You are on page 1of 53

HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN DI KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP

NOOR KHAIRYNA BT KHALIB

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai daripada segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup.

Tandatangan : .. Nama Penyelia : Prof. Supli Rahim Tarikh : 15 APRIL 2009

HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN DI KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP

NOOR KHAIRYNA BT KHALIB

Proposal ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup

Jabatan Teknik dan Vokasional Fakulti Seni dan Muzik

15 APRIL 2009

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ...................................................... Nama Penulis : NOOR KHAIRYNA BT KHALIB Tarikh : 15 APRIL 2009

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BAB 1

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Hipotesis Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian Definisi Konsep 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 Kecerdasan Emosi(EQ) Kepuasan Kerja Komitmen terhadap Kerja Guru Kemahiran Hidup 1 4 6 6 6 7 9 10 10 13 14 15

1.9

Kesimpulan

15

BAB 2

SOROTAN KAJIAN 2.1 Kerangka Teori 2.1.1 2.2.2 Kecerdasan Emosi(EQ) Kepuasan Kerja dan Komitmen Kerja 2.2.2.1 Teori Dua Faktor Herzbeg 2.2.2.2 Teori Perbandingan 2.2.2.3 Teori Nilai Locke 2.2.2.4 Teori Hirarki Keperluan Maslow 2.2.2.5 Teori Motivasi Pencapaian MC Clelland 2.2 Tinjauan Kajian Lepas 2.2.1 2.3 Kajian Dalam Negara 17 20 20 21 23 24 25 25 26 28

Kesimpulan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Pengenalan Rekabentuk Kajian Prosedur Kajian Tempat Kajian 29 29 30 31

3.5 3.6

Populasi Dan Pemilihan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.6.1 3.6.2 Bahagian A- Maklumat Diri Bahagian B- Kecerdasan Emosi(EQ) 3.6.2.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 3.6.3 Bahagian C- Kepuasan Kerja 3.6.3.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 3.6.4 Bahagian D- Komitmen Kerja 3.6.4.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

31 32 32 32 34 34 36 36 38 39 39

3.7

Cara Pemarkatan 3.7.1 3.7.2 Skala Kecerdasan Emosi (EQ) Skala Kepuasan Kerja Brayfield Dan Rothe (IKK) Dan Komitmen Terhadap Kerja

39 40 40 41 42

3.8

Analisis Data 3.8.1 3.8.2 Analisis Dekriptif Analisis Infrensi

3.9

Kesimpulan

1.1

Pengenalan

Perkataan emosi adalah berasal dari perkataan Greek iaitu emover yang bermaksud untuk keluar. Emosi dipamerkan oleh setiap individu dalam bentuk tindakan dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan diri individu itu sendiri dan ia boleh dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi dan psikologi seseorang individu itu. Ia adalah merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, tingkahlaku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu. (Mahmood Nazar, 1990).

Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan seseorang memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai EQ seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih dan perasaan negatif lain dengan baik. Kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, EQ dapat membantunya agar tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Kecerdasan emosi juga merupakan empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain di sekeliling kita. Kecerdasan ini berupa kemahiran sosial yang membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus perhubungan interpersonal dengan baik serta dapat memujuk dan memimpin orang lain. Menurut Goleman (1995) EQ adalah kebolehan untuk mengawasi emosi diri dan emosi pihak lain, dapat membezakan kebaikan, dan dapat menggunakan maklumat untuk membantu fikiran dan tindakan seseorang.

Menurut Ruisel (1992), kecerdasan emosi manusia adalah berkaitan dengan konsep kecerdasan sosial. Ahli-ahli psikologi lain telah memecahkannya kepada tiga fasa. Pertama, kecerdasan abstrak iaitu kebolehan untuk memahami dan memanipulasi tindakbalas dan simbol matematik. Kedua, kecerdasan yang konkrit iaitu kebolehan untuk memahami dan

memanipulasi objek dan yang ketiga adalah kecerdasan sosial iaitu kebolehan untuk memahami dan berhubung dengan manusia (Ruisel, 1992).

Kecerdasan emosi juga didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi, untuk mendiskriminasikan emosi tersebut dan menggunakan maklumat untuk mengawal pemikiran dan tindakan (Mayer & Salovey, 1993:433). Berdasarkan pendapat Salovey & Mayer (1990) kecerdasan emosi interpersonal dan intrapersonal dikategorikan kepada lima domain utama iaitu mengenal diri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan diri, empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan. Empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan adalah dikategorikan dalam kecerdasan interpersonal sementara tiga lagi iaitu mengenal diri, mengurus emosi dan memotivasikan diri adalah di dalam kategori intrapersonal.

Guru adalah insan yang cukup istimewa lantaran tanggungjawab dan amanah yang terpaksa dipikul untuk mendidik manusia menjadi insan yang berperibadi mulia, berakhlak tinggi dan kamil. Guru merupakan role-model oleh itu sudah semestinya guru menunjukkan contoh yang baik dan mereka haruslah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

Perkembangan pesat yang berlaku dalam era globalisasi kini memperlihatkan pelbagai pembaharuan dan inovasi telah berlaku bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, pengurusan dan perniagaan, malahan turut membawa cabaran kepada bidang pendidikan. Cabaran besar yang dihadapi dalam kerjaya pendidikan hari ini adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berwawasan, berketerampilan, memiliki sahsiah diri terpuji sebagaimana yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam menyahut cabaran ini, sudah tentulah ia memerlukan warga pendidik yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan memiliki kekuatan emosi yang tinggi. Secara tidak langsung cabaran ini turut dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah dan pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Sejak kebelakangan ini peranan dan tanggungjawab guru-guru dan guru kemahiran hidup semakin kompleks dan mencabar. Penggunaan teknologi maklumat, internet, eperdagangan dan pelaksanaan akan membawa cabaran-cabaran baru. Oleh yang demikian, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, menguasai kemahirankemahiran kaunseling dengan baik, mematuhi kod etika guru serta memiliki tahap kemahiran sosial yang tinggi. Ciri-ciri ini sangat penting dalam usaha untuk mencapai kepuasan dalam kerjaya, seterusnya mampu memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Menyedari hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru kemahiran hidup, satu aspek yang tidak kurang pentingnya dan perlu ditekankan ialah keupayaan mereka mengurus kepintaran emosi dalam menghadapi cabaran kerjaya mereka. Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Najib (2002) telah membuktikan kepentingan kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi di kalangan guru-guru adalah amat penting dalam melaksanakan proses perundingan dengan pelajar supaya pendidikan menjadi lebih berkesan. Berdasarkan kenyataan tersebut dan juga suasana persekitaran pekerjaan antara guru biasa dan guru kemahiran hiup memang terdapat persamaan antara keduanya kerana mereka samasama terlibat di dalam proses interaksi bersama pelajar. Kerjasama antara guru biasa dan guru kemahiran hidup amat diperlukan dalam membantu perkembangan diri dan pencapaian akademik pelajar. Bezanya guru biasa terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah manakala guru kemahiran hidup di bengkel. Justeru itu sebagaimana guru biasa, guru kemahiran hidup juga sewajarnya memiliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi bagi menghadapi cabaran kerjaya yang tidak kurang hebatnya.

Dunia penuh persaingan ini memerlukan golongan berkemahiran, bersemangat kental serta cerdas emosinya di samping mempunyai ilmu pengetahuan dan memiliki kecerdasan intelek serta sosial sebagaimana yang diingini dalam falsafah pendidikan negara. Tugas ini tidak semudah ucapan mahupun tulisan. Ini ditambah lagi dengan cabaran budaya luar yang bebas masuk ke dalam jiwa pelajar. Pengaruh barat yang mudah diperolehi dengan hanya dihujung jari mencabar guru supaya bersaing untuk memenangi hati, jiwa serta tindak tanduk pelajar.

Perkembangan ini menyebabkan organisasi sekolah memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran berlainan bagi membolehkan mereka terus produktif dalam persekitaran yang tidak menentu dan penuh dengan cabaran yang tidak berkesudahan. Oleh yang demikian untuk menjadi guru kemahiran hidup yang berdedikasi dan berkaliber seseorang guru itu harus bijak menguruskan emosinya dan mestilah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi sebagai bekalan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pelbagai ragam.

1.2 Latarbelakang Masalah

Dalam kemajuan dunia moden, peranan seorang guru kemahiran semakin bertambah dan mencabar. Seorang guru kemahiran bukan sahaja orang yang dapat membantu pelajar dalam semua jenis keadaan mengenal kemahiran, tetapi haruslah menjadi seseorang yang membekalkan maklumat tentang pendidikan dan pembelajaran sehingga orang yang dibantunya dapat membuat pemilihan dan mengambil keputusan secara terbuka (Muhd. Mansur, 2000).

