You are on page 1of 14

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH

Rosbi Abd Rahman


Pelajar PhD, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM Bangi.

Sanep Ahmad
Prof Madya, Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM Bangi

447

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH


Rosbi Abd Rahman Sanep Ahmad

Abstrak Keberkesanan agihan zakat biasanya hanya berdasarkan kepada tahap pendapatan. Sekiranya agihan zakat dapat meningkatkan tingkat pendapatan maka agihan tersebut dikatakan berjaya dan jika sebaliknya maka ia dikatakan sebagai gagal. Penilaian sedemikian sebenarnya kurang tepat kerana walaupun pendapatan tidak meningkat tetapi peningkatan mungkin berlaku kepada aspek lain. Ini adalah kerana keperluan manusia bukan sahaja kepada harta tetapi merangkumi semua aspek yang dikehendaki oleh Maqasid al-Syariah iaitu agama, aqal, nyawa, keturunan dan harta. Oleh itu penilaian sama ada kejayaan atau kegagalan sesuatu agihan perlu dinilai berdasarkan kesemua aspek dalam maqosid al-syariah tersebut. Sehubungan itu kajian ini bertujuan menyelidiki bagaiman penilaian keatas kejayaan atau kegagalan sesuatu agihan zakat boleh dinilai dengan mengambil kira kesemua aspek sebagaimana dinyatakan oleh maqasid al-Syariah. Kajian ini menggunakan teori Maslow dan cuba menyimpulkan menggunakan analisis CAST. Dapatan kajian merumuskan bahawa penilaian menyeluruh keatas prestasi agihan zakat boleh dinilai berdasrakan kesemua elemen dalam Maqasid al-Syariah. Kegagalan meningkatkan pendapatan tidak bermakna kegagalan proses agihan kerana ia mungkin dapat meningkatkan elemen lain seperti taraf agama, aqal, nyawa dan keturunan. Kata kunci: Keberkesanan agihan zakat, maqasid al-syariah, teori Maslow.

Pengenalan Keberkesanan agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin seringkali menjadi perhatian masyarakat sebagai penanda aras bahawa pusat zakat menjaga kebajikan kedua golongan ini dengan sewajarnya. Ini kerana sesetengah golongan masyarakat merasakan kedua golongan ini masih berada ditakuk lama dan tidak banyak perubahan ketara yang berlaku terutama dari sudut ekonomi biarapun mereka telah diberikan bantuan zakat. Ini menujukkan golongan berkenaan masih jauh ketinggalan dan kebanyakan masih kekal sebagai penerima bantuan zakat. Maka peranan dan kepentingan zakat iaitu untuk merapatkan jurang diantara golongan miskin dengan golongan kaya masih tidak dapat dicapai. Namun demikian perlu diingat bahawa penilaian yang dilakukan dalam menilai keberkesanan bantuan zakat adalah berdasarkan faktor ekonomi sahaja. Perubahan yang berlakuk dalam aspek ekonomi iaitu tingkat pendapatan digunakan sebagai satu-satunya tanda aras menilai kejayaan atau kegagalan bantuan zakat. Sekiranya pendapatan meningkat maka bantuan dikatakan berjaya dan begitulah sebaliknya.

