You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN PERUMAHAN TAMPOI 2 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT BIL 1/TAHUN 2011 Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. : 10 Mac 2011 : 1.30 petang : Bilik Mesyuarat : En. Mohd Zin bin Sabthu (GPK 1) : Mohd Zin bin Sabthu Azizul Aqmar bin Mohd Razali Sartinah binti Salleh Solahudin bin Ali Ahmad Syukri bin Yahya Arief Shatria bin M. Sharipudin Kumareswary a/p Tiyagaran Muhammad bin Mansoor - GPK 1 - Guru Penyelaras Bestari - Guru Penyelaras Media Guru Data AJK AJK - AJK Juruteknik Komputer

Laporan Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 1.3 GPK 1 memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al-Fatihah. Beliau melahirkan rasa bangga dan syukur kerana program-program melibatkan ICT SKPT2 telah berjalan dengan baik. Beliau juga berharap agar Jawatankuasa ICT dapat meneruskan agenda ICT dengan kelebihan kemahiran yang ada serta prasarana yang agak lengkap. Beliau berharap SKPT2 boleh menjadi sekolah rujukan bagi sekolahsekolah sekitar, dalam perlaksanaan program ICT Penyelenggaraan adalah sangat penting bagi memastikan semua peralatan sentiasa dalam keadaan baik. Ianya perlu dijalankan secara berterusan. Sekolah perlu sentiasa merujuk laman web PPD, JPN dan KPM untuk mencari dokumen-dokumen yang berkaitan.

1.4 1.5

1.6

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

2.

Jawatankuasa ICT 2011 2.1 Guru Besar menyenaraikan JK ICT untuk sesi 2011: Penasihat : Guru Besar Pengerusi : Guru Penolong Kanan 1 Setiausaha/GPB : Azizul Aqmar Mohd Razali GPM : Sartinah Salleh Penyelaras Data : Solahudin Ali Penyelaras Peperiksaan : Arief Shatria AJK Khas : Ahmad Syukri Yahya Penyelaras LDP : Kumareswary

2.2

Namun begitu, JK ICT ini boleh memilih guru tambahan untuk membantu dalam melaksanakan aktiviti dan program.

3.

Laporan Jawatankuasa 3.1 Makmal Komputer 3.1.1 Encik Azizul memberitahu komputer yang rosak sistem telah pun dibaikpulih oleh Juruteknik 3.1.2 Beliau turut melaporkan bahawa 10 buah PC mengalami kerosakan perkakasan melibatkan power supply, network card dan motherboard 3.1.3 Beliau juga meminta Encik Muhammad membuat penyelenggaraan dan format semua komputer yang mempunyai masalah untuk penggunaan sesi 2011. 3.1.4 Encik Azizul turut memberitahu bahawa sistem penghawa dingin perlu di servis dan pengerusi memberitahu tindakan akan diambil secepatnya. 3.1.5 Server masih gagal berfungsi sepenuhnya. Bilik server hanya digunakan untuk menghidupkan router 3.1.6 Beliau memberitahu bahawa buku rekod penggunaan makmal perlu diisi apabila makmal komputer telah diguna. Terdapat guru yang tidak mengisi rekod penggunaan. 3.1.7 Talian Schoolnet telah diganti dengan School Broadband dan dibawah seliaan Telekom Malaysia. Di harapkan tiada masalah yang timbul seperti sebelum ini. 3.1.8 Lain-lain perkakas masih elok kecuali pengimbas dan projector telah rosak.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.2

Pusat Akses 3.2.1 En. Azizul menyatakan bahawa terdapat 2 PC telah rosak. 3.2.2 Rekod penggunaan PC di Pusat Akses telah dibuat secara manual kerana status ip telah bertukar. Perlu daftar ip baru di PKG Majidee. 3.2.3 Pengerusi menyarankan Pusat Akses perlu digunakan secara maksimum memandangkan inilah caranya murid-murid mendapatkan maklumat selain pergi ke Siber kafe. 3.2.4 Beliau juga turut menyentuh tentang keselamatan Pusat Akses dimana keadaan yang agak berselerak. Beliau mencadangkan agar keadaan dikemas atur. 3.2.5 Pengerusi berharap carta organisasi serta sistem fail Pusat Akses perlu dikemaskini bagi tujuan pemantauan kelak.

3.3

ICTL 3.3.1 Encik Azizul memberitahu bahawa program ICTL untuk subjek Bahasa Inggeris boleh dibuat di Makmal Komputer. Ini memandangkan guru-guru Bahasa Inggeris lebih gemar menggunakan kelas untuk mengajar subjek ini. 3.3.2 Pengerusi memberitahu, program ICTL ini wajib dilaksanakan dalam subjek Bahasa Inggeris mengikut sukatan yang diberi.

4.

Perancangan Aktiviti 4.1 Encik Azizul memberitahu bahawa program ICTL telah mula dilaksanakan dan jadual untuk ICTL adalah seperti jadual yang telah diberikan. Beliau turut memberitahu pihak sekolah akan meluaskan zon wifi dengan menambah sebanyak 3 lagi akses point yang akan diletakkan di Pusat Sumber, Bilik Guru dan Bilik Sains. Sumber kewangan diperoleh dari PIBG. Pengerusi meminta agar Penyelaras LDP dapat merancang LDP untuk guru-guru melibatkan penggunaan ICT. Pengerusi mencadangkan agar satu bengkel ICT dapat dibuat untuk murid-murid sekolah ini. Pengerusi juga meminta JK agar sentiasa bersedia untuk penilaian dari pihak tertentu. Dokumen-dokumen dan stok perlu sentiasa kemas.

4.2

4.3 4.4 4.5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.

Keceriaan 5.1 Encik Azizul mencadangkan membuat beberapa banting untuk diletakkan dalam makmal komputer. Beliau meminta sedikit perutukan untuk menempah banting Pengerusi menyuruh berjumpa dengan kerani kewangan untuk peruntukan ini. En. Ahmad Syukri juga mencadang supaya diletakkan pewangi automatik supaya lebih segar. Pengerusi menyatakan yang beliau akan cuba meminta bahan tersebut daripada kontraktor.

5.2 5.3 5.4

6.

Hal-hal lain

6.1

Pengerusi memberitahu peralatan PPSMI yang ada perlu digunakan secara berhemah memandangkan perlaksanaan program ini telah tamat. Kewangan untuk baik pulih memang tiada selain meminta perutukan daripada PPD. Pengerusi mengucapkan syabas kepada JK ICT atas pencapaian penilaian SSQS. SKPT2 telah mencapai tahap 4 bintang pada 2010. Peningkatan 1 bintang dari tahun 2009. Di harap tahun 2011 dapat dikekalkan dengan markah yang lebih tinggi. Pengerusi memberitahu bahawa kesepakatan JK akan memberi manfaat kepada semua. Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru dan berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan jayanya.

6.2

6.3 6.4

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh, .......................................... ............................... (AZIZUL AQMAR BIN MOHD RAZALI) SABTHU) Setiausaha, Jawatankuasa ICT Tarikh : 19 April 2011

Disemak Oleh,

(MOHD ZIN BIN Pengerusi, Jawatankuasa ICT Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like