You are on page 1of 32

PEMAHAMAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang Bahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengawai Pendidikan Daerah, Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Lebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih saya untuk mewakili murid-murid bagi menyampaikan ucapan di majlis ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis ini diadakan khas untuk meraikan saudara Mohd. Asraf bin Hamzah, murid Tahun 6 Sekolah Jalan 4, Bangi yang telah dipilih sebagai olahragawan daerah ini. Saya mengucapkan syabas kepada saudara Asraf. Kejayaan saudara Asraf tidak seharusnya berakhir begitu saja. Sebaliknya kejayaan itu hendaklah dianggap sebagai tapak permulaan untuk ke mercu kejayaan. Pemilihan saudara Asraf sebagai Olahragawan Daerah amat tepat kerana selain mewakili daerah dalam sukan bola sepak, beliau juga merupakan jaguh pecut peringkat negeri. Beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, dan negeri kerana berjaya memecahkan rekod yang bertahan selama sepuluh tahun. Masa yang dicatatkan oleh beliau ialah 13.46 saat. Bagi murid-murid lain pula, kejayaan yang dicapai oleh saudara Asraf patut dijadikan perangsang atau cita-cita untuk sama-sama memperoleh kejayaan. Saya pasti, kalau muridmurid terus berusaha bersungguh-sungguh tentu kejayaan yang sama akan dapat dicapai. Kegigihan dan ketekunan sauadara Asraf yang setiap hari berulang-alik dari rumah ke kompleks sukan untuk berlatih hendaklah dijadikan teladan. Walaupun beliau daripada keluarga yang miskin, tetapi berkat ketabahannya beliau berjaya menyumbangkan jasa yang tidak terhingga nilainya. Sebagai mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan syabas kepada saudara Asraf. Kepada pihak yang telah mengadakan majlis ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

1 Majlis tersebut dibuat di peringkat A sekolah. C negeri. B daerah. D kebangsaan. 2 Siapakah yang mungkin sekali menyampaikan ucapan tersebut? A Ketua Murid B Guru Sukan C Penolong Kanan Kokurikulum D Guru Besar 3 Apakah tujuan majlis itu diadakan? A Untuk menghargai jasa Asraf B Untuk meraikan kejayaan Asraf Jawapan: 1. B 2. A 3 B 4. C 5 C

C Untuk merangsang murid D Untuk mengucapkan terima kasih 4 Apakah sikap Asraf yang dapat dicontoh? A Jujur C Gigih B Sabar D Rajin 5 Maksud tidak terhingga nilainya dalam petikan tersebut ialah A tidak berharga. B bermaruah mulia. C sangat berharga D tidak boleh dikira.

PEMAHAMAN 2
Baca petikan syair di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Wahai anakanda bijak bestari, Dengarlah sini ayahanda berperi, Jikalau benar kepada diri, Nasihat kebajikan ayahanda beri. Usia sedekad anakanda miliki, Ilmu di dada mesti dibaiki, Menara gading akan dijejaki, Supaya senang mencari rezeki. Menjalankan kerja janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Jikalau anakanda semakin besar, Tutur kata janganlah kasar, Jangan seperti orang yang sasar, Banyak orang menjadi gusar. Kata yang manis anakanda tuturkan, Perangai yang lembut anakanda lakukan, Hati yang sabar anakanda tetapkan, Perasaan orang anakanda fikirkan. Jikalau bertemu kesusahan, Anggaplah itu dugaan Tuhan, Walau pedih mesti ditahan, Adanya rahmat di balik kepayahan. Amal ibadat hendaklah dijaga, Sebagai penerang jalan ke syurga, Hidup di dunia jadikan tangga, Untuk ke akhirat diri berharga. A murid sekolah rendah. B pelajar sekolah menengah. C pegawai di jabatan kerajaan. D penuntut pusat pengajian tinggi. 2 Apakah maksud rangkap kelima syair tersebut? A Rajin belajar B Bekerja keras C Berbudi pekerti mulia D Tabah menghadapi dugaan 3 Apakah anggapan ayahanda terhadap kehidupan di dunia? A Tempat untuk mencari rezeki B Tempat untuk menjadi masyhur C Tempat sebagai persiapan menuju akhirat D Tempat meningkatkan taraf hidup 4 Nasihat-nasihat yang berikut diberikan oleh ayahanda, kecuali A rajin beramal ibadat. B menghormati orang lain. C sentiasa jujur dan amanah. D menganggap diri sentiasa benar. 5 Kata memberi gusar dalam petikan boleh membawa maksud A berasa kecewa. B menambahkan kebimbangan. C membangkitkan kemarahan. D menimbulkan kegelisahan. Jawapan: 1 Anakanda dalam syair itu mungkin sekali 1. A 2. C 3. C 4. D 5. B

PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kegemilangan sistem pendidikan Islam tradisional di Kelantan bermula pada abad ke-20. Keadaan ini wujud kerana ulama-ulama yang terdahulu telah melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan. Mereka juga berjaya menanamkan semangat cinta akan agama dalam kalangan masyarakat. Kitab-kitab yang dikarang oleh Tuan Tabal dan Haji Wan Ali telah menambah kemudahan bagi pelajar-pelajar agama. Kitab-kitab yang dikarang dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi banyak kedapatan kerana kitab-kitab tulisan tangan oleh ulama-ulama dari Patani, Acheh, Pelembang, Banjar, Lingga, dan Pontianak telah dicetak dan diedarkan secara meluas. Sistem pendidikan pondok yang ditiru dari Patani telah diperkenalkan di Kelantan menerusi corak pengajaran seperti di Makkah. Penyesuaian kedua-dua sistem ini telah melahirkan suatu bentuk pendidikan yang baru dan mula berkembang pesat pada dekad pertama abad ke-20. Pondok-pondok didirikan tanpa sebarang bantuan daripada pemerintah. Guru-guru dan penduduk tempatan menyediakan tapak secara percuma. Pelajar-pelajar akan mendirikan pondok masing-masing di kawasan yang ditentukan, biasanya berhampiran dengan rumah tuan guru. Kepesatan sistem pendidikan pondok ini disebabkan oleh ulama-ulama yang mendapat pendidikan dari Patani, Mesir, dan Makkah telah kembali ke Kelantan semula untuk bertugas dalam bidang sistem pendidikan pondok Islam. Bandar Kota Bharu telah menjadi pusat pendidikan Islam yang terkenal dalam dan di luar negara. Perkembangan yang bermula di sini merebak ke merata tempat di Kelantan. Kepesatan perkembangan sistem pendidikan pondok di Kelantan meliputi daerah-daerah seperti Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, dan Bachok. Guru-guru yang bertugas mengajar dan membuka pondok di tempat-tempat tersebut terdiri daripada ulama-ulama yang terbilang. Antaranya termasuklah Tuan Guru Syeikh Abdul Rahman bin Othman di pondok Tuk Selahor, Haji Omar Ismail Nurudin Al-Kelantani yang mendirikan pondoknya di Sungai Keladi, Kota Bharu, dan Tuan Guru Haji Ahmad di Padang Jelapang, Pasir Mas. 1 Di manakah sistem pengajian pondok mula bertapak di Kelantan? A Kuala Krai C Pasir Mas B Kota Bharu D Bachok 2 Apakah bentuk pengajaran yang diamalkan di sekolah-sekolah pondok? A Berpandukan pendidikan pondok Patani B Berasaskan sistem pengajian di Makkah C Berdasarkan kitab Jawi D Merujuk kepada ulama-ulama terdahulu 3 Sistem pengajian pondok mula berkembang dengan pesat setelah A timbulnya kesedaran dalam kalangan masyarakat. B lahirnya pelajar-pelajar cemerlang. C kembalinya ulama dari luar negara. D adanya kemudahan mendirikan pondok. 4 Yang berikut merupakan ciri-ciri pengajian pondok di Kelantan, kecuali A dibiayai oleh pelajar sendiri. B bermula pada awal tahun 1900. C tenaga pengajar didatangkan dari Mesir dan Makkah. D guru sentiasa mengawasi pelajarpelajarnya. 5 Maksud kata terbilang dalam petikan tersebut ialah A ramai. B berkebolehan. C handal. D masyhur. Jawapan: 1. B 2 B 3. C 4 C 5 D

