You are on page 1of 2

Refleksi

35

Melalui tugasan PKP 3111 yang diberikan oleh Puan Suraya Bai dan Puan Harlina Ishak, saya dapat belajar banyak perkara tentang bagaimana untuk menggunakan model-model yang bersesuaian dengan kemahiran murid serta situasi yang dihadapi. Tambahan pula, saya adalah pelajar dalam pengkhususan Pemulihan Khas perlulah sentiasa mengetahui tentang maklumat-maklumat serta isu-isu yang terkini yang seringkali diperkatakan dalam kelas Pemulihan Khas. Sebelum memulakan tugasan ini, saya menghadapi kekangan masa kerana pada semester ini saya akan memulakan sesi praktikum yang pertama kalinya. Dalam persiapan menghadapi praktikum, saya juga dibebani dengan tugasantugasan matapelajaran lain yang perlu disiapkan secepat mungkin sebelum 18 Mac 2012. Walaupun begitu, saya tetap berusaha untk meyempurnakan tugasan ini dengan secepat mungkin. Tugasan ini banyak mendedahkan saya kepada model-model pengajaran yang boleh digunakan dalam kelas Pemulihan Khas. Model Hewett menumpukan kepada kemahiran kendiri murid dan menjadikan murid lebih berdikari dalam mencari maklumat dengan usaha sendiri. Manakala, model Montessori pula banyak menggunakan bahan bantu belajar yang spesifik dengan keperluan seseorang murid. Model stesen pula berteraskan kepada empat aspek iaitu Bidang Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Kerohanian dan Nilai Murni dan Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian manakala model kiosk untuk kelas Pemulihan Khas pula dibahagikan kepada sembilan kiosk iaitu kiosk visual, muzik, alam sekitar, interpersonal, intrapersonal, kinestatik, visual ruang, bahasa, pengamatan dan matematik. Bagi model pengajaran kumpulan pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu model pengajaran kumpulan tiga kumpulan yang berbeza kemahiran dan kumpulan yang hampir sama kemahirannya. Bagi model tiga kumpulan yang berbeza kemahirannya, guru perlulah membahagikan murid-murid mengikut kebolehan dan kelemahan yang dihadapi. Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid, guru perlulah menjalankan ujian diagnostik kepada setiap murid-murid Pemulihan Khas. Guru perlulah bijak membahagikan masa ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya konsep tentang sesuatu isi pelajaran dapat

Refleksi

35

diperkukuhkan. Guru perlulah memperbanyakkan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Bagi model pengajaran kumpulan yang hampir sama kemahirannya pula, guru boleh menjalankan aktiviti yang sama bagi setiap kumpulan. Dengan itu, muridmurid dapat mempelajari tentang sesuatu isi pelajaran pada tahap yang sama.

You might also like