Cabaran itu turut dirasai oleh guru-guru kemahiran hidup terutamanya diperingkat menengah. Dalam konteks ini, mereka sebenarnya berhadapan dengan pelajar-pelajar yang baru memasuki peringkat awal remaja hinggalah kepada yang mencapai umur pertengahan remaja (13 tahun 19 tahun). Kita sedia maklum bahawa pada peringkat perkembangan inilah remaja menghadapi pelbagai cabaran hidup seperti ungkapan yang sering digunakan iaitu Storm and Stress. Iaitu dipenuhi dengan gelora dan tekanan. Pandangan tentang Storm and Stress adalah konsep yang diketengahkan oleh Hall yang mengatakan zaman remaja adalah zaman kacau bilau yang penuh dengan konflik dan keadaan hati yang berubah-ubah secara tiba-tiba saja (Santrock, 2001).

Pada peringkat ini berlaku perubahan dari segi perkembangan biologi, kognitif dan sosioemosi. Pada peringkat ini juga mereka mula terdedah kepada persekitaran yang lebih kompleks, proses sosialisasi yang semakin mencabar iaitu dari segi perhubungan dengan rakan

sebaya dan gaya hidup sebagai remaja. Secara tidak langsung, sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti remaja kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah dengan waktu pembelajaran dan aktiviti gerak kerja ko-kurikulum. Sekolah juga sebagai medan bagi pelajar-pelajar untuk mencipta kecemerlangan dalam pencapaian akademik, sebagainya. kegiatan ko-kurikulum seperti bersukan, berpersatuan sebenarnya akan mendedahkan mereka kepada kemahiran-kemahiran diri seperti kepimpinan, keberanian dan

Menyedari hakikat itu, sememangnya jelas bahawa peranan boleh dianggap sebagai satu profession yang bebanan mencabar

guru kemahiran hidup menghadapi

kerana mereka

tugas mengajar di dalam kelas dan bengkel. Tanggungjawab yang dipikul sama

sahaja dengan guru-guru lain iaitu bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan diri dan akademik. Medium pengajaran sahaja yang membezakan mereka di mana guru-guru lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran di dalam kelas.

Justeru itu dalam menghadapi cabaran kerjaya ini guru-guru Kemahiran Hidup bukan sahaja perlu memiliki pengetahuan yang luas, kemantapan dalam menguasai kemahirankemahiran di bengkel, tetapi juga perlu memiliki tahap kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi.

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan tahap kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja di kalangan pemimpin dan juga guru-guru. Oleh itu kajian untuk mengenalpasti hubungan tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja guru Kemahiran Hidup adalah diperlukan. Pengkaji juga mengkaji tahap perbezaan kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) merentas demografi yang jantina, umur, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan.

1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut iaitu:

1.4.1 1.4.2

Mengenalpasti kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal), tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya di kalangan guru Kemahiran Hidup di Klang, Selangor. Mengenalpasti perbezaan kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) guru Kemahiran Hidup di Klang, Selangor dari segi demografi (jantina,umur,tahap pendidikan dan taraf perkahwinan)

1.4.3

Mengenalpasti hubungan diantara kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal), kepuasan kerja dan komitmen kerjaya di kalangan guru Kemahiran Hidup di Klang, Selangor

1.5 Hipotesis

Ho1:

Terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi (interpersonal, intrapersonal) dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja di kalangan guru kemahiran hidup sekolah menengah di Klang, Selangor.

Ho2:

Terdapat hubungan yang signifikan dari segi kecerdasan emosi (interpersonal, intrapersonal) dikalangan guru kemahiran hidup sekolah menengah di Klang, Selangor, mengikut demografi (Jantina, Umur, tahap pendidikan dan taraf pendidikan.

1.6 Kesignifikan / Kepentingan Kajian Di negara barat, kajian-kajian berhubung peranan kecerdasan emosi (EQ) yang dijalankan sebelum ini lebih banyak tertumpu kepada hubungannya dengan organisasi seperti di kalangan pegawai-pegawai pengurusan sumber manusia, kesihatan, pengurusan peringaan dan industri. Di Malaysia, kajian tentang peranan EQ masih agak berkurangan walaupun ada usaha beberapa orang pengkaji yang ingin mengetahui isu ini seperti yang dijalankan oleh Yahaya dan Ng (2001), Mohd. Najib dan rakan-rakan (2002), Liew dan rakan-rakan (2002) yang masingmasing membuat kajian tentang peranan EQ dalam bidang pendidikan. Kajian berhubung tahap

EQ ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, guru-guru dan bakalbakal guru di maktab perguruan dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi awam. Dalam kebanyakkan kajian EQ selalunya dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar, hubungan tahap EQ anak-anak dengan tahap EQ ibubapa, perbezaannya berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, bangsa, dan taraf perkahwinan. Kajian lepas seperti yang telah dijalankan oleh Kelly dan Caplan (1993), Cooper dan Sawat (1997) dan Abraham (2000) mengesahkan bahawa tahap EQ mampu mempengaruhi tahap kepuasan kerja dan komitmen perkerja terhadap organisasi mereka. Walaubagaimanapun kajian seumpama ini dalam konteks Malaysia masih kurang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji. Justeru itu dalam kajian ini pengkaji ingin menjalankan satu kajian tentang EQ guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi, tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja di kalangan guru Kemahiran Hidup. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, dan taraf perkahwinan. Objektif seterusnya adalah untuk mengenalpasti hubungan tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya guru-guru Kemahiran Hidup. Kajian oleh Mohd. Najib (2002), terhadap peranan EQ guru-guru berjaya membuktikan bahawa EQ sangat penting kepada guru-guru dan juga guru-guru pelatih di maktab perguruan dalam menggerakkan proses pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Melalui hasil kajian ini, beliau menyarankan agar program pendidikan perguruan mengambilkira semua aspek penting untuk melatih bakal guru yang berdedikasi dan profesional termasuklah aspek berkaitan EQ bagi menghadapi cabaran kerjaya dalam alam pendidikan nanti. Jika kajian ini dapat membuktikan bahawa peranan EQ sangat penting di kalangan guruguru Kemahiran Hidup, maka kita perlu memberi tumpuan khas kepada pembentukan EQ sebagaimana yang telah dibuktikan oleh guru-guru. Tidak dinafikan bahawa guru-guru Kemahiran Hidup juga kadangkala menghadapi tekanan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh yang demikian, mereka wajib berlatih mengawal emosi, belajar menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi, lebih bersifat empati, menerima dan memahami klien serta dapat memberikan pendidikan emosi yang baik kepada pelajar-pelajar. Yahaya (2001),

menyatakan status EQ itu lebih penting daripada IQ kerana kejayaan akademik seperti yang dipentingkan oleh dunia pendidikan bukan menjamin atau sijil untuk berjaya dalam kehidupan. Hasil kajian ini juga signifikan kepada KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) kerana EQ juga merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan dunia pendidikan kelak. Sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1993), bahawa perlantikan guru Kemahiran Hidup sepenuh masa adalah satu usaha murni ke arah melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelajar-pelajar, guru-guru termasuklah guru-guru Kemahiran Hidup juga wajar memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ringkasnya kajian ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan guru-guru Kemahiran Hidup dan kemahiran- kemahiran yang ada , pihak pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan organisasi yang mengutamakan perasaan kakitangan, dapat menguruskan perasaan diri dan perasaan orang lain serta tahap memiliki kemahiran sosial yang baik adalah sangat penting kerana elemen-elemen ini juga dapat memberi kepuasan, seterusnya melahirkan semangat kerja yang tinggi (komitmen jitu terhadap kerjaya). Kepuasan kerja dan komitmen yang di berikan oleh guru-guru Kemahiran Hidup terhadap profesion ini tentunya akan meningkatkan martabat dan profesionalisme kemahiran di Malaysia.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian Sejak kebelakangan ini kajian berhubung dengan kecerdasan emosi mula mendapat perhatian daripada pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian ilmiah sangat diperlukan untuk mengesahkan kebenaran sesuatu fakta atau isu yang diketengahkan. Seperti yang di ketahui topik EQ mendapat perhatian menyeluruh disebabkan penghasilan buku oleh Goleman pada tahun 1995 yang membincangkan peranan EQ dalam menentukan kejayaan seseorang, dimana menurutnya tahap IQ yang tinggi bukanlah peramal mutlak kepada kejayaan dalam hidup.

Justeru itu, pengkaji juga ingin meneroka topik ini dan berharap hasil kajian ini nanti akan memberikan sumbangan kepada guru-guru Kemahiran Hidup khususnya dan bidang pendidikan amnya. Kajian terhadap kecerdasan emosi (EQ) ini wajar dijalankan kerana profesion sebagai guru Kemahiran Hidup juga tidak terlepas daripada cabaran dan memikul tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan aspirasi pendidikan negara.

Kajian yang dijalankan melibatkan pengumpulan data daripada guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah di Klang, Selangor. Oleh itu kajian ini hanya terbatas kepada guru Kemahiran Hidup di Klang, Selangor. Pemilihan ini dibuat kerana sekolah-sekolah ini terletak di dalam kawasan bandar dan mempunyai jumlah pelajar-pelajar yang lebih ramai jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Jadi suasana pembelajaran mungkin berbeza kerana pelajar-pelajar terdedah dengan interaksi sosial yang lebih mencabar. Kebanyakkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 4- 5orang guru Kemahiran Hidup. Pengkaji tidak melibatkan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah rendah kerana tiada guru yang benar- benar daripada opsyen Kemahiran Hidup sepenuhnya di sekolah rendah.