PEMAHAMAN 4
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit, 43000 Kajang. ____ Tuan Pengurus, Syarikat Amin Press, 15, Jalan 222, 46050 Petaling Jaya. Tuan, Memesan Buku-buku Rujukan untuk Perpustakaan Sekolah Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa jawatankuasa perpustakaan sekolah ini, yang bermesyuarat pada 10 Februari 2007, telah mengambil keputusan untuk menambah jumlah buku-buku di perputakaan sekolah. 2. Saya telah diberi mandat untuk memesan sebahagian daripada buku itu daripada syarikat tuan. Buku-buku yang ingin dipesan adalah seperti yang berikut: Judul (a) Kamus Dwibahasa Longman (b) Tatabahasa Dewan Edisi Baru (c) Karangan Berprestasi Bahasa Melayu UPSR (d) Longman Siri Ujian Lengkap Bahasa Melayu UPSR (e) Longman Siri Ujian Lengkap Bahasa Inggeris UPSR Jumlah Jumlah 10 buah 4 buah 5 buah 7 buah 5 buah Harga RM 450.00 RM 120.00 RM 17.50 RM 23.50 RM 19.50 RM 630.50

15 FEBRUARI 2007.

3. Bersama-sama ini disertakan cek CIMB bernombor 464646 yang bernilai RM640.50 sebagai bayaran kepada buku-buku tersebut termasuk belanja pos. 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengirimkan buku-buku ini selewat-lewatnya tiga minggu dari sekarang. Buku-buku ini amat diperlukan bagi membolehkan murid-murid membuat rujukan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas.

Ahmad Mudtaza
(AHMAD MUDTAZA KHALID) Guru Perpustakaan, Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit.

1 Mengapakah buku-buku yang dipesan perlu dihantar dengan segera? A Sebagai bahan rujukan guru B Sebagai rujukan murid C Kerana peperiksaan semakin hampir D Untuk menambah buku di perpustakaan 2 Berapakah belanja pos yang dikenakan? A RM10.00 C RM630.50 B RM20.00 D RM640.50 3 Bagaimanakah pihak pemesan buku melakukan bayarannya? A Secara tunai B Melalui cek C Melalui wang pos D Melalui kiriman wang pos 4 Bilakah tarikh akhir jawatankuasa Perpustakaan Sekolah Jalan Bukit memerlukan buku-buku yang dipesan? A Pada 10 Februari 2007 B Pada 15 Februari 2007 C Pada 7 Mac 2007 D Pada 10 Mac 2007 5 Maksud diberi mandat dalam petikan ialah A diarah. B dilantik. C dicadangkan. Ddiamanahkan. Jawapan: 1. B 2 A 3 B 4. C 5 D

PEMAHAMAN 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tenom, salah sebuah daerah di pedalaman Sabah, amat disukai ramai khususnya para pelancong. Penduduk di kawasan ini kebanyakannya terdiri daripada kaum Murut. Sebagai daerah yang diduduki oleh kaum Murut, kita berpeluang untuk mengenali adat dan budaya masyarakat tersebut dengan lebih dekat. Di daerah ini, kita masih dapat melihat kaum Murut yang mendiami rumah-rumah panjang serta mengamalkan cara hidup tradisi suku kaum ini. Di sini, kita juga akan berpeluang untuk mencuba air tapai serta menonton persembahan tarian Lansaran, iaitu sejenis tarian asli kaum Murut. Perjalanan sejauh 480 kilometer dari Kota Kinabalu dengan menaiki kereta api memakan masa selama empat jam. Walaupun begitu, perjalanan yang agak jauh ini tidak akan merugikan sesiapa yang mahu menikmati udara yang nyaman dan ketenangan alam semula jadi yang terdapat di sini. Dalam perjalanan inilah kita berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan Sungai Padas, kawasan berbukit bukau yang masih terpelihara, dan projek hidroelektrik Tenom-Bangi. Selain itu, Tenom mempunyai sebuah pusat pertanian yang menjalankan penyelidikan atas pokok-pokok koko, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, dan pemeliharaan lebah madu. Di pusat ini juga, para pelawat berpeluang untuk menyaksikan pelbagai jenis bunga orkid yang ditanam di sini. Salah satu tempat menarik yang terdapat di sini ialah Air Terjun Sapong. Dari bulan September hingga bulan Mac pula, kita dapat melihat beratus-ratus ribu burung pipit berterbangan memenuhi daerah tenom pada sebelah petang. Burung-burung itu dipercayai datang beribu-ribu kilometer dari beberapa kawasan sejuk di sebelah utara Jepun. Kehadiran burung-burung pipit ini menjadi keistimewaan bagi masyarakat Tanom yang menganggapnya sebagai rahmat kepada mereka.

1 Di manakah para pelawat dapat menyaksikan tarian tradisional kaum Murut? A Di daerah Tenom B Di rumah panjang C Di atas kereta api D Di Air Terjun Sapong 2 Mengapakah perjalanan ke Tenom dengan menaiki kereta api tidak membosankan? A Kerana banyak pelancong menaikinya B Kerana dapat melihat pusat pertanian C Kerana dapat menikmati keindahan alam D Kerana dapat melihat burung pipit berterbangan 3 Apakah anggapan kaum Murut terhadap kehadiran burung-burung pipit? A Membawa kebaikan B Sebagai sumber rezeki

C Mendatangkan keuntungan D Dapat menarik pelancong 4 Di pusat pertanian Tenom, usaha-usaha penyelidikan yang berikut dijalankan, kecuali A kajian tentang habitat burung pipit B penanaman bunga orkid C penanaman buah-buahan D pemeliharaan lebah madu 5 Maksud kata menganggap dalam petikan ialah A berangan C berkeyakinan B berpendapat D berfikiran Jawapan: 1. B 2 C 3. A 4. A 5 B

PEMAHAMAN 6
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bilik Cempaka 15, Maktab Rendah Sains Mara, 84200 Muar, Johor Darul Takzim. 10 Januari 2007. Menemui sahabatku Nor Azizah yang selalu diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Apa khabar sekarang? Saya di sini sihat wal afiat. Buat masa ini, saya sangat sibuk, maklumlah saya baru mendaftarkan diri di sekolah ini. Di sini, saya di tempatkan di sebuah bilik bersama-sama tiga orang pelajar lain. Seorang daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur, seorang dari Alor Setar, dan seorang lagi berasal dari Melaka. Kami belajar dalam kelas yang sama, iaitu di Tingkatan Satu Puteri. Jadual kegiatan harian di sini agak ketat. Pada pukul 5.30 pagi, kami sudah bangun untuk bersolat subuh secara berjemaah di surau sekolah. Selepas itu, kami mengikuti kuliah subuh yang berakhir kira-kira pada pukul 6.30 pagi. Kemudian, barulah kami bersarapan dan bersedia sebelum ke kelas mengikuti pelajaran. Pada waktu petang pula, kami dikehendaki melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Saya menjadi anggota Pasukan Puteri Islam. Seronok juga menganggotai pasukan berpakaian seragam ini. Pakaiannya pula kemas dan cantik. Pada sebelah malam, kami dikehendaki mengulang kaji pelajaran. Masa mengulang kaji pelajaran adalah dari pukul 8.30 malam hingga pukul 10.00 malam, iaitu selepas makan malam. Pada pukul 10.30 malam, kami dikehendaki tidur. Bagaimana pula keadaan saudari? Saya di sini selalu teringat akan saudari dan rakan-rakan kita yang lain. Agaknya bagaimana keadaan Yati, Ida, Juriah, Wan, dan Nita sekarang? Walaupun saudari dan rakan-rakan yang lain tidak terpilih ke asrama penuh dan terpaksa belajar di Kota Bharu, saya harap saudari dan rakan-rakan dapat belajar dengan gigih. Sampaikan salam saya kepada mereka. Semoga pada masa cuti sekolah nanti, kita akan bertemu lagi. Sampai di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudari. Sambutlah salam daripada saya untuk saudari sekeluarga. Yang benar,