448

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad

Isu dan Objektif Kajian Namun persoalanannya adakah adil sekiranya keberkesanan agihan ini hanya dinilai dari sudut ekonomi terutama penilaian diukur semata-mata berdasarkan tingkat pendapatan. Walaupun tidak dinafikan bahawa penilaian berdasarkan tingkat pendapatan telah diterima umum sebagai kaedah untuk mengukur taraf sosiekonomi seseoarang dimata masyarakat, namun pada hakikatnya masih terdapat ukuran keberkesanan yang lebih menyeluruh untuk menilai kejayaan atau kegagalan agihan zakat itu sendiri. Banyak faktor sepatutnya diambil kira dalam menilai keberkesanan agihan zakat kerana perubahan mungkin berlaku dalam aspek yang lain. Tambahan pula keperluan kehidupan dan kebahagian manusia bukanlah bergantung kepada harta dan pendapatan sahaja tetapi juga kepada aspek sosial yang lain. Persoalan ini perlu dihalusi dan amat menarik untuk dikaji menggunakan satu ukuran yang lebih menyeluruh bagi mengukur keberkesanan agihan zakat. Mengikut ajaran Islam kehidupan manusia memerlukan lima perkara asas yang disebut sebagai maqosid al-syariah. Maqosid al-syariah itu jugalah yang menjadi tujuan syariah diturunkan kepada manusia maka tentunya bantuan zakat juga mempunyai maksud untuk memenuhi maqosid al-syariah tersebut. Berdasarkan kepada keperluan asas tersebut maka penilain kegagalan atau kejayaan sesuatu tindakan perlulah didasarkan kepada kegagalan atau kejayaan dalam memenuhi maqosid as-syariah tersebut. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk membina satu kaedah penilaian bantuan zakat yang lebih komprehensif dengan mengambil kira prinsip maqosid alsyariah. iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Kajian Lepas Peniaian keberkesanan sesuatu program pembangunan dilakukan dengan mengambil kira banyak faktor. Emil J. Pasavac (1992) mengambil kira semua maklumat sosioekonomi komuniti, Ahmad Mahdzan Ayob (1998) pula mengambilkira semua petunjuk ekonomi dan sosial, manakala Zainal Abidin (1992) mangambilkira perubahan pandangan dan gaya hidup. Sesetengah pengkaji menggunakan beberapa petunjuk dalam penilaian keberkesanan mislanya David Hulme (2000) mengambil kira petunjuk ekonomi, petunjuk sosial, petunjuk dan sosial politik manakala Birta Mikkelsen (2005) mengambilkira petunjuk perbelanjaan pendapatan, petunjuk diskrit, petunjuk livehood, petunjuk sumber dan petunjuk pengetahuan. Parashar Koirala (2005) menggunakan juga faktor lain selain pendapatan seperti kemudahan pendidikan, elektrik, dan jalanraya manakala Jaya S. Anand (2005) mengguna tiga aspek untuk dinilai iaitu aspek ekonomi, aspek politik dan aspek sosial. AKM Ahsan Ullah & Jayant K Routray (2007) menilai dari segi pendapatan, aspek aset produktif dan aset bukan produktif dan Majabean R (2008) pula menggabungkan petunjuk ekonomi dan sosial dalam penilaian. Kajian keberkesanan agihan zakat hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja. Hairunizam Wahid. et.al (2001) hanya menilai aspek kualiti hidup sahaja, Fuad Johari (2004) melihat kesan dari aspek agihan pendapatan, dan Patmawati Ibrahim (2005) menilai dari aspek kesaksamaan agihan pendapatan. Mijani Tarimin (2005) juga menilai kesan dari aspek pendapatan tetapi kearah pengurusan yang profesional, manakala Ahmad Fuad Mohammad (2006) menilai hanya dari aspek pendapatan sahaja.

449

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Kebanyakan kajian yang lepas berhubung dengan kesan agihan zakat hanya menilai kejayaan atau kegagalan berdasarkan faktor pendapatan sahaja. Ia sepatutnya mengambil kira beberapa faktor lain sebagaimana dilakukan dalam membuat penilianan keberkesanan sesuatu program. Oleh itu kekurangan penilai keberkesanan agihan zakat ialah ia telah mengenepikan banyak aspek lain yang juga penting dalam kehidupan manusia khususnya dari aspek yang telah digariskan oleh maqosid al-syariah. Kesemua apsek yang digariskan oleh maqosid al-syariah perlu diambil kira agar penilaian yang dilakukan menjadi lebih komprehensif dan menepati keperluan kehidupan manusia sebenar.

