You are on page 1of 16

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang

boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas. 2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu

penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenangwenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin

memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit. b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik) c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiot ik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan... d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal

anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam. UBAT yang digunakan untuk menentang jangkitan bakteria dikenali sebagai antibiotik atau ubat antimikrobial. Bakteria dan virus pula merupakan dua punca utama jangkitan.

Namun, rawatan menggunakan antibiotik hanyalah untuk jangkitan bakteria memandangkan antibiotik tidak memberi kesan terhadap virus yang menjadi punca demam selesema, selesema (flu) dan kebanyakan masalah sakit tekak.

Usaha sejagat perlu ditingkatkan dalam memastikan penggunaan antibiotik sewajarnya, dengan memastikan terapi antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria, penggunaan mengikut bentuk jangkitan dan menegaskan kepada pesakit pentingnya mengikuti panduan terapi antibiotik seperti yang diarahkan doktor. Adaptasi ketahanan

Bakteria dapat membentuk ketahanan atau daya rintangan terhadap antibiotik melalui beberapa cara, semuanya melibatkan perubahan genetik. Gen (asas genetik) bakteria mungkin berubah melalui mutasi secara rawak atau pertukaran gen dengan mikroorganisma lain. Gen yang berubah ini membolehkan bakteria tersebut sama ada memusnahkan struktur kimia antibiotik atau menghalang kesan antibiotik terhadap pembiakan bakteria tersebut.

Hukum alam memilih yang kuat untuk terus hidup dan ini mencadangkan lambat-laun semua bakteria akan membentuk rintangan terhadap antibiotik.

Penyalahgunaan atau penggunaan antibiotik sama berulang kali merupakan dua punca utama peningkatan kejadian rintangan antibiotik. Dianggarkan sehingga 50 peratus preskripsi antibiotik kepada ahli masyarakat juga sebenarnya tidak diperlukan.

Faktor-faktor biasa yang menyumbang kepada preskripsi antibiotik yang tidak sesuai termasuk: l pesakit meminta antibiotik (walaupun bukan dijangkiti bakteria) l persepsi doktor yang menganggap pesakit mahukan antibiotik (walaupun tidak diperlukan) l masa terhad untuk mengesahkan diagnosis yang tepat atau masa untuk menjelaskan kepada pesakit mengapa mereka tidak memerlukan antibiotik l doktor khuatir tersalah diagnosis jangkitan bakteria sebagai jangkitan virus

Pesakit juga menyumbang kepada pembentukan rintangan antibiotik dengan meminta antibiotik sedangkan mereka dijangkiti virus atau fungus dan bukannya jangkitan bakteria. Selain itu, dengan tidak mematuhi panduan pengambilan antibiotik, mereka turut menyebabkan perkembangan spesies bakteria dengan ketahanan terhadap antibiotik berkenaan. Masalah tidak mengikut arahan pengambilan antibiotik ini merupakan sesuatu yang biasa di kalangan pesakit yang menghidap jangkitan salur pernafasan.

Ada di kalangan pesakit yang mengambil ubat mengikut kelapangan dan ada juga terus berhenti dan tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan atas alasan sudah berasa semakin sihat. Hanya pengambilan kesemua dos antibiotik yang diberikan, mengikut masa ditetapkan akan membunuh kesemua bakteria yang menjangkiti pesakit. Jika pesakit melangkah masa yang ditetapkan atau tidak menghabiskan semua dos antibiotik yang diberikan, berkemungkinan akan menyebabkan jangkitan berulang yang lebih teruk.

Ini kerana sebahagian antibiotik yang diambil pada awalnya telah membunuh semua bakteria yang lemah tetapi gagal membunuh bakteria yang lebih tegar . Kumpulan bakteria yang lebih kuat ini akan membiak semula, mengisi kekosongan yang ditinggalkan bakteria yang telah dibunuh antibiotik, menyebabkan pesakit lebih sukar dirawat, serta memerlukan jumlah ubat yang lebih banyak dan masa lebih lama untuk pulih.

Masalah dos

Profesor Perubatan Respiratori Institut Penyakit Respiratori Universiti Milan, Itali, Profesor Dr. Francesco Blasi menjelaskan masalah dalam terapi antibiotik adalah ia perlu diambil untuk satu tempoh tertentu.