Bahiyah

1 Apakah tujuan utama Bahiyah menulis surat tersebut? A Untuk bertanya khabar B Untuk memberikan nasihat C Untuk menyatakan kerinduannya D Untuk menceritakan pengalaman barunya 2 Mengapakah penulis terlalu sibuk semasa menulis surat ini? A Kerana dia baru masuk ke sekolah B Kerana aktiviti hariannya sangat ketat C Kerana dia belajar di sekolah berasrama penuh D Kerana dia terpaksa menyertai pasukan beruniform 3 Apakah harapan penulis terhadap kawankawannya? A Agar mereka membalas suratnya B Supaya mereka mengikuti jejaknya C Supaya mereka belajar dengan tekun D Agar dapat bertemu semula di sekolah lama mereka 4 Bahiyah mungkin sekali berasal dari A Johor. B Kedah. C Melaka. DKelantan. 5 Aktiviti yang berikut dilakukan oleh penulis, kecuali A 5.30 pagi: bangun pagi B 6.30 pagi: mengikuti kuliah Subuh C 8.30 malam: mengulang kaji pelajaran D 10.30 malam: masuk tidur Jawapan: 1 D 2. A 3. C 4 D 5 B

PEMAHAMAN 7
Baca dialog di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Daud : Helo! Boleh saya bercakap dengan Rafiq? Rafiq : Ya, saya Rafiq. Siapa yang bercakap di sana?

Daud: Rafiq, saya Daudlah. Nasib baik awak ada di rumah, kalau tidak susah saya. Rafiq: Mengapa, Daud? Apa masalahnya? Daud: Begini, Rafiq. Sebenarnya pagi tadi ayah saya mendapat panggilan telefon daripada
Rafiq : Daud : Rafiq : pak cik saya di kampung. Beliau menyatakan bahawa nenek saya sakit. Jadi, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada petang nanti. Oh, begitu! Jadi, apa yang dapat saya tolong? Awak masih ingat kawan kita, Hanif, yang tinggal di Jelebu itu? Dia berjanji akan datang ke rumah saya untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sini. Dia akan sampai di stesen bas pada pukul 5.00 petang nanti. Oh, Hanif! Saya ingat lagi. Tiga tahun dulu dia pernah belajar sekelas dengan kita ketika berada dalam Tahun Empat. Tentu dia masih kenal pada saya. Saya boleh menjemputnya di stesen bas dan mengajak dia tinggal di rumah saya dulu sehingga awak pulang. Ada satu perkara lagi, Rafiq. Saya rasa kami tidak dapat pulang malam nanti. Mungkin saya tidak dapat pergi ke sekolah pagi esok. Saya harap awak dapat memberitahukan hal ini kepada guru kelas kita.

Daud :

Rafiq : Jangan bimbang, Daud. Saya akan memaklumkan hal ini kepada Cikgu

Jailani. Ada apa-apa lagi yang awak hendak pesan? Daud: Saya harap awak maklumkan juga perkara ini kepada Hanif. Tolong beritahunya
bahawa saya akan menjemputnya di rumah awak apabila saya pulang nanti. Rafiq : Baiklah. Daud : Saya rasa saya telah banyak menyusahkan awak. Saya mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih atas pertolongan awak. Rafiq: Sama-sama.. 1 Apakah tujuan utama Daud menelefon Rafiq? A Untuk meminta Rafiq menjemput Hanif B Untuk memberitahu Cikgu Jailani C Untuk memberitahu Rafiq bahawa neneknya sakit D Untuk meminta Rafiq menjaga rumahnya 2 Berapakah umur Daud dan Rafi sekarang? A 10 tahun C 12 tahun B 11 tahun D 13 tahun 3 Mengapakah Daud tidak dapat pergi ke sekolah keesokan harinya? A Kerana dia tidak sempat balik B Kerana dia terpaksa pulang ke kampung C Kerana dia menunggu kawannya D Kerana tidak ada orang di rumahnya 4 Di manakah Daud akan menjemput Hanif? A Di jelebu B Di stesen bas C Di rumah Rafiq D Di kampung neneknya 5 Hanif akan tinggal semalam di rumah A Daud. B Rafiq. C Cikgu Jailani. D nenek Daud. Jawapan: 1 A 2. D. 3 A 4. B 5. B

PEMAHAMAN 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bakal usahawan sekalian, Pada pagi ini, saya akan memberikan penerangan tentang proses pengeluaran jem nanas. Perusahaan jem ini telah saya jalankan sejak lima tahun yang lalu setelah saya mengikuti kursus yang dianjurkan oleh MARDI. Katakanlah saudara-saudari ingin mengusahakan pengeluaran 50 botol jem nanas sebagai langkah permulaan. Bagi menghasilkannya, kita memerlukan bahan-bahan mentah seperti yang saya senaraikan di bawah ini: 30.5 kilogram nanas matang (daripada nanas seberat ini, kita akan mendapat 9.43 kilogram isi nanas); 14.14 kilogram gula pasir; 82.2 gram asik sitrik; dan

118.2 gram pektin (bahan yang digunakan untuk membekukan jem).

Selanjutnya, saya akan menerangkan cara-cara membuat jem nanas ini. Mula-mula ambil nanas. Kemudian, kupas kulitnya. Mata nanas yang tertinggal dan bahagian yang rosak hendaklah dibuang. Nanas tadi dipotong-potong, manakala empulurnya dibuang. Selepas itu, nanas itu dihancurkan dan dimasukkan ke dalam kawah untuk dimasak. Sementara itu, gaul pektin dengan sedikit gula dan campurkan dengan isi nanas yang sedang dimasak itu sedikit demi sedikit. Apabila semua pektin telah larut, masukkan baki gula tadi ke dalam campuran itu. Campuran ini hendaklah dikacau dan dipanaskan terus-menerus. Setelah hampir pekat, masukkan asik sitrik ke dalamnya. Kacau campuran ini supaya asid yang dicampurkan ke dalamnya tadi sebati sehingga terbentuk jem. Pindahkan jem nanas tersebut ke dalam tong takung dengan menggunakan pam. Akhirnya, masukkan jem ini ke dalam botol bersih dan tutuplah semasa panas.

1 Siapakah yang menyampaikan ceramah dalam teks tersebut? A Pegawai MARDI B Peserta kursus C Bakal usahawan D Pengusaha jem nanas 2 Bilakah kesemua gula dimasukkan ke dalam adunan? A Semasa nanas dimasak B Ketika adunan masih panas C Apabila adunan mula pekat D Apabila pektin telah sebati 3 Apakah bahan utama untuk membuat jem nanas? A Gula C Pektin B Nanas D Asid sitrik 4 Proses mengacau adunan campuran jem nanas dihentikan setelah

A B C D

adunan sebati. adunan menjadi jem. dipindahkan ke dalam tong takung. dimasukkan asid sitrik.

