You are on page 1of 61

BAB SATU PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih saying, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral. Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang gaji. Agen-agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan. Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah sosial serius. Jesteru itu kajian tentang keluarga bermasalah menjadi boleh mengenalpasti ciriciri masalah dan faktor-faktor penyumbang kepada masalah, agar langkah-langkah memantapkan institusi keluarga dapat disarankan. 1.1 Latar Belakang Kajian

Rancangan pembangunan di peringkat negara maupun di peringkat negeri mengharapkan kemajuan ekonomi dan sosial yang positif. Bagaimanapun perlaksanaan rancangan rancangan pembangunan telah mengubah peranan institusi keluarga. Pada mulanya rancangan pembangunan telah membuka peluang pekerjaan kepada ahli keluarga. Ramai wanita dan rakyat di luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor perkilangan dan sektor awam. Penambahan pekerjaan dikalangan wanita memerlukan tugas-tugas ibu-bapa dipindahkan kepada atau dibantu oleh agen-agen sosialisasi seperti jiran, orang gaji dan ibu-bapa. Akhirnya banyak masalah sosial timbul akibat pemindahan peranan keluarga ini. Begitu juga program yang dilaksanakan melalui media massa dan elektronik. Pada awalnya program ini bermatlamat untuk menyebar maklumat-maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Bagaimanapun terdapat juga rancangan atau halaman yang meninggalkan kesan negatif. Rancangan berunsur keganasan contohnya, telah memberi kesan negatif kepada anak-anak. Masalah sosial akhirnya menjadi fenomena yang timbul akibat proses pembangunan yang ditumpukan kepada pembangunan fizikal. Pembangunan sosial yang dilaksanakan pula , kurang memberi kesan positif kepada masyarakat. Oleh kerana fahaman agama penting dalam proses pembentukan keluarga, di Malaysia dan di negeri Johor, beberapa enakmen diluluskan bagi mengawal pembentukan institusi keluarga (Lampiran A). Kajian Jamilah Ariffin (1992: 149-162) telah menjelaskan dan menilai hal-hal pentadbiran Enakmen Keluarga yang digunapakai di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak. Secara ringkasnya kajian itu menyebut bahawa pembentukan keluarga Islam adalah bidang-kuasa dan tanggungjawab kerajaan negeri dan ditadbir di bawah The Family Law Enactment . Pembentukan keluarga bukan Islam pula menggunapakai The Law Reform (Marriage and Divorce) (Amendmend) Act, 1980 ( Act A498).

Bagi negeri Johor, selain daripada Enakmen yang disebut di atas, kerajaan negeri telah meluluskan Enakmen No 2, 1997 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim dan telah digunapakai mulai 1 Julai, 1998. Di antara fungsi Yayasan yang berkaitan dengan kajian ini ialah membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk masyarakat harmoni, bahagia, sejahtera , penyayang dengan: a. mengukuhkan institusi keluarga b. membawa wanita dalam arus pembangunan dan c. menangani masalah sosial. (Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim, 1998) Bagi pengisian program yang dipertanggungjawab kepada Yayasan, kajian Pemantapkan Institusi Keluarga Johor ini dijalankan sebagai suatu usaha ke arah mengawal berlakunya aspek-aspek kritikal yang di alami oleh keluarga bermasalah di negeri Johor.

1.2

Penyataan Masalah

Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran, emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh juga dipelajari secara formal atau tidak formal. Akibat pekerjaan di luar rumah, hubungan ahli keluarga pada masa ini bersifat individualistik dan egoistik kerana mengejar kejayaan kerjaya. Kos kehidupan juga meningkat sehingga kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Dalam banyak kes ahli keluarga juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pemeliharaan dan pendidikan anak-anak terabai. Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmuni dan bahagia. Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telah menimbulkan tekanan emosi dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan dan kes juvana boleh berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar di kalangan ibu-bapa. Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah dalam keluarga, statistik jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kemungkinannya, program dan tindakan menangani masalah adalah terlalu umum seperti ceramah, perjumpaan dengan ibu bapa dan nasihat yang diselitkan semasa majlis diadakan. Selain daripada itu, tiada penilaian secara formal dibuat untuk mengukur keberkesanan program. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, keluarga yang bermasalah ialah keluarga yang menghadapi masalah penceraian. Pada tahun 1998, terdapat 1,351 kes keluarga yang bercerai di mana ianya menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun sebelumnya yang terdapat 1161 kes. Masalah penceraian boleh meninggalkan kesan negatif kepada sesebuah keluarga. Selain daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Biro Bantuan Guaman juga menerima banyak permohonan menuntut cerai. Menurut perangkaan yang dikeluarkan mereka pada tahun 1997 terdapat 32 kes penceraian yang berlaku dan bilangan kes ini meningkat kepada 44 kes pada tahun berikutnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor pula melaporkan terdapat 50 kes keganasan rumahtangga yang berlaku di negeri Johor. Kaum Melayu mempunyai bilangan kes yang tertinggi iaitu 19 kes, diikuti oleh kaum Cina dan India masing-masing sebanyak 15 kes dan lain-lain kaum hanya satu kes. Ini menunjukkan satu peningkatan kerana pada

tahun 1996 hanya terdapat 28 kes yang dilapurkan. Daerah Johor Bahru merupakan daerah yang tertinggi sekali mempunyai laporan kes keganasan rumahtangga iatu sebanyak 34 kes untuk tahun 1996 dan 1997. Kes keganasan rumahtangga ini bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal seperti memukul, menampar tetapi juga penderaan seksual kepada kanak-kanak. Biasanya yang menjadi mangsa ialah anak sendiri, adik atau kakak dan saudara mara yang tinggal bersama dalam keluarga tersebut. Keadaan hidup yang tidak teratur merupakan punca utama berlakunya penderaan seksual. Dalam tahun 1997, terdapat 108 kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Johor. Bagi tahun yang sama, dianggarkan banyak lagi kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Kaum Melayu mencatatkan kes penderaan tertinggi iaitu sebanyak 75 kes, diikuti oleh kaum Cina sebanyak 16 kes dan kaum India sebanyak 17 kes. Ini menunjukkan bahawa kaum Melayu mempunyai institusi keluarga yang sering bermasalah. Daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 33 kes dan selebihnya di daerah- daerah lain di negeri Johor. Beberapa hipotesis tentang keluarga bermasalah di Johor adalah seperti berikut: i. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan ketua keluarga tidak mempunyai pekerjaan tetap. Pekerjaan sampingan /luar musim memerlukan masa yang tidak menentu sehingga pemeliharan dan pendidikan anak-anak terabai. Ahli keluarga ramai, pendapatan keluarga rendah dan kelulusan akademik tidak tinggi. Keluarga bermasalah juga tinggal dalam persekitaran yang sesak serta kurang sihat. Ketua keluarga yang berpendapatan rendah maupun berpendapatan pertengahan mengalami tekanan emosi akibat kos hidup yang tinggi di bandar, dimana mereka bekerja. Tekanan emosi dan pendapatan yang rendah menjadi punca masalah keluarga. Anak-anak keluarga bermasalah tidak mendapat sokongan spiritual yang sempurna kerana ibu-bapa sebok bekerja. Kekosongan jiwa kanakkanak dan remaja boleh menyumbang kepada kes juvana. Keluarga mithali sebaliknya mempunyai sikap positif dan tidak mengabaikan pendidikan akademik dan agama dan akhlak anak-anak. Mereka juga berjaya dalam banyak aspek kehidupan.

ii.

iii.

iv.

v.

Kajian ini berasaskan hipotesis di atas adalah bertepatan pada masa negara dilanda oleh masalah sosial yang berpunca daripada masalah keluarga. 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat kajian ini ialah menyediakan program-program yang sesuai untuk memantapkan institusi keluarga Johor Darul Tazim. Pengisian program adalah berpandukan kepada kekekuatan ciri-ciri keluarga mithali Johor. Peserta program diasaskan kepada profil utama keluarga bermasalah. Tujuan program sebegini disarankan ialah bagi mengawal berlakunya masalah keluarga. Program pencegahan ini lebih berekonomi dilaksanakan kerana sudah banyak program yang pernah dilaksanakan bagi mengatasi keluarga bermasalah, namun ianya kurang berkesan. Sehubungan dengan itu, objektif kajian adalah seperti berikut:

i. ii. iii. iv. 1.4

Mengenalpasti profil keluarga bermasalah setiap daerah di Johor Mengenalpasti faktor-faktor penyumbang masalah keluarga mengikut jenis masalah yang kritikal di Johor. Mengenalpasti profil dan ciri-ciri kekuatan keluarga mithali Johor Mencadangkan program-program bagi memantapkan institusi keluarga.

Skop Kajian

Masalah keluarga secara umumnya bersifat berturutan. Terdapat banyak sekali masalah keluarga yang pernah diketengahkan seperti dibincangkan dalam kajian literatur dalam Bab 2. Perbincangan dengan pihak Yayasan memutuskan bahawa kajian ini ditumpukan kepada lima masalah keluarga iaitu: Penceraian, Penderaan isteri, Penderaan anak, Keluarga tunggal, Keluarga yang terlibat dengan kes juvana. Responden dipilih daripada lapan daerah di negeri Johor iaitu Johor Bahru, Pontian, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Kluang dan Muar. 1.5 Kepentingan Kajian

Hasil kajian dapat digunakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan khususnya institusi keluarga bermasalah melalui program-program yang dikemukakan. Di samping itu, ia diharap dapat membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk melaksanakan program pemantapan keluarga yang berkesan. 1.6 Masalah Kajian Berikut adalah antara masalah yang dikenalpasti semasa kajian 1.6.1 i. ii. tunggal. iii. iv. Masalah Responden Terdapat alamat responden yang diperolehi daripada Mahkamah Syariah Negeri Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor tidak dapat ditemui kerana responden telah berpindah. Senarai responden yang diberi kurang sesuai daripada aspek umur (iaitu umur melebihi 60 tahun) Sukar mendapat kerjasama responden kecuali ibu Pembanci terdedah kepada ancaman keselamatan berikutan sikap agresif responden (contohnya kes penderaan isteri, didapati suaminya menyoal pembanci, dimanakah alamat mereka diperolehi. Bagi kes juvana pula, ibu bapa yang disoal menjadi marah). Responden sukar ditemui kerana mereka bekerja di waktu petang. Pembanci terpaksa pergi waktu malam dan berulang kali. Ini melibatkan tempoh masa dan kos pembancian meningkat. Sukar mendapat responden bukan Melayu. Tidak mendapat senarai responden daripada Biro Bantuan Guaman dan NGO. Bagi kes keganasan rumah tangga ( penderaan isteri dan anak), sangat sukar mendapat alamat responden kerana pihak polis menyatakan bahawa maklumat responden di kategorikan sebagai sulit. YPK diminta untuk mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Polis dan Kebajikan Masyarakat. Tidak mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi membantu mendapatkan responden kes juvana.

v. vi. vii. viii.

ix. 1.6.2.

Masalah Pertindanan Data

Terdapat pertindanan data antara kes penceraian dan ibu tunggal kerana selepas bercerai, responden menjadi ibu tunggal. Ini turut mempengaruhi tempoh proses pembancian.

BAB DUA KAJIAN LITERATUR


2.0 Institusi Keluarga Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga. Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap, bab ini mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah yang dicapai melalui pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang dilaporkan telah berlaku akibat konflik dan tidak ada persefahaman antara ahli dalam sesebuah keluarga. Beberapa teori keluarga bermasalah juga dibentangkan bagi membantu usaha memantapkan institusi keluarga. 2.1 Definisi Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai a group of people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan. Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997). Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan atau adoption. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent family) Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996). Secara umumnya, keluarga yang sah terbentuk berasaskan ikatan perkahwinan dan dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah keluarga mempunyai objektif-objektif tertentu. Basri (1997) menjelaskan beberapa objektif berkeluarga daripada perspektif Islam seperti berikut: a. Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargaan yang utuh dan padu. Selain itu, ia juga merupakan asas utama kepada pembentukan masyarakat inovasi. b. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan yang sesuai dengan tuntuan syarak dan naluri kemanusiaan.

c. Memelihara kehormatan suami isteri dari tercemar melalui persetubuhan yang sesuai dengan naluri kemanusiaan. d. Mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka dengan cara yang baik. e. Mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana pemeliharaan anak-anak dan melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan kasih mesra. f. Memelihara spiritual, mental, agama dan juga harta benda seseorang. g. Menggalakkan ibadat kepada umat Islam, kerana setiap suap makanan yang diberikan oleh seorang suami terhadap isterinya dengan ikhlas dikira sebagai ibadat. Begitu juga dengan persetubuhan atau aktiviti-aktiviti lain. i. Mendapat pengampunan dari Allah S.W.t peningkatan darjat dan kemantapan sikap. j. Menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W kerana denagn berkahwin dan beranak-pinak akan bertambah ramailah umat Islam yang menjadi kebangganaan Rasulullah S.A.W di hari kiamat kelak. 2.2 Konsep Keluarga Bahagia

Persoalan pokok dalam menghuraikan maksud keluarga bahagia ialah konsep bahagia. Ia adalah satu ungkapan yang manis tetapi sukar menentukan bagaimana ianya boleh dicapai. Terdapat berbagai-bagai tanggapan sama ada secara betul mahupun secara salah tentang persoalan bahagia, baik dalam konteks kehidupan peribadi mahupun dalam kehidupan kelompok sosial seperti keluarga, kumpulan, masyarakat dan sebagainya. Mengikut Rusmiati (1980) kebahagian adalah nikmat yang dirasai dalm sanubati seseorang. Khawari dan Khawari (1989) mentakrifkan kebahagian sebagai .successful family does not mean material affluence but rather an affluence of the heart, spirit and mind. The family: a. becomes more unified b. becomes more loving c. gets along well together d. always encourage each others accomplishment e. always allow everyone to be successful f. is productive g. is confident h. is happy i. is always be the source of happiness for others Kajian Mahmood, (1997) menyifatkan kebahagian tercapai apabila seseorang: a. b. c. d. e. f. Mengalami kesenangan Gembira Mempunyai objektif dan tujuan hidup yang jelas Optimistik Merasa selesa dan Merasa nikmat dengan setiap yang ada

Secara ringkasnya, kebahagian adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati dan bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan,

kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendeaan. Sebaliknya, ia adalah sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat. Sesuai dengan maksud dan konsep keluarga bahagia inilah Al-Quran dan AlSunnah telah memberi panduan dalam banyak aspek tentang kekeluargaan seperti objektif pembinaannya, cara perkahwinan dikelolakan dan hubungan yang diamanahkan antara satu sama lain. Tentang perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa tujuan berkeluarga ialah untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan ketenangan serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteriisteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Surah Ar-Rum (30):21 Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada tuntutan hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak tercapai daripada perkahwinan berasaskan kepada hawa nafsu. Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana. Bagi membentuk keluarga bahagia, suami atau isteri perlu memahami tugas dan tanggujawab berikut: a. Isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan sepenuhnya dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga. Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban kerana kebahagiaan keluarga. Memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak Islam. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman di samping melindungi mereka dari neraka. Memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan minuman, pakaian, perubatan, tempat tinggal yang sesuai. Berlaku adil kepada mereka. Tindak tanduk hendaklah didasarkan di atas asas bergaul yang baik. Menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau dengan jiran tetangga dan sahabat taulan. Isteri mempunyai hak di dalam mengendalikan hartanya. Suami tidak berhak di atas harta kepunyaan isterinya. Kewajipan suami menghormati hak individu ini. Menyelesaikan maharnya jika belum jelas.

b. c. d. e. f. g. h.

i.

Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan kewajipan terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah. Kesimpulan tugas-tugas dan tanggungjawab isteri ialah: a. Wajib bagi isteri mendokong konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami.

b. c. d. e.

Patuh, taat dan menghormati suami selama mana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta suaminya dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga. Berhias untuk suami, isteri hendaklah sentaiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Menjaga anak-anak denagn sempurna dan sewajarnya menurut lunas-lunas Islam, menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai tugas ibu yang penyayang dan bertanggungjawab. Menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna mengendalikan kerja-kerja rumah termasauk sekitarnya. dan teratur

f. g.

Tidak meninggalkan rumah melainkan setelah mendapat izin dari suaminya atau disebabkan mudzarat.

Usaha membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut Khawari dan Khawari (1989), One secret of a sucessuful family is its ability to solve problems together. But even more important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems from arising in the first place. Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti mana keluarga yang wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997). Perubahan bentuk dan fungsi institusi keluarga telah menganggu proses mencapai kebahagian berkeluarga. 2.3 Konsep Keluarga Tidak Bahagia

Keluarga tidak bahagia membawa maksud keluarga kucau - kacir. Terdapat banyak masalah atau krisis rumahtangga hingga menyebabkan anggota keluarga tidak tenteram. Dalam Al-Quran kebahagian disebut sebagai kontra kepada kecelakaan atau tidak bahagia. Dalam Surah Hud (11): 105-108, Allah telah berfirman tentang hari akhirat yang bermaksud: Di kala datang hari itu tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNya. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. Adapun orang-orang yang celaka maka (tempatnya) di dalam neraka. Ayat di atas membayangkan orang-orang yang berbahagia itu akan mendapat kurnia yang terus menerus dari Allah S.W.T berbanding dengan orang yang celaka di mana mereka itu akan terseksa terus. Meskipun ayat di atas memperkatakan tentang kebahagiaan dan kecelakaan (tidak bahagia) di akhirat tetapi yang pentingnya bagi kita di sini ialah gambaran mengenai kebahagiaan dan kecelakaan itu sendiri. Melalui ayat al-Quran, banyak sekali terdapat ayat-ayat yang menggambarkan perkataan celaka atau tidak bahagia. Di antara contoh ayat tersebut ialah Surah Toha (20):2 dan 117, Surah Maryam (19):48, Surah Al-Lail (92):14-16 dan Surah Al-Mukminun (23):105-106. Berasaskan kepada penggunaan-penggunaan dalam ayat-ayat tersebut ternyata bahawa kecelakaan atau tidak bahagia boleh ditafsirkan dalam berbagai sifat. Antara sifat-sifat tersebut ialah rasa susah, hilang pedoman,

kecewea, sesat, tidak mampu menilai kebenaran dan hilang rasa nikmat dengan apa yang ada atau dalam kata yang lain ia merujuk kepada suatu keadaan yang tidak bahagia (Mahmood, 1997) 2.4 Keluarga Bermasalah

Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September 1990:12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Seterusnya, keadaan negatid ini boleh mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terurus dalam sesebuah keluarga. Coleman dan Cressey (1993), menyenaraikan beberapa masalah keluarga seperti berikut: a. Penceraian b. Penjagaan Anak-anak c. Penderaan Kanak-kanak d. Keganasan rumahtangga e. Keluarga Tunggal f. Ibu bapa bekerja sepenuh masa g. Konflik keluarga Pembangunan ekonomi dan sosial telah melibatkan perubahan sistem, bentuk dan peranan keluarga. Misalnya, peranan institusi keluarga telah banyak dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi (Yaacob, 1992; Fatimah,1994). Pemindahan peranan institusi keluarga ini telah tidak dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak di atas dengan sempurna. Ini menimbulkan permasalahan sosial yang semakin serius. Mohd Taib (1996:8) menggambar kepincangan akhlak di kalangan generasi kedua, contohnya, kurangnya sifat menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan pemimpin. Punca timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga dan ibu bapa terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang longgar amat menyumbang kepada berlakunya masalah sosial masa kini. Walaubagaimanapun, masalah ini berbeza seriusnya di pelbagai institusi keluarga berdasarkan tempat tinggal, jenis pekerjaan, taraf pendidikan dan pengaruh media. Malah, bentuk keluarga itu sendiri banyak menyumbang kepada fenomena sosial generasi kedua masa kini (Mohd Taib, 1996:136). 2.5 Teori-Teori Masalah Keluarga

Coleman dan Cressey (1993) membincangkan tiga pendekatan / teori berkaitan masalah keluarga iaitu: 2.5.1 Teori Peranan (Functionalist)

Daripada perspektif Teori Peranan, keluarga bermasalah berpunca daripada ketidakstabilan di dalam institusi keluarga akibat perubahan sosial. Perubahan sosial berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat yang mengamalkan sistem pertanian berubah kepada perindustrian. Perubahan ini menyebabkan bentuk keluarga extended berpecah dan terbentuknya sistem keluarga nuclear. Dalam proses melaksanakan aktiviti perindustrianlah, institusi keluarga didapati gagal memberi didikan dan penjagaan anak-anak dengan sempurna. Teori ini menerangkan juga (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) bahawa integrasi sosial adalah sebahagian daripada peraturan perlu dalam unsur-unsur kehidupan. Setiap seorang adalah bahagian daripada kumpulan yang mempunyai peraturan tertentu tentang perlakuan kumpulan berkenaan. 2.5.2 Teori Konflik