Antibiotik yang diberikan dalam dos yang rendah perlu diambil untuk satu tempoh yang agak panjang. Risiko rintangan antibiotik meningkat jika pesakit melangkah salah satu dos berkenaan.

Tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu dos antibiotik menjadi punca utama pembentukan ketahanan terhadap antibiotik, katanya.

Menurut beliau, pesakit wajib mengambil antibiotik seperti yang diarahkan, tetapi jika bilangan dos dan tempoh antibiotik perlu diambil dapat dikurangkan, kadar pematuhan arahan pengambilan antibiotik pasti lebih tinggi.

Bilangan dos yang perlu diambil dalam satu hari dan bilangan jenis (ubat berbeza) yang perlu diambil dalam satu hari juga menjadi penentu utama pematuhan arahan pengambilan antibiotik. Apa juga jenis ubat, tempoh pengambilan ubat yang lebih pendek akan menunjukkan tahap pematuhan arahan lebih baik di kalangan pesakit. Dr. Blasi menjelaskan masalah pematuhan tidak timbul di hospital memandangkan doktor dan jururawat memantau pengambilan ubat oleh pesakit.

Pesakit luar

Masalah utama adalah di kalangan pesakit luar yang diberikan ubat (antibiotik) dan diarahkan mengambilnya mengikut jumlah dan masa tertentu.

Masalah serupa dapat dilihat di kalangan pesakit diabetes dan kolesterol tinggi. Tahap tertinggi pematuhan arahan pengambilan ubat tertinggi untuk bulan pertama, tetapi kemudian mula menurun dan menjelang bulan ketiga ada yang telah berhenti mengambil ubat sepenuhnya, ujarnya.

Menurutnya, tahap pematuhan mungkin tinggi selepas lima hari jika perlu mengambil satu ubat setiap hari tetapi untuk pengambil ubat tiga kali sehari, terdapat kemungkinan pesakit telah berhenti mengambil ubat sebelum hari kelima lagi. Ini amat membimbangkan terutamanya dalam pematuhan pengambilan antibiotik.

Namun, beliau menyatakan tahap pematuhan pengambilan ubat juga mungkin lebih tinggi jika pesakit memikirkan penyakit yang dihadapi amat berbahaya. Dr. Blasi turut menegaskan penggunaan antibiotik dalam dos yang rendah dan dalam tempoh berpanjangan merupakan cara terbaik untuk membentuk rintangan antibiotik.

Terapi dos tunggal

Dr. Blasi menjelaskan tahap kepekatan merencatkan minimum (MIC) menentukan keberkesanan antibiotik membunuh bakteria.

MIC adalah kepekatan minimum di mana bakteria dihalang daripada membiak dan dapat dibunuh dengan mudah. Kepekatan antibiotik dalam badan pesakit perlu berada di atas garis MIC bakteria untuk terus berkesan.

Jika pesakit meninggalkan satu dos dan kepekatan antibiotik jatuh di bawah garis MIC, bakteria kuat yang masih hidup akan kembali membiak, katanya. Menurutnya, bakteria baik di dalam mulut (oral flora) juga berkemungkinan membentuk ketahanan terhadap antibiotik jika pesakit melangkah dos yang ditetapkan.

Oleh itu, tegasnya, kepekatan antibiotik perlu berada di atas garis MIC sebanyak dan selama mungkin, iaitu dengan pengambilan dos antibiotik mengikut arahan doktor.

Pemilihan antibiotik untuk rawatan juga bergantung kepada beberapa faktor seperti kepekatan yang berkesan, separuh hayat antibiotik, kesan terhadap spesies bakteria sasaran dan kesan kepada spesies bakteria lain, termasuk bakteria baik (normal flora).

Dr. Blasi menyatakan antibiotik yang bergantung kepada tahap kepekatan (untuk berkesan) memerlukan tahap kepekatan paling tinggi pada hari pertama rawatan. Kesan dos tinggi ini terbaik dalam beberapa jam pertama, dan dalam dos yang tepat, antibiotik tersebut boleh membunuh semua bakteria berkenaan. Selain itu, terdapat juga kesan selepas penggunaan antibiotik tersebut di mana bakteria yang masih hidup tidak dapat membiak (bilangan tidak bertambah) dan memudahkan sel-sel sistem imuniti badan membunuh baki bakteria yang tinggal, jelasnya.