5 Maksud kata matang dalam petikan ialah A tua. C masak. B besar. D ranum. Jawapan: 1. D 2. D 3 B 4 C 5 C

PEMAHAMAN 9
Baca catatan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. SABTU, 26 MEI 2007 6.30 pagi : Aku dengan Johar, Azlan, Pramote, dan Shankar berbasikal dari Sekolah Kebangsaan Seri Murni, Pasir Mas ke Kota Bharu. Setiap orang membawa bekalan masing-masing. Perjalanan kami ke Pantai Cahaya Bulan memakan masa kira-kira tiga jam suku. 1.30 t/hari : Kami mendirikan khemah. Selesai mendirikan khemah, kami makan bekalan roti dan nasi lemak sambil menyedut udara nyaman. 6.00 petang : Selepas mandi, kami memasak untuk makan malam. Kami membuat unggun api. Aku memetik gitar dan kami menyanyi beramai-ramai. 11.00 malam : Kami tidur. Udara amat dingin tetapi mujurlah kami membawa selimut. AHAD, 27 MEI 2007 6.30 pagi : Aku menjerang air untuk membuat kopi. Kelihatan beberapa buah perahu nelayan menuju ke tengah lautan. Kami makan roti dan biskut. 6.30 pagi : Orang ramai mula datang. Kami berkelah di pantai. Sehari suntuk kami menghabiskan masa bermandi-manda dan bernyanyi. Pada malamnya, kami berdikir barat dan berjenaka. Terasa seronoknya hingga tak sedar malam telah larut. ISNIN, 28 MEI 2007 8.30 pagi : Selepas bersarapan, kami berkemas untuk pulang. Kami singgah di Kem Kijang dan Taman Buaya. Di Taman Buaya, kami melihat berbagai-bagai jenis buaya.. Kami sempat menyaksikan pertunjukan ular di sini. 3.00 petang : Tiba di sekolah. Kami berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing. 1 Apakah tujuan utama Aku dan rakanrakannya pergi ke Pantai Cahaya Bulan? A Untuk berehat B Untuk berkelah C Untuk berhibur D Untuk berkhemah 2 Bilakah mereka tiba di Pantai Cahaya Bulan? A 8.15 pagi C 9.15 pagi B 8.45 pagi D 9.45 pagi 3 Pada pendapat kamu, mengapakah mereka membuat unggun api? A Untuk memasak nasi B Untuk bermain gitar C Untuk memanaskan badan dan untuk menakutkan binatang liar D Untuk menerangi kawasan persekitaran tapak perkhemahan 4 Maksud perkataan menjerang dalam petikan ialah A memasak. C memanas. B merebus. D menghangat. 5 Pernyataan yang berikut benar tentang catatan penulis, kecuali A ahli rombongan terdiri daripada lima orang. B mereka melihat pertunjukan ular di Taman Buaya. C pada malam kedua mereka mengadakan acara kebudayaan. D sebaik-baik sahajasampai di pantai mereka mendirikan khemah.

Jawapan: 1. D 2. D 3. D 4 A 5 D

PEMAHAMAN 10
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tan Sri Fatimah ialah anak kepada guru sekolah. Beliau mendapat pendidikan di sebuah sekolah yang hanya dihadiri oleh murid-murid lelaki. Pada masa itu, tidak ada sekolah yang dihadiri oleh murid-murid perempuan. Beliau merupakan murid yang cerdas dan telah dipilih sebagai ketua murid. Tan Sri Fatimah berkahwin dengan Tan Sri Abdul Kadir yang pernah menjadi Peguam Negara. Beliau aktif dalam bidang politik. Selepas berkahwin, beliau berpeluang untuk mengetahui kegiatan politik dengan lebih lanjut. Tan Sri Fatimah pernah memegang beberapa jawatan penting. Beliau pernah dipilih menjadi Yang Dipertua Pertubuhan Kaum Ibu walaupun beliau belum lagi berusia 32 tahun. Selain itu, beliau merupakan Ahli Parlimen. Beliaulah yang berjaya memperjuangkan tuntutan hak gaji yang sama bagi pekerjaan yang sama. Pengalaman ini meluaskan pandangan beliau lagi terhadap kerja-kerja kebajikan. Pada tahun 1963, beliau telah mengunjungi beberapa Pertubuhan Kebajikan Masyarakat di Amerika Syarikat secara rasmi. Beliau juga telah melawat ke pusat-pusat pendidikan dan kebajikan di negara-negara Timur Tengah. Berkat daya usaha ini, beliau telah dipilih sebagai Menteri Kebajikan Am dan Masyarakat. Sebagai Menteri Kebajikan Am dan Masyarakat, beliau banyak menumpukan masa dan tenaga untuk memperbaik taraf kaum wanita dan kanak-kanak di negara ini. Beliau suka membantu orang-orang kampung. Tan Sri Fatimah menggalakkan mereka supaya mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Segala usaha beliau itu disambut baik oleh kaum wanita dan banyak antara mereka yang telah menyertai pertubuhan-pertubuhan kaum ibu dan mengambil berat tentang kegiatan kebajikan. 1 Tan Sri Fatimah belajar di sekolah lelaki kerana A beliau seorang yang pintar. B tiada sekolah perempuan. C beliau anak guru sekolah. D beliau ingin menamatkan persekolahannya. 2 Bilakan Tan Sri Fatimah menceburkan diri dalam arena politik? A Sebelum berkahwin B Selepas berkahwin C Semasa bersekolah D Semasa menjadi Ahli Parlimen 3 Apakah sumbangan Tan Sri Fatimah yang terpenting semasa beliau menjadi Ahli Parlimen? A Menuntut persamaan gaji B Menubuhkan Persatuan Kaum Ibu C Memberikan khidmat nasihat kepada kaum ibu D Mengambil tahu tentang kegiatankegiatan kebajikan 4 Mengapakah Tan Sri Fatimah dipilih sebagai Menteri Kebajikan Am dan Masyarakat? A Kerana beliau isteri Peguam Negara B Kerana beliau kerap pergi ke luar negara C Kerana beliau berpengalaman dalam bidang kebajikan D Kerana beliau memegang jawatan dalam parti 5 Maksud lebih lanjut dalam petikan tersebut ialah A secara umum. B secara mendadak. C secara mendalam. D secara menyeluruh. Jawapan:

1. B 2. B 3. A 4. C 5 C

PEMAHAMAN 11
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Kebangsaan Kajang, Jalan Low Ti Kok, 43000 Kajang. _________ Saudara Zaid Hussein, 23, Jalan Jasmin 9, Taman Jasmin, 43000, KAJANG. Saudara Zaid, Ceramah Kajian Tempatan Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Kajang akan mengadakan Minggu Kajian Tempatan di sekolah ini. Oleh yang demikian, kami ingin mengundang saudara untuk memberikan ceramah tentang pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya. Rancangan ini disetujui oleh Guru Besar dan Guru Penasihat persatuan ini. Ceramah tersebut akan diadakan pada 24 September 2007, jam 10.00 pagi bertempat di dewan sekolah. 2. Ceramah ini adalah sebahagian daripada kegiatan Minggu Kajian Tempatan yang bermula pada hari Ahad, 22 September hingga 26 September 2007. Selain itu, persatuan ini akan mengadakan pemeran warisan sejarah tanah air. Pelbagai bahan sejarah dan gambar yang berkaitan dengan warisan budaya tanah air akan dipamerkan. Pertandingan buku skrap dan menulis karangan bertemakan warisan budaya turut diadakan. 3. Minggu Kajian Tempatan ini diadakan supaya murid-murid dapat mengenal dan mencintai warisan budaya tanah air. Di samping itu, aktiviti ini dapat juga menambah pengetahuan muridmurid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. 4. Besarlah harapan kami agar saudara dapat meluangkan masa untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut bagi menjayakan Minggu Kajian Tempatan di sekolah kami. Kerjasama saudara itu kami dahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

8 SEPTEMBER 2007.

Mohd Elham
(MOHD ELHAM BIN AZMAN) Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Kajang.