10

Teori Konflik pula mentakrifkan keluarga bermasalah berpunca daripada konflik atau pergeseran nilai dan tingkah laku ahli keluarga. Teori ini menerangkan bahawa masyarakat tidak stabil dan ahli kumpulan bertanding untuk punca dan khidmat yang berkurangan. Sebagai contoh adanya ketegangan antara masyarakat kelas rendah atau golongan miskin dengan golongan kelas tinggi. Golongan miskin tidak mendapat peluang yang sama untuk belajar boleh menjadi punca konflik. Penderaan yang berlaku adalah akibat keadaan keluarga yang tidak stabil. Kewangan yang tidak mencukupi boleh memberi kesan negatif (konflik) dalam perhubungan keluarga. Mengikut Nijole V Benokraitis (1995:32), teori ini menerangkan berbagai kesengsaraan keluarga adalah akibat daripada masalah sosial yang berleluasa. Daripada sumber (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) teori ini mencadangkan bahawa perbezaan kuasa adalah punca berlakunya kekerasan. Keluarga yang tidak membahagikan kuasa secara sama rata, contohnya keluarga didominasi oleh kaum lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya kekerasan dalam rumah tangga 2.5.3 Teori Psikologi Sosial

Teori ini mendapati adanya kaitan antara kegagalan ibu bapa mendidik anak dengan masalah mental dan perlakuan juvana. Masalah keluarga berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengabai dan membezakan anak-anak mereka serta mendidik dengan menggunakan cara kekerasan seperti memukul dan merotan. Peristiwa trauma yang dialami di zaman kanak-kanak didapati boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan di zaman dewasa kelak. Pendidikan keluarga sama ada positif atau negetif tidak dinafikan akan mempengaruhi konsep diri seseorang. Konsep ini dijadikan panduan semasa bertindakbalas sehingga mempengaruhi tingkahlaku. Contohnya, jika berlakunya konflik dan pergeseran dalam proses pendidikan keluarga, maka ianya akan menimbulkan kesan negatif seperti perhubungan tidak harmoni sesama ahli keluarga. G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485 juga membincang teori ini dan menjelaskan perlakuan seseorang di asaskan kepada imej yang diharapkan olehnya bukan daripada keadaan nyata yang sebenar. Individu membina apakah dirinya yang sebenar dan bertindak mengikut imej yang dibina itu. Seorang wanita misalnya percaya boleh dipukul jika perlakuanya tidak mencapai seperti yang diharapkan oleh suaminya. 2.5.4. Teori Sumber (Resource Theory) Nijole V Benokraitis (1996: 274) membincangkan dua teori masalah keluarga. Pertamanya Teori Sumber dan keduanya Teori Pertukaran. Menurut Teori Sumber, lelaki (suami) pada umumnya mempunyai sumber, kedudukan dan kuasa yang lebih tinggi daripada pasangan/isterinya. Sumber ini termasuklah gaji, pendidikan dan sumber-sumber sosial. Satu bentuk sumber selalunya melengkapi sumber yang lain. Contohnya mereka yang berpendapatan tinggi selalunya berupaya mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi juga. Seorang wanita yang mempunyai sumber pendapatan, berkebolehan untuk tidak bergantung kepada pendapatan suaminya dan boleh menanggung perbelanjaan dan pemeliharan anak-anak 2.5.5. Teori Pertukaran ( Exchange Theory) Teori Sumber boleh digabungkan dengan Teori Pertukaran untuk menerangkan trade-off (pertukaran) yang boleh dibuat oleh suami dan isteri (Nijole V Benokraitis, 1996: 274). Contoh sumber yang boleh ditukar ialah seperti masa dan wang. Contohnya,

11

wanita yang menyara kehidupan keluarga tidak menolak dominansi suaminya untuk menyeimbangkan esteem suaminya. Teori ini menerangkan juga bahawa saling tindakbalas sosial diasaskan kepada usaha setiap orang untuk memaksimumkan ganjaran dan meminimumkan kos. Akibat daripada usaha ini, individu akan meneruskan perhubungan selagi ia menjangkakan ganjaran melebihi kos. Seseorang membawa bersamanya punca tidak nampak seperti kesayangan atau punca nampak seperti kekayaan dan kecantikan untuk diperdagangkan bagi ditukarkan dengan kebaikan daripada perhubungan sosial. Selama mana kos dapat diseimbangkan atau kos kurang daripada faedah, selagi itu perhubungan sosial akan diteruskan. Apabila kos melebihi ganjaran, kebanyakan perkahwinan dikatakan akan menuju kehancoran atau penceraian. 2.5.6 Faham Saling Tindakbalas Simbolik (Symbolic Inter Actionism) Teori ini diutarakan oleh G.E Dickinson dan M.R. Leming ( 1995: 485) untuk menerangkan salingbertindak dikawal oleh komunikasi simbolik seperti pengetahuan, ide, kepercayaan dan perlakuan serta bagaimana seseorang membuat penterjemahan bagi sesuatu keadaan. Setiap ahli keluarga mempunyai satu atau lebih peranan dan perlakuan mereka adalah mengikut status serta kedudukan dalam masyarakat. Peranan simbolik ahli keluarga membenarkan suami beranggapan bahawa isteri dan anak patut didera jika mereka tidak melaksanakan peranan dan tidak menepati ciri-ciri institusi kekeluargaan. 2.6 Bentuk-bentuk Masalah Keluarga

Berdasarkan huraian konsep dan teori terdapat beberapa pola masalah keluarga yang dialami dalam masyarakat. Beberapa permasalahan yang berkait dengan skop kajian ini dihuraikan dibahagian berikut: 2.6.1 Penceraian

Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu. Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang. Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal (Nijole V Benokraitis, 1996). Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan penceraian berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat. Sebanyak 80% daripada wanita yang terlibat dengan penceraian adalah mereka yang tidak pernah mendapat didikan agama dan belajar sehingga tahun tiga sekolah-sekolah agama kerajaan Johor (Utusan Malysia, 12 Mei 1999:10). Perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian UndangUndang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun. Kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta. Kesan penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak. Menurut U.S Bureau of the Census 1994b, kadar penceraian telah berganda sejak dua dekad yang lalu, di mana lebih separuh daripada perkahwinan berakhir dengan penceraian (Wolf, 1996). Mereka juga bersetuju penceraian selalunya menghasilkan cabaran ekonomi/kewangan kepada wanita dan anak-anak kerana pendapatan telah berkurangan. Davidson & Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita

12

dalam tenaga kerja (Davidson & Moore, 1996). Mengikut Henslin (dalam Davidson & Moore, 1996) terdapat lapan pembolehubah yang mempengaruhi berlakunya penceraian: a. Ketidakserasian peranan suami isteri b. Perbezaan cara menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan kerana sosialisasi yang berbeza. c. Keperluan hidup yang bertambah d. Kebosanan dalam kehidupan perkahwinan e. Perubahan-perubahan fungsi perkahwinan dan kekeluargaan f. Peningkatan usaha memenuhi emosi g. Peningkatan sokongan terhadap wanita yang bercerai h. Harapan yang keterlaluan tehadap peranan isteri/suami (mengikut tradisi) Menurut Fisher (dalam Davidson & Moore, 1996: 657) pasangan yang menghadapi risiko yang tinggi untuk bercerai ialah mereka yang berada dalam jangka pendek perkahwinan yang mempunyai seorang anak iaitu antara 1-3 tahun perkahwinan. Mereka ini tidak berjaya menghadapi cabaran cabaran alam perkahwinan dan gagal menyelesaikan soal rumahtangga seperti masalah kewangan, penjagaan dan kesihatan anak-anak. Juga campurtangan ibu-bapa , saudara mara menambahkan lagi kompleknya cabaran kepada pasangan yang baru berkahwin bagi terus menyesuaikan diri mereka dengan alam perkahwinan. Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masih tinggal bersama walaupun tidak bahagia. 2.6.2 Penderaan Kanak-kanak

Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes keganasan rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu bapa berpunca daripada tekanan (stress). Kegagalan mengawal perasaan menyebabkan ibu bapa bertindak melulu dengan melepaskan kemarahan kepada anak-anak. Perlakuan mendera anak-anak boleh berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi melalui pembelajaran. Selain daripada itu, tabiat meminum minuman keras yang menyebabkan mabuk juga menjadi punca kepada berlakunya penderaan (Muhammad, 1985). Ciri-ciri kurang sihat ini mewujudkan persekitaran negatif dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak. Keadaan yang tidak memberansangkan ini dialami oleh setiap kaum. 2.6.3 Keganasan Rumahtangga Keganasan rumahtangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal yang dilakukan oleh suami kepada isteri dan anak-anak mereka sendiri (Robert, 1993). Penderaan fizikal melibatkan perbuatan menyepak, menampar, mencucuh objek panas seperti seterika dan bara rokok kepada tubuh badan serta memukul dengan menggunakan objek keras seperti talipinggang dan kayu. Ianya terjadi apabila kedua dua suami isteri tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara diplomasi. Pergaduhan mulanya berlaku hingga menyebabkan suami mengambil tindakan mendera isteri. Mangsa penderaan bukan sahaja menghadapi masalah mental yang serius seperti tekanan perasaan akibat daripada perbuatan tersebut malah ianya menjejaskan kesihatan mangsa ( Tamadun, April, 1998: 23 ). Di antara kesan yang diterima ialah lebam anggota badan, luka-luka, melecur kulit dan ada kes penderaan yang membawa maut. Di Amerika Syarikat penderaan isteri sering berlaku. Di antara 50-75 peratus wanita pernah didera oleh pasangan mereka (Dickinson & Leming, 1995). Ia berlaku dalam semua lapisan masyarakat di kalangan golongan kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak berpendidikan (Thorman, 1980). Beberapa kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara penyalahgunaan dadah dan minuman keras dengan keganasan rumahtangga (Hampton & Coner-Edwards, 1993). Menurut Gullotan, Adams dan Alexander (1986), Gelles, et.al

13

telah membuat kesimpulan bahawa lelaki yang mendera isteri atau anak juga sama ada pernah didera atau pernah melihat penderaan dalam keluarga sewaktu kecil. Ciri-ciri negatif ini mewujudkan persekitaran yang tidak sihat untuk anak-anak membesar 2.6.4 Keluarga Tunggal Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya berlaku kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut meninggalkan penafian, emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa kehilangan dan kesepian serta perasaan lega (Kavanaugh, 1972). Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan mencari pekerjaan dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan membimbing anak-anak (Wolf, 1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal perlu memelihara kesejahteraan keluarga seperti memberi kasih sayang secukupnya. Bukan sahaja seorang bapa tidak boleh memain peranan sebagai seorang ibu dan sebaliknya, tetapi juga masa amat terhad untuk membolehkan keluarga tunggal berfungsi sepenuhnya. Tanggungjawab berat yang dipikul oleh satu pihak sahaja ini boleh mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai. 2.6.5. Ibu bapa Bekerja Sepenuh Masa Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat. Oleh yang demikian, sumber pendapatan yang kukuh amat diperlukan untuk memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi. Ini menyebabkan bilangan isteri yang bekerja semakin meningkat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Taraf pendidikan yang semakin baik diterima oleh kaum wanita membolehkan mereka mendapat jawatan atau kerja. Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama anak- anak semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang. Ini kerana keluarga yang mempunyai kualiti yang baik sperti memberi kasih sayang yang secukupnya dapat mengurangkan masalah perlakuan anak-anak (Burbach & Borduin,1986). Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk mewujudkan rasa yang anak-anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi mengelakkan berlakunya perkembangan masalah anak-anak sana ada dari luar ataupun dalam. Pasangan dwi-bekerja memberi kesan kepada keluarga dalam banyak cara (Benokraitis, 1996). Peranan kerja mempengaruhi kualiti perkahwinan, tanggungjawab kekeluargaan dan kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun, Higgins et.al (dalam Berokratis, 1996) mendapati ibu yang bekerja masih dapat meluangkan masa kepada keluarga lebih daripada bapa yang bekerja. Pengkaji-pengkaji kebelakangan ini pula mencadangkan bahawa persoalannya bukan pekerjaan ibu semata-mata memberi kesan kepada kanakkanak tetapi kualiti penjagaan kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian. 2.6.6 Masalah Remaja dan Juvana

Kajian Zainal (1985) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflik kepada keluarga. Antaranya: a. b. c. d. e. f. g. Pencanggahan pendapat dengan remaja. Remaja dilayan seperti anak kecail Remaja selalu dikritik oleh ibubapa Keluarga menentang rancangan remaja Ibubapa tidak memahami remaja Remaja tidak dibenarkan keluar dengan kawan dari jantina lain Ibubapa tidak membenarkan kanak-kanak remaja datang ke rumah

Masalah-masalah di atas berpunca daripada: a. Masalah tiada kemahiran dan pengalaman pekerjaan b. Tiada pendidikan sempurna

14

c. Suka berangan-angan dan mudah dipengaruhi d. Keluarga miskin atau kucar-kacir e. Kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak Hasil kajian di atas menunjukkan bahawa masalah-masalah remaja mempengaruhi kecenderungan timbulnya konflik dalam keluarga dan iklim kekeluargaan juga memberi kesan kepada remaja. Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga displin anak menjadi punca kepada kepada keganasan dan perlakuan delinkuen remaja ( Bandura & Walters, 1963). Mereka mengkaji faktor perhubungan keluarga dengan tingkah laku delinkuen. Kajian mereka menghadkan sampel kepada remaja yang tidak mengalami kerumitan kewangan dan yang mempunyai kedua-dua ibu bapa tinggal serumah. Kajian itu telah menunjukkan tiada apa-apa perbezaan dari segi cara perhubungan ibu-anak di antara remaja delinkuen dan bukan delinkuen. Walaubagaimanapun, perbezaan besar terdapat dalam aspek perhubungan bapa-anak. Dapatan kajian itu menggambarkan bahawa remaja delinkuen kurang mengidentifikasikan diri mereka dengan bapa. Dalam hal ini pihak bapa dikatakan gagal memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai moral kepada anak-anak mereka. Nash turut bersetuju dengan dapatan kajian Bandura dan Walters (1963). Dari kajian klinikal yang dibuatnya, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perhubungan bapa-anak terutama bapa dengan anak lelaki sangat penting bagi menentukan kemungkinan anak remaja terpesong ke arah tingkahlaku delikuen. Antara ciri-ciri negatif yang disebutkan adalah seperti: a. Hukuman yang diterima daripada keluarga terlalu teruk dan ganas b. Sikap bapa terlalu autoritarian c. Ibu biasanya dominan di rumah d. Remaja mempunyai imej yang rendah terhadap bapanya e. Berlaku kegagalan berkomunikasi antara ibu bapa dan remaja Kajian berikutnya mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak dan menjaga displin anak dengan baik dikaitkan dengan kes juvana seperti mencuri, lari dari rumah dan bergaduh (Lefkowitz,Eron,Waldert & Huesman, 1977:57). Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikatakan mempunyai hubungan dengan pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi aktiviti dan perlakuan anak-anak (Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup yang dilalui oleh remaja pula boleh mempengaruhi masalah juvana dan jenis kesalahan yang dilaku oleh remaja (Hadad,Barocas & Hollenback, 1991:.23). Kajian Hadad (et al) menyokong penjumpaan Loeber & Stoutmer iaitu perlakuan delinkuen mempunyai hubungan dengan kekurangan tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan masa bersama anak-anak, tidak mengambil berat tentang pelajaran, kawankawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka diluar rumah. Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan masalah dalam keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk melakukan kelakuan yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46). Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993) bukan sahaja mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana . Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Kemesraan yang wujud dalam keluarga semakin berkurangan dan kasih sayang semakin luntur. Anak-anak semakin menjauhkan diri mereka dan mula memencilkan diri. Akibatnya, hubungan dalam keluarga semakin dingin dan suram. Sebagai penyelesaiannya, anak-anak menghabiskan banyak masa mereka di luar rumah dan sering terdedah kepada pengaruh negatif kawan-kawan mereka.

15

2.6.7

Jenayah Agama

Beberapa kajian berkaitan dengan keluarga telah dibuat oleh ahli-ahli akademik di Malaysia. Penemuan-penemuan kajian menyatakan beberapa masalah keluarga lain belum pernah diketengahkan dalam literatur. Sebagai contoh, kajian Amran (1993) berkaitan dengan kes-kes jenayah agama yang dibicarakan di mahkamahmahkamah Syariah Negeri Johor. Kesalahan itu termasuklah: a. Minum minuman yang memabukkan b. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadhan c. Berkhalwat d. Persetubuhan haram e. Bersedudukan f. Pelacuran dan kesalah muncikari Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah sosial di Johor ialah keadaan latarbelakang keluarga pesalah yang mempunyai masalah-masalah seperti: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Ibubapa dan anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama yang sempurna. Kurang pengawasan daripada keluarga terhadap anak-anak. Hubungan antara anggota keluarga yang tidak erat. Suka membuang masa di luar rumah (lepak) Keluarga yang besar bilangannya. Keluarga miskin. Ibu banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perselisihan faham antara suami isteri Isteri-isteri yang telah ditinggalkan suami tanpa penceraian yang sah (digantung tak bertali)

2.6.8. Disiplin Pelajar Halimah (1990) telah menyenaraikan maslah-masalah sosial dan masalahmasalah diplin di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disipilin di sekolah rendah dan menengah pula disenaraikan seperti: a. Memiliki dadah b. Mencuri c. Berjudi d. Merosak harta sekolah dan guru e. Merokok f. Mengacau g. Mengugut guru besar, guru, pengawas dan pelajar h. Memeras ugut i. Mempunyai senjata merbahaya j. Ahli kongsi gelap k. Isu sensitif l. Minum minuman keras Kajian berkaitan dengan kekeluargaan yang dibuat oleh Hitam (1990) terhadap kes-kes akibat halangan dalam perhubungan kemanusiaan (fokus kepada kasih sayang) juga telah menyenaraikan masalah-masalah sosial yang ditangani oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai: a. b. c. d. Penganiayaan/pengabaian anak-anak Ketidakharmonian di dalam perkahwinan Ketagihan arak / dadah Kelahiran anak luar nikah

16

e. Pesalah juvana f. Wanita dan gadis yang terdedah kepada kerosakkan moral g. Jenayah orang dewasa h. Perpecahan keluarga i. Ketiadaan tempat tinggal j. Pelacuran k. Kecacatan fizikal dan mental l. Masalah kemiskinan m. Keinginan melarikan diri Masalah-masalah yang disenaraikan merupakan masalah yang dikenalpasti punca yang dominan sebelum tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Kajian Hitam (ibid) juga merumuskan bahawa keluarga bukan sahaja dapat mengelakkan persengketaan tetapi juga anak-anak yang membesar di dalam sesebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera, apabila mereka dewasa kelak akan menggunakan pengalaman-pengalaman ini bagi membina sebuah keluarganya sendiri yang bahagia. 2.7 Faktor-Faktor Masalah Keluarga

Oleh itu perlu ada kesedaran daripada semua pihak sama ada ibu bapa, remaja dan pendidik meneliti punca/faktor yang membawa kepada masalah keluarga. Secara amnya, teori-teori dan kajian-kajian yang di atas mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca keluarga bermasalah. Kebanyakan faktor-faktor berikut akan dibincangkan secar ringkas: Kemiskinan, Pengangguran, Tahap pendidikan yang rendah, Taraf kesihatan rendah, Kurang kemahiran berkomunikasi, Pengabaian tanggungjawab, Hubungan anggota keluarga yang tidak harmoni, Urbanisasi, Perubahan nilai dan Globalisasi 2.7.1 Kemiskinan Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun, April 1998:18) . Ketua keluarga yang tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan sesebuah keluarga akan berhadapan dengan masalah rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti persekolahan juga terganggu. Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan perbelanjaan keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan mempunyai ramai anak. Keluarga miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan setinggan. Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi banyak kekurangan contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas dan tempat membuang sampah. Kawasan setinggan yang tidak tersusun ini menjadi sarang masalah sosial seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah. Mereka yang tinggal di kawasan setinggan juga mudah dijangkiti penyakit berjangkit yang mendatangkan masalah kepada keluarga (Tamadun, April, 1998) Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran tidak selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan wang. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak

17

tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, seperti penceraian dan keganasan rumahtangga. 2.7.2 Pengangguran

Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ( Kamus Dewan, 1994). Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna. Apabila suami tidak bekerja, beban untuk menyempurnakan perbelanjaan keluarga diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini boleh mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal. Keadaan ini membawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga timbul bermacam-macam masalah keluarga. 2.7.3 Taraf Kesihatan Rendah

Taraf kesihatan rendah ditakrifkan sebagai keadaan keluarga yang kerap ditimpa sakit. Anak-anak sering sakit dan memerlukan perbelanjaan perubatan. Ibu- bapa mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, lelah dan sebagainya (Kamus Dewan, 1994: 679). Tempat tinggal yang tidak sesuai seperti di kawasan setinggan menyebabkan masalah kesihatan keluarga bertambah serius. Kebersihan persekitaran rumah tidak dijaga rapi, kotor dan sampah berselerak kerana kedudukan rumah yang terlalu dekat, tidak dapat dipastikan sempadan pembersihan kawasan. Keadaan ini memudahkan penyakit seperti denggi dan malaria merebak (Tamadun, April,1998 : 34). Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa keluarga yang miskin biasanya tidak mampu menanggung kos perubatan atau kos pengangkutan untuk membawa anak-anak ke klinik kesihatan. Anak-anak mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya seperti pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Sekiranya mereka mampu, ibu bapa yang miskin akan membeli ubat yang murah, tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan. Ini akan meningkatkan lagi risiko anak-anak kepada penyakit yang merbahaya apabila mereka meningkat dewasa. 2.7.4. Tahap Pendidikan Rendah

Ketinggian ilmu menjadi penting dalam memelihara kebahagiaan sesebuah keluarga (Utusan Malaysia, 12 September 1990 :11). Ilmu adalah penyuluh hidup dan ianya akan memberi panduan dalam kehidupan seharian. Jika pendidikan rendah iaitu didikan, ilmu, ajaran yang diterima oleh seseorang tidak tinggi (Kamus Dewan, 1994:389), pemikiran yang di ambil tidak rasional. Keputusan yang diambil lebih mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesannya di kemudian nanti. Jika kekurangan ilmu, keputusan biasanya dibuat secara individu tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Hal ini akan menyebabkan ahli keluarga sering bertengkar (Mohamad Hussain,1985:26). Apabila pertengkaran menjadi serius, ia biasanya menimbulkan rasa tidak puas hati di satu pihak. Maka tiada lagi persefahaman yang wujud dalam sesebuah keluarga. 2.7.5 Kurangnya Kemahiran Berkomunikasi

Kurangnya kemahiran berkomunikasi ditakrifkan sebagai ketidakupayaan dalam mengadakan perhubungan melalui percakapan, perbincangan, pertukaran pendapat dengan seseorang ( Kamus Dewan,1994:456). Masalah komunikasi dan kegagalan untuk berinteraksi dengan betul dikaitkan dengan masalah mental anak-anak, perbuatan delinkuen dan bertindak agresif dalam setiap perbuatan ( Foster & Robin, 1989:493 ).

