You are on page 1of 2

MNT MESYUARAT AJK NLAM

SMK (P) METHODST KLANG


BL. 1 / 2011

Tarikh : 12 Januari 2011
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik NLAM, PSS

Kehadiran :
1. Pn. Fauziah bt Md. Kassim
2. Pn. Maszelina bt Rasip
3. Cik Nadia Soh bt Abdullah
4. Pn. Noraslina bt Abdul Wahab

Urus setia:
Pn. Noraslina binti Abdul Wahab

1.0 Ucapan alu-aluan
1.1 Pn. Maszelina mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke
mesyuarat.
1.2 Pn. Maszelina juga memperkenalkan barisan organisasi baru NLAM bagi sesi 2011

2.0 Perbincangan aktiviti sepanjang tahun 2011
2.1 Cik Nadia Soh membentangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011
dan mengharapkan kerjasama daripada semua guru untuk menjayakannya.

2.1.1 Kempen RR (Read & Record)
Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Guru Tingkatan di mana borang Rekod
Membaca akan diedarkan bagi setiap pelajar. Pelajar akan membaca buku sama ada
fiksyen atau bukan fiksyen dan merekod dalam Buku NLAM. Seterusnya, Guru
Tingkatan akan menyemak dan menulis laporan bilangan buku yang telah dibaca
dalam borang Rekod membaca. Penyelaras NLAM akan mengutip data NLAM setiap
bulan mengikut tarikh yang terdapat dalam Buku Takwim Sekolah.

2.1.2 Tokoh NILAM & KeIas Contoh NILAM
Berdasarkan laporan NLAM yang dihantar oleh Guru Tingkatan, Penyelaras NLAM
akan membuat pemilihan untuk Tokoh Rakan Jauhari, Tokoh Rakan Pembaca dan
Tokoh NLAM. Pelajar yang terpilih akan dianugerahkan sijil dan hadiah. Manakala
Kelas Contoh NLAM dipilih berdasarkan kelas yang paling banyak membaca pada
setiap bulan. Kelas yang menang akan menerima sijil dan boleh dipamerkan di papan
kenyataan kelas masing-masing.

2.1.3 BuIan Pusat Sumber
Aktiviti NLAM diserapkan dalam Bulan Pusat Sumber di mana pelajar digalakkan
membuat pinjaman buku dari Pusat Sumber dan juga penganugerahan kepada
pemenang.

2.1.4 Jom Baca!
Pelajar digalakkan membaca dengan bertukar buku dan bahan bacaan antara sesama
pelajar. Guru Tingkatan juga disarankan agar mengikut Jadual Waktu Masuk Ke
Perpustakaan bagi setiap tingkatan untuk menggalakkan pelajar membaca.



Tindakan : Semua guru

3.0 Hal-hal lain

3.1 Pn. Fauziah berharap agar program NLAM ini akan berjalan dengan lancar dan bilangan
pelajar yang menerima anugerah akan bertambah agar sekolah ini terus maju.

3.2 Pn. Fauziah juga menyatakan akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap setiap aktiviti
NLAM yang dijalankan terutamanya yang melibatkan guru tingkatan agar semua aktiviti akan
berjalan dengan lancar.

3.3 Pn. Noraslina memaklumkan program ini memerlukan kerjasama daripada semua guru yang
terlibat kerana proses kerja yang sukar. Jika tiada kerjasama, segala aktiviti dan kutipan data
akan tergendala.


Tindakan : Semua guru


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

You might also like