1 Apakah kebenaran yang telah diberikan oleh Guru Besar kepada Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan? A Mengadakan ceramah B Mengadakan pameran warisan budaya C Mengadakan Minggu Kajian Tempatan D Mengadakan pertandingan buku skrap 2 Tujuan Minggu Kajian Tempatan ini diadakan adalah untuk A menambah pengetahuan. B menyayangi warisan budaya. C menjalankan kegiatan persatuan. D menyaksikan gambar-gambar yang bersejarah. Jawapan: 1. A 2. B 3. A 4. C 5. A

3 Apakah harapan penulis terhadap penceramah? A Menerima jemputan B Memberikan kebenaran C Memberikan kerjasama D Menasihati murid-murid 4 Maksud meluangkan masa dalam petikan tersebut ialah A meredakan. C melapangkan. B melepaskan. D mengosongkan. 5 Sepanjang Minggu Kajian Tempatan, acara-acara yang berikut akan diadakan, kecuali A perbincangan. C pameran. B mengarang. D ceramah.

PEMAHAMAN 12
Lihat Jadual I dan Jadual II di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jadual I: Kegiatan Kokurikulum yang Disertai Nama Azmin Bakhtiar Yahya Haliza Rosnah Faizah Bola Sepak Ketua pasukan Pemain Hoki Pemain simpanan Ketua pasukan Bola Baling Ketua pasukan Ketua pasukan Pengakap Ahli Ketua kumpulan Ahli Tunas Puteri Ketua kumpulan Penolong ketua kumpulan Ahli

Jadual II: Kaji Selidik Murid Nama Azmin Bakhtiar Yahya Haliza Rosnah Faizah Jawatan di Sekolah Ketua Pengawas Pengawas Pustakawan Pengawas Ketua Pustakawan Jarak dari Sekolah 4 km 2 km 6 km 3 km 1 km 1 km Kenderaan ke Sekolah Motosikal ayah Basikal Bas sekolah Basikal Jalan kaki Jalan kaki Belanja Sekolah dalam Sehari RM1.00 R0.50 RM 0.50 RM0.60 RM0.40 RM0.70 Markah Ujian Akhir Tahun 72 % 86 % 85 % 91 % 87 % 94 %

1 Siapakah yang paling maju dalam bidang kokurikulum dan akademik? A Haliza C Bakhtiar B Rosnah D Azmin 2 Mengapakah Bakhtiar dipilih sebagai Ketua Murid di sekolahnya? A Kerana dia ketua pasukan B Kerana dia murid serba boleh C Kerana dia minat dalam permainan D Kerana dia ada kemudahan ke sekolah 3 Apakah pendapat kamu tentang Faizah? A Dia murid yang cermat. B Dia murid yang rajin dan pintar. C Dia murid yang aktif dalam persatuan. D Dia murid yang miskin.

4 Maksud pemain simpanan ialah A pemain tetap. B pemain utama. C pemain import. D pemain cadangan. 5 Pernyataan yang berikut adalah benar, kecuali A Azmin aktif dalam sukan bola sepak. B Haliza menjawat tiga jawatan penting. C terdapat dua pasukan bola baling di sekolah itu. D Rosnah dan Yahya aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Jawapan: 1. A 2. C 3. B 4. D 5. B

PEMAHAMAN 13
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terpenting dan meriah bagi orangorang Cina. Perayaan ini biasanya dirayakan selama 15 hari, tetapi kebanyakan orang Cina sekarang merayakannya selama tiga hari sahaja. Pada malam yang ke-15 pula, diadakan perayaan Cap Goh Mei. Malam itu merupakan malam yang ditunggu-tunggu setiap kali menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pada malam menjelang tahun baru, setiap keluarga Cina mengadakan makan malam bersamasama anggota keluarga yang disebut Jamuan Berkumpul. Inilah masanya bagi sanak saudara yang jauh dan dekat bertemu semula. Pada awal pagi hari pertama Tahun Baru Cina, upacara sembahyang diadakan untuk memohon perlindungan daripada dewa-dewi agar kehidupan mereka terpelihara. Orang-orang dewasa apabila bertemu akan berjabat tangan sambil mengucapkan Kong Hee Fat Choy yang bermaksud penghormatan dan keuntungan pada masa hadapan. Di jenang-jenang pintu rumah pula ditampal kertas merah bertulisan tangan yang indah. Sehelai kain yang berwarna merah disangkutkan juga di atas pintu sebagai tanda bertuah menyambut tahun baru. Antara kuih-muih yang disediakan ialah kuih bakul yang merupakan kuih tahun baru yang dianggap suci kepada mereka. Pemberian angpau yang mengadungi wang kepada kanak-kanak ialah kelaziman dalam perayaan ini. Angpau yang berwarna merah merupakan simbol yang mendatangkan tuah. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, orang-orang Cina dilarang menyapu lantai atau menjahit. Mereka dikehendaki memperkatakan perkara-perkara yang baik sahaja pada hari itu supaya kehidupan mereka selamat.

1 Apakah kemuncak perayaan Tahun Baru Cina? A Menyembah dewa-dewi B Perhimpunan keluarga C Sambutan Cap Goh Mei D Mengucapkan Kong Hee Fat Choy 2 Mengapakah masyarakat Cina ditegah daripada memperkatakan perkara-perkara tidak baik pada hari pertama Tahun Baru Cina? A Untuk menjauhkan pergaduhan B Untuk menghindarkan kecelakaan C Untuk mengelakkan perpecahan D Untuk menghindarkan kemiskinan 3 Warna merah yang lazim digunakan ketika menyambut Tahun Baru Cina melambangkan A kemesraan. B keunrungan.

C kemiskinan. D kemeriahan. 4 Semua perkara yang berikut dijalankan pada Tahun Baru Cina untuk melahirkan kebahagiaan, kecuali A memberikan angpau. B menyediakan kuih bakul. C menggantungkan kain merah. D mengadakan jamuan berkumpul. 5 Maksud inilah masanya dalam petikan tersebut ialah A pagi Tahun Baru Cina. B malam ketiga Tahun Baru Cina. C malam sebelum Tahun Baru Cina. D malam ke-15 Tahun Baru Cina. Jawapan: 1. B 2. B 3. B 4. D 5. C