18

Kesilapan dalam kaedah berkomunikasi boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan seterusnya cenderung kepada pelakuan yang tidak baik. Tiga faktor interaksi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi dan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi luntur termasuklah: a. Suka mendiamkan diri b. Menunjukkan kedegilan c. Menarik diri apabila berlaku satu proses komunikasi di dalam keluarga. 2.7.6 Pengabaian Tanggungjawab Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab ditakrifkan sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada kewajipan yang dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237). Ibu bapa yang tidak menjaga disiplin anak-anak menjadikan anak-anak bebas melakukan kesalahan. Ramai remaja mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan serta perhatian sewajarnya daripada ibu (Tamadun, Jun, 1997:14). Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab utama seperti memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan. Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang sempurna pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal seperti sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31 ). Ibu bapa juga kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan menjadikan kehidupan anak-anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama yang kukuh daripada zaman kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak di luar hukum agama dan mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa. 2.7.7 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni. Hubungan yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian atau persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain (Kamus Dewan, 1994: 450). Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir ( Mohammad Hussain, 1985:23). Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati di antara satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibu bapa. Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah kelaurga kerana suami tidak adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak (ister) tidak berpuas hati. Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi persefahaman yang wujud dalam keluarga. Anak-anak pula merasa kurang mendapat kasih sayang dan panduan (Minuchin, 1974:100 ). Setiap individu di dalam keluarga tidak mempedulikan hal ahli keluarga yang lain. Perhubungan antara ahli menjadi semakin renggang dan tidak harmoni. Apabila setiap anggota dalam sesuatu keluarga tidak memeperdulikan hal ahli yang lain, dan tidak pula memberi galakan kepada anggota keluarga yang lain, contoh bapa tidak mengucapkan tahniah apabila anaknya berjaya dalam sesuatu peperiksaan, maka perhubungan tidak harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya pasangan tidak dapat menerima kelemahan isteri atau suami, sehingga sering kali pasangan di persalahkan. Maka hubungan harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.

19

2.7.8 . Urbanisasi Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai pengubahan atau perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandar atau kawasan perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon, menjelang tahun 2025, 61% daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan menetap di kawasan bandar. Ini akan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat kerana wujud persaingan akibat dari kepadatan penduduk di kawasan bandar (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak semestinya semua keluarga yang berpindah ke bandar menikmati kehidupan yang mereka harapkan. Mereka yang gagal mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup perlu terus bekerja lebih masa di bandar. Biasanya ibu-bapa sibuk bekerja di bandar. Hubungan berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak semakin kurang. Ini melunturkan kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan pengawasan rapi daripada ibu bapa sering terpedaya dengan galakan kawan-kawan. Ramai anak muda menjadi mangsa kemewahan hidup di bandar (Mohamad Hussain, 1985: 25 ). Pada mulanya sebagai alternatif kepada kasih sayang ibu-bapa mereka, anak-anak ini keluar dari rumah dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pusat-pusat hiburan, disko dan pub, pusat permainan video, pusat snuker yang boleh didapati dengan mudah di kawasan bandar-bandar. Pusat-pusat hiburan dan pusat- pusat perjudian telah terbukti bersarangnya maksiat dan ada korelasi positif dengan gejala keruntuhan akhlak remaja di negara ini ( Tamadun, 1998: 22 ). 2.7.9. Perubahan Nilai Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan, kepercayaan, cita-cita dan harapan seorang individu (Prescott, 1957: 412). Nilai ditakrifkan bukan sahaja bermaksud keinginan dan impian tetapi ianya adalah kepercayaaan seseorang individu. Bila nilai berubah, ianya dapat memberi kesan kepada kesihatan mental indidvidu. Sebagai contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang menjadi pegangan dan panduan masyarakat telah runtuh, seseorang individu akan menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang memberi kebaikan dan seterusnya mempertahankan pilihan tersebut (Maslow, 1964: 8-9). Keadaan ini banyak berlaku dikalangan remaja. Akibatnya mereka tidak dapat membuat keputusan, sama ada untuk memenuhi nilai yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan keluarga. Seseorang individu tidak dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat sekiranya tidak mempunyai nilai yang sama dengan apa yang dipegang oleh masyarakat tersebut (Arbukle, 1970: 78). Perubahan nilai yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat dan keluarga akan melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak cuba mempertahankan nilai yang dipercayai sehingga mewujudkan suatu suasana tegang. Sebagai contoh, bagi golongan tua, perbuatan melepak yang dilakukan oleh remaja adalah tidak baik dan tidak manis dipandang masyarakat tetapi bagi golongan remaja, perbuatan melepak tidak menyalahi nilai yang mereka pegang. Bila pertentangan nilai berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan perhubungan di antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga menjadi penghalang kepada pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / dipercayai. Pada saat-saat hubungan keluarga menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak berfungsi. 2.7.10. Globalisasi Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan berbagai bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikat

20

multinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini tidak lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 :153). Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap negara di dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah kepada ancaman kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangan sisa toksik. Perkara ini terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal perniagaan pasaran mereka kerana ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang lebih mantap. Individu dan organisasi lebih kompetitif sifatnya. Globalisasi juga menyebabkan berlakunya monopoli dalam bidang media massa. Budaya masyarakat telah dikawal oleh media yang lebih bersifat komersil dan menganggap masyarakat adalah pelanggan yang menjadi sumber kewangan kepada syarikat yang mengendalikan media massa. Dalam zaman globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti internet dan kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa (Harris, 1996:5). Kemunculan budaya akibat globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan yang disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan berlakunya perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang dibawa oleh media (Dahl, 1998:65). Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di dalam masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk mencari punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan sosial terutama di kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam kehidupan berkeluarga akan terus berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan keluarga menghadapi cabaran-cabaran serta tekanan hidup tanpa menjejaskan keharmonian, kestabilan dan kebahagian hidup berkeluarga.

21

LAMPIRAN A Peruntukan Perundangan Pemantapan Keluarga Negeri Johor Pengawasan masalah keluarga boleh berbentuk institusional. Dalam hal ini kerajaan negeri Johor sudah mengkanunkan peruntukan bagi menyokong pemantapan institusi keluarga. Enakmen awal termasuklah contoh: (i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 Enakmen ini mengawasi proses perkahwinan (Bahagian V: Nikah, Cerai, Rujuk), nafkah tanggungan dan hadarah (Bahagian VI) serta kesalahan (Bahagian VIII) antaranya isteri tidak taat, minuman memabukkan, penceraian, pelacuran, melarikan anak dara dan isteri orang. (ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990 Secara umumnya Enakmen ini mengawasi proses-proses berhubungan dengan perkahwinan (Bahagian II), pembubaran perkahwinan (Bahagian V), nafkah isteri dan anak (Bahagian VI), penjagaan hadarah (Bahagian VII), contohnya pengiktirafan perkahwinan di luar Johor, penalti (Bahagian IX), contohnya, poligami tanpa kebenaran mahkamah, menganiayai isteri/suami, penceraian tanpa kebenaran mahkamah. Enakmen Kanun Prosedur / Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Enakmen ini mengawasi hal-hal berkaitan dengan prosedur jenayah syariah bagi mahkamah syariah di negeri Johor yang diluluskan pada 9 Julai 1998. Contoh kes jenayah syariah termasuklah: enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberikan kuasa menyoal menghina pegawai agama dalam mana-mana peringkat proseding kehakiman, pampasan jika tuduhan tidak berasas. (iv) Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim 1997 Enakmen yang terbaru memantau aktiviti pemantapan institusi keluarga di Johor ialah Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim 1997 yang digazetkan pada 8 Oktober 1997. Fungsi Yayasan ialah: menggalak, membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk masyarakat yang harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang dengan: Mengukuhkan institusi keluarga; Membawa wanita dalam arus pembangunan; dan Menangani masalah sosial Yayasan akan beriktiar menjalankan kegiatan supaya terdapat kemudahan dan perkhidmatan bagi maksud: Mengkaji dan mengumpulkan maklumat mengenai masalah-masalah berkaitan institusi keluaraga serta mengenal pasti tindakan, program untuk mengatasi masalah tersebut; Memberi bimbingan untuk membantu keluarga memanfaat kekuatan dan potensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi; Memberi perlindungan dan pembelaan kepada mereka yang mengalami penganiayaan fizikal, seksual, emosi dan lain-lain masalah; dan Menggabungkan semua badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani masalah sosial dalam masyarakat. (iii)

22

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan

Bab ini menjelaskan rekabentuk kajian dan kaedah pemilihan sampel, instrumen kajian yang digunakan dan proses menganalisis data. 3.1 Rekabentuk Kajian

Setelah objektif dan hipotesis ditetapkan, kajian selanjutnya direkabentuk bagi mencapai objektif. Bagi mendapat data terperinci tentang keluarga bermasalah, kajain ini menggunakan kaedah soalselidik (Lampiran B). Beberapa orang penemubual dilatih dan dibayar untuk mendapat respon akan item-item yang telah dibentuk dalam soal selidik. Data daripada keluarga mithali pula menggunakan kaedah tinjauan berasaskan dokumen (borang pencalonan, ibu-bapa mithali yang dibentuk oleh Jabatan Agama Islam). Maklumat profil dan pandangan keluarga mithali yang diberi dalam dokumen kemudian dianalisis berasaskan ciri-ciri persamaan dan perbezaan. 3.2 Persampelan Pemilihan sampel keluarga bermasalah dibuat berasaskan populasi iaitu bilangan keluarga masalah di Johor seperti terdapat di berbagai jabatan kerajaan dan badan sukarela. Populasi ini dipecahkan mengikut lapan daerah dan jenis masalah. Pemilihan sampel menggunakan kaedah strata rawak mudah. Sebanyak 30% sampel dipilih daripada jumlah populasi. Jadual berikutnya menunjukkan taburan persampelan mengikut kes. Jadual 3.1 Daera Johor h Bahru Jumlah Responden Penceraian Muar Batu Segama Kluang Pontian Kota Mersin Jumlah Pahat t Tinggi g

Popula si Sampe l (30%) Dari Popula si

231 69

45 13

55 17

36 11

67 20

39 12

100 30

39 12

512 184

Jadual 3.2 Jumlah Responden Keganasan Rumahtangga Bagi Penderaan Isteri Daera Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah h Bahru Pahat Tinggi

Popula si Sampe l (30%) Dari Popula

96 28

7 2

36 10

14 4

12 3

17 5

7 2

1 1

190 55

23

si Jadual 3.3 Daerah Jumlah Responden Keganasan Rumahtangga Bagi Penderaan Kanak-Kanak Jumlah

Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Bahru Pahat Tinggi

Populasi Sampel (30%) Dari Populasi

13 3

4 1

5 1

1 1

2 1

1 1

1 1

0 0

27 9

Jadual 3.4 Daerah Johor Bahru

Jumlah Responden Ibu Tunggal Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Pahat Tinggi

Jumlah

Populasi Sampel (30%) Dari Populasi

226 67

205 62

185 56

110 33

103 31

228 68

151 45

33 10

1241 372

Jadual 3.5 Jumlah Responden Juvana Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Bahru Pahat Tinggi

Jumlah

Populasi Sampel (30%) Dari Populasi

177 53

46 14

49 15

25 8

36 10

35 10

39 12

46 14

453 136

Bagi mengumpul maklumat dan ciri-ciri ibubapa mithali, pencalonan ibubapa mithali dari setiap daerah dan negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian. 3.3 Instrumen Kajian

Maklumat tentang keluarga bermasalah diperolehi menggunakan soal-selidik yang dipecahkan kepada bahagian-bahagian berikut: i. Bahagian A: Latar Belakang Responedn ii. Bahagian B: Punca atau sebab iii. Bahagian C: Kewangan iv. Bahagian D: Pengangguran v. Bahagian E: Kurang Kefahaman vi. Bahagian F: Hubungan Anggota Keluarga Yang Tidak Harmoni vii. Bahagian G: Perubahan Nilai

24

viii. ix. x. xi. 3.3.1

Bahagian H: Tahap Pendidikan Rendah Bahagian I: Taraf Kesihatan Yang Rendah Bahagian J: Pengabaian Bahagian K: Urbanisasi Kebolehpercayaan Instrumen

Satu ujian rintis dijalankan ke atas lima puluh orang responden dengan sepuluh orang bagi setiap kes penceraian, kes ibu tunggal, kes juvana, kes penderaan, kanak-kanak dan kes penderaan isteri. Nilai alpha bagi item-item telah diuji. Selepas diperbaiki item-item yang kurang memuaskan, nilai bagi setiap sehala adalah seperti berikut: Alpha Ekonomi 0.76 Pengangguran 0.60 Komunikasi 0.92 Hubungan 0.83 Nilai 0.90 Pendidikan 0.74 Kesihatan 0.87 Tanggungjawab 0.71 Urbanisasi 0.83 3.3.2 Manual Skor

Bahagian ini akan menerangkan skala yang digunakan, pemecahan item-item mengikut subskala serta cara memperolehi skor. Penerangan dibuat seperti berikut: a) Pemecahan item-item mengikut sub-skala adalah seperti diterangkan dalam Jadual 3. 6 . b) Skala Pengukuran i) Bahagian A: Latar Belakang Responden soalan terbuka dan soalan tertutup. Antara soalan terbuka ialah umur, bilangan anak, tahap pendidikan tertinggi, jenis pekerjaan utama, sebab bercerai, jumlah pendapatan dan harta yang dimiliki. Soalan profail yang lain adalah soalan tertutup. ii) Bagi bahagian B: Latar Belakang Keluarga/Cara hidup. Skala Ya diberi Skor 1 dan Tidak diberi Skor 0 (Sifar). iii) Bagi subskala-ekonomi, pengangguran, komunikasi, hubungan anggota keluarga, perubahn nilai, tahap pendidikan, taraf kesihatan, pengabaian, urbanisasi skalanya adalah seperti berikut: 2: 3: 4: 5: 1: Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sedikit Setuju Sangat Setuju

25

Jadual 3.6: Manual Skor Sub Skala C Kewangan Positive Negative S33, S34, S35, S36 Jumlah

Pengangguran

S38, S40,S41

3 Kurang kemahiran berkomunikasi S50, S51, S52, S53, S54, S55, S56, S57, S58 9 F Hubungan anggota keluarga yang tidak S69 harmoni 1 S70, S74, S78, S84, 1 H Tahap pendidikan yang rendah S91 1 I Taraf kesihatan yang rendah Nil 0 J Pengabaian tanggungjawab S99, S100 2 Urbanisasi S43, S44, S45, S46, S47, S48, S49, S59, S60 9 S61, S63, S64, S65, S66, S67, S68 7 S71, S75, S79, S85, S72, S73, S76, S77, S80, S82, S86

18

Perubahan nilai

S83

15 S87, S89, S90 3 S92, S93,S94, S95, S96 5 S97, S98, S101 3 S102, S103, S104, S105, S106, S107,

16

26

K 0

S108, S109, S110, S111, S112 11 11

Skor min disongsangkan bagi item-item negatif seperti berikut: 1: Sangat Setuju 2: Setuju 3: Setuju Sedikit 4: Tidak Setuju 5: Sangat Tidak Setuju iv) Pemarkahan Skor Min setiap subskala diukur dengan membahagikan jumlah item-item sub-skala dengan bilangan item. Dengan cara ini skor maksima adalah 5 dan skor minima adalah 1. Formula pengiraan subskala ialah seperti berikut: Subskala A = (S33+S34+S35+S36) 4

3.4

Penganalisisan Data Bahagian ini menganalisis data berasaskan objektif kajian.

Profil keluarga bermasalah dibentangkan dalam bentuk peratusan dan dibuat berasaskan kepada kekerapan serta crosstabulation dengan beberapa pembolehubah bebas. Skor min dan peratusan bagi faktor /sebab masalah dikira . Soal-selidik dijalankan selama 4 bulan dan dapatan bilangan soal-selidik untuk dianalisis diterangkan dalam Jadual 3.7 sehingga Jadual 3.11. Jadual 3.7 Daerah Johor Bahru Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Penceraian Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Pahat Tinggi Jumlah

Dapatan Sampel (30%) Dari Populasi

64 69

13 13

16 17

11 11

20 20

12 12

30 30

17 12

183 184

Jadual 3.8 Daerah Johor Bahru

Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Dera Isteri Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Pahat Tinggi

Jumlah

Dapatan Sampel (30%)

36 28

0 2

0 10

2 4

3 3

3 5

4 2

2 1

50 55

27

Dari Populasi

Jadual 3.9 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Ibu Tunggal Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah Bahru Pahat Tinggi

Dapatan Sampel (30%) Dari Populasi

67 67

62 62

56 56

33 33

31 31

68 68

45 45

17 10

334 372

Jadual 3.10 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Dera Anak Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah Bahru Pahat Tinggi

Dapatan Sampel (30%) Dari Populasi

64 69

13 13

16 17

11 11

20 20

12 12

30 30

17 12

183 184

Jadual 3.11 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Juvana Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Bahru Pahat Tinggi

Jumlah

Dapatan Sampel (30%) Dari Populasi

49 53

14 14

15 15

8 8

10 10

10 10

11 12

15 14

132 136

28

BAB EMPAT ANALISIS DATA KELUARGA BERMASALAH DI JOHOR


4.0 Pengenalan Bab ini menganalisis data-data yang dikumpul daripada 783 responden kajian ini. Soal selidik telah diedarkan di lapan daerah di negeri di antara bulan Ogos hingga bulan Oktober tahun 1999. Bagi memenuhi objektif kajian, analisis data disusun mengikut jenis keluarga bermasalah iaitu: Ibu Tunggal, Penceraian, Juvana, Penderaan Isteri dan Penderaan Anak. Bagi setiap jenis masalah pula, analisis dibahagikan kepada 3 seksyen: Pertamanya, analisis profil keluarga bermasalah di Johor dan seksyen kedua menerangkan latarbelakang keluarga responden. Analisis seksyen pertama dan kedua ini disediakan bagi memenuhi objektif pertama kajian. Seksyen ketiga pula menganalisis sebab-sebab / faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah dalam keluarga, iaitu bagi memenuhi objektif kedua kajian ini. Secara keseluruhannya, susunan masalah keluarga dalam tahun 1999 di Johor mengikut jenis masalah ditunjukkan dalam Jadual 1 (Apendik I). Analisis mendapati peratus masalah ibu tunggal adalah yang terbesar (48%) iaitu hampir separuh daripada sampel 783 orang responden kajian ini. Masalah kedua terbesar ialah masalah penceraian (24 %), diikuti dengan masalah ahli keluarga terlibat dalam kes juvana (16.5 %), manakala 6 % masalah keluarga yang dilaporkan pernah mendera isteri, dan 5.5 % lagi masalah keluarga yang pernah mendera anak. Apabila sampel dihadkan kepada responden berasal daripada negeri Johor sahaja, susunan masalah masih tidak berubah, iaitu kes ibu tunggal tetap mendahului masalah keluarga (92 %) diikuti dengan masalah penceraian ( 88 %), manakala 84 % adalah masalah juvana, 75 % kes mendera isteri dan 54 % kes mendera anak. Ringkasan profil keluarga bermasalah di Johor ditunjukkan dalam Jadual 4.1 Apendik I Secara keseluruhannya tiga jenis masalah keluarga di negeri Johor yang utama dapat dikenalpasti bagi tahun 1999 ialah kes ibu tunggal, kes penceraian dan kes juvana dan sebahagian besar responden (88.4%) adalah berasal dari negeri Johor. 4.1 Keluarga Tunggal (Single Parent)

Sampel keluarga tunggal bagi kajian ini adalah berasingan daripada sampel keluarga bercerai. Responden kes ini ialah ketua keluarga iaitu ibu atau bapa. 4.1.1 Profil Keluarga Hampir separuh (48%) daripada keluarga bermasalah di Johor kes ibu tunggal. Daripada kesemua jumlah sampel ibu tunggal, (92 %) daripadanya ialah anak negeri Johor. Pecahan mengikut bangsa pula menunjukkan (92.5%) keluarga tunggal Melayu, (4.3 %) India, selebihnya keluarga tunggal Cina dan lain-lain bangsa. Majoriti besar keluarga tunggal beragama Islam kerana ramai responden ialah keluarga Melayu. Sebanyak 4.5% beragama Hindu, hampir 2 % beragama Buddha dan 0.3 % beragama Kristian.