Ukuran keberkesanan Berdasarkan Prinsip Maqasid al- Syariah Ukuran keberkesanan agihan zakat kepada golongan asnaf ini seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sejauhmana ia dapat membantu mereka mencapai keperluan yang digariskan dalam maqasid syariah. Prinsip yang dinyatakan dalam Maqasid al-syariat melihat kepada matlamat seseorang individu mestilah memenuhi 5 keperluan yang digariskan iaitu memelihara dan menjaga kesucian agama(al-din), menjamin keselamatan nyawa (alnafs), menjamin kemuliaan akal dan fikiran (al-aql), menjamin kehormatan dan maruah diri(al-nasb) dan menjamin kekayaan harta (al-mal). Prinsip pertama dalam maqasid syariah iaitu memelihara kesucian agama(al-din) akan dapat memastikan setiap muslim berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya. Maka setiap tindakan dan usaha yang dilakukan termasuk dalam mencari rezeki dan memperbaiki taraf kehidupan akan mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Prinsip kedua iaitu menjaga keselamatan nyawa(al-nafs) pula akan mendorong individu berusaha keras bagi memastikan mereka berupaya menjaga keselamatan diri dan keluarga. Maka sebarang tingkalaku mereka akan berteraskan kepada menjaga keharmonian dan tidak akan melakukan sesuatau tindakan yang akan mendatangkan bahaya atau merbahayakan nyawa sendiri dan pihak lain. Prinsip ketiga iaitu memenuhi keperluan menjaga kewarasan akal dan fikiran(al-aql) akan mendorong setiap individu mengunakan kelebihan akal yang ada untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran untuk menjamin kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Seseorang individu juga mesti memenuhi prinsip keempat iaitu menjaga kehormatan diri dan maruah (al-nasb), ini bermakna mereka yang mampu menjaga batas-batas kehormatan diri, maruah dan nama baik keturunan secara tidak langsung akan dapat membantu membina masyarakat yang bermarauah disamping diri mereka sendiri akan lebih diterima dan dihormati. Meraka juga akan sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terdorong untuk melakukan sesuatau yang akhirnya merosakkan maruah diri dan keturunan. Prinsip kelima pula iaitu menjaga harta(al-mal) ini bermakna ajaran Islam tidak menghalang umatnya mengejar kekayaan asalkan harta yang diperolehi adalah dari kaedah dan sumber yang halal. Seseorang muslim mesti bijak menggunakan peluang yang ada untuk mencari rezeki dan seterusnya menjaga harta benda demi kesejahteraan diri dan keluarga. Maka dapat dirumuskan kelima-lima prinsip dalam maqasid syariah ini adalah merupakan keperluankeperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap individu bagi memastikan mereka membentuk ahli masyarakat yang berpandukan kepada prinsip syariat Islam. Maka disini terdapat kewajarannya bahawa dalam mengukur keberkesanan sesuatu bantuan seperti bantuan modal zakat dari segi keupayaannya mengubah taraf sosioekonomi hendaklah berdasarkan sejauhmana mereka berupaya memenuhi keperluan berdasarkan prinsip maqasid syariah . 450

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad

Teori Maslow Teori Maslow yang juga lebih dikenali sebagai teori Heiraki Maslow diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow (1954) melihat kepada keperluan bagi individu untuk memenuhi 5 hieraki keperluan dalam hidupnya meliputi keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang,keperluan penghargaan diri dan akhirnya keperluan kesempurnaan kendiri. Rajah 1 berikut menunjukkan rajah berbentuk piramid yang mengambarkan 5 heiraki keperluan berdasarkan Teori Maslow.

Hirarki Paling Utama Keperluan kesempurnaan diri Keperluan penghormatan diri

Keperluan kasih sayang dan sosial

Keperluan keselamatan

Keperluan fisiologi Hirarki Paling Bawah Rajah 1 : Teori Heiraki Maslow oleh Abraham H. Maslow, 1954 Menurut teori Maslow, heiraki paling dasar yang perlu dipenuhi adalah keperluan fisiologi yang merangkumi keperluan asas, diikuti keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghormatan diri dan keperluan kesempurnaan diri. Menurut teori ini kelima-lima keperluan ini memberikan motivasi kepada individu menjalani kehidupan. Aplikasi Prinsip Maqasid Syariah Ke atas Teori Maslow Berdasarkan prinsip Maqasid Syariah pula, menurut Iman Syatibi terdapat lima keperluan utama yang dipenuhi dan ianya dirujuk sebagai maqasid dharuriyat (keperluan asas) yang mengandungi lima perkara iaitu menjaga agama (ad-din) yang merupakan keperluan yang paling utama sekali, dikuti oleh menjaga jiwa (al-nafs), menjaga akal (al-aql), menjaga keturunan (al-nasl) dan akhirnya menjaga harta (al-mal). Untuk tujuan kajian ini, kelima-lima prinsip maqasid syariah telah diaplikasikan dan diselaraskan ke dalam kelima-lima heirarki Maslow (Rajah 2).