PEMAHAMAN 14
Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cikgu Rajesh telah mengarahkan murid-muridnya membaca nota pelajaran mereka di rumah. Kemudian, beliau menyoal murid-muridnya untuk menguji pemahaman mereka. Cikgu Rajesh : Misbun, cuba kamu terangkan punca timbulnya penentangan rakyat Terengganu terhadap British. Misbun : Penentangan rakyat Terengganu terhadap British berpunca daripada tindaktanduk British mengadakan sistem pentadbiran cara Barat dan mengenakan peraturan-peraturan baru, khususnya pengenalan cukai tanah baharu yang menyusahkan rakyat Terengganu. Cikgu Rajesh : Munir, berikan contoh peraturan baharu yang tidak disenangi penduduk. Munir : Masalah tanah, cikgu. British menghendaki sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam, dan mengambil hasil hutan mestilah mendapat pas kerajaan. Jika tidak, orang berkenaan akan disaman, didenda, atau dipenjarakan. Cikgu Rajesh : Hanna, siapakah yang memimpin gerakan penentangan ini? Hanna : Sebenarnya, banyak tokoh yang mengetuai penentangan ini, terutamanya ulama. Mereka menjadi pemimpin di kawasan masing-masing. Antaranya termasuklah Haji Kia di Telemong dan Mat Pitas serta Abu Bakar Cinting di Kuala Berang. Pemimpin tertinggi mereka ialah Haji Abdul Rahman Limbong. Cikgu Rajesh : Selva, bagaimanakah sikap pihak British terhadap penentangan ini? Selva : British tetap meneruskan peraturan dan undang-undang baharu yang diperkenalkan mereka. Cikgu Rajesh : Salmi, cuba kamu ceritakan tindakan rakyat seterusnya apabila peraturan baharu diteruskan juga oleh pihak British. Salmi : Pada tahun 1922, penduduk di Hulu Telemong telah mengusahakan tanah tanpa mengambil pas. Sebagai akibatnya, 43 orang telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Akhirnya, mereka dibebaskan setelah berjaya dalam perbicaraan. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Cikgu Rajesh : Lim, ceritakan peristiwa seterusnya. Lim : Pada tahun 1925 pula, mereka berkumpul di Kuala Telemong untuk mengusahakan tanah tanpa mengambil pas. Kali ini, tiada perkara buruk yang berlaku. Pada tahun 1928, kemuncak penentangan telah berlaku. Penentangan itu bermula di Kuala Berang, kemudian disertai oleh penduduk Kampung Pelam, Telemong, Tersat, dan Dungun. Mereka berkumpul di Kuala Berang pada 21 Mei 1928 untuk melancarkan serangan tetapi serangan itu dapat dipatahkan oleh pihak British. Kebanyakan pemimpin yang menentang pihak British telah dikenakan tindakan seperti dibuang negeri atau dipenjarakan.

1 Apakah sebab utama penentangan rakyat Terengganu terhadap pemerintahan British? A Masalah permit B Masalah kepimpinan C Masalah cukai tanah D Masalah undang-undang 2 Siapakah yang mengetuai kepemimpinan menentang British di Terengganu? A Haji Kia B Mat Tok Pitas C Abu Bakar Cinting D Haji Abdul Rahman Limbong 3 Mengapakah pihak-pihak yang ditangkap semasa penentangan kali pertama tidak dikenakan hukuman? A Kerana kesalahan itu ialah kesalahan pertama mereka B Kerana mereka menang dalam perbicaraan

C Kerana British tidak mengambil sebarang tindakan D Kerana mendapat pembelaan daripada pemimpin mereka 4 Apakah bentuk penentangan yang paling keras yang dilakukan oleh rakyat Terengganu terhadap penjajah British? A Berkumpul secara haram B Bersedia untuk menyerang C Membela diri di mahkamah D Meneroka tanah tanpa pas 5 Pernyataan yang berikut benar tentang Haji Abdul Rahman Lombong, kecuali A beliau ulama. B beliua peguam. C beliau pemimpin. D beliau pemberontak. Jawapan: 1. C 2. D. 3. B 4. B 5. D

PEMAHAMAN 15
Baca petikan biografi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ismail bin Dato Abdul Rahman dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Beliau bersekolah di English College, Johor Bahru. Kemudian, beliau menuntut pula di King Edward VII College of Medicine, Singapura dari tahun 1935 hingga 1937. Beliau dianugerahi Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1945. Beliau merupakan anak Melayu yang pertama lulus dari universiti tersebut. Sekembalinya ke tanah air, beliau telah membuka klinik perubatan di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar Johor Bahru. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada tahun 1948. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting, antaranya ialah Menteri Hasil Bumi dari tahun 1953 hingga 1955. Pada tahun 1956, beliau mewakili Malaya ke Persidangan Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur Jauh di Tokyo. Kemudian, beliau dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di Washington setelah Malaya mencapai kemerdekaan. Beliau juga menjadi wakil tetap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Seterusnya, beliau dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, Tun Dr Ismail sentiasa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara. Pada tahun 1967, beliau telah meletakkan jawatan atas alasan kesihatan. Apabila persengketaan kaum meletus pada bulan Mei 1969, beliau tampil untuk menawarkan khidmat beliau semula. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pada ketika itu, melantik beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada tahun 1970, setelah Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Ismail dilantik sebagai timbalannya. Beliau dapat menyaksikan perubahan yang besar dalam sikap dan pemikiran generasi muda. Beliau mengingatkan rakyat supaya menghindari sikap perkauman. Jasa dan khidmat beliau sangat dihargai. Oleh itu, beliau dianugerahkan Pingat Mangku Negara, Ijazah Kedoktoran Undang-undang Kehormat Universiti Malaya, Seri Setia Mahkota, dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang, Beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973. 1 Apakah jawatan pertama yang disandang oleh Tun Dr Ismail selepas tahun 1957? A Menteri Hal Ehwal Luar B Menteri Keselamatan Dalam Negeri C Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu 2 Mengapakah Tun Dr Ismail berkhidmat semula selepas meletakkan jawatan? A Kerana perbalahan kaum telah berlaku B Kerana beliau telah sembuh daripada penyakit C Kerana beliau mengutamakan kepentingan bangsa D Kerana Tunku Abdul Rahman memerlukan khidmat beliau 3 Penyataan yang berikut benar tentang Tun Dr Ismail, kecuali A beliau pernah meletakkan jawatan. B beliau pernah bekerja tetap di Hospital Besar Johor Bahru. C beliau orang yang pertama lulus dari Universiti Melbourne. D beliau wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 4 Tun Dr Ismail meninggal dunia pada usia A 55 tahun C 57 tahun B 56 tahun D 58 tahun 5 Perkataan menghindari dalam petikan bermaksud A mengikuti. C menjalani. B menjauhi. D mengingati. Jawapan: 1. C 2. C 3. B 4. D 5. B

PEMAHAMAN 16
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang bernama Sultan Harun Al-Rasyid. Baginda bersemayam di negara Iraq. Baginda raja yang masyhur, berbudi bahasa, dan bijaksana. Baginda sangat adil dan dikasihi rakyat jelata. Baginda sangat suka akan orang-orang yang bijak. Antara orang yang terkenal kerana kebijaksanaannya pada zaman itu ialah Abu Nawas. Sultan Harun Al-Rasyid kerap menduga kepintaran Abu Nawas. Pada suatu hari, sesudah baginda bersiram dan santap, baginda memanggil sepuluh orang pegawai istana dan memberi setiap orang sebiji telur ayam. Baginda menerangkan bahawa pada keesokan hari, mereka dan Abu Nawas akan diperintahkan menyelam ke dalam kolam dekat istana. Setiao orang dikehendaki membawa naik sebiji telur ayam. Baginda berbuat demikian kerana ingin melihat cara Abu Nawas mengatasi masalah tersebut. Pada keesokan harinya, Abu Nawas menghadap Sultan Harun Al-Rasyid. Dia diperintahkan menyelam ke dalam kolam bersama-sama sepuluh orang pegawai istana. Apabila semua pegawai istana naik, masing-masing membawa sebiji telur ayam, tetapi Abu Nawas tidak berjaya mendapatkan sebiji telur ayam pun. Abu Nawas menyedari bahawa Sultan Harun Al-Rasyid hendak menguji kepintarannya. Abu Nawas tidak gentar, sebaliknya mencari akal untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila Abu Nawas naik dari kolam untuk menghadap raja, dia bertinggung lalu berkokok-kokok seperti seekor ayam jantan. Melihat kelakuan Abu Nawas itu, Sultan Harun Al-Rasyid pun bertitah, Wahai, Abu Nawas! Beta tidak nampak kamu membawa telur ayam sedangkan setiap pegawai beta telah berjaya mencari sebiji telur ayam. Kamu seorang sahaja yang gagal! Abu Nawas menjawab, Tuanku, yang membawa telur ayam itu ayam betina. Patik ayam jantan. Ayam jantan tidak bertelur, tuanku.