1.8 Definisi Konsep Dan Operasional

1.8.1

Kecerdasan Emosi (EQ)

Pengaruh emosi amat besar dalam mewarnai hubungan sesama manusia. Emosi meliputi pelbagai perasaan seperti sayang, gembira, malu, sedih, kecewa, bimbang dan sebagainya. Kelangsungan hidup manusia juga adalah dipengaruhi oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkahlaku manusia. Kecerdasan emosi adalah dikaitkan dengan kemampuan mengawal emosi terutamanya dalam persekitaran sosial.

Mayer dan Salovey (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu bentuk kebolehan memantau dan meregulasikan emosi diri dan emosi orang lain, dapat membezakan antara keduanya dan boleh menguruskan maklumat itu untuk mengarah pemikiran dan tindakannya.

Goleman (1998) melalui adaptasi model EQ oleh Mayer dan Salovey mendapati bahawa EQ sangat penting dan berguna untuk memahami bagaimana setiap kemahiran ini berperanan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Sehubungan itu Goleman mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan dan mengenalpasti emosi diri orang lain untuk memotivasikan diri dan mengurus emosi dalam perhubungan berkesan.

Bar-On (1996) mendefinisikan model emotional intelligence yang diperkenalkannya sebagai satu keupayaan yang berkaitan emosi dan pengetahuan sosial yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitarannya dengan berkesan.

Model kecerdasan emosi merangkumi lima aspek utama, iaitu:

i) Kesedaran terhadap diri (Self-awareness). ii) Keupayaan mengurus emosi diri (Self-regulation). iii) Motivasi (Motivation) iv) Empati (Empathy). v) Kemahiran sosial (Social skills). i)
Kesedaran Terhadap Diri (Self-awareness)

Kesedaran terhadap diri atau sedar emosi kendiri bermakna kebolehan mengawal diri (perasaan) dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat membantu individu untuk membuat keputusan yang kongruen dengan pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung ia juga membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik. Individu yang memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan

kelemahan dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang lain dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman yang dilalui. Keyakinan diri pula adalah satu sifat keberanian yang datang dengan penuh kepastian hasil daripada keupayaan terhadap kesedaran kendiri iaitu kebolehan, nilai dan matlamat diri.

ii)

Keupayaan Mengurus Emosi Diri (Self regulation)

Keupayaan untuk mengawal emosi diri sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat. Individu yang dapat mengawal emosinya mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah. Seseorang individu itu harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sikap mudah berpuas hati dalam mengejar sesuatu matlamat. Keupayaan mengurus emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat bebas daripada kitaran emosi yang kritikal.

iii)

Motivasi (Motivation)

Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga membantu kita mengambil inisiatif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya lebih mudah dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa.

iv)

Empati (Empathy)

Satu kebolehan seseorang itu mengenali dan memahami emosi orang lain dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka. Orang lain jarang mempamerkan gangguan emosi yang dialami secara terus terang. Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti perubahan nada suara dan ekspresi wajah. Kebolehan individu merasai situasi-situasi emosi ini telah membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka menguruskan situasi emosi ini. Perasaan empati ini akan memudahkan seseorang individu menjalin perhubungan dengan individu lain. v) Kemahiran Sosial (Social Skills)

Kemahiran sosial melibatkan kebolehan mengurus emosi orang lain dalam perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga memberi kelebihan kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan pebalahan dengan individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat di wujudkan. Individu yang dapat menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam perhubungan sosialnya dan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan model kecerdasan emosi yang telah dibina oleh Mohd. Najib (2003). Model ini terbahagi kepada dua konstruk utama iaitu Intrapersonal dan Interpersonal. Konstruk Intrapersonal mengandungi tiga elemen EQ, iaitu keupayaan mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri dan motivasi kendiri. Sementara konstruk Interpersonal mengandungi dua elemen EQ, iaitu keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain.

Dalam kajian ini kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan individu mengendalikan hubungan dengan orang lain (Interpersonal) dan mengendalikan emosi yang berkaitan dengan perhubungan dengan diri sendiri (Intrapersonal). 1.8.2 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja merupakan satu tindakbalas yang berlaku dalam situasi kerjaya terhadap pekeja. Kepuasan dapat dicapai andainya keperluan fisiologi dapat dipenuhi dan kurang dukacita dalam persekitaran pekerjaan mereka. Kepuasan kerja dikaitkan dengan keadaan kerja dan ganjaran yang terhasil daripadanya secara langsung dari sesuatu tugas atau kerja yang dilaksanakan. Menurut teori Herzbeg kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja adalah di sebabkan oleh dua faktor yang berasingan. Kedua-dua faktor tersebut dinamakan faktor pemuas (pendorong) dan bukan pemuas (faktor kesihatan). Locke (dalam Schultz dan Schultz, 2001) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai satu reaksi emosi individu terhadap sesuatu pekerjaan. Ini bermaksud perasaan keseronokan dari segi emosi diperolehi berdasarkan kepada penilaian individu ke atas pekerjaan dan pengalaman bekerja.

Ariffin (1997) menyatakan bahawa kepuasan kerja mempunyai pengertian yang subjektif iaitu setiap pekerja memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang berbeza-beza. faktor yang menentukan kepuasan kerja adalah berbeza-beza mengikut umur, jantina, jenis dan tahap pendidikan dan juga taraf pendidikan seseorang. Schultz dan Schultz (2001), menyatakan bahawa kepuasan kerja merujuk kepada sikap individu tentang pekerjaannya iaitu samada secara positif atau negatif terhadap kerjanya. Sikap positif terhadap kerja menunjukkan individu tersebut mempunyai kepuasan terhadap kerjanya. Sebaliknya sikap negatif menggambarkan individu yang merasai ketidakpuasan terhadap kerjanya. Pendapat yang hampir sama diutarakan oleh Munchinsky (2000), kepuasan kerja dirujuk sebagai darjah keseronokan yang diperolehi oleh seseorang daripada tugas yang dilaksanakan. Dengan ini kerja melibatkan perasaan individu terhadap tugas yang dilaksanakannya sama ada positif atau pun negatif dan ia berkait rapat dengan sikap pekerja itu sendiri sama ada puas atau tidak puas. Mahmood Nazar (2001) juga merujuk kepuasan kerja sebagai sikap dan perasaan positif yang ada pada para pekerja terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan. Kepuasan kerja ini bergantung kepada beberapa faktor dan kepuasan kerja amat berbeza di antara seorang pekerja dengan seorang pekerja yang lain. Faktor-faktor ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan suasana kerja seperti keadaan fizikal tempat kerja, suasana sosial dan juga kaitannya dengan faktor-faktor seperti umur, kestabilan emosi, status sosial, kesihatan, aktiviti rekreasi dan pelbagai aktiviti lain. Berdasarkan definisi kepuasan kerja yang dijelaskan oleh pengkaji-pengkaji berkenaan didapati definisi yang dikemukakan oleh Locke (1976) sangat bersesuaian dengan kajian ini. Sebagaimana yang dinyatakannya bahawa kepuasan kerja merupakan satu reaksi emosi yang positif bagi seseorang individu terhadap kerjanya. Sekiranya individu tersebut memiliki tahap EQ yang tinggi maka mudahlah baginya untuk memperoleh kepuasan daripada kerja yang dilakukan.

Dalam kajian ini kepuasan kerja merujuk kepada satu reaksi emosi yang positif bagi seseorang individu terhadap kerjanya. Bermakna individu yang mempunyai tahap EQ yang tinggi akan menunjukkan komitmen yang baik terhadap kerjaya mereka.

1.8.3

Komitmen Terhadap Kerjaya Marshal dan Witjing (1982) mendefinisikan komitmen terhadap kerjaya sebagai satu

kehendak terus bekerja walaupun tanpa sebarang alasan seperti masalah kewangan. Kehendak ini tidak terhalang walaupun terdapatnya tanggungjawab kekeluargaan yang menyukarkan individu untuk keluar bekerja. Selain itu ia juga memperlihatkan satu peneguhan terhadap rancangan kerjaya dengan cara mendapatkan maklumat-maklumat lanjut yang lebih spesifik tentang kerjaya tersebut. Dengan kata lain, ia merupakan komitmen tingkahlaku untuk mengejar corak kerjaya tanpa gangguan. Goleman (1998) mengemukakan pandangan terhadap komitmen dari sudut organisasi sebagai satu reaksi emosional. Disini ia membawa maksud seseorang individu itu mempunyai hubungan atau kelekatan yang kuat kepada matlamat organisasi. Individu yang setia dan taat kepada matlamat organisasi bukan sahaja akan menjalankan tugasnya dengan sedaya upaya, malah mereka sudi mengorbankan kepentingan diri apabila diperlukan demi kepentingan organisasi. Justeru itu, komitmen merupakan penggalak semulajadi iaitu individu melahirkan perasaan patriot terhadap organisasi secara spontan.