451

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Prinsip Paling Utama

Hieraki

Menjaga Agama (Al-Din) Menjaga Nyawa (Al-Nafs) Menjaga Akal Fikiran (Al-Aql) Menjaga Maruah Dan Keturunan (Al-Nasb)

Keperluan kesempurnaan diri Keperluan penghormatan diri Keperluan kasih sayang dan sosial Keperluan keselamatan

Paling Utama

Prinsip Utama

Menjaga Harta (Al-Mal)

Keperluan fisiologi

Hieraki Paling Bawah

Rajah 2 : Aplikasi Prinsip Maqasid Syariah ke atas Teori Heiraki Maslow

i. Prinsip Menjaga Kemuliaan Agama (ad-din) & Keperluan Kesempurnaan Diri Keperluan menjaga Kemulian Agama (ad-din) telah diaplikasikan kepada Keperluan Kesempurnaan Diri dalam Teori Maslow. Keperluan kesempurnaan diri dalam teori Maslow merupakan heiraki paling penting yang menjadi matlamat individu. Ini membawa kepada satu tahap di mana seseorang individu merasa puas dengan apa yang dimiliki dan diusahakan serta menghargai segala bakat dan anugerah yang ada. Manakala berdasarkan maqasid syariah menjaga kemuliaan agama adalah amat penting dan wajib bagi seseorang muslim. Ini bermakna mereka perlu memelihara kesucian agama dalam apa jua keadaan. Segala tindak-tanduk tidak akan bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan dalam mencari rezeki hendaklah berdasarkan sumber yang halal. Matlamat utama kehidupan bukan sekadar mengejar keperluan duniawi malahan yang lebih penting adalah mencari keredhaan Allah. ii. Prinsip Menjaga Nyawa (al-nafs) & Keperluan Keselamatan Keperluan menjaga nyawa (al-nafs) telah diaplikasikan ke dalam Keperluan Keselamatan dalam Teori Maslow. Ini kerana kedua-duanya mempunyai ciri persamaan dari segi memenuhi keperluan bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin, stabil, jauh daripada rasa ketakutan terpelihara, merasa selamat dan dilindungi berdasarkan kehendak undang-undang dan peraturan. Bagi sebagai seorang individu muslim berhak dan sewajarnya bertanggungjawab bagi memastikan keperluan ini dipenuhi demi kesejahteraan semua dan tidak melakukan sesuatu yang akan mengancam nyawa diri dan masyarakat. 452

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad

iii. Prinsip Menjaga Akal dan Fikiran (al-aql) & Keperluan Kasih Sayang Keperluan menjaga akal dan fikiran (al-aql) telah diaplikasikan kepada Keperluan Kasih sayang dalam Teori Maslow. Ini kerana keperluan kasih sayang hanya akan dipenuhi sekiranya seseorang itu mempunyai kewarisan akal dan fikiran yang membolehkan mereka bergaul dan berhubung dengan ahli keluarga dan masyarakat. Tanpa kewarisan akal dan fikiran juga menyukarkan mereka mencari ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya bagi membolehkan mereka mencari sumber rezeki yang halal. Selain itu tanpa kewarisan akal dan fikiran kemungkinan akan mendorong mereka melakukan kekerasan , keganasan dan hilang rasa hormat menghormati dan rasa kasih sayang yang akhirnya boleh menjejaskan keharmonian semua pihak. iv. Prinsip Menjaga Maruah dan Keturunan (al-nasb) & Keperluan Penghormatan Diri Keperluan menjaga maruah dan keturunan (al-nasb) telah diaplikasikan kepada Keperluan Penghormatan Diri dalam Teori Maslow. Ini kerana seseorang muslim akan hanya dapat memenuhi keperluan penghormatan diri sekiranya dari segi maruah dan keturunan mereka terpelihara. Ini bermakna memelihara diri dan keturunan dari sifat-sifat tercela akan membolehkan mereka memperolehi penghormatan dari ahli masyarakat yang lainnya. Malahan sekiranya berupaya membuktikan keupayaan mereka berdasarkan kelebihan, bakat dan usaha akan membolehkan mereka dan keluarga mereka diterima dan diberi penghormatan yang sewajarnya oleh ahli masyarakat. v. Prinsip Menjaga Harta (al-mal) & Keperluan Fisiologi Prinsip menjaga harta (al-mal)telah diaplikasikan kepada Keperluan Fisiolgi dalam teori Maslow. Berdasarkan teori Maslow seseorang individu perlu memastikan ia berupaya memenuhi keperluan diri dan biologi seperti menyediakan makanan, minuman, tempat perlindungan dan keperluan tidur dan rehat serta keperluan batin.. Bagi memenuhi keperluan ini sudah semestinya seseorang perlu mempunyai sumber rezeki (harta). Di dalam ajaran Islam sendiri mengalakkan umatnya mencari sumber rezeki dan harta yang halal bagi memenuhi keperluan asas ini yang semestinya harus ada pada setiap individu. Keperluan asas yang lain juga termasuk hak mendapatkan rawatan kesihatan dan pendidikan. Maka prinsip menjaga harta (al-mal) yang terkandung dalam maqasid syariah ini akan diaplikasikan kepada heiraki keperluan fisiologi berdasarkan ciri-ciri persamaan berkenaan.

