You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU TARIKH : 30.12.2010 MASA : 8.

00 pagi

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMKDM

Jumlah Kehadiran : 17 orang Semua hadir kecuali : 1. Pn Mek Paridah binti Abu Samah - bersebab 2. En. Dharmalingam a/l Manickam - bersebab 3. En. Manickam a/l Letchuma - bersebab 4. En. Zainal Abidin b. Hj. Mohd Yusof - Tiada sebab 5. Pn. Fairuz Kartini binti Ahmad Tiada sebab

1.0

Perkara Ucapan Alu- aluan Pengerusi Pengerusi, Pn. Sarimah binti Samsudin mengucapkan selamat datang kepada guruguru baru ke Bidang Bahasa. Pengerusi mengingatkan guru-guru baru supaya rajin bertanya agar dapat menjalankan P&P dengan lebih berkesan.

2.0

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran 2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan - Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan dimana boleh dirujuk dari internet. Ruangan minggu perlu dimasukkan beserta dengan tarikh-tarikh peperiksaan dan cuti sekolah. Tindakan : Semua ahli Panitia - Rancangan P&P yang telah dikemaskini perlu disimpan di dalam CD sebagai rujukan tahun akan datang. Serahkan satu salinan untuk simpanan Ketua Bidang. Tindakan : Penyelaras Tingkatan 2.2 Rancangan Pengajaran Harian - Penulisan Rancangan Pengajaran Harian hendaklah mengikut contoh yang diberikan seperti dalam Buku Rancangan Mengajar dan CD. - BRM akan disemak oleh Ketua Bidang pada minggu ke 1 dan 2 diikuti GPK pada minggu ke 3 dan Pengetua pada minggu ke 4.

Tindakan : Semua ahli Panitia 2.3 Pemantauan dan Pencerapan Setiap guru akan dicerap 2 kali setahun (minima) dan berkemungkinan lebih kerap mengikut arahan Pengetua (5 kali setahun). Pencerapan akan dilakukan oleh Pengetua, GPK, Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Fail pencerapan akan dibekalkan dan selepas dicerap borang pencerapan perlulah di fotostat 2 salinan untuk diberikan kepada Pn. Maizatul dan Ketua Bidang. Tindakan : Semua ahli Panitia 3.0 Perancangan Strategik Perancangan Strategik perlu disiapkan sebelum 7 Januari 2011 berdasarkan target kurikulum sekolah dan headcount panitia masing-masing dan perlu diserahkan 1 salinan kepada Ketua Bidang. Tindakan : Ketua Panitia Headcount Headcount yang telah dibuat diserahkan kepada Ketua Panitia dan ETR perlu diisi ke komputer di bilik peperiksaan dalam program ISIS selewat-lewatnya 7 Januari 2011. Tindakan : Semua ahli Panitia Peperiksaan 5.1 Pemilihan Penggubal Soalan Ujian dan Peperiksaan Pemilihan penggubal soalan ujian dan peperiksaan telah dijalankan dan borang yang telah lengkap perlu diserahkan 1 salinan kepada Ketua Bidang dan unit peperiksaan selewat-lewatnya 7 Januari 2011. Tindakan : Pn. Fadilah Hamzah 5.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perlantikan Ketua Pentaksir untuk menengah rendah iaitu Pn. Zanariah Mat Judin. Pentaksiran untuk menengah rendah (PLBS) akan dilakukan pada bulan April dan Julai manakala bagi menengah atas (ULBS) pada bulan April dan penggal kedua. Ketua Pentaksir menengah atas Pn. Sarimah binti Samsudin. Semua Ketua Pentaksir perlu memastikan semua pentaksiran dilakukan mengikut format yang telah ditetapkan. Tindakan : Pn. Zanariah Mat Judin Pn. Sarimah Samsudin 5.3 Keputusan dan Postmortem PMR Keputusan PMR secara keseluruhannya menurun kecuali Bahasa Arab. Post Mortem perlu dibuat bagi setiap panitia secara terperinci dan diserahkan 1 salinan kepada Ketua Bidang dan GPK 1 sebelum 7 Januari 2011.Laporan mengandungi SWOT dan TOWS serta fokus kepada aspek guru, murid, persekitaran dan bahan P&P. Antara komen guru-guru b.Melayu tingkatan 3 : - Pn. Zelawati - Calon -calon tingkatan 3 tahun lepas lemah bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah mereka. - Pn. Zanariah - Calon lemah dan malas dan kekuatan kita kerana banyak latihan. - Pn. Fadilah - Kekuatan : Semangat pelajar untuk belajar, pelajar memberi kerjasama, strategi P&P yang berkesan dan pembelajaran