1.8.4

Guru Kemahiran Hidup Sekolah

Definisi konsep untuk kemahiran menurut Kamus Dewan ( 2007) terlatih untuk mengerjakan sesuatu bidang, Kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu bidang terutama mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah yang mengutamakan kerja- kerja di bengkel selain daripada kelas harian. Secara operasionalnya pula, dalam kajian ini guru Kemahiran Hidup sekolah adalah merupakan pendidik yang telah mengikuti kursus atau pengajaran di institusi yang telah diiktiraf

oleh kerajaan dalam bidang kemahiran hidup dan kini berkhidmat sebagai guru kemahiran hidup atau guru kemahiran hidup sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah di Selangor.

1.9 Kesimpulan

Goleman (1995) menyatakan kecerdasan otak atau IQ hanya menyumbangkan sebanyak 20% dalam menentukan kejayaan hidup. Manakala 80% kejayaan adalah ditentukan oleh faktor EQ. Goleman juga menyimpulkan bahawa tahap IQ yang tinggi mungkin berkait rapat dengan kejayaan akademik di universiti tetapi prestasi mereka dalam pekerjaan belum pasti lagi. Berkemungkinan ianya berkait rapat dengan tahap EQ mereka. Dengan itu EQ dikatakan boleh menentukan masa hadapan individu. Kejayaan tidak mungkin digapai oleh orang yang tidak pandai menyelesaikan masalah. Masalah kecil diberikan perhatian berlebihan manakalah masalah besar terus buntu. Orang yang tidak pandai menyelesaikan masalah adalah orang yang tidak pandai mengawal emosi (HM Tuah Iskandar, 2003). Pada hari ini pelbagai masalah yang timbul di kalangan masyarakat berpunca daripada ketidakmampuan untuk menguruskan emosi dengan baik. Kecerdasan emosi (EQ) merupakan suatu suatu kebangkitan diri seseorang terhadap satu tindakbalas atau reaksi melalui sesuatu benda atau keadaan yang dialami. Kecerdasan emosi akan membentuk nilai peribadi seseorang dan juga akan membentuk nilai dikalangan masyarakat (Mohd. Najib, 2000). Kenyataan-kenyataan yang diberikan membuktikan dengan jelas bahawa peranan EQ sememangnya penting di dalam diri seseorang individu. Justeru itu, kesedaran terhadap peranan EQ sebagai penentu keupayaan hidup perlu ditetapkan di dalam jiwa generasi hari ini. Maka pengkaji amat berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca melalui maklumat-maklumat yang diperolehi sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks dan mencabar.

Sorotan Kajian

2.1 Kerangka Teori

2.1.1 Kecerdasan Emosi (EQ)

Mayer dan Salovey pada tahun 1990 telah membawa dimensi baru dalam penilaian pendidikan dengan memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (EQ) kepada dunia. Ini menyebabkan ramai pakar mengatakan kegiatan manusia tidak hanya bergantung kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang dan keputusan yang mereka buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ. Secara umumnya EQ boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu emosi perhubungan kendiri (Intrapersonal) dan emosi untuk perhubungan dengan orang lain (Intrapersonal). Intrapersonal boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri dan memotivasikan emosi kendiri. Manakala Intrapersonal pula boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Mohd. Najib, 2002). Sehubungan dengan itu pengkaji akan membincangkan perspektif kecerdasan emosi berdasarkan penjelasan yang telah dikemukakan oleh Mohd. Najib (2002). Beliau telah menjelaskan kategori-kategori tersebut dengan merujuk contoh-contoh khusus kepada interaksi guru-guru dan murid-murid di sekolah. Kategori pertama ialah keupayaan mengenal emosi kendiri supaya dapat digunakan untuk mengawasi tingkahlaku bagi menjadikan ia lebih berfaedah kepada diri. Ia boleh dipertingkatkan dengan mengurus dan memotivasikan diri melalui perhubungan komunikasi yang baik dan kebolehan untuk menasihati serta membuat perhubungan dengan orang lain secara berkesan. Lima ciri utama adalah menilai, menyelaras deria, berinteraksi dengan perasaan, mengetahui kehendak dan memberi tumpuan kepada perlakuan. Seseorang guru

dalam menghadapi situasi pelajar akan menilai tentang persepsi dirinya terhadap situasi tersebut, seperti bertanya kepada diri adakah dirinya sedang marah, apakah pelajar sedar kita sedang marah, apakah kita ingin marah dan apakah tindakan kita seterusnya sama ada ingin meneruskan sifat marah dengan melakukan tindakan berdasarkan perasaan tersebut. Kategori kedua adalah mengurus emosi. Bermaksud memahami orang lain disekeliling dan menggunakan pemahaman tersebut untuk mengubahsuai dan seterusnya mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Seseorang guru dengan ini dapat mengurangkan perasaan kecewa serta marah dan kelakuan agresif dan secara tidak langsung membawa kepada pemikiran positif. Kategori ketiga adalah mengenai memotivasikan diri dalam memulakan dan menyempurnakan sesuatu tugas dan ini diperolehi melalui diri sendiri, sahabat, keluarga, rakanrakan, mentor dan persekitaran. Seseorang guru yang rajin mungkin mendekati guru-guru yang lain yang juga rajin dan persekitaran tempat kerjanya juga boleh melambangkan peringkat motivasi guru tersebut. Lebih penting ialah apabila seseorang guru tahu dirinya sedang marah (kenal emosi kendiri), tahu cara bagaimana untuk mengurangkan kemarahan mereka (tahu menguruskan emosi kendiri), perlu membuang kemarahan tersebut (motivasi kendiri). Masalahnya ialah guru tahu dia sedang marah, tahu bagaimana hendak mengurangkan kemarahan tetapi tidak berusaha kearah itu. Paling menyedihkan ialah guru tahu untuk mewujudkan suasana mesra dan terbaik untuk pelajar tetapi kurang bermotivasi untuk berbuat demikian. Kebolehan untuk mengendalikan perhubungan yang berkesan dengan orang lain dapat mengelakkan diri individu tersebut daripada situasi yang genting bagi menghasilkan perhubungan yang berkesan. Dari segi pendedahan diri, seseorang cuba memahami pendirian orang lain dengan menyatakan sesuatu dalam bentuk komunikasi yang baik dan boleh diterima oleh semua pihak. Guru bersetuju dengan pendapat murid dengan menyatakan baik atau buruk dan begitulah sebaliknya. Dari segi keteguhan diri seseorang boleh mengimbangi kepentingan dirinya dan menyatakan serta memperjuangkan hak-haknya secara asertif. Seorang guru boleh mempertahankan pendapatnya secara seimbang. Dari segi mendengar pula, seseorang mendengar dan mengenalpasti perkara penting untuk meningkatkan keberkesanan berhubung dengan orang lain. Guru harus sentiasa mendengar dengan tekun

dengan apa yang pelajar ingin perkatakan supaya dapat membantu guru merancang atau melaksanakan tugas seterusnya. Kriteria terakhir ialah melihat sebarang kritikan sebagai perkara yang positif yang dapat membantu kita mengenal diri kita dari sudut pandangan orang lain dan menjauhi diri dari cepat tersinggung. Seorang guru yang melihat kritikan sebagai suatu rangsangan positif tidak akan cepat marah kepada murid atau guru serta ketua dan ini boleh membantu meningkatkan martabat profesion guru itu sendiri. Secara ringkasnya, keupayaan mengenal emosi orang lain akan meningkatkan tahap kecerdasan emosi kita. Kaedah terbaik adalah dengan memahami kehendak orang lain dan sentiasa membuat hubungan melalui pertukaran idea dan maklumat. Guru harus sentiasa memahami kehendak muridnya melalui interaksi berterusan seperti mendapat maklumat melalui penyoalan dan mendengar jawapan dengan teliti. Kriteria kecerdasan emosi yang diterangkan boleh dijelaskan seperti dalam Rajah 2.1 di bawah.

Rajah 2.1: Aliran ciri kecerdasan emosi Mengendalikan emosi orang lain

Mengurus Emosi Sendiri

Motivasi Sendiri

Mengenal emosi sendiri

Mengenal emosi orang lain

(Sumber : Mohd. Najib, 2002) 2.2.2 Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja

Perbincangan mengenai teoritikal kepuasan kerja dan komitmen kerja dalam kajian ini akan dijelaskan berdasarkan beberapa teori motivasi yang berhubungan dengan kepuasan dan komitmen kerja. Menurut Davis (1981) motivasi adalah sesuatu kekuatan yang mendorong pekerja ke arah melakukan sesuatu tindakan. Motivasi menunjukkan keinginan terhadap keperluan seseorang seperti keinginan dalaman dan luaran. Perhubungan keperluan individu ke arah prestasi kerja telah dirumuskan dalam Model Motivasi Davis (1981). Keperluan individu boleh melahirkan tekanan dalam diri seseorang untuk terus berusaha sedaya upaya untuk mencapai keinginan mendapatkan insentif-insentif yang ditawarkan oleh pihak majikan. Model Motivasi ini menerangkan keperluan individu akan menggerakkan seseorang untuk berusaha ke arah mencapai motif mereka.. Terdapat beberapa teori motivasi yang dapat dihubungkaitkan dengan kepuasan kerja pekerja. Antara teori yang dibincangkan ialah Teori Dua Faktor Herzberg, Teori Perbandingan Model Kepuasan Facet Lawler dan Teori Nilai Locke (dalam Schultz dan Schultz, 2001). Perbincangan berkaitan teori motivasi dengan komitmen kerja merangkumi Teori Keperluan Maslow dan Teori Motivasi Pencapaian MC Clelland.