Ukuran Keberkesanan mengikut CASTTool Kaedah `Change Assessment And Scoring Tool (CAST). akan digunakan untuk mengukur tentang keberkesanan agihan zakat. Kaedah CAST ini digunapakai oleh pengkaji dari Denmark Birtha Mikkelsen (2005) dalam kajian mengenai keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan di bawah program DANIDA. Menerusi kaedah CAST ini ukuran keberkesanan diperolehi apabila melihat kepada perubahan yang berlaku kepada responden apabila sesuatu program dilaksanakan., menerusi kaedah ini ukuran keberkesanan ditentukan oleh mereka yang terlibat dalam sesuatau program yang dilaksanakan. Maka dalam kajian ini ukuran keberkesanan akan ditentukan oleh responden yang menerima bantuan modal zakat ini. Pilihan jawapan yang dinyatakan oleh responden akan dikodkan dalam bentuk Change Assessment And Scoring Tool (CAST). Perubahan ini akan diukur dalam 5 skala iaitu perubahan daripada yang paling positif (nilai 5), perubahan positif(nilai 4), tiada perubahan

453

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

(nilai 3), perubahan tidak positif (nilai 4) dan kepada perubahan yang paling negatif iaitu perubahan sangat tidak positif (nilai 1). Model asal CAST yang diperkenalkan oleh Birtha Mikkelsen ini melihat ukuran keberkesanan sesuatu program dari 4 aspek/ indikator utama iaitu dari segi livehood, resources/services, knowledge dan human right. Walaubagaimanapun bagi tujuan kajian keberkesanan bantuan modal zakat ini, 4 aspek tersebut akan diubah suai dan digantikan dengan 5 aspek mengikut maqasid syariah iaitu melihat ukuran keberkesanan dari segi memenuhi matlamat sesorang individu untuk menjaga agama, kehidupan, akal, keturunan dan harta. Untuk mengukur sebarang perubahan yang dialami oleh responden terutama dari segi keupayaan memenuhi 5 aspek yang digariskan dalam maqasid syariah berkenaan, maka di cadangkan menggunakan pendekatan berasaskan teori Maslow. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari kaji selidik mengenai perubahan perubahan yang berlaku kepada golongan asnaf fakir dan miskin akan dipersembahkan dalam bentuk Monitoring Whel (rujuk Rajah 3) untuk melihat sejauhmana keberkesanan program berkenaan dapat mengubah keadaan hidup responden berkenaan ke arah memenuhi keperluan hidup yang telah digariskan dalam kelima-lima prinsip maqasid syariah. Menerusi kaedah CAST ini setiap keperluan yang digariskan akan dinilai samada memberikan perubahan positif atau sebaliknya kepada golongan asnaf. Keberkesanan atau pencapaian golongan asnaf dalam memenuhi setiap kategori ini akan dikategorikan semula kepada 3 keadaan pencapaian samada baik, sederhana dan lemah. Pencapaian terbaik (pencapaian 75 % keatas bagi aspek-aspek yang dinilai) bermakna pada puratanya kebanyakan golongan asnaf berkenaan berupaya mencapai perubahan kearah yang lebih baik dan bermakna dapat memenuhi keperluan-keperluan berkenaan serta perubahan yang dinyatakan adalah pada perubahan yang sangat positif (nilai 5) atau perubahan positif (nilai 4). Manakala kategori pencapaian sederhana (pencapaian di antara lingkungan 60 % sehingga 74.9 %) iaitu menunjukkan hanya sebahagian kecil mengalami perubahan positif manakala lebih banyak pada kedudukan yang langung tiada perubahan (nilai 3). Manakala kategori lemah (pencapaian di bawah 60%) bermaksud bantuan modal yang disalurkan ini gagal membawa perubahan positif kepada penerimanya malahan sebaliknya membawa kepada keadaan atau perubahan yang semakin teruk iaitu bermakna perubahan negatif (nilai 2) atau perubahan sangat negatif (nilai 1) berbanding keadaan sebelum bantuan zakat diterima. Maka berdasarkan kedudukan ini mana-mana aspek yang didapati berada dalam kedudukan sederhana dan lemah perlu diambil perhatian oleh pihak yang terlibat untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Berdasarkan analisa CAST ini tindakan yang tepat boleh dilakukan kerana ianya memberikan gambaran yang terperinci untuk setiap elemen yang dikaji samada perubahan berkenaan adalah mengalakkan atau sebaliknya, maka kaedah pembetulan dan penambaikan akan dapat dilakukan dengan tepat dan berkesan.