4.0

5.0

berasaskan peperiksaan Kelemahan : Beban kerja guru yang agak banyak dan pelajar cina dan india tidak menguasai pembinaan ayat. - Pn. Azimah - Sebahagian pelajar sukar menerima pelajaran dan mengganggu pelajar lain. Kekuatan: banyak bagi pinjam buku kerja kepada pelajar. - Pn. Hayati - Kekuatan : Keseluruhan guru b. Melayu berpengalaman dan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Kelemahan : Sikap pelajar yang malas dan kekangan masa kerana beban kerja guru. Tindakan : Guru Tingkatan 3

6.0

Kewangan Penyenaraian barang keperluan 2011. Antara barang yang disenaraikan : - Manila kad, kertas mahjung dan marker. - Penambahan koleksi buku tingkatan 1, 2 dan 4. - Ink untuk printer panitia dan galeri Sejarah - Buku KOMSAS tingkatan 2 dan 5. 10% ditinggalkan untuk pembelian kertas dan fotostat. Untuk mohon pembelian Ketua Panitia perlu mengisi nota minta dan membuat pesan pembelian. 1 salinan nota minta perlu diserahkan kepada Ketua Bidang. Tindakan : Ketua Panitia / Ahli Panitia Program Kurikulum dan Panitia 7.1 Program Kurikulum 7.1.1 Program Teknik Menjawab Soalan (Mei- Julai). Terdapat beberapa cadangan : - Pn. Siti Aishah - Penceramah di kalangan guru-guru SMKDM yang berpengalaman menanda kertas peperiksaan. - Pn.Zelawati - Menjemput penceramah dari luar dan adakan awal program ini. - Pn. Zanariah - Menyokong Pn. Zelawati dan cadangkan 2 program berbeza untuk pelajar elit dan lemah. Ketua Panitia perlu menyerahkan nama penceramah kepada Unit Kaunseling selewat-lewatnya bulan Mac. Tindakan : Ketua Panitia 7.1.2 Program Latih Tubi (Ogos-Oktober) Program Latih Tubi untuk kelas-kelas peperiksaan. Soalan-soalan diperoleh daripada soalan percubaan negeri-negeri lain. Soalan-soalan perlulah pelbagai terutama dalam pemahaman. Tindakan : Penyelaras Program

7.0

7.1.3 Gilap Permata PMR dan SPM Semua guru perlu menyediakan bahan latih tubi semasa cuti sekolah. Tindakan : Semua Ahli Panitia 7.1.4 Penilaian Formatif dan sumatif Penyelaras peperiksaan perlu memastikan penggubal soalan menjalankan kerja.

Soalan dan skema jawapan perlu diberikan kepada penyelaras untuk disimpan dalam bank soalan. Tindakan : Pn.Fadilah Hamzah 7.2 Program Panitia

7.2.1 Bulan Budi dan Bahasa Tn. Hj. Othman mencadangkan program yang menggabungkan 5 panitia di bawah bidang bahasa. 7.2.2 Bengkel Tatabahasa Bengkel untuk guru-guru bagi memantapkan ilmu tatabahasa mereka. 7.2.3 Bengkel Penulisan Cerpen Bengkel ini untuk guru-guru dan Pn. Siti Aishah sukarela untuk membuat kertas kerja untuk bengkel ini.

8.0

Hal-hal lain 8.1 Guru Berkursus Guru yang pergi berkursus perlu membuat 2 salinan surat panggilan kursus untuk diletakkan dalam fail pejabat dan salinan untuk Ketua Bidang. Seminggu selepas berkursus minit curai perlu dibuat dan 4 salinan perlu disediakan untuk Pengetua/GPK 1, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan simpanan sendiri. Bahan yang diperoleh seperti CD perlu di burn kan dan fail perlu difotostat untuk simpanan Ketua Bidang. Tindakan : Semua Ahli Panitia 8.2 Mesyuarat panitia perlu dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 8.3 Aktiviti seperti mesyuarat, kursus dan perbincangan ilmiah perlu dicatat dalam Buku Rekod Mengajar (bahagian belakang) dan dapatkan tandatangan. 8.4 Latihan dalaman untuk guru baru perlu diadakan lebih awal dan berterusan contoh dalam cara penulisan buku rekod, cara penandaan (skima) dan kawalan kelas. Guru baru perlu kerap bertanya dan meminta guru senior memberi bimbingan. 8.5 Persatuan Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Melayu kehilangan ramai golongan pelajar yang boleh memimpin. Untuk sesi kemasukan tingkatan 1 tahun ini, persatuan meminta Cikgu Manickam mengagihkan pelajar secara sama rata. 8.6 Perlantikan penolong untuk Program Daerah.

9.0

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. Disemak oleh, . (PN. SARIMAH SAMSUDIN)

Pencatat, . (NUR EFFIZA BINTI ZAKARIA)

You might also like