2.2.2.1 Teori Dua Faktor Herzberg Teori dua faktor Herzberg (1968), mengambilkira aspek motivasi dan kepuasan kerja. Herberg mengkategorikan keinginan manusia kepada dua iaitu keinginan motivator dan keinginan hygiene.

Motivator merupakan keinginan peringkat tinggi yang akan memotivasikan pekerja ke arah prestasi yang tinggi. Ia berkaitan dengan ciri-ciri dalaman sesuatu tugas seperti pencapaian, pengiktirafan, pekerjaan itu sendiri, tanggungjawab dan kejayaan. Hygiene adalah keinginan yang berkaitan dengan kesejahteraan individu. Iaitu berkaitan dengan keinginan yang terdapat di luar kerja dan melibatkan persekitaran kerja antaranya termasuklah: 0 1 2 3 4 5 6 Dalam konteks pekerjaan, faktor motivator akan memberi kepuasan kerja jika ia dipenuhi. Tetapi sekiranya ianya tidak dipenuhi, ia tidak pula menyebabkan pekerja mengalami ketidakpuasan kerja. Sebaliknya hanya berada di peringkat neutral. Walaubagaimanapun faktor hygiene jika tidak dipenuhi akan menyebabkan individu mengalami ketidakpuasan kerja. Apabila ia dipenuhi ia akan membuatkan individu merasa puas tetapi akan hanya berada di peringkat neutral. Dengan kata lain, faktor hygiene ini akan hanya mempunyai sedikit pengaruh atau kuasa untuk menghasilkan kepuasan kerja. Herzberg mengatakan bahawa sesuatu kerja atau organisasi tidak harus dicemari oleh sistem pentadbiran yang tidak cekap, sekatan-sekatan pada pemberian ganjaran yang bersesuaian dan beberapa faktor yang boleh menghalang perlaksanaan kerja dengan baik. Faktor-faktor negatif seperti ini boleh menghindar proses kepuasan kerja yang ingin dicapai oleh manusia yang bekerja. Oleh itu, satu faktor penting yang perlu diingat oleh pengurus serta pentadbir adalah memastikan suasana tempat kerja berada dalam keadaan yang optimum supaya perkembangan diri dapat dicapai oleh pekerja dengan cepat (Mahmood Nazar, 2001). Hubungan antara perorangan dengan ketua. Hubungan antara perorangan dengan orang bawahan. Hubungan perorangan sesama peringkat. Status pekerjaan. Keadaan tempat kerja. Jaminan kerja.

2.2.2.2 Teori Perbandingan : Model Kepuasan Facet Lawler

Berdasarkan Model Kepuasan Facet Lawler (1991), individu akan membandingkan apa yang sepatutnya diperolehi daripada pekerjaan mereka seperti ganjaran, penyeliaan dan sebagainya dengan apa yang sebenarnya mereka nikmati atau alami. Ia juga melibatkan pengaruh beberapa ciri pekerjaan seperti kemahiran, umur dan kesukaran. Model ini mengambilkira aspek ekuiti di mana kepuasan kerja individu ditentukan dengan membandingkan input atau outputnya dengan jumlah yang sepatutnya diterima seperti yang dijelaskan dalam Rajah 2.2. Perselisihan antara apa yang individu percaya ganjarannya dengan persepsi mengenai apa yang sepatutnya diperolehi menentukan kepuasan yang dialami. Rajah 2.2 berikut menjelaskan model kepuasan Facet Lawler yang berkaitan dengan kepuasan kerja

Rajah 2.2 : Model Kepuasan Facet Lawler Model Kepuasan Facet Lawler ini menunjukkan

Kemahiran, Pengalaman, Latihan, Usaha, Umur, Senioriti, Pendidikan, Kesetiaan Syarikat, Prestasi lepas, Prestasi sekarang

Persepsi peribadi input tugas

Persepsi jumlah yang sepatutnya diterima (a)

Persepsi input dan hasil yang dibandingkan Tahap kesukaran, Jangkamasa, Jumlah, Tanggungjawab Persepsi hasil yang Hasil sebenar yang diterima orang dan diterima dibandingkan a = b kepuasan a > b ketidakpuasan a < b rasa bersalah, ketidakselesaan, ketidakseimbangan

Persepsi jumlah diterima Persepsi ciri-ciri (b) tugas

(Sumber : Dipboye, Smith & Howell, 1994) Model Kepuasan

Facet Lawler ini menunjukkan perbezaan individu dengan menekankan kepada persepsi peribadi dan kepercayaan subjektifnya. Berdasarkan model, input tugas individu meliputi faktorfaktor seperti umur, kemahiran, latihan dan kebolehan. Tuntutan tugas yang dipersepsikan mempengaruhi perasaan individu mengenai jumlah hasil yang sepatutnya diterima berbanding dengan input dan output organisasi yang dibandingkan. Menurut Lawler, setiap individu mempunyai peta mental mengenai tingkahlaku yang perlu dilakukan dan hasil yang boleh memuaskan keinginannya. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada model ini ialah individu menjangkakan bahawa input akan seimbang dengan output. Jadi individu yang tinggi inputnya juga akan menerima output (jangkaan) yang tinggi. Jika tidak mereka akan mengalami ketidakpuasan dalam pekerjaan mereka. Individu juga percaya bahawa tuntutan tugas yang dipersepsikan sukar akan menerima ganjaran yang tinggi. Sekiranya ini tidak berlaku individu akan mengalami ketidakpuasan.

2.2.2.3 Teori Nilai Locke

Teori ini mengaitkan kepuasan kerja dengan setakat mana individu mempersepsikan kerjanya itu dapat menyediakan keperluan, keinginan dan nilai yang dikehendaki. Di sini individu dilihat mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Beberapa matlamat tugas dikenalpasti seperti matlamat kerja yang berkaitan dengan piawaian prestasi sesuatu kerja. Menurut Locke (dalam Dipboye, Smith dan Hoowell, 1994), nilai sesuatu aspek kerja itu boleh membantu dari segi kepuasaan yang dialami. Ini kerana kepuasan kerja melibatkan keadaan emosi. Individu mencapai sesuatu tahap kepuasan hasil daripada penilaian ke atas keupayaan kerja membolehkannya mencapai nilai kerjanya. Individu memegang nilai dan pentingkan kerja mereka. Dalam masa yang sama hirarki nilai individu adalah tidak statik dan berubah-ubah mengikut keadaan.

2.2.2.4 Teori Hirarki Keperluan Maslow Adalah sangat penting untuk mengetahui keperluan primer dan sekunder seseorang individu tetapi ia tidak menerangkan yang mana satukah di antaranya yang sangat penting pada sesuatu masa. Menurut pakar psikologi apabila keperluan asas mencapai kepuasan, maka seseorang itu akan berusaha untuk memenuhi keperluan pada peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya, jikalau seseorang tidak mencapai kepuasan keperluan asas maka keinginan terhadap keperluan peringkat atas akan ditunda. Abraham Maslow (1970), telah menekankan hirarki keperluan dalam bentuk piramid berdasarkan kepentingan daripada keinginan peringkat rendah kepada keinginan peringkat tinggi. Keinginan peringkat rendah merupakan keinginan keperluan fisiologi, keselamatan dan perlindungan serta keinginan kasih sayang dan kepunyaan. Manakala keinginan peringkat tinggi pula terdiri daripada keinginan terhadap penghormatan diri (pencapaian, kejayaan, kebebasan) dan keinginan kesempurnaan diri (penghargaan, pengiktirafan). Usaha-usaha ke arah pencapaian dan memenuhi keperluan tersebut dapat meningkatkan komitmen kerja di kalangan pekerja seandainya keperluan ini diberi perhatian dalam suasana pekerjaan. Hirarki Keperluan Maslow dapat dijelaskan seperti pada rajah 2.3. Rajah 2.3 : Hirarki Keperluan Maslow

Penyempurnaan diri

tinggi

Penghormatan diri Keperluan kasih sayang dan kepunyaan

Keperluan keselamatan rendah Keperluan fisiologi (Sumber : Rahil & Habibah, 2002) 2.2.2.5 Teori Motivasi Pencapaian MC Clelland

MC Clelland (2000), mencadangkan empat keperluan yang penting dalam konteks tingkahlaku dalam organisasi. Keperluan-keperluan tersebut adalah keperluan untuk kuasa, keperluan untuk berkawan, keperluan untuk pencapaian dan keperluan kebebasan. MC Clelland membahaskan keperluan pencapaian sebagai perbezaan yang terdapat dalam diri individu yang boleh menggerakkan individu untuk terus meningkatkan komitmen kerja. Individu yang mempunyai keperluan untuk pencapaian yang tinggi akan meningkatkan komitmen bekerja untuk terus bekerja dalam situasi kerja yang bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Individu yang mempunyai tahap keperluan yang tinggi untuk pencapaian sentiasa menyimpan keinginan untuk berjaya dan sentiasa takut terhadap kegagalan. Berdasarkan kajiannya MC Clelland mengenalpasti tiga ciri utama individu yang mempuyai keinginan motivasi pencapaian yang tinggi iaitu: 1 2 3 0 b)Menggemari risiko sederhana dan menetapkan matlamat yang sederhana yang boleh a) Individu sukakan persekitaran kerja yang membenarkan mereka bertanggungjawab dalam penyelesaian masalah.