1 Apakah tujuan Sultan Harun Al-Rasyid memerintahkan pegawai-pegawai istana menghadap baginda? A Untuk memberitahu rancangan baginda B Untuk membahagi-bahagikan telur ayam C Untuk menyelam ke dalam kolam D Untuk mencari telur ayam 2 Berapa orangkah yang diuji kepintarannya oleh Sultan Harun Al-Rasyid? A Seorang C 10 orang B Dua orang D 11 orang 3 Mengapakah Abu Nawas gagal membawa naik telur ayam dari kolam itu? A Kerana dia ayam jantan B Kerana dia gagal mencari telur ayam C Kerana dia tidak dibekali telur ayam

D Kerana dia dimaklumi secara tergesagesa 4 Perkataan bersiram dalam petikan tersebut bermaksud A berkubang. C mandi B berenang D berendam 5 Penyataan yang berikut benar tentang Sultan Harun Al-Rasyid, kecuali A suka menguji rakyatnya. B disanjung oleh rakyat jelata. C seorang raja yang pintar. D meminati golongan cendekiawan. Jawapan: 1. A 2. D 3. C 4. C 5. C

PEMAHAMAN 17
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kumbang ada kaitannya dengan kehidupan manusia. Serangga ini sentiasa bersama-sama manusia, sama ada sebagai pembantu ataupun perosak. Kumbang berada di setiap pelosok habitat, kecuali laut. Spesies serangga ini adalah paling banyak di dunia, iaitu kira-kira 300 000 spesies. Jumlah ini satu pertiga daripada jumlah binatang dan dua perlima daripada jumlah serangga. Saiz kumbang berbeza-beza. Yang kecil berukuran 0.255 milimeter manakala yang terbesar berukuran 20 sentimeter. Kumbang Hercules serangga yang terbesar di dunia. Kumbang juga terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Perbezaan kumbang dengan serangga lain ialah kumbang mempunyai sepasang sayap yang tebal di hadapannya. Sayap tebal ini menutupi sayap belakang yang halus dan nipis. Sayap belakang pula bergerak untuk terbang. Organ derianya tertumpu di kepala. Rambut halus yang terletak di toraks, perut, dan kakinya sensitif terhadap getaran dan membantu deria rasanya. Begitu juga sesungutnya yang turut sensitif terhadap getaran dan bau. Cara kumbang bertelur berbeza mengikut jenisnya. Ada kumbang yang bertelur di dalam tanah, ada kumbang yang menanam telur di dalam tisu pokok, ada kumbang yang bertelur satusatu, dan ada kumbang yang bertelur beribu-ribu. Kumbang membiak dengan menghasilkan kepompong. Kumbang membawa kemusnahan yang banyak kepada manusia. Kumbang menjadi perosak kayu, tumbuh-tumbuhan, dan tanam-tanaman. Walau bagaimanapun, kumbang turut membantu manusia membasmi perosak tanaman dengan memakan perosak pokok. Manusia perlu berhati-hati apabila terserempak dengan beberapa jenis kumbang kerana sesetengah daripadanya boleh mencederakan manusia. Kumbang dapat merosakan mata dan membakar kulit manusia. Walaupun begitu, cecair daripada badan kumbang boleh dijadikan pada anak panah ketika memburu binatang.

1 Apakah kelainan kumbang berbanding dengan serangga lain? A Sesungut B Organ deria C Sayap belakang D Sayap hadapan 2 Organ manakah pada badan kumbang yang peka terhadap getaran dan bau? A Sesungut B Rambut halus C Perut dan kaki D Rambut di toraks 3 Penyataan yang berikut benar tentang kumbang, kecuali A memakan kayu. B berada di setiap habitat.

C membakar kulit manusia. D membiak dengan menghasilkan kepompong. 4 Bagaimanakah kumbang membantu manusia dalam bidang pertanian? A Dengan bertelur dalam tisu pokok B Menjadi bahan racun pada anak panah C Membantu memburu binatang D Menghapuskan perosak pokok 5 Perkataan membasmi dalam petikan bermaksud A merosakkan. B mencederakan. C menghindar. D membanteras.

Jawapan:

1. D 2. B 3. B 4. D 5. D

PEMAHAMAN 18
Baca petikan ucapan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Guru-Guru Besar, guru-guru, para ibu bapa, dan murid-murid yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Kita berasa amat bertuah pada hari ini kerana Yang Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah dapat bersama-sama kita untuk merasmikan surau sekolah ini. Hadirin yang dihormati, Seperti yang kita maklum, surau sekolah ini didirikan hasil derma orang ramai dan sumbangan tokoh-tokoh usahawan yang merupakan bekas murid sekolah ini. Surau ini berguna bukan sahaja kepada warga sekolah tetapi juga kepada penduduk sekitar. Dengan adanya surau ini, murid-murid dapat bersolat berjemaah dan menjalankan latihan amali dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Penduduk kampung pula dapat mengikuti kuliah agama yang diadakan pada setiap malam. Selain itu, dengan terbinanya surau ini, hubungan pihak sekolah dengan masyarakat setempat akan bertambah erat. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya, selaku Guru Besar sekolah ini, berharap agar tuan-tuan dan para dermawan akan terus memberikan sumbangan bagi melengkapkan keperluan surau ini, seperti memasang alat pendingin hawa, membeli buku-buku rujukan untuk perpustakaan surau, dan membeli peralatan komputer bagi pengajaran anak-anak. Kepada semua pihak yang menggunakan surau ini, terutamanya murid-murid, saya berharap agar mereka akan menjaganya dengan baik. Keadaan di dalam dan di persekitaran surau ini hendaklah bersih. Pokok-pokok bunga yang menghiasi surau ini hendaklah disiram dan dibubuh baja agar nampak segar dan indah. Begitu juga, peralatan yang terdapat di surau ini perlu digunakan dengan betul dan disimpan dengan baik bagi mengelakkan kehilangan atau kecurian. Dengan terbinanya surau ini juga, masalah murid-murid yang mengikuti kelas fardu ain dan kelas tambahan pada waktu petang dapat diatasi. Selama ini, mereka terpaksa bersolat di meratarata tempat pada waktu tengah hari. Kini, mereka dapat bersolat secara beramai-ramai di surau sekolah ini. Akhir kata, saya menyeru para guru, murid-murid, dan penduduk kampung ini supaya menggunakan surau ini demi kebaikan bersama. Sekian, terima kasih.

