You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA, PERSIARAN SAUJANA 3, SAUJANA UTAMA, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2011 TARIKH : 25 JANUARI 2011 (SELASA) MASA : 12.30 1.50 PETANG TEMPAT : BILIK KEMAHIRAN HIDUP SKSU KEHADIRAN: 1. EN. ZULKARNAIN BIN LOBONG (wakil pentadbir) 2. PN HUZAIMAH BT MAT ISA (Ketua Panitia) 3. PN ROZANA BT ZAINUDDIN (Setiausaha) 4. PN AISYAH BT MUSTAPA 5. PN FARAH WAHAYU 6. EN. HELMI 7. EN MOHD ZAMBRI 8. PN NOR ZULIANA 9. CIK SITI INTAN TIDAK HADIR: 1. TN HJ. BAKAR B MAT JIDI - (BERSEBAB) 2. PN WAN ANOM - (BERSEBAB)

AGENDA MESYUARAT 4.1 Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia) 4.2 Ucapan pihak pentadbir 4.3 Mengesahkan minit mesyuarat lalu 4.4 Perkara berbangkit 4.5 Perancangan Panitia Tahun 2011 4.6 Hal-hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pn. Huzaimah Bt Mat Isa (Ketua Panitia) mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Beliau juga

mengharapkan agar mesyuarat berjalan dengan lancar dan AJK berpuas hati dengan setiap keputusan yang diperolehi. 2. UCAPAN PIHAK PENTADBIR 2.1 En. Zulkarnain Bin Lobong (Guru Penolong Kanan Petang) sebagai wakil pentadbir menyampaikan bahawa Guru Besar meminta agar AJK menyenaraikan alatan dan bahan bagi tahun 2011. Tuan Guru Besar juga mengingatkan bahawa tempat penyimpanan bahan dan alatan haruslah selamat, mencukupi dan bilik KH perlulah berkunci. 2.2 Tn. Guru Besar juga berpesan agar bengkel KH berada dalam keadaan selamat untuk murid-murid belajar. Sistem penyimpanan alatan dan bahan juga baik serta penggunaan bahan yang berlebihan seperti paku atau kayu kecil hendaklah dibuang ditempat yang dikhaskan. Tindakan semua AJK 3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU 3.1 Pn. Huzaimah meminta AJK yang hadir untuk mencadangkan pengesahan minit mesyuarat kali ke dua 2010. 3.2 Pn. Aishah Bt Mustapa telah mencadangkan minit mesyuarat kali ke dua 2010 disahkan dan disokong oleh Cik Intan Faizura. Tindakan semua AJK 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Pn. Aishah membincangkan semula perkara 3.1 berkenaan pertandingan Robotik , Pn. Pengerusi menyatakan bahawa murid telah ada, cuma pertambahan murid untuk tahun empat. 4.2 Cik Siti Intan bertanya tentang perkara 3.2 tentang penggunaan bengkel. Pengerusi menyatakan bahawa bengkel boleh digunakan pada tahun ini mengikut jadual masing-masing. Kelas yang bertindih akan dibuat jadual penggunaan secara bergilir . Tindakan semua AJK