1 2 4 5 6

dicapai. c)Mereka perlukan pengiktirafan dan maklumbalas tentang kemajuan tugas yang dilakukan. Juga sangat melibatkan diri (komited) dalam tugas yang dilakukan.

2.2 Tinjauan Kajian Lepas Bahagian ini membincangkan dapatan kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji berhubung dengan aspek kecerdasan emosi (EQ). Tinjauan kajian ini meliputi kajian-kajian tempatan dan kajian luar negara. Kajian-kajian tempatan yang telah dijalankan merangkumi bidang sosial, kepimpinan dan pendidikan. Manakala kajian luar negara banyak menumpukan kepada aspek pengurusan dan kepimpinan organisasi serta bidang pendidikan. 2.2.1 Kajian Dalam Negara Zainuddin (2000) telah menjalankan satu kajian tentangg EQ yang bertujuan untuk melihat hubungan antara EQ dengan kepimpinan. Kajian dijalankan ke atas 45 orang responden dari kalangan pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Hasil kajian mendapati tahap EQ pemimpin-pemimpin pelajar secara keseluruhannya adalah tinggi, iaitu 73% daripada 45 orang responden mempunyai tahap EQ yang tinggi. Selebihnya iaitu 26.7% daripada 45 orang responden mempunyai tahap EQ yang sederhana. Tidak terdapat seorang pun dari jumlah responden berada pada tahap EQ yang rendah. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara EQ dan kepimpinan. Keseluruhan pelajar UTM mempunyai tahap EQ yang tinggi terutamanya untuk sub-skala kesedaran diri, mengawal diri dan empati. Manakala sub-skala yang lain walaupun mempunyai nilai yang rendah tetapi masih lagi mempunyai EQ yang positif atau tinggi. Mohd. Najib (2000) dalam satu kajiannya mengenai kestabilan emosi guru di peringkat latihan perguruan yang telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru 2000 pada 4 Mei 2000 di Kota Kinabalu, Sabah mendapati bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam kategori kecerdasan emosi. Tahap keupayaan motivasi kendiri dan mengenal emosi kendiri berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding keupayaan mengendalikan perhubungan.

Kajian yang dijalankan oleh Reimy Suriani (2001) di 10 buah fakulti yang terdapat di UTM, Skudai yang mana bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan permasalahan pelajar UTM, Skudai pula mendapati bahawa tahap kecerdasan emosi seseorang tidak semestinya disebabkan oleh masalah yang mereka hadapi. Beliau mendapati bahawa hubungan di antara kecerdasan emosi dengan permasalahan pelajar adalah sangat lemah. Ini bermakna seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi tidak semestinya mereka tidak mempunyai masalah dan begitu juga seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah tidak semestinya mereka mempunyai masalah yang tinggi. Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Prakas Rao (2001) iaitu melihat perkaitan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati bahawa mahawiswa dan mahasiswi UTM mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan dari aspek pencapaian akademik pula didapati mahasiswa dan mahasiswi UTM mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik. Namum perkaitan antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahsiswi UTM adalah sangat lemah. Mohd. Najib, Azizi dan Yusof (2002) dari UTM, Skudai telah menjalankan kajian berhubung dengan tahap kestabilan emosi di kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan. Seramai 65 orang responden dari kalangan pelajar dan pensyarah yang terlibat. Analisis utama kajian adalah untuk menguji instrumen, diikuti dengan perbandingan tahap-tahap emosi antara pensyarah dan pelajar dan analisis temubual untuk menerangkan kaedah kestabilan emosi. Keputusan bagi menguji instrumen menunjukkan hampir kesemua responden memberikan maklumbalas yang baik terhadap kategori-kategori dalam mengukur tahap EQ. Perbezaan hanya berlaku dari segi kaedah dan cara responden menstabilkan emosi. Mohd. Najib, Azizi dan Yusof (2002) turut menjalankan kajian perbandingan kecerdasan emosi di antara pelatih perguruan di peringkat ijazah pertama dengan ijazah lanjutan. Kajian ini melibatkan seramai 615 orang pelatih perguruan dari tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UTM, UKM, UM, UPM, UIA, UPSI dan USM. Dapatan kajian menunjukkan kestabilan emosi berdasarkan tanggapan pelajar terhadap diri mereka menunjukkan tahap baik iaitu pada nilai min sekitar 4.0. Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir pelajar yang menyatakan mereka kekurangan dari segi mengenal emosi kendiri, memotivasikan diri sendiri,

mengenal emosi orang lain, menguruskan emosi orang lain terutama dari segi mengurus emosi kendiri. Keputusan menunjukkan para pelajar harus meningkatkan lagi keupayaan mengurus emosi kendiri. Perbandingan antara IPT mendapati pelatih perguruan dari UM, UIA dan UPM mempunyai tahap kestabilan emosi yang lebih tinggi.

2.3 KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan tentang kerangka teoritikal berasaskan pelbagai konstruk dan teori bagi kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja. Kajian dalam dan luar negara yang berkaitan juga dibincangkan dalam bab ini. Kajian-kajian tersebut meliputi sorotan kajian yang terdapat bukan sahaja di dalam negara, bahkan luar Negara.

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Penyelidikan pendidikan ditakrifkan sebagai cara teratur untuk memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Penyelidikan perlu dilakukan secara sistematik dan saintifik bagi mempastikan fakta-fakta yang diperolehi untuk membuat keputusan merupakan fakta yang tepat dan boleh dipercayai. Perbincangan berfokus kepada rekabentuk kajian, prosedur kajian, subjek kajian, tempat kajian, instrumen kajian, cara pemarkatan, tatacara kajian, kebolehpercayaan dan kesahan alat ukur dan juga kaedah penganalisisan data yang diperolehi dalam kajian ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah seperti satu peta yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu penyelidikan itu akan dijalankan. Ia adalah satu rangka rujuk (blueprint) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data, (Sabitha Marican, 2005).

Kajian ini berbentuk kajian penerangan secara deskriptif yang berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melihat hubungan tahap kecerdasan emosi guru Kemahiran Hidup sekolah menengah dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja. Selain itu aspek demografi dari segi jantina, umur, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan juga ditinjau dalam kajian ini. Tinjauan ini dilakukan di kalangan guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di Klang, Selangor. Rekabentuk ini dipilih kerana ia menjimatkan kos, tenaga dan masa pengkaji melaksanakan kajian. Menurut Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999), kajian deskriptif adalah bertujuan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Kajian deskriptif dapat menerangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam kumpulan yang dikaji, menerangkan hubungkait antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan memberi kesimpulan yang lebih tepat mengenai permasalahan dalam kumpulan yang dikaji. Mohd. Najib (2001) menyatakan bahawa kaedah tinjauan adalah merupakan satu kajian di mana pengkaji akan memungut data dalam satu masa tertentu sahaja dan kebiasaannya menggunakan soal selidik. Oleh itu, kaedah ini akan menggunakan soal selidik sebagai alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C dan D bagi mendapatkan data kajian. 1 2 3 4 Bahagian A: Maklumat diri responden. Bahagian B: Set soalan yang mengukur kecerdasan emosi responden. Bahagian C: Set soalan yang mengukur kepuasan kerja responden. Bahagian D: Set soalan yang mengukur komitmen responden terhadap kerjaya.

Dalam kajian ini kecerdasan emosi guru-guru Kemahiran Hidup merupakan pembolehubah bebas bagi kajian ini manakala kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerjaya merupakan pembolehubah bersandar kajian. Dalam kajian ini penyelidik akan melihat sama ada wujudnya hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja di kalangan guru Kemahiran Hidup sekolah menengah. Pengkaji juga ingin melihat sama ada wujud perbezaan tahap kecerdasan emosi responden mengikut demografi (jantina, umur, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan).

3.3 Prosedur Kajian Kajian dimulakan dengan membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian-kajian lepas tentang kecerdasan emosi yang telah dijalankan. Penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan kebenaran menjadikan guru Kemahiran Hidup sekolah-sekolah menengah di Bandar Klang, Selangor sebagai responden kajian. Penyelidik dapat menjalankan kajian dengan mudah serta mendapat kerjasama dari semua pihak terlibat.. Kebenaran dari pihak pengetua juga telah diperolehi untuk menjadikan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah sebagai responden kajian. Dengan kerjasama guru-guru terlibat soal selidik diedarkan kepada responden dan penjelasan telah diberikan. Responden diminta menjawab keyataan-kenyataan yang diberikan secara jujur.

3.4 Tempat Kajian Kajian ini melibatkan pengumpulan data dari sekolah-sekolah menengah di sekitar Bandar Klang, Selangor. Kajian dimulakan setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor(JPNS).

