You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KAJIAN TEMPATAN KALI PERTAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI

MELAYU DAERAH JOHOR BAHRU Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi : 27 Disember 2011 : Selasa : 11.30 pagi : Bilik Gerakan, SK Sungai Melayu : Tn Hj Abd Aziz Bin Mahmod Guru Besar SK Sungai Melayu : 1. Tn Hj Abd Aziz bin Mahmod 2. En. Mohd Nor Hisham bin Jemain 3. En. Mohd Sharizan Bin Abd Azizi 4. En . Nordin Bin Abd Rahman 5. En. Zulkifli Bin Che Ibrahim 6. En. Mohd Fauzi Bin Arshad 7. En. Rosmadi Bin Hussin 8. En. Ku Yusaidi Bin Ku Shamsudin 9. Pn. Asdanaza Binti Dahlan 10. Cik Yusrina Binti Abd Aziz 11. Cik Zirwa Binti Mahmod 12. Cik Noor Hakimah Binti Mohd Noor 1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Tuan Haji Abd Aziz Bin Mahmod 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentuk dasar-dasar kurikulum bagi setiap panitia dan membincangkan Pelan Tindakan Akademik. Tindakan :Makluman 1.2 Pengerusi turut menekankan tentang pengisian akademik di sekolah-sekolah. Tidak ada gunanya sesebuah sekolah itu kelihatan cantik tetapi dari segi pengisian akademiknya tidak bagus. Pengerusi menyatakan, di luar negara bangunan sekolah tidak cantik tetapi perancangan akademiknya disusun dengan rapi dan dilaksanakan dengan baik. Pengerusi juga menerangkan tujuan sesebuah sekolah itu dibina bukan untuk memberi pekerjaan kepada guru-guru tetapi untuk guru mengajar murid-murid. 1 - GB - GPK 1 - GPK HEM - GPK KOKO

Kehadiran

1.3

Murid perlu diutamakan kerana mereka adalah pelanggan kita, tanpa adanya murid, tidak akan adanya guru. Pihak pengurusan sekolah perlu menitikberatkan bilik darjah dengan menyediakan suasana yang selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pastikan cermin tingkap lengkap, kipas, lampu, perabot dan sebagainya sentiasa dalam keadaan yang bersih, berfungsi dan diselenggara dengan baik.. Tindakan : makluman 1.4 Pengerusi menegaskan bahawa Pelan Tindakan Akademik perlu ada pada setiap guru dan meminta agar semua mesti menguasai isi kandungan Pelan Tindakan Akademik tersebut. Tindakan: semua guru 2.0 Agenda Minit mesyuarat panitia pendidikan sivik dan kajian tempatan diterima sebulat suara oleh semua ahli yang hadir. 2.1 2.2 2.3 2.4 Guru besar meminta ketua panitia pendidikan sivik dan kajian tempatan menerangkan mengenai panitia pendidikan sivik dan kajian tempatan. Tindakan: ketua panitia Semua guru adalah AJK panitia pendidikan sivik dan kajian tempatan. Guru yang mengajar matapelajaran pendidikan sivik dan kajian tempatan perlulah mempunyai huraian sukatan pelajaran dan rancangan tahunan yang terkini. Fail panitia perlulah dikemaskini. Tindakan: guru PSK/KT 3.0 Hal-hal lain 3.1 Guru yang mempunyai cadangan bolehlah berjumpa ketua panitia. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: _______________________ CIK ZIRWA BT MAHAMUD


Pencatat minit mesyuarat

Disemak oleh ____________________________ CIK NOOR HAKIMAH MOHD NOOR


Ketua panitia Pendidikan Sivik dan Kajian Tempatan.

You might also like