29

Umur sebilangan kecil (2%) ketua keluarga tunggal, kurang daripada 30 tahun, hampir satu pertiga berumur 30-39 tahun, hampir (40 %) lagi berumur 40-49 tahun. Secara umumnya peratusan keluarga tunggal berumur 26 hingga 49 tahun ialah (61 %), selebihnya (39 %) berumur lebih 50 tahun. Ramai keluarga tunggal di Johor (65 %) tinggal bersama anak-anak. Hampir 35% mempunyai 1-3 orang anak, 47% mempunyai tanggungan 4 hingga 6 orang anak dan (18 %) mempunyai lebih 7 orang anak. Lebih satu pertiga keluarga tunggal mengakui tinggal dalam suasana keluarga majmuk iaitu: 15% responden melaporkan ibu bapa mereka tinggal serumah, ibu bapa mertua (2.2 %), 5.5 % saudara ipar, hampir 7% adik, dan 3.3% menantu / cucu. Ibu tunggal terbentuk disebabkan kematian suami (88%) dan bercerai (11%). Sampel 11% ini tidak dimasukkan dalam kategori penceraian bagi maksud kajian ini. Hanya (0.5 %) daripada ibu tunggal yang berkahwin semula. Majoriti (72 %) keluarga tunggal berpendapatan kurang daripada RM 500 dan (26 %) lagi berpendapatan RM 500 hingga RM 1000 sebulan. Majoriti keluarga tunggal (73 %) mewarisi tempat tinggal, hampir (9%) tinggal di rumah yang dibeli, (6 %) lagi di sewa beli dan (5 %) menumpang di rumah tanah orang. 4.1.2 Latar Belakang Keluarga Tunggal

Bahagian ini menganalisis jawapan bagi soalan 21 hingga 27C yang menyoal latar belakang status perkahwinan ibu-bapa keluarga bermasalah, kewujudan kes keganasan, penderaan, suasana rumah semasa kecil, amalan dan pengetahuan agama ibu bapa, dan sama ada ibu bapa mereka pernah terlibat dengan pengambilan dadah, minuman keras atau berjudi. Analisis mendapati satu pertiga daripada ibu bapa responden masih berkahwin, hampir 10% bercerai-hidup dan 60% bercerai-mati. Ini menunjukkan sedikit sahaja pertolongan yang dapat diberi oleh ibu-bapa ibu tunggal. Sedikit sekali (0.6%) keganasan fizikal berlaku antara ibu bapa mereka. Adik beradik juga hampir tidak pernah didera oleh ibu-bapa responden. Hanya 2% keluarga tunggal pernah di dera oleh ibu bapa semasa mereka kecil. Majoriti besar (92%) keluarga tunggal mengakui pernah hidup aman dimasa kecil dan 85% ibu bapa keluarga tunggal adalah pengamal agama yang baik. Bagaimanapun 44% melaporkan ibu bapa mempunyai pengetahuan agama tidak mendalam. Tidak ada ibu bapa responden yang terlibat dengan penagihan dadah. Hanya sebahagian kecil sahaja (0.8%) ibu-bapa terlibat dengan minuman keras dan 6% ibu-bapa mereka berjudi. Responden diminta memberi sebab pasangan dipukul atau di dera. Sebahagian kecil (1%) menjawab, pasangan di dera sekiranya tidak membantu perbelanjaan, dan kerana pasangan boros, 2% kerana mereka belajar daripada ibu-bapa. 4.1.3 Persepsi Responden Kepada Faktor Keluarga Tunggal Sebanyak sembilan faktor disoal. Persepsi responden tentang faktor menyumbang kepada masalah keluarga tunggal ditunjukkan dalam Jadual 4. 2 . Bagi menyusun kepentingan faktor-faktor yang disoal, skor min dikira seperti yang diterangkan dalam Bab 3, iaitu skor min diberi skil 1 hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju.

30

Berkaitan dengan masalah keluarga tunggal, skor min tertinggi (4.02) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatan cepat habis (3.47). Mereka mengakui sukar mendapat kerja yang sesuai dengan kelulusan sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Faktor pengangguran (sukar mendapat pekerjaan di bandar ) diberi skor min 3.44. Lantaran itu ibu tunggal bersetuju tekanan emosi mereka lebih tinggi di bandar . Sub skala faktor urbarnisasi ( tekanan hidup di bandar lebih tinggi) juga diberi skor min 3.44. Jadual 4.2 Skor Min Faktor Penyumbang Masalah Keluarga Tunggal Skor Min Sisihan Piawai

Persepsi Responden Terhadap Faktor Penyumbang Masalah Ekonomi: Tidak mampu berbelanja mewah Pendapatan cepat habis Pekerjaan/Pengangguran Tidak mendapat pekerjaan tetap Sukar dapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan Perubahan Nilai Kekerasan cara mengubah tingkah laku Tanggungjawab Sering bimbing kerja sekolah anak-anak Urbanisasi Pindah ke bandar renggangkan hubungan kekeluargaan Meminati gaya hidup di bandar Tekanan hidup di bandar lebih tinggi Perpindahan ke bandar mengakibatkan tekanan perasaan

4.02 3.47 2.73 3.44 1.63 2.22 2.56 2.03 3.44 3.13

0.92 1.13 1.28 1.13 0.75 0.86 1.07 0.91 1.22 1.16

Disoal tentang sebab keluarga tunggal mengalami tekanan emosi yang tinggi di bandar, 67% menyatakan sebab banyak tanggungan, 14% mereka menyatakan pendapatan tidak cukup dan 3% sering sakit. Pada pandangan 16% keluarga tunggal, faktor umur yang sudah tua dan tidak kuat bekerja menyebabkan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ramai (67%) berpendapat sebab mereka tidak mempunyai kelulusan tinggi, (4 %) memberi alasan masih perlu menjaga anak. dan (3 %) tidak mempunyai pekerjaan tetap atas sebab kesihatan. Hampir (20 %) keluarga tunggal sedang menganggur dan mencari pekerjaan. 15% berpendapat, mereka menganggur ini tidak mempunyai kelulusan tinggi dan 10 % memberi alasan masalah kesihatan, 4% menjawab: kerana menjaga anak-anak yang ramai dan menjaga ibu yang sakit, 2.4% lagi memberi alasan tempat kerja jauh. Hampir satu pertiga menjawab kerana umur yang tua. Pada pandangan keluarga tunggal, faktor-faktor seperti perubahan nilai , tanggungjawab, beberapa sub skala urbanisasi yang lain , tidak berkaitan dengan masalah keluarga mereka. Daripada jawapan yang diberi oleh keluarga tunggal, mereka tidak membimbing kerja-kerja sekolah anak-anak, dan tidak bersetuju bahawa kekerasan adalah cara mengubah tingkah laku. Mereka tidak ada masalah dalam aspek komunikasi dan mesra dengan anak-anak. Perhubungan dengan saudara lain seperti ibu bapa mertua, ipar dan adik beradik mereka adalah baik. 4.2 Masalah Penceraian

31

Seperti yang diterangkan dalam bahagian pengenalan masalah penceraian adalah kedua terbesar di Johor, mewakili 24% reponden kajian ini. Profil keluarga, dan persepsi responden tentang sebab-sebab penceraian serta faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya penceraian dihuraikan di bawah. 4.2.1 Profil Keluarga Responden masalah penceraian terdiri daripada keluarga yang telah membuat pengaduan kes berkaitan penceraian di Jabatan Agama Johor, iaitu 63% wanita dan dan responden lelaki yang didakwa (37%). Oleh kerana hampir kesemua (99%) sampel keluarga dalam kategori masalah penceraian yang dilaporkan dalam kajian ini terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam, sampel masalah penceraian dikalangan bangsa lain sangat kecil (1.1%) di kalangan bangsa Cina. Peratusan penceraian dikalangan bangsa Melayu daripada jumlah sampel orang Melayu / Islam ialah 26.6% dan peratusan penceraian bagi bangsa Cina 5%. Hampir kesemua ( 96 %) mereka yang bercerai berpendidikan sekolah Melayu dan sebahagian kecil (0.6%) bersekolah Arab, 2.4 % sekolah Inggeris dan 0.6 % lagi bersekolah jenis kebangsaan. Tahap persekolahan di kalangan mereka yang bercerai menunjukkan lebih separuh (54%) berpendidikan sekolah menengah atas. Responden yang tidak bersekolah dan berpendidikan sekolah rendah adalah sebanyak 27%. Sampel responden yang berpendidikan tinggi hanya 4%. Kadar penceraian bagi setiap 100 sampel keluarga mengikut tahap pendidikan ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Jadual 4.3: Kadar penceraian setiap 100 sampel mengikut tahap pendidikan Sampel mengikut tahap pendidikan 100 : bilangan penceraian Tidak bersekolah & sekolah rendah 100 : 15 Sekolah menengah atas 100 : 50.3 Pendidikan tinggi 100 : 80 Analisis masalah keluarga di Johor pada tahun 1999 berasaskan tahap pendidikan mendapati, kadar penceraian bertambah apabila tahap pendidikan meningkat. Kecenderungan ini berlaku kerana pendidikan menengah atas atau pendidikan tinggi boleh membantu mereka mencari punca pendapatan walaupun sudah bercerai. Umur responden yang telah bercerai pula kebanyakannya masih muda iaitu 61 % dalam lingkungan 26 39 tahun. Lebih separuh (57 %) keluarga yang bercerai mempunyai 1 hingga 3 orang anak, 22 % keluarga bercerai mempunyai 4 hingga 6 orang anak dan 5. 5% mempunyai 7-9 orang anak. Hampir satu pertiga (32%) daripada responden yang bercerai ini pula melaporkan ibu bapa mereka tinggal bersama dan 6 % lagi saudara mara seperti adik, kakak, abang selain daripada mentua, ipar dan rakan yang tinggal bersama. Bolehlah dirumuskan , bahawa selepas bercerai 30% keluarga berubah menjadi keluarga majmuk ( extended family). Kebanyakan (62%) sampel keluarga yang menghadapi masalah penceraian terdiri daripada keluarga nuklear, iaitu tiada saudara mara atau ipar duai tinggal bersama mereka. Kadar penceraian mengikut tingkat pendapatan daripada sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 4.4. Kadar penceraian tertinggi ialah 100 : 38 daripada sampel mereka yang berpendapatan RM 501 hingga RM 1000 sebulan. Kadar penceraian di kalangan

32

orang miskin (responden berpendapatan kurang RM 500 sebulan) berbanding dengan orang berpendapatan pertengahan rendah (RM 501 RM 1000 sebulan ) ialah 1 : 3.2 . Jadual 4.4: Kadar penceraian setiap 100 Sampel mengikut tingkat pendapatan Kurang RM 500 sebulan RM 501 RM 1000 sebulan RM 1001 RM 1500 sebulan Lebih RM 1500 sebulan sampel mengikut tingkat pendapatan 100 : bilangan penceraian 100 : 12.5 100 : 38 100 : 36 100 : 34

Perbandingan kadar penceraian di kalangan orang miskin dengan orang berpendapatan pertengahan (lebih RM 2500) ialah 1:1 , tetapi sampel responden berpendapatan pertengahan sangat kecil. Oleh itu perbandingan kadar penceraian dikalangan mereka kurang tepat. Bagi mengira kadar penceraian di atas, peratusan sampel pendapatan keluarga yang telah bercerai digunakan. Kategori sampel pendapatan ialah: 25 % responden berpendapatan kurang daripada RM 500, 65 % berpendapatan RM 501 hingga RM 1,000 sebulan, hampir 10% berpendapatan RM1,001 hingga RM1, dan 2.5% daripada golongan berpendapatan lebih RM 1500 sebulan. Penceraian berlaku di kalangan mereka yang berkahwin seorang (90 %) dan (10%) di kalangan mereka yang berkahwin dua atau lebih daripada dua orang. Lebih 45% bercerai dalam lingkungan kurang daripada setahun hingga 5 tahun tempoh perkahwinan, hampir 19% bercerai dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun tempoh perkahwinan. Jika dibandingkan keluarga monogami dengan keluarga poligami, yang bercerai dalam tempoh kurang daripada setahun, kajian ini mendapati kadar penceraian ialah 2:1. Kadar ini bertambah dengan besarnya bagi keluarga monogami yang bercerai dalam tempoh perkahwinan 1 hingga 5 tahun iaitu 21:1 berbanding dengan keluarga poligami, dan 5:1 penceraian keluarga monogami kepada keluarga poligami dalam tempoh 11 hingga 15 tahun perkahwinan. Kesimpulannya, masalah penceraian banyak berlaku dalam tempoh 1-5 tahun. Penjumpaan dalam literatur pula memberi tempoh 1-3 tahun. Di Johor, penceraian berlaku sehingga tempoh perkahwinan melebihi 30 tahun, tetapi sebab penceraian adalah bercerai mati. Janda (bercerai hidup) adalah golongan terbesar (58%) , diikuti dengan 35% duda (bercerai hidup). Terdapat 93% keluarga yang bercerai tidak berkahwin lagi, dan sebanyak 6.5 % mereka yang telah bercerai dahulunya telah berkahwin semula. Setelah bercerai 35% daripada mereka menumpang di rumah orang lain, manakala 17 % lagi menumpang tanah. Daripada profil responden yang bercerai pada peringkat umur masih muda, dan responden lain mempunyai ramai anak, diikuti dengan masalah tingkat pendapatan dan tahap pendidikan yang rendah, apakah halatuju keluarga-keluarga ini ?, kemanakah mereka akan pergi sekiranya mereka tidak lagi dapat menumpang di rumah ibu-bapa/ saudara mara ? Begitulah gambaran beberapa masalah susulan yang akan dihadapi oleh keluarga bercerai. 4.2.2 Latar belakang keluarga yang bercerai

Analisis menunjukkan lebih separuh (59%) ibu-bapa keluarga bercerai masih berkahwin, 16% sudah bercerai-hidup dan 25% bercerai-mati. Daripada responden yang mengakui wujudnya keganasan fizikal antara ibu bapa mereka, 26% ialah ibu-bapa keluarga / responden yang bercerai. Begitu juga daripada sampel yang menjawab pernah melihat adik beradik mereka didera ibu bapa 28% terdiri daripada keluarga bercerai. Ditanya sama ada mereka pernah di dera oleh ibu bapa semasa kecil, hanya 20% keluarga bercerai mengakui pernah di dera.

33

Perceraian berlaku juga walaupun kehidupan 25 % daripada keluarga bercerai mengakui pernah hidup aman dimasa kecil. Sampel yang mengakui keluarga mereka mengamal agama dengan baiknya, 27% telah bercerai. Bagaimanapun dikalangan yang bercerai ini 44% melaporkan ibu bapa mempunyai pengetahuan agama tidak mendalam. Tidak ada ibu bapa keluarga bercerai yang terlibat dengan penagihan dadah atau minuman keras. Ini mungkin tepat di kalangan penganut agama Islam di Johor. Bagaimanapun hampir 5% daripada sampel yang mengakui ibu bapa berjudi , adalah ibu bapa keluarga yang telah bercerai. 4.2.3 Faktor penyumbang kepada masalah penceraian Persepsi responden tentang faktor menyumbang kepada penceraian ditunjukkan dalam Jadual 4. 5. Bagi menyusun kepentingan faktor itu , skor min dikira seperti yang diterangkan dalam Bab 3, iaitu skor min diberi skil 1 hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju. Skor min tertinggi (3.8) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatn cepat habis (3.2). Faktor komunikasi diletak sebagai faktor kedua. Faktor ini yang dipecahkan kepada beberapa sub-skala, mendapati pandangan responden mengenai sebab bercerai ialah kerana pasangan atau anak tidak memenuhi peranan yang diharapkan (skor min 3.6), anak tidak mahu mendengar cakap (3.5), isteri pula suka berleter (3.1) dan suami isteri juga enggan berbincang (3.1). Sementara itu faktor urbanisasi mengakui oleh responden sebagai faktor yang boleh membawa kepada penceraian. Ini sejajar dengan hasil kajian Petterson dan Kim (1991). dan kajian tentang kehidupan di bandar oleh Mohd Taib (1999). Skor min (3.4) diberi kepada faktor sub skala urbanisasi iaitu tekanan emosi di bandar lebih tinggi berbanding dengan di kampong. Jadual 4.5 Skor Min bagi Faktor Penceraian . Persepsi Responden Kepada Faktor Penceraian Ekonomi: Tidak mampu berbelanja mewah Pendapatan cepat habis Pekerjaan/Pengangguran Sukar mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan Tidak mendapat pekerjaan tetap Komunikasi Pasangan tidak memahami kemahuan Pasangan /anak tidak dengan cakap Pasangan suka berleter Menggunakan kata-kata kesat bila bergaduh Sentiasa enggan berbincang Sering sakiti pasangan Perhubungan dengan ahli keluarga Anda benci pasangan Kurang mesra dengan anak Ahli keluarga bekerjasama Tidak suka ibu bapa Perubahan Nilai Pasangan patut dipukul/kuasa memukul/anak Skor Min Sisihan Piawai 3.8 3.2 3.1 2.3 3.6 3.5 3.1 2.6 3.1 2.5 2.0 2.1 2.5 2.4 2.3 0.73 0.78 0.99 1.1 0.85 0.88 0.97 0.94 0.93 0.91 0.88 0.84 0.89 0.77 1.0

34

Kekerasan cara mengubah tingkah laku Memukul pasangan kerana merasa puas Memukul pasangan kerana kurang sabar Cemburu Tanggungjawab Pasangan sering abai tanggungjawab Urbanisasi Tekanan hidup di bandar lebih tinggi Pendidikan Pasangan tidak tahu didik anak Pengetahuan agama tidak mendalam Kesihatan Hubungan renggang sebab kesihatan

