You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN PERTAMA 2011

Tarikh : 13 JANUARI 2011 Masa : KHAMIS Tempat : BILIK GERAKAN Kehadiran : 1. PUAN ZANARIAH BT ISHAK 2. PUAN HALIZA BINTI JELANI 3. PUAN NOORIN BT ABD KARIM 4. PUAN ANITA BINTI ATAN 5. ENCIK ANUAR BIN MOHD AZMI Tidak Hadir : 1: PUAN SANIAH BINTI IBRAHIM AGENDA MESYUARAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ucapan Aluan Pengerusi Pengesahan Minit Mesyurat yang lalu Perkara Berbangkit Pengurusan Panitia Ujian dan Peperiksaan Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi 1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia. 2. Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang. 3. Sebagai panitia baru, banyak perkara perlu dilakukan terutama sistem pemfailan. Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 1. Minit Mesyuarat Kali ke 3, 2008 telah di sahkan oleh Puan Noorin Binti

Abd Karim. 2.2 Pengesahan telah disokong oleh Encik Anuar Bin Mohd Azmi Tindakan :

3. Perkara Berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit Tindakan

4. Pengurusan panitia 1. Agenda 1 Penulisan Buku Rekod Mengajar

1. Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang Akta berkenaan Penulisan Buku Rancangan Mengajar. 2. Pengerusi juga mengingatkan guru-guru perkara yang mesti lengkapkan di dalam buku rekod mengajar bertepatan dengan akta di bawah :

Mengikut peruntukan akta Pendidikan (Akta 1996 : PU(A) 531, Per 7,8,9,)
o

o o o o

PU(A) 531 Per. 7 : Sukatan terkini/ Huraian Sukatan Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan mempunyai senarai nama murid dalam satu kelas PU(A) Per. 8 : Guru hendaklah menyimpan dan mengguna BRMG Peraturan 11 (1) Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan yang diluluskan Format Rancangan harian Tempoh penghantaran (Diserahkan kepada Guru Besar 2 minggu selepas sekolah dibuka) Penalti pelanggaran peraturan 7-8 : RM500.00

Penalti pelanggaran Peraturan 11(1) : RM5000.00 Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK

2. Agenda 2: Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan 1. Pengerusi meminta persetujuan ramai cara menguruskan perkara di atas samada ditulis di dalam buku rekod atau dikumpul didalam sebuah fail sebagai lampiran. 4.2.2. Jawatankuasa memutuskan untuk mewujud fail untuk menyimpan perkara-perkara di atas dan dilampirkan dalam buku rekod mengajar. Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK

3. Agenda 3 - Pengurusan Fail 4.3.1 Pengerusi meminta setiausaha mengemaskini fail 4.3.2 Guru-guru matapelajaran PSK dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut kedalam fail.

4. Agenda 4- Projek Kewarganegaraan 1. Pengerusi mengingatkan berkenaan projek kewarganegaraan wajip dilaksanakan oleh setiap pelajar mengikut tempoh masa 10 jam setahun di luar waktu P&P. 2. Tajuk projek mestilah mengikut tema dan tahun yang telah

ditetapkan oleh KPM iaitu Tahun 4 menggunakan Tema 1 dan 2, Tahun 5 menggunakan Tema 3 dan 4, Tahun 6 pula menggunakan Tema 5 dan 6. 3. Untuk mendapatkan segala keperluan bagi melaksanakan projek, guru-guru dikehendaki mengisi borang nota minta dan meminta pengesahan dari guru besar sebelum memesan bahan dari pembekal. 4. Jawatankuasa juga memutuskan perlaksanaan Projek Kewarganegaraan adalah sepanjang tahun dan hasilan mestilah dinilai sebelum Peperiksaan Akhir Tahun Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK 5. Agenda 5- Ujian dan Peperiksaan 1. Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahu dan Akhir Tahun akan dibekalkan oleh MGB. 2. Ujian akan dibuat sebanyak 2 kali dan disediakan oleh :Tahun 4- Puan Haliza dan Zanariah Tahun 5- Puan Anita dan Puan Noorin Tahun 6-Puan Saniah dan Encik Anuar 3. Ujian akan dilaksanakan pada semester pertama, pada semester kedua penilaian akan dibuat berdasarkan Folio Projek Kewarganegaraan.