3.5 Populasi Dan Pemilihan Sampel Kajian Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di sekitar Bandar Klang, Selangor. Bilangan keseluruhan populasi ialah 45 guru Kemahiran Hidup sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah di sekitar Bandar Klang, Selangor. Seramai 40 orang guru Kemahiran Hidup telah dipilih secara rawak mudah sebagai subjek kajian. Guruguru ini terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi jantina, umur, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan. Pengkaji telah menyediakan 40 set soal selidik untuk diedarkan kepada subjek kajian.

Terdapat dua kriteria bagi menentukan sesuatu sampel yang baik iaitu perwakilan dan kecukupan (Ary, 1985). Perwakilan bermakna sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel minimum yang digunakan dalam kajian ini, penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (dalam Isaac & Michael, 1984) yang mempunyai aras keyakinan 95% aras keyakinan. Berdasarkan rumus tersebut sejumlah 40 orang guru Kemahiran Hidup telah dipilih sebagai sampel kajian. Bagi memilih sampel kajian pengkaji mendapatkan senarai nama guru Kemahiran Hidup yang diperolehi dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Nama guru-guru kemudiannya ditulis di atas kertas dan catatan nombor di buat bagi mendapatkan nombor X sebelum dibuat undian sebanyak 40 kali bagi mendapatkan sampel kajian. Nama guru yang jatuh pada X, 1X, 2X, 3X, 4X, 5X, 6X, 7X, X8 dan 9X akan dipilih sebagai responden. Langkah ini diulangi sehingga semua mencukupi 40 orang. Responden dikumpulkan dan soal selidik diedarkan bagi tujuan kajian. 3.6 Instrumen Kajian

Mohd. Najib (1998), menyatakan bahawa instrumen menentukan jenis data yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah jenis soal selidik kerana ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan. Responden dapat memberikan tindakbalas yang baik dalam aspek yang ingin dikaji berbanding dengan kaedah temubual. Soal selidik juga dapat membantu pengkaji mencapai objektif dengan lebih berkesan dan lebih praktikal, serta dapat mengelakkan daripada berat sebelah atau bias kepada pihak temubual. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B,C dan D. Keputusan yang diperolehi melalui kajian Asliza (2004) menunjukkan indeks kebolehpercayaan alfa bagi alat ukur ini adalah tinggi. Nilai alfa yang diperolehi bagi soal selidik kecerdasan emosi dan kepuasan kerja ialah 0.92, sementara bagi soal selidik komitmen terhadap kerja ialah 0.87. Anastasi (1982), menyatakan sesuatu alat ukur yang mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik adalah di antara 0.80 hingga 0.90. Berdasarkan kenyataan ini, maka indeks kebolehpercayaan alat ukuran kajian ini adalah baik.

3.6.1 Bahagian A Maklumat Diri Bahagian A mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat diri responden seperti umur, jantina,bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan. 3.6.2 Bahagian B Kecerdasan Emosi (EQ) Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kecerdasan emosi responden. Soal selidik ini dibina oleh Mohd. Najib pada tahun 1999. Ia merupakan soal selidik yang telah diubahsuai daripada Inventori Kompetensi Emosi oleh Goleman pada tahun 1998. Kajian yang telah dijalankan oleh Reimy Suriany (2001) dan Asliza (2004) dalam kajian masing-masing bagi menguji indeks kebolehpercayaan alat ukur ini mendapati ia berada pada indeks kebolehpercayaan yang baik iaitu 0.86. Alat ukur menguji EQ ini mengandungi 45 item, dimana ia dikategorikan kepada dua konstruk utama iaitu Intrapersonal dan Interpersonal. Terdapat lima kategori iaitu mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan emosi kendiri, mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengendalikan emosi orang lain. Jadual penentuan alat adalah seperti dibawah:

Konstruk Intrapersonal

Kategori Keupayaan mengenal emosi kendiri Keupayaan mengurus emosi kendiri Motivasi kendiri

No. Item 1, 6, 11, 12, 13, 14, 15, 17, 18, 19, 20, 21 1, 2, 3, 4, 5, 7, 9, 10, 13,27 7, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28

Jumlah Item 12

10

Interpersonal

Keupayaan mengendalikan hubungan yang berkesan Keupayaan mengenal emosi orang lain

8, 10, 16, 19, 20, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 42, 43, 44, 45 8, 10, 16, 18, 34, 35, 37, 38, 39, 40, 41, 44

20

12

Jadual 3.1: Instrumen Kecerdasan Emosi (EQ) Bagi setiap penyataan responden diberi pilihan jawapan mengikut skala Likert, iaitu:

Jadual 3.2 : Skor jawapan soal selidik Bahagian B

Jawapan Pilihan Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Nilai 1 2 3 4 5

3.6.2.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Kajian yang telah dijalankan oleh Reimy Suriany (2001) dan Asliza (2004) dalam kajian masingmasing bagi menguji indeks kebolehpercayaan alat ukur ini mendapati ia berada pada indeks kebolehpercayaan yang baik iaitu 0.87. Anastasi (1982), menyatakan sesuatu alat ukur yang mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik adalah di antara 0.80 hingga 0.90. Berdasarkan kenyataan ini, maka indeks kebolehpercayaan alat ukuran kajian ini adalah baik.

3.6.3

Bahagian C Kepuasan Kerja

Bahagian C merupakan bahagian yang mengukur tahap kepuasan kerja. Alat ukur yang digunakan ialah skala kepuasan kerja Brayfield dan Rothe. Alat ukur ini dibina oleh Brayfield dan Rothe pada tahun 1951 bagi mengukur kepuasan kerja keseluruhan. Menurut mereka melalui penskalaan sikap ataupun berdasarkan sikap pekerja terhadap pekerjaannya, kita dapat mengetahui kepuasan kerjanya. Ini kerana sikap dibentuk berdasarkan perasaan seseorang terhadap sesuatu objek. Berdasarkan prinsip ini mereka telah membentuk Indeks of Job Satisfaction (IJS). Alat ukur ini memenuhi kriteria sebagai alat ukur yang baik kerana: a) b) c) d) e) f) Ia menyediakan indeks bagi kepuasan kerja yang menyeluruh dan bukannya dalam beberapa aspek kerja sahaja. Ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis pekerjaan. Ia sensitif kepada pelbagai jenis sikap. Item-itemnya menarik minat, realistik dan berbeza supaya mudah mendapat kerjasama daripada subjek. Ianya ringkas dan senang dimarkatkan. Mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik. Lee (1990) telah menggunakan alat ukur ini dalam kajiannya kerana mendapati ianya bersesuaian digunakan mengikut konteks Malaysia dan ia banyak digunakan oleh pengkajipengkaji tempatan seperti Norkiah (1981), Arifin (1982), Chan (1984) dan lain-lain lagi. Soal selidik ini mengandungi 18 item, dengan 9 item positif dan 9 item negatif. Jadual 3.3 menunjukkan item-item positif dan negatif yang terdapat dalam skala kepuasan kerja ini. Contoh-contoh item positif dan negatif adalah seperti yang ditunjukkan dibawah:

Contoh item positif : Contoh item negatif :

Pekerjaan saya adalah seperti hobi kepada saya. Saya selalu merasa jemu dengan pekerjaan saya.

Jadual 3.3: Kedudukan item-item positif dan negatif bagi soal selidik Kepuasan Kerja

Item Positif Negatif

Kedudukan Item 1, 2, 5, 8, 9, 10, 11, 12,15 3, 4, 6, 7, 13, 14, 16, 17, 8

Jumlah Item 9 9

Item-item ini adalah berbentuk soalan-soalan tertutup di mana subjek dikehendaki memberikan jawapan berdasarkan kepada skala pemerengkatan Likert yang mempunyai lima pilihan jawapan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju seperti dibawah. Jawapan Pilihan Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Nilai 1 2 3 4 5

3.6.3.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Kajian oleh Brayfield & Rothe (1951), indeks kebolehpercayaan alat ukur kepuasan kerja melalui odd-even product moment ialah 0.77 dan apabila diperbaiki dengan formula Spearman Brown indeks kebolehpercayaan meningkat kepada 0.87. Menurut Kaplan & Saccuzzo (1993), indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman sesuatu alat ukur dianggap baik di antara 0.70 dan 0.80. Maka boleh dikatakan alat ukur ini mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik.

3.6.4

Bahagian D Komitmen Kerja

Soal selidik pada bahagian D adalah untuk menilai tahap komitmen terhadap kerjaya. Soal selidik ini telah dibina oleh Shafiq A. Alri dan Syed W. Ahmad pada tahun 1987. Soal selidik ini

kemudiannya telah diterjemah oleh Hoh (1990) melalui kaedah Back Translation untuk digunakan dalam kajiannya. Soal selidik ini telah diubahsuai oleh Mazwin (1994) dalam kajiannya supaya dapat digunakan dalam menguji komitmen terhadap kerjaya. Soal selidik ini juga telah digunakan oleh Asliza (2004) dalam kajiannya. Dengan itu untuk tujuan kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik ini untuk mengenalpasti tahap komitmen terhadap kerjaya. Item-item dalam soal selidik ini terdiri daripada tujuh item positif dan satu item negatif. Kedudukan item-item adalah seperti jadual dibawah:

Jadual 3.4 : Kedudukan item-item positif dan negatif soal selidik Komitmen Kerja Item Positif Negatif Kedudukan Item 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 8 Jumlah Item 7 1

Contoh-contoh item positif dan negatif adalah seperti dibawah: Contoh item positif : Saya akan mengklasifikasikan diri

saya sebagai seorang pekerja yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Pada bulan

Contoh item Negatif :

lepas,

saya

telah

mengambil cuti untuk beberapa hari kerana saya berasa keberatan untuk bekerja.