2.5 1.7 2.3 2.52 3.4 3.4 2.2 2.8 2.0

1.1 0.88 1.1 1.0 0.98 0.97 0.98 0.94 0.90

Hampir separuh (46.7%) daripada jumlah sampel menjawab mereka mengalami tekanan emosi. Mereka yang bercerai melaporkan punca-punca tekanan emosi: pendapatan tidak cukup (48 %), banyak tanggungan (35 %), kos hidup tinggi, belanja besar (8.4%), tidak dapat membeli apa yang mereka inginkan (2.1 %), sering sakit (2% dan ada juga yang menjawab malas bekerja (2%). Bagi sub skala urbanisasi yang lain, iaitu perubahan gaya hidup di bandar, responden tidak bersetuju ( skor min =2.9) boleh mengakibat penceraian. Responden yang telah bercerai juga berpendapat bahawa penceraian berlaku sekiranya pasangan sering mengabaikan tanggungjawab. Oleh itu mereka memberi skor min yang tinggi (3.4) kepada faktor sub-skala tanggungjawab (pasangan sering mengabaikan tanggungjawab menguruskan keluarga) dan skor min 3.3 (membimbing kerja-kerja sekolah anak). Ini menunjukkan pengabaian tanggungjawab mengurus keluarga boleh mengakibatkan penceraian walaupun responden pernah membimbing anakanak. Selanjutnya faktor pengangguran juga turut di kaitkan dengan masalah penceraian, terutamanya jika pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan sukar didapati (skor min=3.1). Responden yang bercerai memberi beberapa sebab-sebab pengangguran: kelulusan tidak tinggi (40%), tiada kerja yang sesuai (27%), masalah kesihatan (27%), suami tidak benar kerja (6.7%). Di kalangan mereka yang bercerai ini juga melaporkan sebab mereka tidak dapat pekerjaan tetap: kelulusan tidak tinggi (62%), menghadapi masalah di tempat kerja (14 %), tidak kuat bekerja kerana kesihatan dan umur lanjut (4.8 %) dan ada juga yang melaporkan mereka tidak minat (4.8 %). Faktor-faktor berikut tidak dipersetujui oleh responden sebagai penyumbang kepada masalah penceraian. Antaranya ialah: perhubungan dengan ahli keluarga lain seperti ipar , mertua dan adik beradik. Mereka berpendapat penceraian bukanlah kerana mereka atau pasangan tidak mesra dengan anak-anak, ataupun ahli keluarga tidak bekerja sama, atau tidak suka kepada ibu-bapa. Faktor perubahan nilai tidak juga dilihat sebagai menyumbang kepada penceraian. Sub-skala faktor ini diterangkan dalam Jadual 4.5 yang menunjukkan responden berpendapat pasangan tidak patut dipukul dan kekerasan bukanlah cara mengubah tingkah laku. Mereka juga bukanlah merasa puas jika memukul pasangan/ anak. Penceraian pada pendapat responden bukanlah sebab mereka cemburu. Apabila responden yang bercerai diminta memberi sebab memukul pasangan, 50% sampel yang berpendapat pasangan boros datangnya daripada sampel responden penceraian. 27% sampel yang menjawab

35

pasangan dipukul kerana belajar daripada ibu bapa, adalah sampel keluarga bercerai. Keseluruhannya, faktor-faktor penyumbang kepada penceraian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5 meletakkan faktor ekonomi, komunikasi, urbanisasi, tanggungjawab, pengangguran dan nilai sebagai faktor utama. 4. 3 Juvana Sampel keluarga yang anaknya terlibat dalam kes juvana adalah mewakili 16.5% daripada jumlah sampel kajian. Ia adalah masalah ketiga terbesar di Johor. 4.3.1. Profil Keluarga Yang Anak Terlibat Dengan Kes Juvana Majoriti responden (85%) kes ini berasal dari negeri Johor dan (71 %) lelaki. Satu pertiga responden adalah wanita. Lebih (80 %) keluarga yang anaknya terlibat dalam kes juvana berbangsa Melayu, (11 %) keluarga bangsa Cina, (6 %) keluarga bangsa India, sebuah keluarga sahaja daripada kategori lain-lain bangsa. Oleh kerana bilangan keluarga Melayu ramai, peratus keluarga beragama Islam juga besar iaitu 84%, keluarga beragama Buddha hampir 9%, keluarga beragama Hindu 6% dan hampir 2 % keluarga beragama Kristian. Umur ibu bapa yang anak mereka terlibat dengan masalah juvana ialah 35 hingga 39 tahun (14 %), 40 hingga 44 tahun (21 %), 45 hingga 49 tahun (23 %) dan 50 hingga 54 tahun (24 %). Dalam lingkungan umur 35 hingga 54 tahun, dapat dilaporkan bahawa peratusan kes juvana bertambah apabila umur ibu bapa meningkat. Peratusan terbesar kes juvana ialah daripada kalangan ibu bapa yang berumur 50 hingga 54 tahun. Bagi golongan ibu bapa yang berumur lebih 61 tahun, peratusan kes juvana ialah (6%) Keluarga yang mempunyai 1 hingga 3 orang anak melaporkan kes juvana 14%. Kes juvana terbesar iaitu (60%) dilaporkan di kalangan keluarga yang mempunyai 4 hingga 6 orang anak, manakala bilangan anak 7 hingga 9 orang (24 % kes juvana). Keluarga majmuk mewakili 30 % daripada sampel keluarga yang mempunyai masalah juvana. Hampir (10 %) nenek tinggal bersama , 6 % lagi adik beradik tinggal bersama. Ini bermakna hampir (82 %) kes juvana berlaku dalam keluarga nuklear. Majoriti keluarga (ibu / bapa) kes juvana masih berkahwin 88%. Janda kematian suami (mewakili 4 %) daripada sampel keluarga juvana, janda (bercerai) 3 % duda (bercerai) dan duda (kematian isteri) mewakili 3.7 %, manakala bujang yang memelihara anak angkat (2.3 %) sampel ialah bujang yang mengambil anak angkat. Tempoh perkahwinan yang mencatit peratus terbesar iaitu 44 % anak-anak terlibat dalam kes juvana ialah 16 hingga 20 tahun. Diikuti dengan tempoh perkahwinan 21 hingga 25 tahun, di mana peratusan kes juvana mencapai 24 %. Peratusan kecil kes juvana dilaporkan bila tempoh perkahwinan ibu bapa 1 hingga 5 tahun dan 31 hingga 35 tahun. Kes juvana masih berlaku (hampir 2 %) di kalangan keluarga yang telah berkahwin 46 hingga 50 tahun. Keluarga berpendapatan kurang RM 500 sebulan mencatit 36 % daripada sampel kes juvana dan hampir 44 % lagi adalah sampel ibu bapa berpendapatan antara RM 501 hingga RM 1000. Ini bermakna hampir 80 % keluarga yang anaknya terlibat dalam kes juvana adalah keluarga berpendapatan rendah (kurang RM 1000 sebulan). Jika keseluruhan sampel keluarga kes juvana ini diambil kira, kes juvana berkurangan apabila pendapatan meningkat lebih daripada RM 1500 sebulan. Sebaliknya jika sampel diambil mengikut tingkat pendapatan, peratus kes juvana di kalangan keluarga berpendapatan tinggi (lebih RM 3500 sebulan) adalah lebih besar daripada peratus kes juvana yang keluarganya berpendapatan rendah (kurang RM 500 sebulan. Terdapat (2 %) kes juvana, walaupun ibu bapa berpendapatan lebih RM 3500 sebulan. Berbanding dengan keluarga tunggal, (40 %) keluarga yang melaporkan anakanak mereka terlibat dalam kes juvana, tinggal di rumah sendiri yang dibeli, (21 %)

36

mewarisi tempat tinggal, (19 %) di rumah kerajaan dan (4 %) lagi sedang menumpang rumah atau tanah. 4.3.2 Latar Belakang Ibu Bapa Keluarga Juvana

Analisis data latar belakang keluarga yang mempunyai masalah juvana mendapati 71 % ibu bapa berlatar belakangkan ibu bapa (keluarga) yang masih berkahwin, 10% bercerai hidup (7%) dan (22%) bercerai mati. Sebanyak 10 % sampel keluarga juvana mengakui wujudnya keganasan fizikal antara ibu bapa mereka. 10% lagi mengakui pernah melihat adik beradik didera oleh ibu bapa dan 10 % juga pernah didera. Majoriti ibu bapa yang anak terlibat dalam kes juvana ini hidup dalam suasana aman di masa kecil dan ibu bapa mereka mengamal agama dengan baik. Bagaimanapun pengetahuan agama bagi lebih 40% keluarga kes juvana tidak mendalam. Kurang dari 1 % ibu bapa keluarga juvana terlibat dalam penagihan dadah, 3 % dalam minuman keras dan hampir 6 % berjudi. Apa yang ketara dengan latar belakang keluarga yang bermasalah juvana ialah semasa kecil 25 % tidak hidup aman dan pengamalan agama tidak baik serta pengetahuan agama tidak mendalam. Sebahagian kecil (7 %) berpendapat penderaan pasangan berlaku kerana tidak membantu perbelanjaan, (12 %) berpendapat pasangan didera kerana suka meminta atau boros, 16 % berpendapat kerana mereka belajar dari ibu bapa. Di kalangan keluarga yang menganggur pula, (21.4 %) menjawab mereka malas bekerja dan tidak kerja sesuai (7.1%) kerana kelulusan tidak tinggi. Ibu bapa juvana juga menganggur kerana tua (14.3%) dan sudah bersara (14.3%). Ada yang menganggur kerana kerja ikut musim (7.1 %) dan sedang mencari kerja (7.1%). 4.3.3. Faktor Penyumbang Kepada Masalah Juvana Responden memberi pandangan terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada kes juvana dikalangan anak-anak mereka. Skor min itu ditunjukkan dalam Jadual 4.6. Mereka bersetuju kemiskinan menjadi punca kes juvana. Skor min kepada sub skala ekonomi (tidak mampu berbelanja mewah) adalah 3.71 dan (pendapatan cepat habis) adalah 3.20. Keputusan bersama jarang dicapai dalam keluarga yang anak-anaknya terlibat dalam kes juvana. Faktor urbanisasi diberi skor min kedua tinggi, 3.36 kepada Jadual 4.6 Skor Min Faktor Penyumbang kepada Masalah Juvana Persepsi Responden Kepada Faktor Masalah Juvana Ekonomi: Tidak mampu berbelanja mewah Pendapatan cepat habis Pekerjaan/Pengangguran Sukar dapat pekerjaan dengan kelulusan Komunikasi Anak tidak dengar cakap Sering berleter sesuai Skor Min Sisihan Piawai 3.71 3.20 3.32 2.84 3.29 2.41 2.48 2.47 2.36 0.96 1.02 1.02 1.05 0.93 0.98 1.00 1.01 0.99

Perhubungan dengan ahli keluarga Kurang mesra dengan anak Ahli keluarga tidak bekerjasama Perubahan Nilai Kuasa memukul pasangan hak anda Kekerasan cara mengubah tingkah laku

37

Memukul pasangan kerana mabuk Mendera pasangan kerana bersikap kurang sabar Kesihatan Masalah kesihatan sebab hubungan keluarga renggang Tanggungjawab Pasangan sering abai tanggungjawab Sering bimbing kerja sekolah anakanak Urbanisasi Pindah ke bandar renggangkan hubungan kekeluargaan Meminati gaya hidup di bandar Dapat ramai kawan di bandar Sering ke pusat hiburan Kelurga tidak rasa sesuai hidup di bandar Sukar dapat pekerjaan yang baik di bandar Pekerjaan di bandar menarik dan mudah Tekanan hidup di bandar lebih tinggi Kehidupan di bandar ubah gaya hidup keluarga anda Perpindahan ke bandar mengakibatkan tekanan perasaan

1.55 2.11 1.78 2.19 2.92 2.60 2.13 2.62 2.23 2.85 2.91 2.54 3.36 2.98 3.19

0.58 0.98 0.79 1.00 0,87 1.06 1.13 1.02 0.92 1.02 1.07 0.97 1.05 1.13 1.07

sub skala tekanan hidup di bandar lebih tinggi. Skor min perpindahan ke bandar mengakibatkan tekanan perasan diberi skor min 3.19. Mereka memberi sebab-sebab kepada tekanan emosi iaitu (43%) memberi pandangan banyak tanggungan, (32%) pendapatan tidak cukup , suami tidak memberi nafkah, suami mabuk dan sikap ibu bapa mereka yang negatif (2.3 %) masing-masingnya, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos sara hidup tinggi. Faktor ketiga yang menyumbang kepada masalah juvana pada pandangan responden ialah faktor pengangguran . Sub-skala (sukar mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan) diberi skor min 3.32. Lebih separuh responden berpendapat, pekerjaan sukar diperolehi kerana kelulusan tidak tinggi, (10%) memberi alasan umur yang sudah tua dan tidak kuat bekerja. Hampir 5% responden berpendapat kerja mengikut musim dan memelihara anak yang masih kecil. Ditanya sebab-sebab mereka menganggur 20% keluarga memberi pandangan malas bekerja, 14 % kerana bersara, 14% kerana umur yang tua. Faktor komunikasi iaitu (pasangan suka berleter, skor min = 3.13) dikaitkan sebagai faktor penyumbang kepada masalah juvana. Sub-skala anak tidak dengar cakap diberi skor min yang rendah (2.84). Pada pandangan responden, faktor-faktor seperti perhubungan dengan ahli keluarga lain, nilai, tanggung jawab, kesihatan dan pendidikan tidak menyumbang kepada anak-anak mereka terlibat dengan kes juvana. Secara keseluruhannya, sampel responden bersetuju bahawa faktor ekonomi, urbanisasi, pengagguran dan komunikasi menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah juvana di Johor.

38

4.4

Penderaan Isteri

Kes penderaan isteri mewakili 6% responden kajian. Ia terdiri daripada suami yang dilaporkan pernah mendera isteri atau isteri yang mengadu pernah didera. 4.4.1 Profil Keluarga Daripada jumlah responden penderaan isteri, 75 % adalah anak Johor. Tidak ramai wanita (8 %) yang datang membuat pengaduan. Selebihnya melibatkan lelaki. Sebanyak 52 % sampel terdiri daripda bangsa Melayu, 25 % Cina, 19 % India dan 4 % lain-lain. Oleh itu majoriti yang mendera isteri beragama Islam. Hampir 20% beragama Hindu, Kristian (2 %) dan agama Buddha (23 %). Lebih separuh yang mendera isteri (55%) berumur 30 49 tahun mempunyai bilangan anak 1 hingga 3 orang (44%) dan 4 hingga 6 orang (42 %). Ahli keluarga lain yang tinggal bersama keluarga mendera isteri ini ialah 27 % ibu bapa, 21 % lagi ibu mertua. Tahap pendidikan sekolah menengah rendah adalah seramai 49% dan sekolah menengah atas 35 %. Tempoh perkahwinan bagi kes penderaan isteri ialah 1 5 tahun, apabila lebih 30% keluarga terlibat. Begitu juga bagi tempoh perkahwinan 6 10 tahun, lebih 30% keluarga yang terlibat dalam masalah mendera isteri. Oleh itu, tempoh perkahwinan kritikal ialah antara 1 hingga 10 tahun, dimana kadar penderaan 3:1 dijumpai (setiap 3 keluarga, satu/sebuah keluarga terlibat dalam kes penderaan isteri). Keluarga yang telah berkahwin antara 11 hingga 15 tahun terlibat juga dengan penderaan isteri (19%) dan 14 % lagi antara 16 hingga 20 tahun. Seramai 4% dikalangan mereka juga berkahwin sejak 26 hingga 30 tahun lalu. Majoriti besar (91%) kes penderaan isteri ini berlaku daripada keluarga monogami. Tahap pendidikan sampel keluarga yang mendera isteri ialah , 16 % tidak bersekolah dan berpendidikan sekolah rendah, 49 % bersekolah menengah rendah, 35 % bersekolah menengah atas. Kadar penderaan tinggi bagi keluarga berpendidikan menengah rendah ( 100 sampel : 11 penderaan isteri ). Kadar seperti dinyatakan dalam Jadual 4 7, diukur berasaskan keseluruhan sampel mengikut tahap pendidikan. Sampel mengikut aliran pendidikan mencatitkan 46 % aliran kebangsaan Melayu, hampir separuh (49%) pendidikan jenis kebangsaan Cina / Tamil, lebih 2% aliran Inggeris dan aliran Agama (lebih 2%). Jika diukur berasaskan sampel aliran pendidikan, kadar penderaan isteri dikalangan aliran jenis kebangsaan lebih tinggi daripada aliran kebangsaan, Inggeris dan Arab. Jadual 4.7: Kadar penderaan setiap 100 sampel mengikut tahap pendidikan Sampel mengikut tahap pendidikan 100 sampel : bilangan penderaan Sekolah rendah 100 : 3 Sekolah menengah rendah 100 : 11 Sekolah menengah atas 100 : 7 Lebih separuh (63%) sampel melaporkan menerima pendapatan RM 501 hingga RM 1000 sebulan, 12 % berpendapatan RM 1001 hingga RM 1500 manakala 7 % lagi berpendapatan RM 1501 hingga RM 2000 sebulan, 7 % lagi berpendapatan antara RM 2001 hingga RM 3000. Hampir 5% responden yang

39

mendera isteri berpendapatan lebih RM 3000. Mereka yang mendera isteri tidak memiliki rumah sendiri (35%) dan 2 % tidak memiliki tanah. Kadar penderaan isteri bertambah dua kali ganda bagi setiap 100 sampel berpendapatan kurang RM 1000 dibanding dengan setiap 100 sampel berpendapatan lebih RM 1000 sebulan. Perbandingan kadar penderaan mengikut tingkat pendapatan ialah seperti di Jadual 4. 8. Jadual 4.8 Kadar penderaan setiap 100 Sampel mengikut tahap pendapatan < RM 500 RM 501 < RM 1000 > RM 1000 4.4.2 Latar Belakang Keluarga sampel mengikut tahap pendapatan 100 sampel : bilangan penderaan 100 : 1 100 : 9 100 : 18

Ramai responden (70%) yang mendera isteri mencatitkan ibu-bapa mereka masih berkahwin dan 40 % melaporkan wujud keganasan fizikal di kalangan ibu bapa mereka, manakala 35% responden pernah melihat adik beradik mereka didera. Seramai 29% responden mengakui pernah didera sewaktu kanak-kanak. Sebahagian besar (lebih 60%) keluarga mendera isteri melaporkan kehidupan mereka semasa kecil tidak aman dan latar belakang keluarga mereka terdiri daripada keluarga yang tidak mengamal agama dengan baik. Mereka (40%) menyatakan pengetahuan agama ibu-bapa tidak mendalam. Tidak ada ibu bapa responden yang mendera isteri terlibat dengan penagihan dadah, 23% ibu-bapa mereka terlibat dengan minuman keras dan 21% berjudi. Jika diambil daripada sampel ibu-bapa keluarga bermasalah di Johor yang melaporkan ibu-bapa mereka terlibat dengan minuman keras, lebih separuh (55%) adalah ibu-bapa keluarga yang mendera isteri dan daripada sampel ibu-bapa yang berjudi pula, 47% adalah ibu-bapa keluarga yang mendera isteri. 4..4 .3 Faktor penyumbang kepada masalah penderaan isteri Persepsi responden tentang faktor menyumbang kepada penderaan isteri ditunjukkan dalam Jadual 4.9. Jadual 4 .9 Skor Min Faktor Penyumbang Penderaan Isteri Persepsi Responden Terhadap Faktor Skor Min Sisihan Piawai Ekonomi: Tidak mampu berbelanja mewah Pendapatan cepat habis Sering alami tekanan emosi Pekerjaan/ Pengagguran Sukar mendapat pekerjaan sesuai kelulusan Tidak mendapat pekerjaan tetap dengan 3.48 3.17 3.00 3.32 2.2 3.29 3.31 3.52 3.21 3.16 3.26 0.81 0.91 1.11 0.89 0.78 0.83 0.80 0.68 0.81 0.85 0.77

Komunikasi Memukul pasangan untuk beri pengajaran Pasangan suka berleter Pasangan tidak dapat fahami kemahuan anda Pasangan /anak tidak dengar cakap Bila bergaduh guna kata-kata kesat Sentiasa enggan berbincang

40

Sering berleter Sering sakiti hati pasangan Perhubungan dengan ahli keluarga Kurang mesra dengan anak Ahli keluarga tidak bekerjasama Anda tidak suka ibu bapa mertua Perubahan Nilai Pasangan patut dipukul/kuasa memukul/anak Anda sangat cemburu Kuasa memukul hak anda Kekerasan cara mengubah tingkah laku Memukul pasangan kerana kalah judi Memukul pasangan kerana ketagih dadah Memukul pasangan kerana mabuk Memukul pasangan kerana merasa puas Mendera pasangan kerana bersikap kurang sabar Anda tidak begitu mesra dengan jiran Kesihatan Masalah kesihatan sebabkan hubungan keluarga renggang Tidak ambil berat tentang kesihatan pasangan Tanggungjawab Pasangan sering abaikan tanggungjawab Mendera kerana tidak bersedia jalankan peranan ibu bapa Urbanisasi Pindah ke bandar renggangkan hubungan kekeluargaan Meminati gaya hidup di bandar Sering ke pusat hiburan Dapat ramai kawan di bandar Keluarga tidak rasa sesuai hidup di bandar Sukar mendapat pekerjaan yang baik di bandar Pekerjaan di bandar menarik dan mudah Tekanan hidup bandar lebih tinggi Perpindahan ke bandar sebab tekanan perasaan Kehidupan di bandar ubah gaya hidup keluarga anda

3.31 3.27 2.91 3.13 2.9 2.72 2.97 2.93 2.89 2.47 2.20 2.43 2.41 3.08 3.06 2.42 2.50 3.04 2.37 3.32 3.42 3.39 3.33 3.48 3.48 3.28 3.79 3.81 3.86

0.81 0.85 0.85 0.66 0.90 0.74 0.87 0.66 0.85 1.01 0.87 0.92 0.76 0.84 0.83 0.81 0.90 0.87 0.64 0.89 0.94 1.17 1.05 0.93 0.90 0.89 0.70 0.66 0.96

Skor min tertinggi (3.81) diberi kepada sub skala faktor urbanisasi iaitu perpindahan ke bandar menyebabkan tekanan perasaan dan skor min 3.71 diberi kepada faktor tekanan hidup di bandar lebih tinggi. Faktor komunikasi diletak sebagai faktor kedua. Faktor ini yang dipecahkan kepada beberapa sub-skala, mendapati pandangan responden mengenai mendera isteri ialah kerana pasangan tidak dapat memahami kemahuan suami (skor min = 3.52), dan semua sub-skala lain yang disenaraikan dibawah faktor komunikasi diberi skor min diantara 3.16 hingga 3.31. Faktor ekonomi (tidak mampu berbelanja mewah (skor min = 3.48), sering alami tekanan emosi (3.00). Selanjutnya mereka diminta memberi sebab- sebab mengalami tekanan emosi: 61% sampel memberi alasan pendapatan tidak cukup, dan 26% sampel menjawab kos sara hidup tinggi, sebahagian kecil responden (4.3%) menjawab kerana suami mabuk .