Menurut beliau, dalam perbandingan rawatan tempoh panjang (dos rendah) dan rawatan tempoh pendek (dos tinggi), kajian menunjukkan rawatan jangka pendek adalah yang terbaik dalam merawat jangkitan bakteria. Tambahnya, satu lagi kebaikan tempoh rawatan jangka pendek adalah mengurangkan pendedahan antibiotik kepada normal flora badan, mengelakkan berlakunya pemberontakan bakteria baik yang membentuk rintangan antibiotik. Formulasi baru Azithromycin

Dr. Blasi menyatakan formulasi terbaru antibiotik Azithromycin kini diberikan dalam dos tinggi tunggal yang didapati lebih berkesan berbanding dos lebih rendah yang perlu diambil untuk beberapa hari.

Formulasi baru ini menumpukan kepada kepekatan antibiotik tertinggi dalam beberapa jam awal jangkitan bakteria, iaitu kepekatan tertinggi untuk kemuncak jangkitan.

Kepekatan lebih tinggi ini juga tidak bermakna kepekatan berpuluh kali ganda daripada sebelumnya, ujarnya.

Menurutnya, berbanding menggunakan kepekatan 1.5 gram selama tiga hari, formulasi baru ini menggunakan kepekatan dua gram dan hanya perlu diambil sekali.

Selain itu, Dr. Blasi memaklumkan kesan formulasi ini juga ditingkatkan keupayaan sel-sel imuniti badan (neutrofil, makrofaj) bertindak sebagai teksi atau pengangkut antibiotik tersebut terus ke tapak jangkitan.

Sel-sel imuniti badan dapat menyerap antibiotik tersebut dan membawanya bersama ke tapak jangkitan ketika tindak balas imuniti sel-sel berkenaan menentang jangkitan.

Peningkatan kepekatan juga didapati meningkatkan kadar penyerapan antibiotik oleh sel-sel imuniti berkenaan, jelasnya. Menurut beliau, antibiotik yang diserap itu akan dibebaskan sebaik sahaja sel-sel imuniti bertembung dengan bakteria yang menyerang. Bagaimanapun, bukan semua jenis antibiotik dapat diberikan dalam dos tunggal. Dr. Blasi menjelaskan, Azithromycin dapat diberikan dalam dos tunggal berikutan separuh hayatnya adalah 50 jam, yang bermakna kepekatannya hanya akan berkurangan menjadi separuh selepas 50 jam.

Jangka separuh hayat antibiotik ini juga dijangka lebih tinggi di dalam badan (tahan lebih lama) di samping keupayaannya untuk kekal di dalam tisu badan untuk tempoh tertentu.

Dengan itu, walaupun hanya diberikan satu dos pekat, antibiotik ini dapat kekal di dalam badan sehingga tujuh hari, memberi kesan berpanjangan dalam menentang jangkitan bakteria, katanya.

Dr. Blasi memaklumkan kepekatan Azithromycin juga paling tinggi pada hari pertama, membolehkannya bertindak di ketika kemuncak jangkitan. Pada dasarnya, antibiotik ini serupa seperti dos yang digunakan sebelum ini, dari segi tahap keselamatan dan juga kesan sampingannya. Hanya cara penggunaannya berbeza di mana tahap kepekatannya di dalam badan juga akan menurun mengikut masa, seperti dos lama, tetapi hadir dalam kepekatan lebih tinggi pada hari pertama.

Menurut Dr. Blasi, terapi singkat ini digunakan untuk pesakit luar yang menghidap pneumonia, sinusitis atau sinusitis bakteria akut (jangkitan ringan sehingga sederhana sahaja).

Kombinasi

Bagi kes pneumonia yang teruk, antibiotik lain atau kombinasi beberapa jenis antibiotik mungkin perlu digunakan. Pesakit dengan jangkitan teruk juga mungkin perlu dimasukkan ke wad, terutamanya jika melibatkan spesies bakteria yang sukar dirawat, jelasnya. Namun, beliau memaklumkan perlunya pemeriksaan semula diagnosis atau menukar bentuk rawatan jika pesakit tidak menunjukkan kemajuan selepas tiga hari.

