You are on page 1of 3

Nama : Noradila binti Abdullah Soalan:

Unit : PISMP BM (Semester 6)

Jelaskan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang melayu tersebut dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Jika orang Melayu mahu menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu. Melalui kata-kata Munshi Abdullah bin Abdul Kadir ini yang dipetik dari bukunya yang bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah yang mendedahkan kemiskinan orang Melayu menyebabkan pada ketika itu ramai yang marah kerana kelancangan Abdullah. Disebabkan itu, catatan sejarah jelas menunjukkan bahawa sejak kurun ke-18 orang Melayu sudah mula dikritik oleh bangsanya sendiri. Abdullah bin Abdul Kadir atau Abdullah Munsyi (1796-1854) adalah di antara pengkritik awal masyarakat Melayu. Bukunya Hikayat Abdullah (1840-an) mengandungi pandangan beliau mengenai beberapa adat, kepercayaan, budaya kerja dan pemikiran masyarakat Melayu yang difikirkannya kolot sebagai penyebab kepada kemunduran bangsa Melayu. Antara sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya ialah: 1. Sikap dan pemikirannya terhadap Bahasa Melayu. Munsyi Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu.

2. Sikap dan pemikirannya terhadap cara hidup orang Melayu. Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Beliau juga berpandangan bahawa bahasa percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri daripada bahan-bahan kotor. Namun, pandangan beliau yang dikatakan positif ialah memuji sikap rajin perempuan Kelantan yang rajin menjalankan perniagaan.

3. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu. Munsyi Abdullah yang jelasnya bukan orang Melayu tulen menyebabkan tidak hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

4. Sikap dan Pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain. Kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmuilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.

5. Sikap dan pemikirannya terhadap kepercayaan orang Melayu Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah.

6. Sikap dan pemikirannya terhadap golongan feudal / bangsawan / raja Melalui hikayatnya, Abdullah Munsyi jelas menunjukkan sikap benci dan menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot di mana beliau menganggap rajaraja Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak buruk padahnya. Sikap dan pemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan gemuk dan kuat makan.

You might also like