41

Faktor pengangguran disenaraikan selepas faktor ekonomi. Sub skala skor min bagi faktor ini ialah 3.32 (sukar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan ). Responden yang mendera isteri memberi beberapa sebab pengangguran: 40% mereka menjawab, kelulusan tidak tinggi , 20% tiada kerja yang sesuai dan 20% sampel melaporkan malas bekerja. Sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap, separuh daripada responden memberi sebab kelulusan rendah, dan 17% responden lagi mempunyai masalah di tempat kerja, dan 17% lagi tiada minat. Bagaimanapun mereka tidak mengaitkan faktor pekerjaan tidak tetap dengan penderaan. Perhubungan dengan ahli keluarga lain seperti saudara, ipar dan mertua boleh dikait dengan penderaan isteri apabila responden memberi skor min 3.13 kepada faktor ahli keluarga tidak bekerja sama. Seperti juga responden yang menghadapi masalah penceraian , pendera mesra dengan anak-anak dan suka ibu-bapa mentua. Hanya dua sub skala faktor perubahan nilai dilihat sebagai menyumbang kepada penderaan isteri, iaitu mendera pasangan kerana kurang sabar (3.08) dan tidak mesra dengan jiran (skor min = 3.06). Pada pandangan mereka, penderaan bukan sebab mereka cemburu, tidak juga sebab-sebab mereka kalah judi, mabuk dan ketagih dadah. Penderaan dilakukan bukan sebab merasa puas bila isteri dipukul. Walaupun mereka mendera, kekerasaan pada pendapat mereka, bukan cara mengubah tingkah laku. Pendera isteri di Johor mengakui mereka tidak mesra dengan jiran (skor min 3.06). Penderaan berlaku sekiranya pasangan sering mengabaikan tanggungjawab. Faktor sub-skala tanggungjawab (pasangan sering mengabaikan tanggungjawab menguruskan keluarga) diberi skor min 3.04, tetapi pendera menjawab mereka mendera bukan kerana mereka tidak bersedia menjalankan peranan sebagai seorang bapa. Responden yang mendera isteri tidak bersetuju dengan faktor kesihatan sebagai penyumbang kes penderaan. Boleh dirumuskan , persepsi pendera tentang faktor yang menyumbang kepada penderaan ialah: tekanan perasaan akibat suasana urbanisasi, kebanyakan aspek komunikasi, tekanan emosi atas sebab-sebab ekonomi, pengangguran, perhubungan ahli keluarga lain, perubahan nilai dan tanggungjawab. Mereka berpendapat, tidak sampai isteri didera sekiranya mereka tidak mendapat pekerjaan tetap. Seperti yang diakui oleh responden, penderaan isteri boleh berlaku walupun dalam keadaan/suasana berikut: pendera mempunyai hubungan baik dengan ibu-bapa mertua mesra dengan anak-anak, isteri mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga, pendera tidak mabuk / tidak cemburu

Daripada aspek nilai, responden diminta memberi sebab-sebab mendera/memukul isteri, responden menjawab: 62% pasangan (isteri) suka berbangga diri, 54% pasangan tidak membantu perbelanjaan, lebih 70% isteri suka meminta-minta, 57% isteri boros dan hampir 47% kerana ibu bapa mereka juga berbuat demikian. 4.5 Penderaan Anak

Peratusan kes dera anak dalam sampel kajian ialah (5.5 %) dan warga asal negeri Johor terdiri daripada (84 %). Responden kajian ialah ketua keluarga iaitu bapa (40%) atau ibu (60%) . Mereka terdiri daripada yang didakwa mendera anak atau mendakwa anak mereka didera oleh pasangan ( sama ada bapa atau ibu). 4.5.1 Profil Keluarga

42

Daripada segi bangsa, (76 %) daripada kes ialah bangsa Melayu diikuti dengan bangsa India (14 %), manakala bangsa Cina dan lain-lain masing-masingnya (5 %). Peratusan lebih besar dikalangan kaum India yang mendera anak berbanding dengan kes penderaan isteri. Sebaliknya bagi kaum Cina kes penderaan isteri lebih besar daripda kes penderaan anak. Seperti juga kes penceraian, majoriti sampel (84 %) terdiri daripada pendera beragama Islam diikuti dengan responden beragama Hindu (12%). Pendera di kalangan keluarga beragama Buddha di bawah 5%. Lebih separuh (54 %) keluarga yang mendera anak berumur di bawah 39 tahun. Responden yang berumur antara 40 hingga 49 tahun adalah sebanyak 23% dan yang berumur lebih 50 tahun juga sebanyak 23%. Kesimpulan yang dapat dilaporkan ialah, separuh daripada kes penderaan anak dilakukan oleh ibu-bapa berumur kurang daripada 39 tahun. Tahap persekolahan mereka yang mendera anak, tidak bersekolah (9%), berpendidikan sekolah rendah (29%), sebanyak 43 % bersekolah menengah rendah dan 17 % responden bersekolah menengah atas. Mereka yang berpendididkan tinggi (3%) juga mendera anak. Kadar penderaan anak mengikut peringkat pendidikan mendapati setiap 100 sampel yang berpendidikan sekolah menengah rendah, 8 kes penderaan dilaporkan, berbanding dengan kadar daripada sampel berpendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah atas sebanyak 100: 4 dan 100: 3 masing-masingnya. Aliran pendidikan yang mendera anak, jenis kebangsaan Melayu dan Arab ialah (78%) jenis kebangsaan Cina/India (14 %) dan jenis kebangsaan Ingeeris (8%). Ramai (45 %) daripada keluarga yang berkahwin mendera anak (30 %) kes dera anak berlaku di kalangan janda kematian suami dan (15 %) di kalangan janda bercerai. Manakala (5 %) kes dera anak dilakukan oleh duda dan (5 %) lagi daripada pasangan yang hidup bersama. Di kalangan mereka yang mendera anak, lebih 50% sampel melaporkan berpendapatan kurang daripada RM 500 sebulan. Sejumlah 32% sampel lagi berpendapatan RM 501 hingga RM 1000 sebulan. Sebahagian kecil (3%) berpendapatan lebih RM 2500 sebulan. Peratusan mendera anak berkurangan apabila pendapatan bertambah. Sampel keluarga yang berkahwin dan mendera anak adalah sebanyak 45 %, diikuti dengan janda bercerai mati (30%) dan janda bercerai-hidup (15%). Duda juga mendera anak, sampel mereka berjumlah 5%. Kajian ini menemuduga 5% sampel pendera anak yang terdiri daripada pasangan yang hidup bersama. Oleh itu di Johor, penderaan anak boleh berlaku sama ada dalam keluarga (berkahwin ) atau keluarga bercerai (janda kematian suami), maupun daripada pasangan hidup bersama. Satu pertiga keluarga yang mendera anak telah berkahwin sejak setahun hingga 5 tahun lalu. Kadar penderaan mengikut tempoh perkahwinan, contohnya 6-10 tahun perkahwinan, hanya terdapat 10% sampel mendera anak, dan 5% sampel penderaan anak dikalangan mereka yang berkahwin selama 21- 25 tahun. Ada yang mengakui mendera anak (13 % sampel) setelah berkahwin selama 26 hingga 30 tahun. Tempoh perkahwinan tidak dapat menjadi pengukur mutlak akan banyaknya kes penderaan anak. Penderaan anak berlaku dalam keluarga monogami (38 %) dan hanya 22 % berlaku dalam keluarga poligami. Lebih separuh daripada pendera juga tidak mempunyai ramai anak (1 hingga 3 orang anak) sahaja. Manakala 28% lagi, mempunyai 4 hingga 6 orang anak dan hampir 13% mempunyai lebih daripada 6 orang anak. Kesimpulannya, lebih separuh penderaan anak berlaku dalam keluarga yang mempunyai 1-3 orang anak. Dalam kajian ini, tiada kes mendera anak, daripada keluarga yang mempunyai lebih 10 orang anak. Kes mendera anak yang datangnya daripada keluarga yang mana ibu bapa mereka tinggal bersama ialah (17%) diikuti dengan warga yang tinggal bersama iaitu samada abang atau adik yang tinggal bersama.

43

Didapati 39% keluarga mendera anak mewarisi tempat tinggal, 25% membeli rumah sendiri, 21% menumpang, 11% menyewa beli dan 4% menduduki rumah kerajaan.

4.5.2

Latar belakang keluarga

Hampir separuh ibu-bapa keluarga yang mendera anak masih berkahwin, 14% bercerai-hidup dan 37% bercerai-mati. Dalam linkungan 13-14% pendera mengakui adik beradik didera oleh ibu-bapa dan pernah berlaku keganasan fizikal antara ibu-bapa mereka. Hampir 19% sampel menjawab mereka pernah didera oleh ibu-bapa. Dikalangan mereka yang mendera anak, majoriti telah hidup aman semasa kecil dan berasal daripada keluarga yang mengamal agama dengan baik, tetapi 63% ibu-bapa mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Tiada kes ibu-bapa mereka yang terlibat dengan penagihan dadah. Sebahgian kecil ibu-bapa pendera, iaitu (5%) terlibat dengan minuman keras dan berjudi (5 %). Pendera atau yang mendakwa anak didera juga diminta memberi sebab-sebab pasangan/ anak dipukul. Lebih 20% memberi jawapan, pasangan tidak membantu perbelanjaan atau suka meminta-minta. Sebanyak 18% pula menjawab, pasangan/anak berbelanja boros, dan hampir 12% berpendapat mereka memukul kerana belajar daripada ibu-bapa. Dapatlah diringkaskan bahawa keluarga yang mendera anak-anak boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang salah ke atas diri anak-anak iaitu anak anak yang didera akan melakukan penderaan kepada anak-anak mereka di masa hadapan. Penjumpaan ini diterangkan dalam penulisan Coleman (1993). 4.5.3 Faktor Penyumbang Kepada Penderaan Anak

Kajian ini mengukur pandangan responden terhadap faktor yang menjadi penyumbang kepada penderana anak-anak. Persepsi responden tentang faktor menyumbang kepada penderaan anak-anak ditunjukkan dalam Jadual 4.10. Skor min tertinggi (3.61) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak mampu berbelanja mewah dan pendapatan cepat habis (3.18). Faktor kedua diberi kepada faktor komunikasi. Faktor ini dipecahkan kepada beberapa sub-skala. Responden berpendapat, penderaan anak boleh berlaku sekiranya pasangan suka berleter (skor min 3.5), juga kerana anak tidak mahu mendengar cakap (3.2) dan pasangan dipukul / didera untuk memberi pengajaran (3.1) . Jadual 4 .10 Persepsi Responden terhadap Faktor Penderaan Anak Faktor Penyumbang kepada Penderaan Skor Min Sisihan Anak Piawai Ekonomi: Tidak mampu berbelanja mewah 3.61 1.16 Pendapatan cepat habis 3.18 1.35 Pekerjaan/Pengangguran Tidak mendapat pekerjaan tetap 2.78 1.31 Komunikasi Memukul pasangan untuk beri pengajaran 3.10 1.51 Pasangan / anak tidak dengar cakap 3.2 1.46 Pasangan suka berleter 3.5 0.94 Perhubungan dengan ahli keluarga Kurang mesra dengan anak 2.1 0.84 Ahli keluarga tidak bekerjasama 2.75 1.15 Anda tidak suka ibu bapa mertua 2.37 1.2

44

Perubahan Nilai Kuasa memukul pasangan hak anda Kekerasan cara mengubah tingkah laku Kesihatan Masalah kesihatan sebab hubungan keluarga renggang Tanggungjawab Pasangan sering abai tanggungjawab Urbanisasi Pindah ke bandar renggangkan hubungan kekeluargaan Meminati gaya hidup di bandar Dapat ramai kawan di bandar Keluarga tidak rasa sesuai hidup di bandar Sukar dapat pekerjaan yang baik di bandar Tekanan hidup di bandar lebih tinggi Perpindahan ke bandar mengakibatkan tekanan perasaan

2.62 2.62 1.58 2.27 2.64 2.13 2.55 2.51 2.36 3.48 2.94

1.27 1.20 0.69 1.32 1.39 1.13 1.29 1.16 1.19 1.34 1.33

Faktor urbanisasi diakui oleh responden sebagai faktor ketiga yang boleh membawa kepada penderaan anak. Skor min (3.48) diberi kepada faktor sub skala urbanisasi iaitu tekanan hidup di bandar lebih tinggi. Faktor sub skala urbanisasi yang lain tidak menjadi penyumbang kepada penderaan anak. Faktor ini termasuklah minat gaya hidup di bandar dan mendapat ramai kawan di bandar. Responden diminta memberi sebab mengapa mereka mengalami tekanan emosi yang lebih tinggi di bandar ? Jawapan yang diberi oleh 67% responden ialah pendapatan tidak mencukupi, 25% lagi responden memberi alasan kos hidup tinggi di bandar dan 8.3% reponden memberi sebab belanja besar. Responden yang mendera anak berpendapat faktor tanggungjawab; pengangguran; perhubungan dengan ahli keluarga lain ; perubahan nilai dan kesihatan tidak menyumbang kepada penderaan anak. Sub skala faktor tanggungjawab termasuklah: pasangan tidak sedia menjalankan kerja rumah; pasangan tidak memberi bimbingan kepada anak-anak dan sub skala faktor kesihatan termasuklah: kecacatan fizikal, terencat akal dan pasangan tidak sihat. Sub skala itu dinyatakan sebagai tidak menjadi sebab mereka mendera anak. Di antara soalan-soalan aspek perhubungan yang disoal termasuklah: perhubungan kurang mesra dengan anak-anak; ahli keluarga tidak bekerjasama dan perhubungan dengan ipar serta ibu bapa mentua. Soalan-soalan perubahan nilai pula adalah mendera menjadi: suatu hak ketua keluarga, dan menjadi cara mengubah tingkah laku. Aspek pendidikan yang dijadikan faktor penderaan dalam kajian ini juga mendapati responden penderaan anak tidak bersetuju bahawa penderaan adalah disebabkan pasangan tidak tahu mendidik anak ataupun pasangan tidak mengambil berat tentang pendidikan agama anak-anak . Kesimpulannya, bagi kes penderaan anak, faktor-faktor berikut boleh dijadikan faktor penyumbang faktor-faktor disusun mengikut kepentingan: Ekonomi Komunikasi dan Urbanisasi 4.6 Rumusan Profil Keluarga Masalah dan Faktor Penyumbang Masalah

Separuh daripada sampel keluarga bermasalah yang dikumpul dalam kajian ini terdiri daripada keluarga tunggal diikuti dengan 24% masalah

45

penceraian, hampir 17% masalah juvana, 6% masalah penderaan isteri dan 5.5% masalah penderaan anak. Majoriti responden (92%) anak Johor. Responden bangsa Melayu adalah paling ramai. Kebanyakan keluarga bermasalah mempunyai ramai anak (4-6 orang) dan hampir 20% mempunyai lebih daripada 7 orang. Majoriti keluarga bermasalah berpendapatan kurang RM 1000 sebulan, kecuali dalam kes penceraian yang diwakili oleh lebih separuh responden berpendidikan menengah atas dan berpendapatan lebih RM 1001 sebulan. Ketua keluarga bermasalah juga muda, berumur 26-39 tahun, kecuali dalam kes keluarga tunggal serta keluarga yang anak mereka terlibat dalam kes juvana. Majoriti ketua keluarga tunggal ialah wanita. Terdapat 2% ketua keluarga tunggal berumur kurang 25 tahun dan 39% melebihi 50 tahun, manakala peratus terbesar bagi kes juvana datangnya daripada keluarga bertaraf berkahwin dan ketua keluarga berumur lebih 50 tahun. Satu pertiga kes juvana datangnya daripada keluarga majmuk. Keluarga monogami mencatitkan kadar penceraian dua kali ganda kadar penceraian dikalangan sampel keluarga poligami. Kadar penceraian juga meningkat mengikut taraf pendidikan dan kadar di kalangan keluarga berpendapatan kurang RM 500 sebulan adalah satu pertiga kadar penceraian di kalangan responden berpendapatan melebihi RM 501 sebulan. Kadar penceraian tinggi dalam tempoh perkahwinan 1-5 tahun. Dalam kes juvana 44% kes datangnya daripada keluarga yang berkahwin 16-20 tahun. Ramai bangsa Cina mendera isteri jika dibandingkan dengan bangsa India. Dalam kes penderaan anak, bangsa India lebih ramai mendera anak berbanding dengan bangsa Cina. Jika diukur mengikut aliran pendidikan , kes penderaan isteri banyak berlaku dikalangan responden yang bersekolah aliran jenis kebangsaan. Lebih satu pertiga mereka yang mendera isteri tidak memiliki tempat tinggal. Penderaan anak banyak dilakukan oleh pendera yang berumur kurang 39 tahun . Mereka (3%) yang berpendidikan tinggi juga mendera anak. Kes dera anak dilakukan juga oleh duda (5%) dan 5% lagi oleh pasangan hidup bersama. Lebih separuh kes penderaan anak dilaporkan daripada keluarga yang mempunyai 1-3 orang anak. Latar belakang keluarga bermasalah menunjukkan ibu-bapa mereka mengamal agama tetapi tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam, terutamanya seperti yang diakui oleh 63% keluarga bermasalah yang mendera anak. Sebahagian kecil melaporkan kehidupan mereka aman di masa kecil tetapi pernah melihat adik beradik didera atau mereka juga pernah didera. 12% responden yang mendera anak melaporkan mereka mendera kerana belajar daripada perbuatan penderaan yang dilakukan oleh ibu-bapa mereka. Faktor penyumbang kepada keluarga bermasalah diringkaskan dalam Jadual 4. 11 yang menunjukkan dua faktor utamanya ialah faktor Ekonomi dan Urbanisasi. Jadual 4.11 Faktor Penyumbang Keluarga Bermasalah Faktor mengikut Persepsi Responden ( Disusun Mengikut Kepentingan) Ekonomi , Penganggguran, Urbanisasi. Ekonomi, Komunikasi, Urbanisasi, Tanggungjawab, Pengangguran Ekonomi, Urbanisasi, Pengangguran, Komunikasi. Urbanisasi, Komunikasi, Ekonomi, Pengangguran , di Johor

Jenis Masalah Keluarga Tunggal Penceraian

Juvana Penderaan Isteri

46

Perhubungan Ahli Keluarga Majmuk, Perubahan Nilai, Tanggungjawab. Penderaan Anak Ekonomi, Komunikasi, Urbanisasi,

Komunikasi di kalangan saudara mara, ipar dan mentua diakui baik oleh keluarga tunggal dan keluarga bermasalah penceraian. Keluarga tunggal tidak ada masalah komunikasi dengan anak-anak. Keluarga bermasalah penceraian pula menyifatkan pengabaian tanggunjawab dan pasangan enggan berbincang sebagai faktor penting hingga perkahwinan terpaksa dibubarkan. Pasangan masih mengasihi anak-anak walaupun sudah bercerai. Kes juvana, penderaan isteri dan penderaan anak dikaitkan dengan faktor komunikasi, isteri suka berleter, faktor tekanan emosi yang tinggi di bandar dan akibat suami yang tidak bertanggungjawab atau pemabuk, penagih dadah atau terlibat dengan judi. Keseluruhannya, responden berpendapat faktor kesihatan dan pendidikan tidak menyumbang secara langsung kepada masalah keluarga.

