You are on page 1of 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 2203: REKA CIPTA & LUKISAN TEKNIK SEMESTER JANUARI 2009 TUGASAN (35%)
ARAHAN

1.

Tugasan anda mengandungi tiga soalan. Anda perlu menjawab SEMUA soalan Soalan 1 Reka Cipta (40%) Soalan 2 Lukisan Teknik (30%) Soalan 3 - Lukisan Terbantu Komputer (30%)

2.

Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font saiz 12 jenis Times New Roman dan dilukis kertas bersaiz A4. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum / pada tutorial ke 4 (empat). Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima. Untuk soalan 2 dan 3, anda perlu melukiskan kotak tajuk seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran A. Anda diminta menyediakan halaman tajuk (title page) untuk tugasan ini, berikan maklumat seperti nama, nama kursus, kod kursus, nama tutor dan pusat pembelajaran. Semua dimensi dalam kertas soalan adalah dalam milimeter (mm). Untuk penjilidan, sila gunakan stapler sahaja dan staple pada penjuru atas kiri sahaja. Anda tidak dibenarkan menggunakan comb binding dan pembalut plastik. Potongan markah akan dikenakan jika TIDAK mematuhi arahan ini.

3.

4. 5.

6.

7.

8. 9.

SOALAN 1 (40%)

Air mineral dalam botol dan minuman tin merupakan minuman kegemaran kita. Jenis minuman ini mudah dihidang dan boleh di bawa ke mana-mana. Bahan yang digunakan untuk menyimpan minuman ini adalah botol plastik atau tin aluminium. Jenis bahan plastik dan tin aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula. Penyimpanan bahan ini untuk kitar semula merupakan masalah yang kita hadapi kerana ia memerlukan ruang yang besar khususnya di rumah kita. Ada sesetengah pengguna menggunakan peralatan seperti tukul untuk memampatkan bahan ini supaya ia mudah disimpan. Kerja seperti ini adalah mengambil masa dan bahaya.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda diminta merekaciptakan satu peralatan yang boleh digunakan untuk memampatkan bahan seperti botol plastik/ tin aluminium supaya ia mudah disimpan untuk tujuan kitar semula.

(A)

Ciptaan/ rekaan anda harus membantu dalam dua aspek berikut: Cara memampatkan, Boleh diguna untuk memampatkan dengan bilangan tin/botol yang banyak pada satu masa.

(B)

Ciptaan anda harus mengandungi beberapa ciri berikut: Saiz alat itu mesti sesuai untuk kerja di rumah; Mudah disimpan; Ciri keselamatan; Bahan yang digunakan (berikan alasannya); dan Terdiri daripada beberapa bahagian yang berasingan dan pastikan ia mudah dibuka dan dipasang; dan Rekaan anda harus beroperasi secara manual, bukan automatik atau menggunakan bekalan elektrik.

Sediakan ciptaan anda secara pembentangan dalam 6 - 8 halaman sahaja. Pastikan anda menggunakan lukisan kerja untuk membuat huraian anda seperti lukisan terurai dalam bentuk isometri yang menunjukkan pemasangan. Lukisan lain juga boleh digunakan untuk membantu membuat penerangan. 2

SOALAN 2 (30%)

(a) Lukiskan sebuah oktagon dengan diberi panjang satu sisi 35 mm. (3 markah)

(b) Rajah 1 menunjukkan sebuah pencontoh. Lukiskan semula pencontoh itu dengan saiz penuh. Anda perlu menunjukkan semua garisan pembinaan dengan jelas.
(7 markah)

Rajah 1

(c) Rajah 2 menunjukkan tiga pandangan sebuah komponen mesin dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan satu lukisan isometri untuk komponen itu mengikut arah pandangan yang diberi. Butir terlindung tidak perlu ditunjukkan. (10 Markah)

Rajah 2

(d) Rajah 3 menunjukkan pandangan hadapan dan pandangan sisi bagi Objek A. Lukiskan perspektif satu titik untuk objek A. Satah Gambar (SG), Garis Ufuk (GU), Garis Bumi (GB) dan Titik Stesen (TS) telah ditentukan untuk anda. Lukis semula pandangan yang diberi bersama lukisan perspektif. Anda tidak perlu melukis pandangan isometri bagi Objek A dan dimensi. Butir terlindung tidak perlu ditunjukkan.
(10 markah)

Rajah 3

Sekiranya ada dimensi tidak disertakan, sila minta tutor anda menentukan dan membuat pengubahsuaian untuk dimensi sahaja, lukisan perlu dikekalkan.

SOALAN 3 (30%)

Anda perlu menggunakan perisian AutoCAD untuk menjawab soalan ini. Lukisan secara manual tidak akan diberi markah. (a) Rajah 4 menunjukkan sebuah pencontoh. Lukiskan semula pencontoh itu dengan lukisan terbantu komputer. Semua garisan objek gunakan line weight 0.5. Cetakkan lukisan anda. Tunjukkan semua dimensi dengan line weight default. (5 markah)

Rajah 4

(b) Rajah 5 menunjukkan sebuah pencontoh. Lukiskan semula pencontoh itu dengan lukisan terbantu komputer. Semua garisan objek gunakan line weight 0.5. Semua garisan tengah gunakan line weight default. Cetakkan lukisan anda. Tunjukkan semua dimensi dengan line weight default.
(5 markah)

Rajah 5

(c) Rajah 6 menunjukkan satu blok, lukiskan unjuran ortografik mengikut sudut ketiga pandangan-pandangan berikut: (i) Pelan; (ii) Pandangan hadapan; dan (iii) Pandangan sisi. Tunjukkan semua garisan tengah dalam lukisan anda dengan line weight default; Semua garisan objek gunakan line weight 0.5. Garisan pembinaan dengan line weight default Garisan tersembunyi dengan line weight default Cetakkan lukisan anda. Tunjukkan enam dimensi dengan line weight default. (10 markah)

Rajah 6

(d) Rajah 7 menunjukkan tiga pandangan sebuah blok dalam unjuran sudut tiga. Lukiskan pandangan isometri untuk blok itu mengikut arah pandangan diberi. Butir terlidung tidak perlu ditunjukkan. Anggap setiap petak grid ialah 10 mm X 10 mm. Semua garisan objek gunakan line weight 0.5. Garisan pembinaan dengan line weight default Cetakkan lukisan anda. Tunjukkan enam dimensi dengan line weight default.

Rajah 7

LAMPIRAN A

10

You might also like