You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN KALI PERTAMA TARIKH MASA TEMPAT : 21 JANUARI 2010

: 12.30 PETANG : BILIK GERAKAN SKS : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) EN. ZOLHAIRI B ABDULLAH PN. FAUZIAH BT RIHAN PN. NOR AZMAH BT MOHD SALLEH PN. ROSLINA BT TALIP PN. NUR AFIDAH BT SAKKRANI CIK ANITA BT DAIM PN. SALHI BT OMAR PN. NORRONI BT KAMIS PN. AZLINDA BT MUSTAFA

KEHADIRAN

BIL 1.

PERKARA Ucapan Pengerusi Panitia ( En. Zolhairi B. Abdullah ) 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kesudian menghadirkan diri ke mesyuarat penitia yang pertama ini. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik untuk mengajar subjek Kajian Tempatan pada tahun ini dan berharap agar dapat bekerjasama untuk memajukan lagi pengajaran dan pembelajaran subjek Kajian Tempatan ini memandangkan situasi subjek ini adalah subjek elektif. Pengajaran dan pembelajaran perlulah menjurus kepada membentukan identiti murid serta dapat menarik minat murid. 1.3 Penerangan tentang penulisan buku rekod, dimana perkara yang perlu ada di dalam penulisan rancangan mengajar harian ialah tema, HPU, HPK dan aktiviti. 1.4 Penulisan impak perlulah berkaitan dengan unsur patriotik. 1.5 Rancangan pelajaran tahunan dan semester perlulah yang terkini dan yang sebenar serta boleh didapatkan daripada ketua panitia. 1.6 Format penulisan kertas soalan peperiksaan perlulah mengikut krateria yang telah ditetapkan. Bahagian C dan bahagian D telah dimansuhkan bagi mengatasi masalah murid yang langsung tidak menjawab soalan bahagian tersebut yang mempunyai 20 markah dan digantikan dengan soalan berbentuk struktur. Soalan objektif hanya mempunyai 3 pilihan jawapan iaitu A,B dan C 1.7 Bulan Patriotik merupakan kelolaan Panitia Kajian Tempatan yang akan disambut pada 16 Ogos hingga 16 September 2010. Diharapkan semua guru dapat bekerjasama bagi menjayakan Bulan Patriotik pada tahun ini. Lawatan sambil belajar bergabung bersama PSS dan Panitia Sains akan diadakan pada sambutan Bulan Kemerdekaan. 1.8 Buku rujukan boleh didapatkan di perpustakaan sekolah. 1.9 Bahan bantu mengajar yang dibuat sendiri oleh guru bolelah dipamerkan di tempat yang telah disediakan. Pembahagian tugas bagi menyelenggarakan sudut pameran akan dibuat bagi memastikan sudut tersebut terjaga dan mempamerkan bahan-bahan serta maklumat yang terkini.

CATATAN

Semua guru

2.

Hal-hal lain 2.1 Semua guru secara sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan ujian bulanan bagi lebih memberikan fokus kepada kerja projek atau penilaian buku serta hasil kerja murid. Peperiksaan semester adalah seperti biasa.

3.

Ucapan penutup 3.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat pada kali ini dan mengharapkan semua guru dapat bekerjasama bagi memantapkan perjalanan Panitia Kajian Tempatan pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disedikan oleh, ( ANITA BINTI DAIM) Setiausaha Panitia Kajian Tempatan Sk Senawang.

Disemak dan disahkan oleh, ( ZOLHAIRI B. ABDULLAH ) Ketua Panitia Kajian Tempatan, Sk Senawang.

You might also like