47

BAB 5

KELUARGA MITHALI JOHOR


5.0 Pengenalan

Maklumat diperolehi berasaskan kepada soalan-soalan yang direkabentuk oleh Jabatan Agama Islam Johor dan digunakan sebagai asas pencalonan Ibu Bapa Mithali Peringkat Negeri Johor Tahun 1999. Soalan-soalan diedarkan ke lapan daerah di negeri Johor. 5.1 Analisis Maklumat Keluarga Mithali

Maklumat Ibu Bapa Mithali dikumpul daripada maklumat yang diberikan oleh calon Ibu Bapa Mithali. Setiap calon ibu bapa mithali yang menjadi responden dalam kajian ini adalah pemenang ibu bapa mithali di peringkat daerah masing-masing. Ringkasan maklumat Keluarga Mithali Johor Tahun 1999 ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Pembolehubah yang dibandingkan di kalangan Ibu Bapa Mithali setiap daerah ialah berdasarkan angkubah: i. Tempoh Perkahwinan ii. Pendidikan Suami dan Isteri iii. Pekerjaan Suami dan Isteri iv. Penglibatan Suami dan Isteri Dalam Masyarakat v. Bilangan Isteri dan Anak vi. Hubungan Di Kalangan Ahli Keluarga vii. Hubungan Kejiranan viii. Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga ix. Cara Mendidik Anak x. Sifat-sifat Keistimewaan xi. Penghargaan Yang Diterima 5.1.1 Tempoh perkahwinan Pada puratanya tempoh perkahwinan pemenang Ibu Bapa Mithali mengikut daerah-daerah di negeri Johor pada tahun 1999 ialah 39 tahun. 5.1.2 Pendidikan Suami dan Isteri

Latar belakang pendidikan suami dan isteri untuk responden ini pelbagai dan julat pendidikan di kalangan suami ialah daripada pendidikan darjah lima (5) hingga kepada ijazah manakala isteri pula julat pendidikan adalah antara darjah enam (6) hingga Diploma Khas (Al-Quran). Semua pasangan keluarga mendapat pendidikan formal sekolah agama sama ada sekolah agama kerajaan negeri mahupun sekolah Arab. 5.1.3 Pekerjaan Suami dan Isteri

Latar belakang pekerjaan ketua keluarga (suami) ialah guru (80 peratus) dan seorang peneroka, serta seorang ketua kerani. Isteri pula kebanyakkannya (50 peratus) adalah terdiri daripada surirumah, tiga orang guru dan seorang bidan.

48

Jadual 5.1 Item/ Daerah Tempoh kahwin Pdidikan Isteri Suami JB Muar

Profil Keluarga Mithali Johor Tahun 1999 Batu Pahat Segana Kluang Pontian Kota t Tinggi 99-60 (40) MCE 99-44 (56) Drj 6 99-65 (35) Ag Drj 6 Drj 4 Sek. Melayu Surirumah Mersin g 99-68 (32) Drj 6

99-52 99-65 (48) (35) Drj.5 LCE Sek.Mel Guru Drj 6 (Ag) Drj 5 MCE Sek Melayu

99 64 (36) 99-64 (36) Drj 6 LCE Drj Khas Diplma AlQ Drj 6 SPM Drj Khas Agama

SPM

MPSI

Ijazah

Pekerjaa n Ibu SuriGuru (B) Pencerumah ramah. Bapa Guru (B) Ketua Kerani (B)

Surirum Guru ah Quran

Suri rumah

Bidan Hosp Guru (B)

Guru. Guru Agama (B) Guru Sek.Ren Sek.Ren (B) (B)

Guru Peneroka Besar Sek Ren (B) P.Ketua Blok, SU Khairat

Pengliba tan dlm masy. Bapa

AJK Surau, Kejika Tim P UMNO Caw, Ahli Lemb. Koop,

Ibu

AJK Pert. P.Msji, S/U JKK, Msy, N Ketua AJK Bend. UMNO Caw, UMNO, Masjid, N.Imam AJK P Pjara, SUJKK, Pladang AJK Pjara Pmdam Muar, ALP Koop AJK Batuk Kering Daerah K.Wan UMNO,PPen -Tiada- Khidmat g.B.Ag.,P.H P.KPW, Msy, elwa, N.K.W Gotong- Perkim,AJK UMNO, R,Kendur Dbates, Pen. i Pencera Belia, Bebas Ahli Yasin 8 7 Thn 7 7 Thn 8 7 Thn 5 7 Thn

P.Surau, Aktif Ahli Msy Per.A. Yatim,AL P Ko-op, Ahli UMNO

Pengeru si Surau, Naib YPD A.Yatim

AJK K.W., P.K Blok, AJK Ahli P.Guru Q MWARAJ seumur K UMNO hidup anak yatim/W anita 8 6Thn 11 7 Thn 5 7 Thn

AJK W.I MAWAR

Bil Anak Mula Anak solat

4 10 Thn

49

Item/ JB Daer ah Peran an Ibu Ambil tahu, sentiasa cuba atasi masalah wlaupu jauh -sda-

Muar

Batu Pahat

Seganat Kluang Pontia Kota n Tinggi

Mersing

Prihatin, Didik nilai murni dan kasih. sayang

Awasi, Akhlak anak, ceria

Jaga Agama pakai, didik, makan dibela pelajaran

Urus rumah tangga & anak

Kerjasam a kpd tgjwb Suami dgn akhlak

Layan karenah suami/ Anak dgn tabah, sabar

Bapa

Tegas, Ekon, anak awasi akademik/aga anak ma

Tumpu disiplin dgn akhlak Jumpa guru anak

Jaga Sama rumah Sama Didik tadbir anak dgn nilai murni

Ambil berat Nasihati asas, ahli Prihatin keluarga kpd anak dgn akhlak Makan sama, bincang, ambil pendapat

Cara Asuh Anak Ibu Bapa

Raikan Minta Selesai Jemaah, Sabar, Kejaya/Perist Pendapat,Bim, masalah makan Kerja iw Penting Bantu dgn sama, istikarah, berkelah, bincang Hargai keluarga kejayaan, Bincang, Bual,ceri a

Makan Beri sama, Nasihat Galak, fikiran

Solat Magrib&Isya Magrib& Isyak Magrib& Magrib & Magrib& Magrib&Semua Jemaa k Isyak Isyak Isya Isya h 5.1.4 Penglibatan suami dan isteri dalam masyarakat

Semua

Dilihat daripada segi penglibatan pasangan dalam masyarakat didapati secara purata suami terlibat secara aktif dalam persatuan dan aktiviti keagamaan, kebajikan dan politik (UMNO). Demikian juga purata isteri kebanyakkannya terlibat dengan aktif dalam persatuan dan aktiviti keagamaan, kebajikan dan sosial.

5.1.5

Bilangan Isteri dan Anak

50

Kesemua responden (suami) hanya mempunyai seorang isteri dan mempunyai bilangan anak-anak kebanyakkannya lebih daripada empat orang sehingga sebelas orang. 5.1.6 Hubungan Di Kalangan Ahli Keluarga

Secara keseluruhan kesemua pasangan mempunyai hubungan yang mesra, saling berkunjung dan berhubungan antara satu sama lain. Mereka juga bekerjasama dan saling mengambil berat tentang soal keluarga masing-masing sama ada dengan mertua, adik beradik mahupun ipar duai. 5.1.7 Hubungan Kejiranan

Setiap pasangan keluarga menjalin hubungan kejiranan yang baik, saling mempercayai, bersepakat, bekerjasama, beramah mesra, dan saling tolong-menolong antara satu sama lain serta perihatin dengan jiran-jiran. 5.1.8 Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga

Daripada segi peranan yang dimainkan oleh pasangan keluarga mithali, secara keseluruhannya suami memiliki sifat tegas, menitikberatkan pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak, berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, sering memberi galakan kepada isteri, menjadi perancang ekonomi keluarga, prihatin terhadap masalah keluarga, mempunyai cogan kata dalam keluarga, bersifat terbuka dan sering memberi ingatan terhadap peneguhan agama kepada ahli-ahli keluarga. Antara pesanan yang diperlihatkan oleh isteri mithali ini ialah menjalankan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga dengan tabah dan sabar, bekerjasama dengan suami dalam soal pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak, membantu dari segi kewangan, memberi sumbangan fikiran, memantau soal-soal keluarga dan mempunyai matlamat yang positif dalam kehidupan. 5.1.9 Cara Mendidik Anak

Pasangan ibu bapa mithali berganding bahu dalam mendidik anak-anak, memberikan asuhan atau didikan akademik dan agama yang seimbang, bersifat terbuka dan toleransi, komunikasi yang baik sesama ahli keluarga, meluangkan masa bersama ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan atau kebaikan ahli-ahli keluarganya. Kesemua ibu bapa mithali berjaya menghasilkan anak-anak yang berpendidikan tinggi. Secara purata, 90 % anak-anak pasangan berjaya ke pusat pengajian tinggi sama ada dalam mahupun luar negara. Di samping itu, kesemua anak-anak responden mendapat pendidikan agama secara formal sebagai mengimbangi pencapaian akademik mereka sekurang-kurangnya darjah tiga (3) sekolah agama. Ibu bapa mithali ini juga memperlihatkan sifat-sifat keistimewaan sehingga mereka ini berjaya mewujudkan rumah tangga yang harmoni. 5.1.10 Sifat-sifat Keistimewaan

Bagi pihak suami, mereka sering menjadi sumber rujukan keluarga dan masyarakat, berpandangan jauh dan memiliki misi dan visi, dalam keluarga memiliki gaya kepimpinan yang baik, komunikasi yang berkesan dan pengurusan masa yang cekap. Bagi pihak isteri pula, pasangan keluarga ini mempunyai sikap yang positif dan berpandangan jauh, bertanggungjawab, penyayang dan pendidikan agama yang baik. Kesemua sifat-sifat istimewa ini membantu ke arah menjadikan pasangan hidup dalam harmoni dan bahagia. 5.1.11 Penghargaan Yang Diterima

51

Hasil daripada sumbangan yang diberikan di dalam masyarakat, semua ibu bapa mithali pernah menerima penganugerahan dan pengiktirafan sama ada oleh majikan atau kerajaan negeri. Antaranya: Guru Cemerlang Anugerah Guru Aktif Pingat Ibrahim Sultan (P.I.S) Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P) Guru Kreatif Daerah Pingat Four Merit Medal (Home Guard) Tokoh Guru Daerah Tokoh Guru Negeri 5.2 Kekuatan Ciri-ciri Ibu Bapa Mithali Johor

Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah ibu bapa mithali yang telah dipaparkan tadi, didapati terdapat beberapa ciri-ciri penting yang diamalkan seperti:: i. Kesedaran terhadap keperluan akademik dan agama ii. Bertanggungjawab iii. Bekerjasama dan bersefahaman iv. Komunikasi berkesan v. Hubungan keluargaan yang baik dan terbuka vi. Interaksi sosial yang baik vii. Penyertaan aktif dalam masyarakat viii. Memahami tugas dan peranan masing-masing ix. Memberikan perhargaan kepada pasangan x. Pendidikan agama yang kukuh Ciri-ciri tersebut boleh dijadikan sebagai ciri-ciri kepada model ibu bapa mithali di negeri Johor.

52

BAB ENAM PROGRAM-PROGRAM PEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA NEGERI JOHOR


6.0 Pengenalan Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian pertama membandingkan ciri-ciri dominan keluarga bermasalah dan keluarga Mithali seperti yang terkumpul melalui kajian ini. Bahagian kedua memuatkan program pemantapan keluarga. Pengisian program ditumpukan kepada aspek-aspek memperbaiki kelemahan dan kekurangan seperti yang dikenalpasti melalui keluarga bermasalah. Program juga berpandukan kepada kekuatan ciri-ciri keluarga mithali yang boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. 6.1 Perbandingan Ciri-ciri Keluarga Bermasalah dengan Keluarga Mithali

Jadual 6.1 membandingkan secara ringkas ciri-ciri keluarga bermasalah dengan keluarga mithali. Aspek-aspek yang dibandingkan ialah dalam jadual tersebut dirujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada jawapan responden melalui soalselidik kepada kedua-dua pihak. Setiap aspek yang dibandingkan jelas menunjukkan berlakunya keadaan tidak harmoni di kalangan keluarga yang Jadual 6.1 Perbandingan Keluarga Bermasalah Dengan Keluarga Mithali Keluarga Bermasalah Tidak mengurus kewangan keluarga. Pendapatan cepat habis. (KT, P, DI, DA, J) Sukar dapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan . Pendapatan bermusim (KT,P, DI, DA, J) Tiada mesra dengan jiran (DI) Kurang sabar (DI), Memukul utk beri pengajaran Mabuk, berjudi, terlibat dengan pengambilan dadah (P, DI, DA, J) Kurang perhatian terhadap didikan/kerja sekolah anak-anak (KT,J,DA) Pasangan sering abai tanggungjawab (P) Ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam (P, J) Keluarga Mithali Semua mengurus kewangan keluarga Pendidikan, Peneroka, Ketua Kerani kebanyakan Pekerjaan tetap. Sabar, pentingkan nilai murni dan kasih sayang. Menasihati ahli keluarga. Mengawasi aktiviti sekolah anak, urus rumah Mengawasi aktiviti sekolah anak, urus rumah.

Faktor Ekonomi

Pekerjaan

Nilai

Tanggungjaw ab Pendidikan

Pentingkan didikan agama yang kukuh Membimbing sembahyang, berjemaah. Kesedaran terhadap keperluan akademik

53

Hubungan Ahli Keluarga

Ahli keluarga tidak bekerjasama (KT,P,DI, J) Pasangan/Anak tidak dengar cakap (P,J,DI,DA) Enggan berbincang (P, DI) Saudara tidak minat membantu (J)

Hubungan kekeluargaan yang baik dan terbuka Bekerjasama dalam masyarakat Penyertaan aktif dan pemimpin masyarakat Penglibatan aktif dalam masyarakat Hubungan kekeluargaan baik dan terbuka

Komunikasi

Bertggung Jwb

Pasangan sering berleter (DI, J) Bersefahaman, sepakat, Bergaduh guna kata-kata kesat, mengawasi anak, komunikasi sering sakit hati (DI) berkesan Pasangan (DI) Interaksi sosial yang baik Pasangan tidak memahami kemahuan (P, DI) Pasangan abai tanggungjawab Semua mengambil berat peranan (P, DI) ahli keluarga Tidak mesra dgn jiran (P,DA,IT,J) Suami dan isteri aktif dlm masyarakat. Mendapat penganugerahan/ pengiktirafan DI = Penderaan Isteri DA = Penderaan Anak

Perhubungan dengan Masyarakat

* KT = Keluarga Tunggal P = Penceraian J = Juvana

bermasalah, tekanan emosi akibat daripada perbelanjaan tidak cukup dan akibat kehidupan di bandar yang tertekan. Gambaran di pihak keluarga mithali pula memaparkan kesefahaman antara ahli keluarga. Penumpuan diberi kepada pendidikan agama sejak kecil kepada anak-anak, beramal secara berjemaah dan mengurus hal-ehwal kewangan dan rumah tangga secara teratur. Keluarga bermsalah melaporkan perbelanjaan cepat habis dan setengahnya menyatakan tidak mampu berbelanja mewah (kes juvana, penderaan isteri dan penderaan anak). Ini menunjukkan berlaku pengurusan kewangan yang tidak betul. Salah pengurusan kewangan ini mengakibat disokong pula dengan pekerjaan tidak tetap di kalangan keluarga bermasalah. Kedua-dua keadaan ini menjadi punca kepada tekanan perasaan sehingga berbagai masalah boleh tercetus. Berlaku juga pengabaian tanggungjawab di kalangan ibu bapa atau ketua keluarga yang bermasalah. Terdapat ahli keluarga yang enggan berbincang, tidak memberi kerjasama, anak tidak dengar cakap yang berpunca daripada pengabaian tanggungjawab. Ketua keluarga bermasalah juga tidak membimbing kerja-kerja sekolah anak-anak sepertimana yang diberikan penekanan oleh keluarga mithali. Kaedah pendidikan di kalangan keluarga mithali juga dibantu oleh kawalan disiplin. Walaupun kawalan ini dikenakan kepada ahli keluarga atau anak-anak gambaran yang diberikan oleh pihak keluarga mithali ialah ahli-ahli keluarga saling membantu. Hal ini tidak berlaku di kalangan keluarga bermasalah contohnya kes juvana. Keluarga mithali telah berjaya memberi sokongan spritual (nilai murni, kasih sayang, nasihat-menasihati, akhlak yang mulia, amalan agama yang kukuh) sehingga anak-anak berjaya mendapat pendidikan tinggi. Walaupun ketua keluarga berkelulusan sekolah rendah, bekerja sebagai peneroka atau sebagai seorang guru. Latar belakang ibu bapa kepada keluarga bermasalah kebanyakkannya tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam seperti dalam kes penceraian dan juvana. Komunikasi yang berkesan dari keluarga mithali contohnya melalui disiplin, akhlak kurang digambarkan dalam keluarga bermasalah. Daripada aspek komunikasi didapati

54

pasangan keluarga bermasalah sering berleter dan menggunakan kata-kata kesat bila bergaduh. Jika dibandingkan daripada aspek nilai, perbezaan jelas antara kedua keluarga ini ialah, keluarga bermasalah berpendapat penderaan pasangan berlaku kerana kurang sabar, tidak mesra dengan jiran dalam kes penderaan isteri. Keluarga mithali sebaliknya bukan sahaja mempunyai nilai-nilai positif dalam keluarganya tetapi boleh memimpin keluarga lain. Ketua-ketua keluarga mithali menjawat pelbagai jawatan dalam masyarakat. mana anak mereka terlibat dalam kes juvana. yang ketatkedua-kedua responden keluarga. 6.2 Program-program Pemantapan Institusi Keluarga

Program-program yang dicadangkan di bawah ini ditumpukan kepada aktivitiaktiviti untuk memantapkan institusi keluarga. Walaupun profil keluarga bermasalah telah dikaji, program-program bagi mengurangkan masalah mereka tidak dipertimbangkan kecuali program-program yang difikirkan boleh membantu pemantapan keluarga tunggal. Pemilihan ini dibuat kerana beberapa kekurangan yang ada di kalangan keluarga bermasalah seperti umur mereka yang melebihi 40 tahun, sikap-sikap negatif dengan jiran, kurang sabar, pengabaian tanggungjawab dan latar-belakang keluarga yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Kesemua ini akan membantutkan usaha-usaha pemantapan keluarga mereka walaupun program yang betul dilaksanakan kepada mereka. Pendekatan yang dicadangkan diambil bagi memantapkan keluarga di Johor ialah mensasarkan keluarga yang belum lagi bertaraf keluarga bermasalah tetapi berada dalam kategori atau lingkungan berasaskan penjumpaan kajian ini baik daripada aspek profil keluarga bermasalah atau faktor yang membawa kepada masalah. Contohnya bagi kes penceraian, kajian ini mendapati penceraian banyak berlaku dalam tempoh perkahwinan 1-5 tahun, maka keluarga yang belum bercerai tetapi tempoh perkahwinan berada dalam lingkungan 1-5 tahun, mereka ini patut menyertai program yang dicadangkan nanti. Pendekatannya sebegini boleh menghalang masalah-masalah ynag diketengahkan berlaku. Selanjutnya, di bawah ini di cadangkan jenis-jenis program, pengisian dan peserta sasaran. 6.2.1 Program Pendidikan