6. Hal-Hal Lain : Program Yang Dirancang Untuk 2009 6.1 Hal 1 - Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidifitri 6.1.1 Panitia PSK akan bekerjasa sama dengan Panitia KT untuk melaksanakan Program Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tindakan : Semua Guru PSK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang Disediakan Oleh ________________________ (HALIZA BINTI JELANI ) Setiausaha Panitia PSK SK SAWAH DATO MERSING

Disahkan Oleh ___________________ (ZANARIAH BINTI ISHAK) Pengerusi Panitia PSK SK SAWAH DATO MERSING

2. Cadangan Format Penyediaan Minit Mesyuarat Kali Kedua

LAMPIRAN 1 SK SAWAH DATO MERSING KM 5, JALAN ENDAU 86800 MERSING JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PSK SK SAWAH DATO BIL 2/2009

Tarikh : 23 JUN 2009 Masa : SELASA

Tempat : BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING Kehadiran : 1. PUAN ZANARIAH BT ISHAK 2. PUAN HALIZA BINTI JELANI 3. PUAN NOORIN BT ABD KARIM 4. PUAN ANITA BINTI ATAN 5. ENCIK ANUAR BIN MOHD AZMI 6. PUAN SANIAH BINTI IBRAHIM Tidak Hadir : 1: -TIADA AGENDA MESYUARAT 1.Ucapan Aluan Pengerusi 2.Pengesahan Minit Mesyurat yang lalu 3.Perkara Berbangkit 4.Perlaksanaan Projek Kewarganegaraan 5.Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia. Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 1, 2009 telah di sahkan oleh Puan Anita Binti Atan. 2.2 Pengesahan telah disokong oleh Puan Noorin Binti Abd Karim Tindakan :

3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Ujian/PKSR 1 dan 2 3.1.1 Pengerusi meminta maklum balas berkenaan pembinaan soalan PKSR 1 dan 2, serta mengingatkan guru-guru agar memasukkan kertas soalan ke dalam fail bank soalan. 3.1.2 Guru-guru memaklumkan bahawa pembinaan soalan PKSR telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar mengikut ketetapan dan segala tindakan telah diambil Tindakan : Semua guru matapelajaran PSK

2. Perlaksanaan Projek Kewarganegaraan 1. Pengerusi mengingatkan sekali lagi berkenaan perlaksanaan projek kewarganegaraan dilaksanakan oleh setiap pelajar luar waktu P&P. 2. Guru-guru memaklumkan tentang perancangan projek kewarganegraan telah telah diperbincangkan dan mulai merancang perlaksanaan oleh para pelajar. Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK

2. Hal-Hal Lain 1. Cadangan Aktiviti Panitia PSK sebagai Program Selepas UPSR

1. Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan permainan tradisional galah panjang dan lempar tin sebagai aktiviti pelajar tahun 6 selepas UPSR Tindakan : Guru matapelajaran PSK Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan Oleh

________________________ (HALIZA BINTI JELANI ) Setiausaha Panitia PSK SK SAWAH DATO MERSING

Cadangan Format Penyediaan Minit Mesyuarat Kali Ketiga

LAMPIRAN 1 SK SAWAH DATO MERSING KM 5, JALAN ENDAU 86800 MERSING JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PSK SK SAWAH DATO BIL 3/2009