5. PERANCANGAN PANITIA TAHUN 2011 Rujuk KPI dan sasaran kerja tahunan Panitia Kemahiran Hidup 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penggunaan bengkel pada tahun lepas sebagai kelas telah menyebabkan banyak barang hilang. 5.2 Bagi aktiviti keceriaan AJK telah bersetuju untuk menukar langsir yang baru kerana langsir yang sedia ada telah digunakan selama 6 tahun. 5.3 En. Zambri mencadangkan agar meja kerja KH di cat semula. Manakala pembelian lapik meja hanya untuk meja guru sahaja. 5.4 En. Zulkarnain mencadangkan agar lantai bersimen diganti kepada lantai tile. Ianya bertujuan untuk mengurangkan habuk dalam bengkel dan memudahkan aktiviti pembersihan. 5.5 Pengerusi mencadangkan agar dibina sudut-sudut P&P bagi setiap tahun iaitu tahun 4, 5 dan 6. 5.6 AJK sebulat suara mencadangkan agar dibuat penambahan bilik stor untuk simpanan barang-barang KH. 5.7 Pengerusi memaparkan jadual tugasan guru untuk keceriaan bengkel KH pada tahun ini pada skrin. Rujuk lampiran B. 5.8 Pengerusi memaklumkan bahawa kelas 4G, 4C dan 4E hanya berpeluang menggunakan bengkel 3 minggu sekali akibat pertindihan kelas. 5.9 Pn. Aishah mencadangkan agar pemarkahan peperiksaan secara berikut: Projek : 50 markah Peperiksaan : 50 markah (50 soalan objektif sahaja) Markah keseluruhan :100 markah Semua AJK sebulat suara bersetuju. 5.10 Bagi pertandingan Robotik , En. Zambri telah dilantik sebagai pembantu. Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun lepas SKSU mendapat nombor penyertaan yang semakin baik iaitu tempat ke 48 dari 108 pasukan yang menyertai. Latihan adalah selama 5 bulan. Telah ada 3 pasukan yang sedia ada dan pada tahun ini pengerusi akan membuat penambahan pembelian 2

robot lagi. Guru yang terlibat ialah Pn. Huzaimah, Pn. Zuliana dan En. Zambri. 5.11 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat kali ke 2 akan dijalankan bersama tarikh post mortem peperiksaan pertengahan tahun iaitu pada bulan 6. 5.12 Pengerusi meminta agar ahli mencadangkan aktiviti untuk bulan Panitia. Pn. Aishah mencadangkan aktiviti: a. rekacipta bahan terbuang b. kuiz dalam kelas c. pameran bengkel d. pertandingan peragu meja / gubahan. Satu aktiviti adalah untuk satu minggu. Semua AJK akan terlibat. Pengerusi akan merancang bersama setiausaha. 5.13 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti bengkel jahitan dan elektronik adalah aktiviti guru yang akan dijalankan bagi mempertingkatkan kemahiran AJK. Tindakan semua AJK 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa nota minta akan disenaraikan oleh ketua panitia dahulu setelah dimaklumkan oleh ahli. 6.2 Pengerusi telah membentangkan jadual membina soalan pada paparan skrin bagi peperiksaan 2011. (Rujuk lampiran A) 6.3 Pn. Aishah memaklumkan tentang buku kerja KH iaitu nota banyak dan sedikit latihan serta agak kurang sesuai. Pengerusi menyatakan bahawa pemilihan buku adalah dipilih oleh pihak pentadbir. Separuh daripada murid telah membelinya. 6.4 Pengerusi memaklumkan juga bahawa buku rujukan guru ada di belakang bengkel sekiranya guru-guru ingin menggunakannya. 6.5 En. Zambri memaklumkan bahawa murid tahun 6 telah memulakan projek kayu. Serta bertanyakan tentang kereta Tamia. 6.6 Pengerusi menyatakan pembelian kereta Tamia akan menjadi isu jika meminta semua murid membeli sendiri di luar. Murid juga dibenarkan untuk menggunakan kereta tamia yang dibeli oleh pihak sekolah.

6.7 En. Zambri bertanya sekiranya ingin menggunakan bengkel KH dari siapakah kunci boleh diperolehi. Pengerusi memaklumkan bahawa pada sesi petang Pengerusi akan membuka bengkel. Manakala pada sesi pagi kunci boleh diperolehi di pejabat atau melalui Pn. Aisyah di bilik guru tahun 6. 6.8 En. Zambri mencadangkan agar panitia KH memohon PC di dalam bengkel untuk digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Ianya juga dapat mempelbagaikan teknik P& P. Semua AJK sebulat suara bersetuju. 6.9 Pengerusi memaparkan pada skin projekter cara menulis rancangan mengajar yang seragam. 6.10 AJK bertanyakan tentang penulisan impak, En. Zulkarnain mencadangkan agar ditulis dan boleh menggunakan ayat umum. AJK sebulat suara bersetuju agar impak dinyatakan secara umum. 6.11 Pn. Norzuliana (guru KH tahun lima) telah memaklumkan bahawa kelasnya tiada guru KH dan direlief untuk 3 bulan. En. Zulkarnain akan mengambil tindakan untuk berjumpa dengan Guru Besar agar ada guru diganti dan bukan sekadar di relief sahaja. AJK sebulat suara bersetuju. Tindakan semua AJK 7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan atas sumbangan idea semasa mesyuarat berjalan. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. Tindakan semua AJK Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh, . (ROZANA BT ZAINUDDIN) Setiausaha Panitia KH 2011,

Disemak dan disahkan oleh, . (HUZAIMAH BT MAT ISA) Ketua Panitia KH 2011,

SK Saujana Utama.