55

Pendidikan adalah kaedah terpenting bagi membentuk keperibadian ahli keluarga secara sihat, harmoni dan terkawal daripada gejala buruk yang membawa kepada berbagai masalah dalam keluarga. Kepentingan pendidikan ini dibayangkan oleh kesemua keluarga mithali di Johor, seperti yang dijelaskan dalam Bab 5. Sebaliknya, kurang sekali keluarga bermasalah memberi penekanan kepada aspek pendidikan. Kebanyakan keluarga bermasalah berpandangan bahawa pendidikan tidak menyumbang kepada berlakunya penceraian , penderaan dan kes juvana. Bagi tujuan memantapkan keluarga Johor, terutamanya bagaimana rakyat Johor hendak mengharungi cabaran alam pengetahuan iaitu K-ekonomi adalah dicadangkan program pendidikan dibahagikan kepada dua bentuk: Program yang ditujukan kepada semua kaum dan yang dinamakan Program Pendidikan Keluarga dan satu lagi program pendidikan khas dan dinamakan Program Pendidikan Agama. a. Program Pendidikan Keluarga Program pendidikan ini hendaklah berbagai pendekatan. Rakyat Johor yang berpendidikan tinggi serta usahawan-usahawan yang berjaya di Johor, digalakkan memberi ceramah-ceramah dan penerangan apakah itu K-Ekonomi, kepentingan melibatkan diri dalam K Ekonomi dan bahaya-bahaya globalisasi. Saluran utama penyampaian pendidikan ini ialah melalui media massa (surat kabar, majalah dan lainlain bahan bercetak) dan media elektronik (televisyen, video, VCD, kareoke dll). Contoh program pendidikan melalui media elektronik ialah: iklan, dokumentari, ceramah, temubual, teledrama akan kisah-kisah dalam keluarga dan sebagainya. Program disasarkan kepada anak-anak muda yang belum berumah tangga dan diberi penekanan kepada kebahagian dan kejayaan berkeluarga. Ia bertujuan mendidik anakanak tentang peri pentingnya memelihara dan mengekalkan institusi keluarga yang mantap, beragama lagi suci keturunannya. Dengan kebenaran Kementerian Pendidikan, program ini dimantau oleh Jabatan Pendidikan Johor kerana ianya perlu disebar ke sekolah sekolah. Sekiranya program ini berbentuk drama, maka kepentingan moral di sebalik cerita/drama itu dibincangkan oleh guru dan pelajar, tidak seperti program televesyen. Temubual tentang peranan ahli keluarga dibuat disemua daerah kerana suasana kehidupan berbeza. Semua peringkat umur perlu dilibatkan, terutamanya kanak-kanak dan remaja supaya mereka merasakan keluarga atau masyarakat bersedia mempertimbangkan pandangan daripada perspektif dan suasana kehidupan mereka yang sangat berbeza dengan kehidupan ibu-bapa atau orang yang sudah berkeluarga. Kanak-kanak yang terlibat dengan kes juvana wajib ditemubual oleh kaunselor bertauliah. Pihak Yayasan Pembangunan Keluarga memantau pandangan ini supaya disalurkan ke pihak berwajib yang akan membuat tindakan susulan. Setiap daerah perlu dibekalkan dengan kaunselor bertauliah/profesional. Bilangan dan penempatan mereka boleh di pertimbangkan mengikut kemampuan Yayasan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Polis, Hospital Daerah, Sekolah dan Badan Sukarela. Panduan-panduan bagi membentuk keluarga bahagia juga dibincang dalam media massa. Panduan ini mengganti ruang akhbar dan majalah yang sebelum ini menyebar berita dan kisah yang memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dan remaja. Dengan kebenaran Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri, sebuah Badan Sukarela perlu dibentuk untuk menilai program dan ruangan penerbitan yang dicetak atau disebar. Penerbit program dicadangkan didenda sekiranya Badan Sukarela itu berpendapat sesuatu program memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dan remaja. Badan Sukarela ini boleh dilantik oleh kerajaan negeri Johor. Sepekara lagi dalam yang patut dipertimbang dalam progam pendidikan ini ialah penjumpaan kajian ini bahawa ramai keluarga bermasalah di Johor tidak berpendidikan tinggi. Peranan yang boleh dimainkan oleh Yayasan dalam hal pendidikan ialah menyebarkan maklumat bahawa ibu-bapa dan ahli keluarga lain perlu bergilir-gilir

56

mengawal aktiviti akademik dan persekolahan anak-anak. Yayasan juga perlu mengambil tindakan susulan kepada keluarga yang baru mendirikan rumah tangga. Di samping itu, Yayasan perlu menyakinkan semua keluarga bermasalah di Johor dan pasangan baru berumah tangga akan kepentingan pendidikan dan kesanya kepada pencapaian ekonomi keluarga. Taraf pendidikan yang rendah yang dijumpai dalam kajian ini memberi indikasi bahawa banyak pembaikan perlu dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Program yang dicadangkan ialah latihan guru, kaedah pengajaran, peralatan pengajaran di sekolah sekolah, kaedah pembelajaran juga memain peranan. Dalam aspek pendidikan ilmiah, nampaknya guru-guru perlu mengambil alih peranan ibu bapa semetara ibu- bapa harus lebih bertanggungjawab dalam aspek rohaniah seperti yang dijelaskan dibawah ini. Anugerah juga diberi di peringkat daerah kepada tokoh pendidik dan pemimpin rumah tangga yang baik. b. Program Pendidikan Agama Tempat beribadat dan balai raya dijadikan tempat penyebaran terpenting Biasanya mereka yang dapat hadir diri ke ceramah bersifat agama ialah mereka yang boleh diperbaiki akhlaknya. Semua ibu-bapa sama ada bermasalah atau tidak bermasalah harus dilibatkan. Institusi mesjid contohnya menumpukan kepada ibadah berjemaah iaitu kaedah beribadah yang digambarkan oleh keluarga mithali. Ceramah agama diselangselikan dengan aspek psikologi yang boleh ditayang dalam bentuk drama pendek atau kareoke agama. Drama ini mencerminkan kisah benar tentang kesan negatif penceraian, pertelingkahan ahli keluarga atau kesan negatif daripada kes-kes juvana dan sebagainya. Drama sebegini bukan sahaja memberi pengajaran, kesedaran dan keinsafan tetapi juga mengingatkan peserta tentang peranan serta tanggungjawab memelihara keluarga. Bagi ketua keluarga pula, program-program pendidikan ini boleh menjadi pembimbing ke arah pengurusan keluarga yang lebih berkesan. Peserta program ini ialah ibu-bapa dan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri terhampir dengan profil pendera yang dijumpai oleh kajian ini. Pendera, anak anak yang terlibat dengan juvana dan ibu bapa juvana adalah sudah terlambat untuk menjadi peserta. Oleh itu profil pendera dan ketua keluarga juvana yang diterangkan dalam Bab 4 sangat berguna untuk mengelak daripada kes /masalah keluarga berlaku. Contohnya, umur ibu-bapa yang kritikal bagi masalah juvana ialah 50-54 tahun . Jadi sebelum keluarga sampai ke peringkat umur ini, pihak Yayasan sudah memantau perkembangan laporan di setiap daerah. Kes-kes masalah keluarga yang kecil-kecil / kurang serius dibanteras segera oleh jawatan kuasa daerah/ kawasan setinggan atau perumahan. Kerjasama yang erat perlu dijalin antara Jabatan Agama Islam Johor Darul Tazim dengan Jabatan Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerjasama ini bukan sahaja berbentuk maklumat ( data) tetapi pendekatan ke arah menyelesaikan kes penceraian , penderaan dan kes juvana. Proses undang-undang juga dibaiki supaya kes-kes tidak tertunggak begitu lama, sehingga mangsa tidak dibela atau terbiar sekian lama. Kesan kes-kes masalah sosial dan masalah keluarga yang tertunggak ini bukan sahaja merugikan keluarga tetapi kewangan negeri. 6.2.2 Pusat Perniagaan Komuniti

Faktor ekonomi khususnya masalah kewangan dan pengangguran dikenalpasti oleh keluarga bermasalah di Johor sebagai faktor utama penyumbang masalah. Keperluan hidup di bandar telah juga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan hidup di kampung. Mereka menyatakan pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menanggung pembiayaan keluarga yang tinggi dan kos sara hidup di bandar tinggi. Ramai keluarga tunggal pula menganggur, walaupun keluarga tunggal mempunyai ramai anak (4-6 orang, ada yang melebihi 7

57

orang anak). Terdapat jua keluarga tunggal yang melaporka saudara mara, ibu, bapa dan mertua tinggal bersama. Oleh kerana anak/tanggungan yang ramai ini, adalah dicadangkan agar diwujudkan lebih banyak pusat-pusat perniagaan komuniti di kawasan-kawasan perumahan, taman, kampung, kawasan Felda dan sebagainya. Jika perniagaan berbentuk industri kotej, maka pemasaran dan penstorannya dimantau oleh suatu pihak awam/swasta supaya penawaran tidak terputus dan keluaranya berkualiti eksport. Dengan cara ini peluang pekerjaan yang boleh memberi pendapatan tetap bertambah di Johor. Dalam kes keluarga tunggal, apabila ibu atau bapa bekerja, perlu pula diintegrasikan dengan permasalahan anak-anak mereka, baik daripada segi pengangkutannya atau mengawasi kerja-kerja sekolahnya. Anak-anak keluarga tunggal yang mencapai umur bekerja sepatutnya diberi keutamaan bekerja di Pusat Perniagaan Komuniti. Pengisisan program hendaklah berpandukan kepada kelemahan peniaga sebelum ini., contohnya kaedah melayani pelanggan, kebersihan tempat berniaga dan pemantauan kekerapan pembelian yang menjadi pemboleh ubah kritikal dalam proses pemasaran. Aspek-aspek ini perlu dilatih sebelum usahawan mencebur diri dalam perniagaan. Peserta perlu juga didik untuk tidak boros dalam perbelanjaan. Jika diteliti daridapa jawapan responden kajian ini, kebanyakan keluarga bermasalah memberi faktor perbelanjaan cepat habis, dan tidak mampu berbelanja mewah seolah-olah, berbelanja mewah itu suatu keperluan. Kerajaan tempatan atau lembaga pembandaran dicadang agar mengkaji semula sistem pemberian lesen promosi jual murah di pusat perniagaan sekitar bandar Johor Bahru dan bandar-bandar daerah. Sekiranya, pemantauan tanda harga kerap dibuat dan kempen berbelanja secara berhemat dihayati oleh keluarga berpendapatan rendah maka banyak keperluan keluarga dapat dibeli. Konsep Pusat Perniagaan Komuniti yang dicadangkan ini adalah bebas daripada kaedah peminjaman riba. Dana yang perlu dibentuk untuk membantu golongan miskin juga hendaklah ditadbir mengikut landasan Islam. Jika pihak tertinggi kerajaan Johor membuat enakmen yang melarang pemberian pinjaman atau penerima pinjaman berbentuk riba dan ianya dilaksanakan dengan penuh yakin, Insya Allah banyak perubahan kewangan dapat dinikmati oleh kerajaan dan rakyat di Johor. Contoh tauladan yang baik ini bukan sahaja mendapat ganjaran tetapi diharap dapat diikuti oleh negerinegeri lain di dalam maupun di luar negara. 6.2.3 Pusat Kaunseling

Keluarga yang terlibat dengan kes penceraian, penderaan isteri , penderaan anak, dan kes juvana semuanya memberi skor min yang tinggi kepada faktor kurang kemahiran komunikasi sebagai sumber masalah. Ahli keluarga ini memerlukan kaunselor profesional untuk memberi bantuan moral dan psikologi ketika menghadapi situasi yang getir. Dicadangkan pusat ini diletakkan di bawah pengawasan dan tanggungjawab ketua-ketua di peringkat tempatan seperti Ketua Kampung, JKKK, Wakil Rakyat, Pengerusi KRT dan sebagainya. Pusat Kaunseling dibentuk untuk berfungsi sebagai: i. sumber rujukan kepada ahli masyarakat. Keluarga bermasalah lebih berhak menggunakan pusat kaunseling bagi membantu mereka menyelesaikan kebuntuan.

58

ii iii

penyampai maklumat kepada penghuni kawasan perumahan atau tempat kerja. tersebut dalam berbagai bidang. Pusat ini juga harus memainkan peranannya sebagai `orang tengah menemukan mereka yang bermasalah dalam keluarga dengan pihak-pihak atau agensi yang berkaitan. Misalnya, ibu tunggal yang dibantu untuk bertemu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun Baitulmal. Demikian juga keluarga yang menghadapi masalah anak-anaknya terlibat dengan kes-kes juvana ataupun dadah, boleh merujuk kepada pusat ini untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang langkah-langkah pencegahan atau pemulihan yang perlu diambil.

Pusat-pusat Kaunseling tidak `menunggu pelanggan bahkan perlu bertindak proaktif dan agresif dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar seperti ceramah, kursus motivasi, kursus keibubapaan dan sebagainya. Program seumpama ini memerlukan sokongan moral dan kewangan daripada pihak kerajaan dan swasta. Di bawah tema masyarakat penyayang, pertandingan boleh diadakan bagi menarik sektor swasta menaja program kaunseling anjuran kerajaan negeri. Pusat Kaunseling juga memantau kesan daripada program yang telah dilaksanakan setiap enam bulan / setiap tahun bagi memperbaiki kaedah menangani sesuatu masalah secara lebih berkesan. Penilaian keberkesananya sesuatu program diukur daripada aspek sama ada ianya berjaya mewujudkan keluarga dan masyarakat harmoni. Pengisisan kursus hendaklah disasarkan berpandukan profil keluarga bermasalah yang telah dikenalpasti dalam Bab 4., contohnya ibu-bapa yang bercerai melaporkan mereka masih mesra dengan anak-anak, dan dalam kes juvana pula ibu-bapa melaporkan mereka tidak mendapat bantuan dan sokongan saudara mara. Jadi kumpulan sasaran bagi kes juvana ialah saudara mara disamping ibu-bapa yang anaknya terlibat dalam kes juvana. Pusat Kaunseling dijangka memerlukan dana yang besar. Adalah dicadangkan suatu sekim insuran dibentuk. Caruman premium dicadang dikumpul semasa ibu-bapa datng untuk pendaftaran perkahwinan. Satu jawatan kuasa juga dibentuk terdiri daripada pakar insuran/ takaful , ahli usahawan dan pentadbir undang-undang awam dan undang-undang Islam bagi menrealisasikan skim insurans keluarga yang boleh membantu anak-anak /isteri selepas penceraian / kematian pasangan. 6.2.4 Kursus Kejurulatihan

Sasaran kursus adalah di kalangan Ketua-ketua Kampung, Penghulu, JKKK, Ketua Felda, Ketua Blok dan ketua-ketua masyarakat yang mewakili komuniti mereka. Tujuan kursus adalah untuk memberi latihan kepakaran mengendalikan latihan dalam bidangbidang seperti `attitude reengineering, motivasi, pengurusan masa dan sebagainya. Setelah tamat kursus pendek ini pihak Yayasan memantau laporan kumpulan sasar sambil membuat lawatan ringkas bagi menemui peserta-peserta di peringkat akar umbi. Mereka termasuklah keluarga dalam saat kritikal untuk bercerai dan keluarga yang berkecenderungan mendera isteri dan mendera anak. Pengisisan program pula ditumpukan kepada tanggungjawab ketua keluarga, pengurusan kewangan rumahtangga, kaedah berkomunikasi dua-hala, serta memberi pengisian memperbaiki hubungan ahli keluarga kerana responden kajian ini melaporkan pasangan suka berleter. Perbincangan boleh menggunakan kaedah Affinity Charts terutamanya bagi memantau laporan responden tentang kes anak / pasangan tidak dengar cakap atau ada ks responden memberi alasan tidak mesra dengan jiran. Oleh itu perlu dipastikan apakah sebenarnya arahan arahan yang tidak dipatuhi oleh pasangan dan anak dan apakah keadaan sehingga keluarga tidak berbaik-baik dengan jiran. Peserta juga perlu memberi cadangan mengatasi halangan berkomunikasi.

59

Ukuran kejayaan program ini adalah peningkatan semangat juang keluarga yang dahulunya bermasalah ( ibu bapa yang malaporkan mereka malas bekerja, tidak sabar dsb.), bertambahnya kerjasama, meningkatnya tanggungjawab dan semangat kekitaan di kalangan ahli masyarakat. 6.2.5 Lawatan ke lokasi Kursus-kursus Kejurulatihan seperti yang disebutkan di atas boleh dilakukan secara `Locational Visits oleh pihak agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam, Jabatan Perpaduan Negara, PDRM, MARA dan sebagainya. Lawatan ke lokasi bukan hanya untuk memantau perkembangan masyarakat dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi, tetapi juga dapat memberikan sokongan moral dan spiritual kepada ahli masyarakat. Ini juga boleh dikenali sebagai program `turun ke padang atau yang kini lebih dikenali sebagai `Program Pemimpin Bersama Rakyat. Di musim cuti sekolah umpamanya, ramai pelajar boleh dijadikan petugas sukarela. Pengisian program yang ditumpukan kepada ibu-bapa muda ialah menjalankan projek untuk menunjukkan faedah-faedah memelihara keharmonian berkeluarga. Sekiranya peserta terdiri daripada kanak-kanak atau remaja, maka projek tertumpu kepada kaedah-kaedah mencegah keruntuhan institusi keluarga, serta mengenalkan kepada mereka kesan buruk penggunaan dadah dan sebagainya. Oleh kerana ketua-ketua masyarakat ini diharap memberi penerangan dan menjadi fasilitator kepada program yang dicadangkan, maka adalah penting ketuaketua ini berpendidikan disamping mempunyai pengaruh sosial dikalangan peserta program yang dipimpinnya. Kaedah-kaedah kepimpinan yang bersistematik diterapkan. Masalah sosial dan masalah keluarga yang berlaku di kawasan setempat dibincangkan dengan beberapa ketua-ketua masyarakat semasa lawatan dibuat. 6.2.6 Program Riadah

Program ini juga dicadangkan ditaja oleh organisasi, syarikat atau majikan. Ianya bukan berbentuk sukaneka atau bersukaria sahaja, sebaliknya kaedah-kaedah pameran, jualan dan aktiviti sukan digalakkan. Dengan ini para pekerja bukan sahaja dapat melepaskan penat lelah daripada bekerja malah dapat juga menambah pendapatan, menjaga kesihatan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Dengan adanya program seumpama ini, beberapa objektif tercapai dan aktiviti aktiviti luar yang tidak berfaedah dikurangkan. Ini bermakna program riadah ini perlu dilakukan seberapa kerap yang boleh oleh pihak majikan. Kerajaan negeri dengan bantuan sektor swasta perlu menyebar kemudahan bersukan dan riadah ini di merata kampung atau secara berpusat sekurang-kurangnya, supaya kemudahan tidak tertumpu di bandar sahaja. Riadah adalah perlu bagi mengurang tekanan emosi yang dilaporkan oleh banyak responden kajian ini. Sebaiknya riadah ini dilakukan bersama keluarga atau dua orang daripada ahli keluarga yang mana kaedah ini boleh gejala penderaan terhadap ahli keluarga mereka. 6.2.7 Program Pengikhtirafan dan Penghargaan

Pihak majikan perlu menyediakan lebih banyak ganjaran kepada golongan pekerja sama ada dalam bentuk ganjaran intrinsik maupun ganjaran ekstrinsik. Ini termasuklah hadiah, anugerah, pingat dan penghargaan dalam berbagai bentuk kepada para pekerja agar mereka merasakan khidmat mereka dihargai dan diikhtiraf. Jika dilihat model

60

keluarga mithali, didapati penghargaan dan pengikhtirafan ini merupakan ransangan untuk mereka membina keluarga yang bahagia dan berjaya. Oleh itu, dengan adanya berbagai bentuk pengikhtirafan dan penghargaan, ianya memberikan kepuasan kepada para pekerja dan dapat meningkatkan lagi komitmen bekerja. Penghargaan juga dapat mengurangkan stres bekerja dan meningkatkan usaha untuk menambahkan lagi pendapatan mereka. Secara tidak langsung, taraf hidup keluarga lebih baik dan suasana harmoni akan terbawa-bawa dalam keluarga. Ini dapat mengurangkan kecenderungan berlakunya konflik dalam keluarga. Suka memberi penghargaan ini suatu budaya. Pembentukan budaya positif tidak tercapai dalam masa yang singkat. Memberi penghargaan juga perlu dengan niat membantu bukan minta dibantu (jenayah - rasuah). Adalah dicadangkan kriteria dan prosedur memberi penganugerahan kepada pemimpin masyarakat disusun semula. Sistem dan prosedur hendaklah berteraskan kepada ajaran Islam, supaya penganugerahan tidak bertukar menjadi pesta pertelingkahan. 6.8 Penutup

Jadual 6.2 meringkaskan bentuk- bentuk program yang dicadangkan boleh mengelak berlakunya atau mengurangkan beban keluarga bermasalah di Johor. Jadual 6.2 Cadangan Program Pemantapan Institusi Keluarga Johor. Faktor Penyumbang Cadangan Program Program Khas Isu / Jenis Masalah (Mengikut Keutamaan) Masalah Keluarga Pusat Perniagaan Ibu dan anak-anak Keluarga Ekonomi, Komuniti, Program perlu berhampiran Tunggal Pengangguran, Pendidikan Keluarga dan tempat tinggal. Urbanisasi Agama, Pusat Kaunseling Assertive Programme, dan Lawatan Lokasi. Bantuan moral. Insurans Keluarga Ekonomi, Komunikasi Pusat Kaunseling, Program pendidikan Penceraian Urbanisasi, Tanggung Pendidikan, Pusat Keluarga (Pasangan Jawab, Pengangguran, Perniagaan Komuniti, Berkahwin 1- 5 tahu) Dokumentari, Riadah, Bantuan kpd. Isteri Lawatan Lokasi ramai tanggungan. Insurans Keluarga. Ekonomi, Urbanisasi, Pendidikan, Dokumentari, Saudara terdekat perlu Juvana Pengangguran, Pusat Kaunseling, Pusat menyertai program Komunikasi Perniagaan Komuniti , Pendidikan . Program Lawatan Lokasi, Riadah. Keluarga Kreatif. Aktiviti Pasukan Urbanisasi, Komunikasi, Pusat Kaunseling, Isteri yang mendakwa Penderaan Ekonomi, Pendidikan, Pusat didera di beri isteri Pengangguran, Perniagaan Komuniti, keutamaan utk bekerja. Perhubungan Ahli Dokumentari, Riadah, Anak- anak di awasi Keluarga, Perubahan Lawatan Lokasi oleh Pusat Kaunseling. Nilai, Tanggung Jawab. Penderaan Ekonomi, Komunikasi, Pusat Kaunseling, Anak ditempat di Anak Urbanisasi,. Pendidikan, Dokumentari, pusat Kaunseling. Riadah, Lawatan Lokasi Parenting Programme.

61

You might also like