Tarikh : 6 OKTOBER 2009 Masa : SELASA Tempat : BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kehadiran : 1. PUAN HALIZA BINTI JELANI 2. PUAN NOORIN BT ABD KARIM 3. PUAN ANITA BINTI ATAN 4. ENCIK ANUAR BIN MOHD AZMI 5. PUAN SANIAH BINTI IBRAHIM Tidak Hadir : 1: -TIADA AGENDA MESYUARAT 1.Ucapan Aluan Pengerusi 2.Pengesahan Minit Mesyurat yang lalu 3.Perkara Berbangkit 4.Laporan Projek Kewarganegaraan 5.Laporan Akhir Tahun 6. Perancangan Aktiviti Tahun Hadapan 7.Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia. 1.2 Pengerusi juga menyampai salam takzim dari Puan Zanariah Binti Ishak kerana tidak lagi menjadi Pengerusi Panitia PSK kerana tidak mengajar subjek ini lagi. 1.3 Buat sementara waktu Setiausaha Panitia, Puan Haliza Binti Jelani akan merangkap jawatan sebagai Pegerusi dan Setiausaha sehingga GPK 1 mendapat pengganti.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 2, 2009 telah di sahkan oleh Puan Saniah Binti Ibrahim. 2.2 Pengesahan telah disokong oleh Puan Noorin Binti Abd Karim Tindakan :

3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Program Selepas UPSR 3.1.1 Permainan trasional Galah Panjang dan Lempar Tin telah dilaksanakan dengan jayanya walaupun terpaksa menukar tempat dari padang ke tapak perhimpunan kerana padang terlalu lecak. 3.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih guru matapelajaran PSK tahun 6 yang telah menjayakan aktiviti ini.

Tindakan : Guru Matapelajaran PSK Tahun 6

2. Pelaporan Projek Kewarganegaraan 1. Pengerusi meminta Jawatankuasa melaporkan Pelaksanaan Projek Kewarganegaraan yang telah dijalankan. 2. Guru-guru memaklumkan pelajar-pelajar gembira membuat aktiviti projek kewarganegaraan dan dapat menghasilkan bahan yang dirancang dengan baik. Masalah yang timbul adalah untuk membuat pelaporan projek dalam bentuk folio. Kebanyakkan pelajar tidak berupaya untuk membuat penulisan seperti yang diharapkan. 3. Jawatankuasa memutuskan menerima hasilan kerja pelajar, walau pun tidak ada pelaporan dalam bentuk folio. Keputusan ini diambil, memandangkan pelajar-pelajar masih lemah dalam penulisan folio dan perlu banyak dibimbing.

4. Puan Noorin mencadangkan untuk tahun 2010, panitia menyediakan format penulisan folio yang lengkap, pelajar hanya menyalin format tersebut. Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK

2. Pelaporan Akhir Tahun 1. Pengurusan Panitia dan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2009 dapat dilaksanakan dengan jayanya. 2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana memberi kerjasama dalam melaksanakan segala aktiviti yang dirancang.

Tindakan : Semua Guru Matapelajaran PSK

2. Perancangan Tahun Hadapan 1. Cadangan Aktiviti Panitia PSK 2010 1. Jawatankuasa telah memutuskan untuk meneruskan aktiviti tahun 2009 untuk tahun 2010 mengikut perancang strategik SKSD 2009-2011 yang telah buat. Walau bagaimanapun Jawatankusa Panitia memperbaiki segala kelemahan sepanjang 2009. Tindakan : Guru matapelajaran PSK 2. Hal-hal lain 1. Puan Haliza mencadangkan jawatan Pengerusi dan Setiausaha digilirgilirkan agar semua berpeluang mempelajari selok-belok Pengurusan Panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan Oleh

________________________ (HALIZA BINTI JELANI ) Setiausaha Panitia PSK SK SAWAH DATO MERSING

Disahkan Oleh

___________________ (MOHD AZHAR BIN SHAHRUDIN) GPK KURIKULUM SK SAWAH DATO MERSING

13

You might also like