SK Saujana Utama. LAMPIRAN A

JADUAL MEMBINA SOALAN PEPERIKSAAN TAHUN 2011.

Nama Guru Tahun 6 Pn. Wan Anom Ustaz Helmi Pn. Aisyah Mustapa Cik Siti Intan Baizura

Peperiksaan Pertengahan tahun

Peperiksaan Akhir tahun

1. 2. 3. 4.

Tahun 5 1. En Mohd Zambri 2. Pn. Nor Zuliana 1. 2. 3. 4. Tahun 4 Pn. Huzaimah Pn. Rozana Pn. Farah Wahayu En. Zulkarnain

X X

X X X

X X X

LAMPIRAN B TUGASAN GURU UNTUK KECERIAAN BENGKEL. Nama 1. Pn. Wan Anom Tugasan Menanda alatan KH Tarikh/Tempoh masa

2. Ustaz Helmi 3. Pn. Aisyah 4. Cik Siti Intan 5. 6. 7. 8. 9. En. Mohd Zambri Pn. Nor Zuliana Pn. Huzaimah Pn. Rozana Pn. Farah

Mengecat meja kerja murid Sudut ABM tahun 6 Papan kenyataan Hadapan (dalam Bengkel) Mengecat meja kerja murid Sudut ABM tahun 5 Menanda alatan KH Menanda alatan KH ( Hak Kerajaan ) Sudut ABM tahun 4 Mengecat meja murid

1 20 Mac 1 - 20 Mac 1 - 20 Mac 1 20 Mac 1 20 Mac 1 20 Mac 1 20 Mac 1 20 Mac

Wahayu 10. En. Zulkarnain

BUTIRAN TUGAS 1) Celup alatan tangan yang ada dengan cat unggu menandakan hak milik KH. 2) Cat meja kerja murid dengan warna unggu. 3) Sudut ABM tahun 6 / 5 /4: menampal maklumat/ gambar nota/ carta tentang P&P mengikut tahun / tajuk / bidang P&P. 4) Menanda perabot dengan HAK KERAJAAN.

TUGASAN BULAN PANITIA. Tugasan Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Guru Bertugas Pn. Rozana Pn. Nor Zuliana Cik Siti Intan Catatan * 1 kelas 1 wakil * Hadiah 1, 2, dan 3. * 10 soalan terbuka untuk kuiz terbuka. * Tempat di Bengkel , tapak perhimpunan. * Jenis soalan: kuiz bertulis. * Penguji keterusan litar

1) Kuiz

2) Pameran Projek

En. Mohd Zambri

- Elektronik Tahun 4, 5 dan 6. - Kerja Kayu

Pn. Huzaimah Pn. Aisyah Pn. Farah Wahayu Pn. Wan Anom Ustaz Helmi

* Pengelip * Litar buzzer * * * * * * Kotak pensel Penahan tepi Bekas tisu Rak serbaguna Bangku kecil Rak alat kawalan jauh.

- Reka Cipta 3) Pameran alatan

En. Zulkarnain En. Zambri Pn. Huzaimah

* Gubahan dari bahan terbuang. *Alatan menanda dan mengukur. * Membuka dan memasang. * Mengetuk. * Menggergaji, memotong dan membentuk. * Siapkan sebelum bulan 4. * Hadiah tempat 1, 2 dan 3. * 10 hadiah terbuka setiap tahun.

4) Kertas kerja 5) Hadiah dan cenderamata

Pn. Huzaimah Pn. Rozana Pn. Aisyah Pn. Nor Zuliana Pn. Farah Wahayu

You might also like