You are on page 1of 5

SMK DATO MOHD TAHA 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN MINIT MESYUARAT KALI KE-1 PANITIA ICT 2012

Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 3 Januari 2012 : 8.30 pagi 11.15 pagi : Makmal Fizik : Pn. Harimah bt Bahari (Ketua Panitia ICT) - Pengerusi Pn. Siti Norshina bt Hj. Hamzah Turut hadir En. Baharudin b Ruslan (KB Sains & Matematik)

Agenda 1: Ucapan aluan pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat panitia kali pertama bag I tahun 2012.

Agenda 2 : Mengesahkan minit mesyuarat 2.1 Pn. Siti Norshina mencadangkan minit mesyuarat kali kedua disahkan dan disokong oleh Pn. Harimah..

Agenda 3 : Perkara berbangkit 3.1 Aktiviti panitia iaitu pertandingan Movie Maker yang dianjurkan dalam Bulan Sains dan Matematik diteruskan kerana mendapat penyertaan yang menggalakkan dan tahun ini dibuka pelajar menengah rendah . Tindakan : Pn. Siti Norshina Agenda 4 : Pengurusan Akademik 4.1 Visi dan Misi Sekolah

4.1.1 Pengerusi meminta guru menghayati Visi dan Misi sekolah untuk menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang menjelang 2014 dengan membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Tindakan : semua guru 4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

4.2.1 Pengerusi meminta guru menjalankan P&P mengikut agihan minggu dalam Rancangan Pelajaran Tahunan selari dengan takwim sekolah.

4.2.2 Huraian dan sukatan mata pelajaran ICT yang terkini boleh dimuat turun melalui laman web Pusat Perkembangan Kurikulum Tindakan : Guru ICT 4.3 Buku Rekod Mengajar

4.3.1 Pengerusi meminta guru mengisi semua maklumat di dalam buku rekod mengajar dan dilengkapkan sebelum minggu kedua bulan Januari. 4.3.2 Pihak pengurusan memutuskan bahagian refleksi mestilah ditulis dalam bentuk bilangan pelajar yang mencapai objektif P&P, contoh: 29/35 dan bukan dalam bentuk peratus. Tindakan : Guru ICT 4.4 Hala Tuju Sekolah

4.4.1 Pihak sekolah telah menetapkan hala tuju akademik sekolah dan panitia hendaklah mengikut target yang telah ditetapkan untuk setiap mata pelajaran seperti berikut : Kriteria GPS GPK Bilangan Pelajar mendapat A Tingkatan 5 5.0 3.71 4 orang Tingkatan 4 4.1 4.0 2 orang

4.4.2 Bilangan peratus pelajar lulus dalam mata pelajaran ICT mestilah 100%. Tindakan : Guru ICT 4.5 Headcount/ CocoStar

4.5.1 Mesyuarat memutuskan headcount bagi pelajar tingkatan 5 diambil daripada peperiksaan akhir tahun 2011 dan markah ETR mestilah mencapai sekurangkurangnya 40 markah bagi pelajar yang mempunyai markah 0 atau gagal dan kenaikan markah daripada TOV bergantung kepada potensi pelajar. Tindakan : Guru ICT 4.5.2 Colour Coding (CocoStar) iaitu Pengredan Berdasarkan Warna diperkenalkan supaya guru mata pelajaran mengenalpasti (tagging) pelajar di dalam kelas masing-masing mengikut format yang telah ditetapkan. Tindakan : Guru ICT 4.6 Perancangan Strategik 2012

4.6.1 Untuk meningkatkan tahap pencapaian kecemerlangan mata pelajaran ICT, program Pecut SPM dan Gilap Minda dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh

pihak sekolah. Guru perlu bersedia dengan set-set soalan untuk diberikan kepada pelajar. Tindakan : Guru ICT 4.6.2 Latihan masa cuti mesti dibekalkan kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 set soalan dan hendaklah dibincangkan selepas cuti sekolah sewaktu P&P. Tindakan : Guru ICT 4.6.3 Pengerusi memaklumkan guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran sebelum percubaan SPM 2012. Tindakan : Guru ICT 4.7 Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris(MBMMBI)