454

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad

Menjaga Agama (al-din) & Keperluan kesempurnaan diri

D2 D1

D3

D4

D5

D6 D7

Good

Menjaga harta (al-mal) & Keperluan fisiologi


F5 F4

F8
F7 F6

S1

Fair
S2

Menjaga nyawa (al-nafs) & Keperluan keselamatan

Poor

S3

F3

S4
F2 F1

S5

H5 K1 H4 K2 H3 K3 H2 H1 K5 K4

Menjaga maruah dan keturunan (al-nasb) & Keperluan penghormatan diri

Menjaga akal dan fikiran (al-aql) & Keperluan kasih sayang dan sosial

Rajah 3 : Monitoring Whell Berasaskan Prinsip Maqasid Syariah dan Teori Maslow

Kesimpulan Penilaian keberkesanan agihan zakat berdasarkan prinsip maqosid al-syariah dijangkakan akan dapat memberi penilaian yang lebih komprehensif dan saksama. Ia kini mengambil kira semua faktor yang penting dalam kehidupan manusia sebagaimana digariskan oleh maqosid al-syariah iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

455

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

RUJUKAN Abraham H. Maslow, 1970. Motivation and Personality. Second Edition. New York: Harperv & Row. Abd. Halim Mohd Noor, Rozman Hj. Md. Yusof & Ahmad Che Yaakob, 2007. Performance Indicator Model for Model for Zakat Institution . Jurnal Pengurusan Jawhar. Vol 1, No.2,2007 Abu Bakar Sarpon, 2005. Kajian Pengurusan Baitulmal Malaysia: Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Prestasi Petugas Daripada Perspektif Islam.Disertasi Doktor Falsafah, Universiti Utara Malaysia Abu Elias Sarker & Muhammad Habibur Rahman, 2007.The Emerging Perspective of Governance and Poverty Alleviation: A case of Bangladesh. Public Organiz Rev (2007)7:93-112 Abul Hasan M. Sadeq, 2002. Waqf,Perpetual Charity and Poverty Alleviation. International Journal of Social Economics, Vol 29 No 1/2002.P135-151. Abu Sufian Abu Bakar, 2006. Baitulmal dan kemiskinan di Kuala Lumpur: Program Agihan zakat Dalam Bentuk Perniagaan. Dlm Abdul Ghafar Ismail &Hailani Muji Tahir(ed). Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Alias &Mohamed Dahlan Ibrahim,2002. Keusahawanan Islam.Petaling Jaya,Selangor: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd Afzal-Ur-Rahman,1994 (Terjemahan: Othman Ahmad & Mazni Othman) Doktrin Ekonomi Islam. Jilid IV. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad B. Saleh,1999. Pelaburan Zakat di Malaysia: Kajian di Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tesis Sarjana Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia. Ahmad Fuad Mohamed,2006.Zakat Sebagai Mekanisma Pembangunan Usahawan Di Kalangan Asnaf. Kertas Ilmiah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Aidit, Jamil, Muhamad Azmi dan Syed Abdul Hamid,1990. Zakat: A Case Study of AlQaradawi, M. Yusof, 1987. Fiqhuz-Zakat (Hukum Zakat) terjemahan: Drs. Salman Harun, Drs. Didin Hafidhuddin dan Drs. Hasanuddin. Singapura: Pustaka Nasional, Pte.Ltd. Al-Qaradawi, M. Yusof, 1998. Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam (terjemahan: Mufti Latib Arsil Ibrahim). Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Al- Syatibi , al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, Beirut, Dar al-Marifah, 1416 H/ 1996M Jld 2.