Soal selidik ini juga berbentuk skala pemeringkatan Likert dengan lima (5) pilihan jawapan seperti yang terdapat di bawah:

Jawapan Pilihan Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti

Nilai 1 2 3

Setuju Sangat setuju

4 5

3.6.4.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Indeks kebolehpercayaan alat ukur ini adalah 0.78, manakala kesahannya telah dinyatakan oleh Mazwin (1994) seperti dalam jadual dibawah

Jadual 3.5: Nilai kesahan item Komitmen Kerja Item 1 2 3 4 5 6 7 8 Nilai r 0.49 0.81 0.84 0.82 0.59 0.73 0.66 -0.34

k< 0.01 Berdasarkan jadual diatas didapati nilai kesahan item-item yang mengukur komitmen kepada kerjaya berada dalam lingkungan 0.34 hingga 0.84 pada aras kesignifikan 0.01. Maka indeks kebolehpercayaan dan kesahan alat ukuran ini dikatakan berada pada tahap yang baik.

3.7 Cara Pemarkatan 3.7.1 Skala Kecerdasan Emosi (EQ) Tahap kecerdasan emosi diukur berdasarkan kepada lima kategori iaitu mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan kendiri, mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengenali emosi orang lain. Terdapat 45 item kesemuanya. Bagaimanapun beberapa item digunakan untuk lebih daripada satu kategori. Dalam kajian ini EQ dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan min skor yang diperolehi iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah. Pembahagian tahap tersebut adalah seperti dalam jadual 3.6.

Tahap Kepuasan Kerja Tinggi Sederhana Rendah

Min Skor 3.68 5.00 2.34 3.67 1.00 2.33

3.7.2 Skala Kepuasan Kerja Brayfield Dan Rothe (IKK) Dan Komitmen Terhadap Kerja Pemarkahan bagi alat ukur kepuasan kerja Brayfield dan Rothe dan alat ukuran komitmen kerja adalah berdasarkan kepada sifat item yang sama ada positif atau negatif yang berbentuk skala Likert lima pilihan jawapan. Pemberian markat bagi item positif dan negatif adalah berbeza sepertimana yang dinyatakan dalam jadual 3.7. Jadual 3.7: Pemarkatan item Positif dan Negatif alat ukur Kepuasan Kerja

Jawapan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Item Positif 1 2 3 4 5

Item Negatif 5 4 3 2 1

Dalam kajian ini pembahagian tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada min skor yang diperolehi. Min skor kepuasan kerja dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Tahap kepuasan kerja dijelaskan dalam jadual 3.8. Jadual 3.8: Tahap Kepuasan Kerja berdasarkan tiga min skor

Tahap Kepuasan Kerja Tinggi Sederhana Rendah

Min Skor 3.68 5.00 2.34 3.67 1.00 2.33

Pembahagian yang sama juga digunakan bagi mengukur tahap komitmen terhadap kerjaya. Pembahagian tahap dan min skor tersebut juga dijelaskan seperti dalam jadual 3.8.

3.8 Analisis Data Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 11.00 untuk windows). Analisis statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif dan analisis insferensi. 3.8.1 Analisis Deskriptif Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor. Maklumat di bahagian A iaitu soal selidik yang berkaitan dengan latar belakang responden (jantina, umur,

bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan) dianalisis secara deskriptif dan diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan. Analisis deskriptif yang menunjukkan kekerapan dan peratusan setiap item juga digunakan dalam menganalisis item-item soal selidik pada Bahagian B (item kecerdasan emosi), Bahagian C (item kepuasan kerja) dan item pada Bahagian D (item komitmen terhadap kerja). Penganalisisan data untuk menentukan tahap kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen kerja serta penganalisisan tahap kecerdasan emosi mengikut kategori turut ditentukan berdasarkan pengiraan kekerapan, pemeratusan dan skor min yang diperolehi oleh responden. Hasil analisis yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual.

3.8.2 Analisis Inferensi Analisis inferensi, korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan di antara tahap kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja. Analisis ujian-t dan Anova satu hala digunakan untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi responden. Analisis ujian-t digunakan ke atas data yang mempunyai taburan normal, tetapi jumlah sampel kajian adalah kecil. Korelasi Spearman digunakan untuk menguji koefisien dalam menentukan arah kekuatan dan perkaitan di antara satu pembolehubah dengan satu pembolehubah yang lain. Kaedah ini sesuai digunakan bagi data yang berbentuk pemeringkatan. Pekali korelasi positif menunjukkan bahawa apabila satu pembolehubah meningkat, maka pembolehubah yang satu lagi meningkat. Sementara pekali korelasi negatif menunjukkan bahawa apabila satu pembolehubah meningkat, pembolehubah yang satu lagi menurun. Magnitud atau kekuatan perhubungan berdasarkan satu julat numerik, di antara -1.0 hingga +1.0. Nilai 0 pula menandakan tidak wujud hubungan di antara pembolehubah (Miller, 1991). Bagi menginterpretasi kesignifikan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibaat dalam kajian sama ada mempunyai korelasi tinggi atau rendah, maka nilai p dirujuk iaitu terdapat hubungan signifikan apabila nilai p0.05 atau p p0.01. Dalam kajian ini, interpretasi kekuatan sesuatu hubungan adalah berdasarkan kepada tafsiran yang diberikan oleh Borg dan Gall (1983) seperti yang dijelaskan dalam jadual 3.8.

Jadual 3.9: Pekali Korelasi mengikut Borg dan Gall (1983) Pekali Korelasi < dari 0.20 0.20 0.40 0.41 0.70 0.71 0.90 > dari 0.90 (sumber : Borg & Gall, 1983) Tafsiran Sedikit atau sangat sedikit dan boleh diabai Korelasi yang rendah, signifikan tetapi kecil Korelasi yang sederhana, perkaitan yang kuat dan teguh Korelasi yang tinggi, perkaitan yang jelas dan nyata Korelasi yang sangat tinggi, perkaitan meluas

Penganalisisan menggunakan ujian-t dan Anova bertujuan untuk menguji hipotesis nol 2.2 hingga 2.5 bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan dari kecerdasan emosi responden mengikut demografi (jantina, umur, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan). Kesimpulannya, penggunaan kaedah statistik yang bersesuaian dalam kajian ini akan dapat memastikan penolakan atau penerimaan hipotesis kajian yang telah dibina (Mohd. Majid, 1999).

3.8 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan bahagian yang perlu dalam sebuah metodologi kajian iaitu rekabentuk kajian, persampelan kajian, instrumen kajian dan kebolehpercayaan dana analisis data kajian. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Kesimpulannya, pemilihan metodologi yang sesuai sangat penting untuk menghasilkan dapatan kajian yang jelas, tepat dan saintifik. Bab seterusnya akan membincangkan hasil keputusan yang diperolehi menerusi tadbiran soal selidik. BIBLIOGRAFI

Ary, R., Jacobs, L. And Razavieh. (1985). Introduction to Research in Education. Third Edition. New York: Holt, Rinehart and Winston. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakariya (2005). Psikologi Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Tazim.

Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Pendidikan : Bimbingan Dan Kaunseling III (Semester V). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Centre for Creative Leadership. (1994). http://www.yahoo.com/ (06.02.2007) Chong Yee Khuin. (1996). EQ Sebenarnya Sangat Mudah. Taiwan: Sri Tai Publishing Company. Hairunnaja Najmuddin. (2004). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. HM Tuah Iskandar. (2003). Membina Imaginasi Cemerlang. Petaling Jaya: Karya Bestari Sdn. Bhd. Isaac, S., and Michael, W. B. (1984). Handbook in Research and Evaluation. San Diego: Edits Publisher. Ishak Mad Shah. (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Skudai: Penerbit UTM.

Liew, Phaik Guat Selina, Gan, Teck Hock dan Sia, Pong Won. (2002). Tahap Kecerdasan Emosi Murid-murid Tahun Lima di Kawasan Miri. Projek Sarjana Muda UTM. Mahmood Nazar Mohamed. 1990. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas

Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

SENARAI GAMBARAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Aliran Ciri Kecerdasan Emosi

19

2.2

Model Kepuasan Facet Lawler

22

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3

Instrumen Kecerdasan Emosi(EQ) Skor Jawapan Soal Selidik Bahagian B Kedudukan Item- item positif dan negatif bagi Soal Selidik Kepuasan Kerja

34 34

35

3.4

Kedudukan Item- item positif dan Negatif bagi Soal Selidik Komitmen Kerja 37 39

3.5 3.7

Nilai Kesahan item Komitmen Kerja Pemarkatan item positif dan negatif alat ukur Kepuasan Kerja

40

3.8

Tahap kepuasan Kerja Berdasarkan tiga min Skor 40 42

3.9

Pekali Korelasi mengikut Borg dan Gall

You might also like