You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan seangkatan saya.Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.

T kerana dengan taufik dan inayah-Nya dapatlah saya mengutarakan buah fikiran saya mengenai topik perbincangan yang sangat hebat dan berkait rapat dengan profesion perguruan iaitu Keruntuhan akhlak kini disebabkan guruguru gagal menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya dengan lantang suara menentang dan sama sekali tidak setuju dengan pernyataan ini. Sebelum saya memulakan bicara,ingin sekali saya jelaskan serba ringkas tetapi padat mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.FPK merupakan gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang berkaitan dengan tiga aspek. Tiga aspek itu adalah rukun negara, dasar ekonomi baru dan dasar pendidikan kebangsaan. FPK juga hanya bermatlamat kepada pembangunan kemanusian atau dengan kata lain, menghasilkan individu secara menyuluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dengan kata lain, matlamat FPK adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ciri-ciri seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara. Inilah yag yang tunjang dan intipati yang diterapkan bagi semua yang bergelar pendidik.Dengan pemahaman mengenai FPK ini,guru-guru pastinya sehabis mungkin memikul dan melaksanakan sekaligus mengaplikasikan dalam pengajaran di sekolah. Tidak dinafikan permasalahan dan keruntuhan akhlak remaja menjadi semakin ketara terutama di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Tentunya sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlak ramaja.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar.Tetapi adalah tidak wajar meletakkan guru-guru sebagai punca dan penyebab berlakunya keruntuhan akhlak dikalangan remaja kini. Cuba kita renungkan sejenak kata-kata ini.Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut. Kata-kata ini adalah rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya. Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992:7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dan tamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan keterusan umat dan tamadun tersebut. Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai dan amanah Allah S.W.T. kepada setiap ibu bapa agar anak tersebutmenjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh,memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Anak ibarat kain putih yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya ditangan ibu bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari). Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja. Ini adalah kerana keluarga merupakan penyebar kepada sosialisasi yang pertama ditemui sejak mereka dilahirkan ke dunia. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan

menjejaskan masa depan mereka yang menyebabkan mereka terjerumus kepada keruntuhan ahklak dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan.Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa berperanan dalam mendidik dan membentuk jiwa dan rohani anak-anak. Mereka selaku ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap setiap diri anak-anak termasuk berfungsi sebagai pelindung dalam segala hal di sepanjang usia kehidupan anak-anak. Ini menunjukkan sekiranya ibu bapa bercita-cita untuk melihat anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, maka didikan dan asuhan yang sempurna merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik supaya anak-anak melihat ibu bapa mereka mengamalkan sesuatu perkara itu dalam kehidupan seharian dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya. Ini akan menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan anak-anak.Pendek kata ibu bapalah role model kepada anak-anak mereka. Sesungguhnya,pada pengamatan saya dalam pendidikan yang melibatkan akhlak,institusi keluarga seharusnya memainkan peranan penting. Sebagai penutup perbincangan ini, jelaslah keruntuhan akhlak remaja kini bukanlah sebab kegagalan guru-guru menterjemahkan FPK,malah ianya lebih berkait rapat dengan intitusi keluarga dan bagaimana sesebuah institusi keluarga itu memikul dan mencorak amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Akhirul Kalam, Sekian,terima kasih. Waallahualam.

You might also like