456

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad

Asmadi Muhamad Naim, 2003. Maqasid Syariah. Tujuan Akhir Syariat. Sintok,Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Bernama.com. Agihan Zakat Perlu impak Besar Dalam Masyarakat. 25 September2007. http://www.bernama.com/bernaam/v3/bm//news_lite.php?id=286883 (di akses pada 31.10.2008) Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Emil J. Posavac& Raymond G. Carey,1992. Program Evaluation Methods and Case Studies. Fourth Edition. United State of America: Prentice Hall. Fuadah Johari,2004. Keberkesanan Zakat dalam Mengatasi Masalah kemiskinan di Negeri Melaka. Disestasi Sarjana Syariah dan Ekonomi. Universiti Malaya. Habib Ahmad.2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Occasioanal Paper No 8, Islamic Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute, Jeddah, Saudi Arabia Hailani Muji Tahir,2009, Maqasid Syariah dalam Pengurusan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan 2009 ,13 Julai 2009, Kota Bharu Kelantan. Anjuran Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta(KIAS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor,2004. Kesan bantuan Zakat terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin. Dlm Muhamad Muda et.al. Proceeding on National Seminar in Islamic Banking & Finance 2004. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication Hasan Bahrom & Shawal Kaslam, 2007. Amalan Corporate Governance Dalam Pengurusan Institusi Zakat di Malaysia. Jurnal Pengurusan Jawhar.Vol 1, No 2,2007. P53-63. Imran Ashraf Toor & Abu Nasar,2001. Zakat As a Social Safety Net: Exploring The Impact. Research Report No 53, Interim Poverty Reduction Strategy Paper (I-PRSP), Government of Pakistan, November 2001. Iqbal, Munawar.1998. Zakat, Moderation and Aggregate Consumption in An Islamic Economy. Dlm Monzer Khaf(ed) Lesson in Islamic Economic, Vol.1. Jeddah: Islamic Research and Training Institute,IDB. Iqbal, Zafar,2000. Economic Ratioanale for The State Collection of Zakah, International Journal of Islamic Financial Services, April- June , Vol 2 No 1. Ishtiaq Hossain,2000. Micro- Credit and Good Governance: Models of Poverty Alleviation. Southeast Asian Journal of Social Science . Volume 28 Number 1(2000):185-208 Johari Jamain,2004. A secret Receipe; Steps in Entrepreneurial Development Success. Policy & Development. Volume 1 Number 1/2004(June 2004).Pg.111-122 457

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Kahf, Monzer.1998. Zakat and Obligatory Expenditures . Dlm Monzer Kahf (ed). Lesson in Islamic Economics. Volume 1. Seminar Proceedings N0 41. Jeddah: Islamic Development Bank Islamic and Traning Institute.IBD M. Fahmi Khan dan Noor Muhammad Ghifari, 1992. Shatibis Objectives of Shariah and Some Implications For Consumer Theory. Dlm Abul Hasan M. Sadeq dan Aidit Ghazali ,eds.Reading in Islamic Thought, Petaling Jaya: Longman. Sdn. Bhd M.Kabir Hassan& Juanyed Masrur Khan,2007. Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategy in Bangladesh. Journal of Economic Cooperation,28,4(2007),1-38 Mabib Ali Al Jahri,2005. Redistributive Justice In A Developed Economy: An Islamic Perspective.Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj& Seminar Selangor 2005: Model Islam Sebuah Ekonomi Maju.Jabatan Mufti Selangor. P 38-69 Mahmood Zuhdi Abd. Majid,2003. Pengurusan Zakat .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmood Zuhdi Abd. Majid,2007. Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai Ke Arah Kemajuan Ekonomi Ummah. Ucaputama Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan 2007, PWTC .22 Mei 2007 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2007 Mariani Abdul Majid, Md.Zyadi Md. Tahir & Noorasiah Sulaiman,1999. Peranan Baitulmal sebagai Agen Pembasmian Kemiskinan Penduduk (umat) Islam Malaysia. Laporan Penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti kebangsaan Malaysia Masyhur, Rifaat Abd. Al-Latif, 2002. Zakat: Sebagai Penjana Pembangunan Ekonomi Islam.(terjemahan: Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz)Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers Mikkelsen, Britha,2005. Methods of Development Work and Research. A New Guide For Practitioners. Second Edition. New Delhi: Sage Publications India. Pvt.Ltd Mohammed Obaidullah,2008. Introduction to Islamic Microfinance. International Institute of Islamic Business and Finance. IBF Education and Charitable Trust. India:IBF(Net)(P) Limited .Web.http//www.iiibf.org Mohamed Yusoff,2006.Fiscal Policy in Islamic Economy and The Role of Zakat IIUM Journal of Economic and Management 14,no 2 (2006) 117-145. Mohd Arshad Hj Taib,1989. Kemiskinan dan Penyelesaiannya Menurut pandangan Islam . Thesis PHD, Fakulti Pengajian Islam , Universiti Kebangsaan Malaysia Muhamad Loqman &K.M. Golam Muhiuddin,2003. Zakat: An Instrument For Alleviating Poverty in Bangladesh: A Case Study of Chittagong District. Dlm Shah Abdul Hassan (et.al) Zakat and Poverty Alleviation . Dhaka: Islamic Economics Research Bureau 458