4.7.1 Dasar ini digunapakai untuk mata pelajaran sains dan matematik sahaja. Oleh yang demikian, mesyuarat memutuskan pembahagian penggunaan bahasa dalam mata pelajaran ICT bagi kelas Kemboja dan Kenanga mengikut ketetapan yang telah diputuskan seperti berikut :Tingkatan Anggerik Cempaka, Dahlia Kemboja, Kenanga Mawar, Melur 4.8 Bahasa B.Melayu 80% 50% 60% 100% B. Inggeris 20% 50% 40% Tindakan : Guru Mata Pelajaran

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.8.1 Mesyuarat memutuskan kerja kursus bagi tingkatan 5 perlulah diselesaikan sebelum bulan Julai 2012. Tindakan : Guru Mata pelajaran 4.8.2 Guru yang ingin menyiapkan kerja kursus perlulah dibuat pada waktu petang untuk tidak mengganggu P&P. Tindakan : Guru Mata pelajaran 4.9 Pencerapan / Latihan MIM

4.9.1 Pengerusi meminta guru mematuhi jadual pencerapan yang telah ditetapkan di dalam buku panduan tugas 2012. 4.9.2 Jadual penyemakan buku latihan juga perlu dipatuhi mengikut buku panduan tugas 2012

4.9.3 Untuk mengelakkan berlaku defisit pembelajaran, guru yang diarahkan untuk menghadiri kursus/mesyuarat/bengkel/sukan hendaklah menyediakan latihan kepada kelas yang diajar sebelum keluar daripada sekolah untuk tugasan rasmi dan soalan/latihan hendaklah diserahkan kepada Ketua Bidang. Tindakan : Guru Mata pelajaran 4.10 Belanjawan

4.10.1 Mesyuarat memutuskan untuk membeli Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti buku rujukan dan buku latihan untuk kegunaan pelajar sewaktu P&P. 4.10.2 Perbelanjaan perlulah mengikut peruntukan PCG yang telah ditetapkan. Tindakan : Pn. Harimah Agenda 5 : Post mortem Tingkatan 4 2011 5.1 Guru perlu menyediakan post mortem peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 2011 untuk dibentangkan pada mesyuarat post mortem pada 12 Januari 2012 (Khamis). Tindakan : Guru Mata pelajaran Agenda 6 : Senarai Semak Panitia ICT 6.1.1 Pengerusi memaklumkan senarai semak telah diberi oleh pihak sekolah ketika mesyuarat Kurikulum 1 pada 27/12/2011 hasil pemantauan nazir untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar dan perlu diambil tindakan oleh ahli panitia. 6.1.2 Senarai semak yang telah diisi hendaklah diserahkan kepada GPK 1. Tindakan : Pn. Harimah 6.1.3 Guru juga perlu menyediakan senarai semak mengikut tajuk supaya dapat mengesan tajuk yang belum dikuasai oleh pelajar. Tindakan : Guru Mata pelajaran Agenda 7 : Hal-hal lain 7.1 Guru perlulah mengenalpasti dan menganalisis keputusan PMR dan latar belakang pelajar yang akan mengambil mata pelajaran ICT di tingkatan 4. Bagi pelajar tingkatan 5, guru perlu memantau dan memberi lebih motivasi dan latihan bagi meningkatkan pencapaian peperiksaan setiap pelajar. Panitia ICT perlu menyediakan bahan untuk dipamerkan ketika sambutan Jubli Emas sekolah dan bahan hendaklah yang interaktif.

7.2

7.3

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 pagi.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

. (Pn. Siti Norshina Bt Hj. Hamzah)

You might also like