You are on page 1of 1

Dalam transkripsi fonetik pengkaji berusaha memberi lambang fonetik secara sangat terperincidengan bunyi yang diucapkan atau

tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik tersebut. Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi dan jugaciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasiwujud dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007)

ranskripsi fonemik juga dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik tiadakoartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh itu,transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik tidak menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik. Transkripsi fonemik hanya bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudahdalam bentuk lambang bunyi segmental sahaja Tulisan Rumi Saya buku yang setiap Transkripsi Fonetik [#saja#] [# buku#] [#ja#] [#stiap#] Transkripsi Fonemik [#saja#] [#buku#] [#ja#] [#stiap#]

You might also like