PENGUKURAN KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT: PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad

Muhamad Uda Kassim,2005. Zakat, Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution. Muhamed Dahlan Ibrahim,2002. Mengapa Islam Galakkan Keusahawanan Islam. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd Muhammad Yamin Ismail,2007. Pelaksanaan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Jurnal Pengurusan Jawhar.Vol 1, No 2,2007. P45-52. Mujani Tarimin.2005 Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Publication and Distribution Lumpur : Utusan

Nasim Shah Shirazi,2006. Providing For The Resource Shortfall for Poverty Elimination Through The Institution of Zakat in Low Income Muslim Countries, IIUM Journal of Economic and Management 14,No 1(2006) P1-27 Nor Ghani Md. Noor, Abd. Razak Dan & Mohd Ali Mohd Nor,2002. The Contribution of Zakat as an Income Creating Asset ini Selangor and Wilayah Persekutuan Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 36: 69-80 Paramanik, A. Huq,1998. Pembangunan dan Pengagihan Dalam Islam(terjemahan: Amar Said) Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka Patmawati Ibrahim, 2005. Potential Role of Zakat Distribution in Reducing Inequality Among the Muslim Society. Dlm Abdullah Alwi Hj Hassan et al. Teori dan Applikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Patrician Sloane, 1999. Islam, Modernity and Entrepreneurship Among Malay, London: Macmillian Press Ltd. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Zakat 2006. Rosbi Abd Rahman, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, 2008. Perlaksanaan bantuan modal zakat : analisis perbandingan. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 20-22 Ogos 2008,Port Dickson, Negeri Sembilan.Anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain,2007. Maqasid al- Syariah Hikmah di Sebalik Pensyariatan. Shah Alam, Selangor. Karya Bestari Sdn. Bhd Rossi, P.H, Lipsey, M.W & Freaman.H.E 2004. Evaluation A Systematic Approach. Seventh Edition. California : Sage Publishers, Inc Rusdy Hartungi.2007 Understanding The Successful Factor Of Micro Finance Institution in a Developing Country. International Journal of Social Economics Vol.34, No 6(2007).P 388-401

459

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Sadeq, Abu Hassan Muhamed,2003. Pembangunan Ekonomi dalam Islam (Terjemahan: Rohani Sulaiman) Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd Sanep Ahmad, 2004. Kepatuhan Bayaran Zakat Kepada institusi Formal Kutipan Zakat. Laporan Penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti kebangsaan Malaysia Shofian Ahmad & Amir Mulia Mohd Nor,2002. Zakat Membangun Ummah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Shukeri Mohamad,2009, Maqasid Syariah dalam Pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan 2009 , 13 Julai 2009 , Kota Bharu Kelantan, Anjuran jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Syed Othman Al Habsi, 1996. Poverty Eradication From Islamic Perpectives: http://vlib.unitarkll.edu.my/staf.Publications/datuk. (akses pada 11 Ogos 2007) Syed Othman Al Habsi, 1998. Zakat di Malaysia. Kesannya Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Orang Islam dI Pulau Pinang. Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan 5-6 Nov 1998, Universiti Sains Malaysia Supardi. 2005. Zakat Organization and Poverty Alleviation; A Macro Social Work and Community Development Perspectives. Thesis Master, School of Graduate Studies, State Islamic University Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia Surtahman Kastin Hassan,1996. Kemiskinan dan Pembasmian kemiskinan mengikut Perspektif Islam. Dlm Chamhuri Siwar dan Nor aini Hj. Idris(ed) Kemiskinan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Wahbah Al-Zuhaily,1969. Nazariyyat Al-daruriyat Al-Shariyyat, (dimashq: maktabat Alfarabiyy, 1969/1389)hlm.49 . Dlm Mohd Arshad Hj Taib,1989. Kemiskinan dan Penyelesaiannya Menurut pandangan Islam . Thesis PHD, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Xavier, John Antony. 2000. Effecive Evaluation: A Practical Guide. Kuala Lumpur: National Institute of Public Admistration (INTAN)

460

You might also like