Ini tambahnya sama bagi rawatan menggunakan mana-mana antibiotik, yang perlu ditukar jika didapati tidak berkesan kepada pesakit berkenaan. Dr. Blasi bagaimanapun menegaskan penggunaan formulasi baru ini tetap terikat dengan beberapa faktor seperti epidemiologi jangkitan dan faktor risiko penggunaan formulasi berkenaan terhadap pesakit. Rawatan perlu khusus mengikut keperluan pesakit untuk mendapatkan kesan terbaik terhadap masalah jangkitan yang dihadapi. Perlu menggunakan ubat yang betul untuk pesakit yang betul.

Antibiotik dos tunggal atau berkepekatan tinggi mungkin pendekatan terbaik untuk sesetengah kes tetapi ia bukan penyelesaian untuk semua kes jangkitan bakteria, tegasnya.

Tambahnya, manfaat utama dos tunggal ini adalah dari segi pematuhan pengambilan antibiotik memandangkan pesakit hanya perlu mengambil satu dos sahaja. Formulasi baru Azithromycin ini dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai lalu tetapi dalam bentuk cecair sahaja. Ia juga boleh dicampurkan dengan air, terutamanya untuk kanak-kanak, tetapi lebih penting lagi tidak perlu lagi gusar tentang pengambilan dos ulangan.

Selain itu, penyerapan berperingkat formulasi baru ini turut tidak meninggalkan kesan yang tidak diingini terhadap normal flora usus, seterusnya mengurangkan kesan sampingan seperti cirit-birit terhadap pesakit. Pengambilan formulasi baru antibiotik ini tanpa makanan juga didapati banyak mengurangkan kesan sampingan cirit birit di kalangan pesakit.

Namun, tidak kira sama ada pengambilan antibiotik atau ubat-ubatan lain, doktor perlulah memberi panduan pengambilan ubat dengan tepat sementara pesakit pula perlu mematuhi arahan pengambilan

ubat supaya dapat segera pulih sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut mengenai formulasi baru Azithromycin, sila hubungi talian umum Pfizer 03-55686688. Pengenalan Akan tetapi, dos perlu berada dalam lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh organisma, ini dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan boleh menyebabkan toksid. Kenapa antibiotik perlu dihabiskan? Antibiotik dan bakteria yang menjangkiti tubuh pesakit mempunyai perkaitan yang sedikit aneh. Bakteria mempunyai kapasiti untuk menjadi kebal (resistant) daripada antibiotik tersebut seandainya ia tidak dihapuskan sepenuhnya. Kesannya, antibiotik tersebut tidak akan berkesan lagi untuk jangkitan seterusnya. Walapun simptom pesakit bertambah baik, ia tidak bermakna semua bacteria telah dihapuskan. Oleh itu, dos antibiotik yang diberi, perlu dihabiskan agar bakteria tersebut hapus sepenuh seterusnya mengelakkan fenomena resistance berlaku. Adakah antibiotik membunuh virus? Tidak. Antibiotik tidak membunuh virus. Mungkin akan lebih difahami dalam huraian soalan seterusnya. Jangkitan virus mempunyai beberapa persamaan dengan jangkitan bakteria. Pesakit akan mengalami demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Tetapi ada beberapa kriteria pembeza yang saya tidak berhasrat untuk menjelaskan di sini kerana mungkin tidak berapa sesuai dan boleh menyebabkan artikel terlalu panjang. Mungkin cukup sekiranya saya nyatakan, sekiranya doktor suspek pesakit mempunyai jangkitan virus, doktor tidak akan memberi antibiotik. Ubat yang dipreskripsi akan lebih menjurus kepada rawatan simptom seperti ubat batuk, demam dan selsema. Jangkitan virus akan hilang dalam seminggu atau 2 minggu sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi. Bagaimana antibiotik bertindak? Antibiotik akan bertindak pada peringkat sell (cellular level). Caratindak antibiotik boleh dibahagikan kepada beberapa cara. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel, dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam

sel bakteria tersebut. Oleh sebab cara tindak yang begini, antibiotik tidak berkesan terhadap virus. Virus mempunyai struktur kejadian yang berbeza. Antibiotik dan kanak-kanak? Secara generalnya, antibiotik boleh diberikan kepada kanak-kanak sekiranya jangkitan bakteria berlaku kepada mereka. Apa yang berbeza ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi, kanakkanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan. Kesan sampingan antibiotik? Satu perkara yang mesti kita ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah dengan ubat. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi mengelakkan alahan berlaku. Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam dos yang ditetapkan. Penutup Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku. Sejenis ubat mungkin mujarab bagi seorang pesakit namun ubat sama mungkin memudaratkan yang lain pula. Mengapakah boleh berlaku sedemikian?

