You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Panitia Geografi Kali Pertama 2011

Tarikh Tempat Masa

: 13 Januari 2011 : Bilik APD : 12.30-1.30 Petang

Kehadiran: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Puan Lau Pau Tak (Ketua Panitia) Encik Johnny Gitom Cik Muliawaty Asaad Cik Ummu Fadhil Al Faruqy Bt.M Sujuthi Cik Misariah Halili Cik Norhayati Abd.Basha

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 2..0 Analisis Peperiksaan PMR 2011 2.1 Keputusan PMR 2011 mencatatkan 87.3% lulus dengan GPMP sebanyak 3.27 iaiatu hanya 32 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat gred A dalam mata pelajaran geografi..Secara keseluruhannya, keputusan berada di tahap yang sederhana dan perlu ditingkatkan lagi tahun ini. (Makluman: Semua guru MP). 3.0 Pengurusan Panitia Geografi 3.1 Semua guru diminta melengkapkan Buku Rekod Mengajar masing-masing (RPT, RPH-cara penulisan, senarai nama pelajar (tulisan tangan). (Tindakan: semua guru MP) 3.2 Pencerapan guru akan dilakukan setiap semester. Pengajaran dan pembelajaran para guru akan dipantau selain semakan buku latihan dan buku nota oleh Ketua Panitia. (Makluman: Semua guru MP) 3.3 Jadual penyedia soalan peperiksaan telah diagihkan kepada semua guru mata pelajaran. Pengerusi meminta setiap guru bersedia dengan tanggungjwab masingmasing. (Makluman: Semua guru MP) 3.4 Pengerusi juga memaklumkan tentang kerja Kursus Geografi yang akan berlangsung bermula Februari sehingga Julai ini. Setiap pelajar hendaklah menyiapkan kerja kursus ini. (Makluman: Semua guru MP)

4.0 Program kecemerlangan pelajar (Head Count) 4.1 Semua guru diminta mengisi Head Count dalam buku Rekod Mengajar masingmasing (mengenal pasti pencapaian setiap pelajar di dalam kelas yang diajar) 4.2 Bilangan pelajar yang akan menyumbangkan gred yang cemerlang dan kepujian telah dikenal pasti dan semua guru diharap dapat memastikan pelajar-pelajar tersebut memenuhi standard yang diharapkan. (Tindakan: KP dan semua guru MP) 5.0 Hal-hal lain 5.1 Pengerusi juga memaklumkan tentang syarat latihan bagi setiap pelajar. Guru MP mesti sekurang-kurangnya memberikan 1 kali latihan dalam seminggu. Semua guru juga diingatkan supaya memeriksa kerja dan latihan pelajar 2 kali seminggu. 5.2 Pengerusi berharap semua guru menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar prestasi para pelajar dapat dipertingkatkan lagi. (Makluman: Semua guru MP)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang sehingga kesatu tarikh dan masa yang ditetapkan kelak.

Disediakan oleh:

Disemak dan disah oleh:

(MULIAWATY ASAAD) Setiausaha MP Geografi

(PUAN LAU PAU TAK) Ketua Panitia Geografi

You might also like