya merangkumi; rekod kehadiran kanak-kanak serta pengasuh, rekod pendaftaran kanak-kanak dan pengasuh, rekod tumbesaran kanak-kanak serta akaun bulanan. Beliau juga perlu merancang menu mingguan kanak-kanak serta pembelian stok makanan. Merancang Jadual Aktiviti Mingguan Kanak-Kanak serta; Merancang perbelanjaan

2. 3. 4.

Puan Rozaini, Terima kasih diatas maklumat yang diberi. Selain dari tanggungjawab di atas, beliau

juga bertanggungjawab menjaga hubungan baik antara ibubapa dan pihak TASKA. Beliau adalah jurucakap atau agen penyampai maklumat kepada ibubapa supaya tidak berlaku salah faham dan dapat memberitahu secara jelas tentang program dan situasi di TASKA. Maklumat boleh disebarkan secara bertulis ataupun alat pandangan seperti surat, brosur, buku panduan, berita, video tape dan lain-lain. Oleh itu penyelia harus membuat persediaan antaranya:<!--[if !supportLists]-->T <!--[endif]-->Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai maklumat kanak-kanak dari semasa ke semasa
<!--[if !supportLists]-->T <!--[if !supportLists]-->T <!--[if !supportLists]-->T <!--[endif]-->Bersedia berhadapan dengan ibubapa <!--[endif]-->Menyediakan bahan-bahan yang dapat <!--[endif]-->Bersikap bertanggungjawab, mesra,

yang inginkan maklumat terkini membantu dalam penyebaran maklumat sopan, tolak ansur serta bertimbang rasa dalam menjalinkan hubungan dengan ibubapa Oleh itu peranan penyelia di TASKA penting tidak hanya dalam menguruskan halhal pentadbiran dan merancang program pembelajaran sahaja malah beliau juga sebagai agen penyampai maklumat dan pegawai perhubungan di TASKA.

Terimakasih diatas huraian yang lebih jelas tentang peranan penyelia. Memandangkan hari ni dah tak hujan, line pun laju. Dapatlah reply terus.harap-harap tu sampai malam nanti.Insyaallah.

Hubungan antara Ibubapa dan Sekolah


Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti ini. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini. Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang Pembantu Superintenendent di Coquitlam, British Columbia: In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their childs education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust.

Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, unggapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama. Di kalangan masyarakat Melayu, unggapan yang biasa kita dengar seperti aur dengan tebing, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001)

bacaan lanjutan : Mohd Salleh Bin Mahat(2004), PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN-FOKUS DI SEKOLAH, Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, Permainan Luar Bilik Darjah Permainan di luar darjah penting dalam pembangunan kemahiran kanak-kanak di samping membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran sosial dan yakin untuk berinteraksi. Permainan luar bilik darjah juga sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak meperkembangan domain psimotornya. Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Psikomotor memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:1. 2. 3. 4. Penguasaan motor halus Perkembangan motor kasar Kesihatan Kselamatan

Penguasaan motor Kasar dan motor halus ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Dalam aspek kesihatan, murid dilatih untuk mengamal cara hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, menjaga kebersihan dan cara menjauhkan diri dari penyakit. Aspek keselamatan pula membantu murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak. Aspek kesihatan dan keselamatan pula dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan, lakonan dan lawatan ke Pusat Kesihataan dan tempat-tempat lain yang berkaitan.

Isu yang dimukakan adalah menarik. Cuba bincangkan juga peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah. Bagaimana meningkatkan peranan ibu bapa dalam membantu taman asuhan kanak-kanak. Jika dapat bandingkan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa di negara maju berbanding dengan Malaysia. Bahan rujukan boleh diperolehi di dalam internet. Terimakasih En. Rahim. Insyaallah saya akan cuba kembangkan isu ini dilain masa kerana saya perlukan sedikit masa untuk mencari dan membaca. MOTIVATI IBUBAPA DAN KANAK-KANAK Ibu bapa adalah antara guru yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Dan tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah rumah mereka sendiri. Bantu anak anda membina kemahiran, sama ada kemahiran menulis, membaca, mempelajari bahasa baru atau sekadar membiasakan diri dengan tabiat pembelajaran baru, dengan melakukan perkara mudah berikut:

Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka berinteraksi. Ibubapa harus memberikan galakan kepada anak-anak mereka agar perkembangan emosi positif dapat di bentuk pada peringkat yang lebih awal lagi.

Ibubapa harus juga menjauhi perkara-perkara berikut agar pembentukan emosi positif tercapai. Antara lain adalah:

Tiada Perbandingan Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.

2. Ketepikan Jenaka Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya. 3. Jangan Memberi Gelaran Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya lembab atau bodoh jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 4. Elakkan Hukuman Automatik Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra. 5. Sentiasa Positif

Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja. 6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut. 7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap jahat kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi. 8. Adakan Masa Bersama Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.

9. Didik Berdikari Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, Bagaimana boleh saya bantu kamu? Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya. 10. Tingkatkan Pujian Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.

Satu huraian yang baik. Kalau boleh minta Pn. Sharifah memberi pendapat berkaitan dengan tajuk ini. Seeloknya Pn. Sharifah timbulkan isu dan Pn. Rozaini menjawab. Pn Sharifah dan Pn Rozaini, walaupun tarikh hantar OLP sudah tamat anda masih boleh menghantar OLP sehingga 7 Disember 2009. Markah OLP mungkin berubah berdasarkan sumbangan anda. Perbincangan hendaklah secara akademik dan berdasarkan rujukan.

You might also like