1 Apakah kepentingan surau ini kepada ibu bapa? A Dapat mendidik anak-anak B Dapat mempelajari Pendidikan Islam C Dapat memberikan sumbangan derma D Dapat berhubung dengan pihak sekolah 2 Siapakah yang menyampaikan ucapan itu? A Guru Besar B Guru Pendidikan Islam C Tokoh usahawan D Pegawai Pelajaran Daerah 3 Mengapakah orang ramai diseru agar menderma kepada surau? A Supaya dapat membina surau B Untuk mendapatkan kerjasama ibu bapa C Untuk membolehkan surau itu dibuka kepada umum

D Untuk menyempurnakan kemudahan surau 4 Siapakah yang diberi peranan utama menjaga kesempurnaan surau? A Ibu bapa B Guru-guru C Murid-murid D Guru-Guru Besar 5 Tokoh-tokoh usahawan merupakan bekas murid sekolah itu. Hal ini bermakna mereka A pernah mengajar di sekolah itu. B masih ingat akan sekolah itu. C pernah belajar di sekolah itu. D penjaga murid-murid sekolah itu. Jawapan: 1. A 2. A 3. D 4. C 5. C

PEMAHAMAN 19
Baca laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan tentang Penyediaan Pameran Tahunan Sekolah Kebangsaan Dang Anum Jawatankuasa Pameran Sekolah telah bermesyuarat pada 1 Ogos 2007. Dalam mesyuarat tersebut, semua anggota jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan pameran pada 31 Ogos 2007. Kami juga bersetuju untuk mengundang Pengarah Pelajaran Negeri bagi merasmikan pameran tersebut. Beliau telah menyatakan persetujuannya untuk merasmikan pameran itu. Bagi mengurus pelaksanaan pameran ini, beberapa jawatankuasa kecil telah dibentuk, iaitu Jawatankuasa Jemputan, Jawatankuasa Sukan, Jawatankuasa Pameran, Jawatankuasa Kawalan, dan Jawatankuasa Kewangan. Semua jawatankuasa kecil ini dianggotai oleh lima orang guru dan dibantu oleh beberapa orang murid. Surat undangan untuk tetamu khas dan semua ibu bapa telah diedarkan seminggu yang lalu. Segala persiapan pada hari perasmian pameran sudah siap diatur. Pasukan Bulan Sabit Merah, Pasukan Pengakap, dan Pasukan Tunas Puteri terlah mengadakan latihan pembarisan beberapa kali. Tempahan makanan dan minuman untuk jamuan ringan telah diurus. Pameran dibahagikan kepada dua aspek, iaitu kurikulum dan kokurikulum. Pameran berbentuk kurikulum diadakan di dewan sekolah manakala pemeran berbentuk kokurikulum diadakan di kantin. Pameran kurikulum merangkum pelbagai hasil kerja murid bagi setiap mata pelajaran, alat bantuan mengajar yang digunakan oleh guru, dan analisis pencapaian peperiksaan UPSR sejak sekolah ini didirikan. Pameran kokurikulum akan memperlihatkan pelbagai hasil kegiatan murid dalam persatuan, kelab, dan pasukan beruniform. Tayangan video tentang penyalahgunaan dadah akan diadakan pada sebelah petang. Selepas itu, ibu bapa berpeluang menyaksikan acara sukan rakyat di padang sekolah. Jawatankuasa Sukan telah menyediakan beberapa acara yang menarik untuk disertai oleh para ibu bapa, guru-guru, dan murid-murid. Majlis penutup akan dilangsungkan pada pukul 5.00 petang. Dalam majlis ini, Guru Besar akan melancarkan projek memungut derma untuk membina surau sekolah. Segala persiapan telah diadakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang erat daripada semua anggota jawatankuasa. Yang menjalankan tugas, 10 OGOS 2007.

Abu Hanifah
(ABU HANIFAH BIN SHAH ALI) Setiausaha Jawatankuasa Pameran, Sekolah Kebangsaan Dang Anum, Batu Pahat, Johor.

1 Bilakah surat undangan dihantar kepada para jemputan? A Pada 1 Ogos 2007 B Pada 3 Ogos 2007 C Pada 10 Ogos 2007 D Pada 24 Ogos 2007 2 Bagaimanakah caranya untuk melicinkan perjalanan pameran? A Dengan mengadakan latihan B Dengan mengasingkan tempat pameran C Dengan menjemput Pengarah Pelajaran Negeri D Dengan menubuhkan jawatankuasa kecil 3 Apakah yang diharapkan oleh setiausaha pameran? A Kesempurnaan pameran

B Sambutan daripada ibu bapa C Kutipan derma yang menggalakkan D Kerjasama semua anggota jawatankuasa 4 Semua yang berikut dipamerkan di kantin sekolah, kecuali A buku skrap. B peralatan sukan. C kraf tangan murid. D jenis ikatan dan simpulan. 5 Maksud kata merangkum dalam petikan tersebut ialah A merentasi . C mencakupi. B mendalami. D mencampuri. Jawapan: 1. B 2. B 3. D 4. D 5. C

PEMAHAMAN 20
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Mata Salim belum mengantuk. Dia membaca buku untuk melalikan matanya, tetapi tidak berhasil juga. Dia teringat bahawa esok dia mesti bangun awal kerana ada temu janji dengan sahabatnya pada pukul 8.00 pagi di pejabatnya. Dia pun berbaring di katil dan memadamkan lampu. Dia memejamkan matanya dengan sepenuh hati dan berusaha dengan segala daya upaya untuk melupakan alam sekitarnya. Baru saja pelupuk matanya menjadi lemah, tiba-tiba dia terdengar suara orang menjerit dengan lantang sekali. Dengan segera, Salim melompat dari tempat tidurnya lalu membuka jendela. Dia ternampak rumah tetangganya yang di sebelah barat diterangi cahaya lampu. Isteri tetangganya itu melaung-laung, anak-anaknya juga ikut menjerit-jerit. Pada mulanya, Salim tidak dapat mendengar hal yang dilaungkan oleh tetangganya itu dengan jelas. Setelah didengarnya dengan teliti, barulah dia tahu bahawa rumah tetangganya telah dimasuki pencuri. Salim tidak berani keluar dengan serta-merta. Dia bimbang kalau-kalau pencuri itu masih bersembunyi di halaman rumah tetangganya, atau boleh jadi di kawasan rumahnya sendiri. Oleh itu, dia pun memanggil jirannya yang di sebelah timur untuk memberitahunya tentang peristiwa itu. Apabila jirannya itu keluar dari rumahnya dengan tergesa-gesa, barulah Salim berasa berani dan dia pun keluar bersama-sama jirannya. Mereka mendapati semua anggota keluarga itu duduk di ruang tamu sambil menangis dan menjerit-jerit seolah-olah tidak ingat akan diri lagi. Rupa-rupanya mereka masih dalam keadaan terkejut. Salim dan jirannya cuba menenteramkan mereka dengan lemah lembut. Salim menelefon polis untuk melaporkan kejadian itu. 1 Salim melakukan usaha-usaha yang berikut untuk melelapkan matanya, kecuali A membaca majalah. B memadamkan lampu. C melupakan persekitarannya. D memejamkan matanya rapat-rapat. 2 Bagaimanakah Salim tahu tentang kecurian di rumah jirannya? A Dengan membuka tingkap rumahnya B Dengan melihat cahaya lampu yang terang-benderang C Dengan mengamati bunyi jeritan D Dengan mengintai di halaman rumah 3 Mengapakah Salim tidak segera menolong jirannya? A Kerana dia berasa bimbang B Kerana dia dalam kebingungan C Kerana dia menunggu jirannya yang sebelah timur keluar D Kerana dia ingin mengetahui kejadian yang sebenarnya 4 Apakah tindakan awal yang dilakukan oleh Salim? A Menelefon polis B Melaung sekuat hati C Memberitahu jirannya D Menenteramkan mangsa 5 Kata menenteramkan dalam petikan tersebut boleh digantikan dengan kata dengan A menjelaskan. B menyedarkan. C menenangkan. D menggembirakan. Jawapan: 1. A 2. C 3. A 4. C 5.

You might also like