Antara puncanya disebabkan perbezaan genetik kedua-dua pesakit berkenaan. Generasi baru ubatubatan bukan lagi lambakan ubat yang dihasilkan untuk keuntungan. Jika projek pemetaan genetik

diambil kira, penghasilan ubat-ubatan farmakogenetik (kajian bagaimana perbezaan genetik mempengaruhi tindak balas atau reaksi manusia bertindak balas terhadap sesuatu ubat) akan memonopoli pasaran ubat dunia.

Bagi tempoh 1990 hingga 2003, pemetaan genetik yang dikenali sebagai Projek Genom Manusia (Human Genome Project - HGP) sudah bermula. Di Amerika Syarikat, HGP berjaya merekodkan antara 20,000 ke 25,000 gen dalam DNA manusia. Sejak itu banyak penyelidikan berkaitan pemetaan genetik dilakukan di seluruh dunia.

Projek Variasi Manusia

Selepas HGP, satu lagi projek genetik menyusul iaitu Projek Variasi Manusia atau Human Variome Project (HVP). HVP dicetuskan oleh Profesor Richard Cotton dan berpangkalan di Australia. Ia adalah satu inisiatif global bagi mengumpul data-data genetik manusia bagi tujuan merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mutasi gen.

Malaysia tidak terkecuali menyertai projek ini. Menerusi projek ini, ia akan memberi impak yang besar kepada kesihatan penduduk di sesebuah negara khususnya menerusi bidang farmakogenomik dalam mengkaji maklumat genetik sama ada ubat yang digunakan berkesan atau tidak.

Bukan itu saja, penghasilan peta genetik menerusi HVP juga akan memberikan maklumat yang lebih tepat mengenai sejarah penghijrahan penduduk dan mendedahkan tahap profil genetik pelbagai penduduk.

Variasi Genomik

Variasi genom dalam jujukan DNA mempengaruhi kecenderungan penyakit dan tindak balas individu terhadap ubat-ubatan, jangkitan dan vaksin.

Satu daripada variasi genomik itu ialah 'single nucleotide polymorphism' atau SNP yang berlaku apabila ada satu nukleotid (A, C, T atau G) yang berbeza antara individu-individu dan berlaku pada sekurangkurangnya 1% daripada penduduk atau kumpulan etnik berkenaan.

Dengan mengenalpasti variasi-variasi genomik ini, akan membolehkan penyelidik menjalankan kajian perbandingan antara kumpulan berpadanan yang berpenyakit dan yang tidak berpenyakit.

Penemuan variasi-variasi ini akan memberi pengertian baru yang penting mengenai patogenesis, diagnosis, rawatan penyakit manusia dan pembangunan terhadap perubatan kepada sesebuah populasi.

Penemuan variasi genom memberi petunjuk penyebab kecenderungan penyakit yang dialami manusia dan sekali gus memberi jalan terbaik untuk menanganinya. Hal ini selaras dengan matlamat HVP bagi membolehkan rawatan yang lebih berkesan kepada pesakit berdasarkan kecenderungan penyakit yang dialami.

Ubat Berdasarkan Genetik

Dengan kajian kecenderungan penyakit berdasarkan genetik, pesakit akan diberikan ubat berdasarkan ciri genetiknya. Ia membantu memberi rawatan lebih berkesan kepada pesakit selain mengurangkan risiko berlakunya tindak balas kesan sampingan terhadap sesuatu ubat yang diberikan.

Kajian dalam bidang farmakogenomik akan membantu memberikan identiti gen yang mempengaruhi tindak balas ubat-ubatan supaya ubat-ubat yang akan dibangunkan kelak lebih berkesan tanpa banyak kemudaratan yang timbul daripada penggunaannya.

Berbilang Kaum

Disebabkan Malaysia negara berbilang kaum, kajian farmakogenomik amat diperlukan untuk mengkaji sejauh mana perbezaan antara kaum mempengaruhi keberkesanan sesuatu ubat. Kajian sebegini dijangka akan membolehkan ramalan dibuat tentang keberkesanan sesuatu ubat pada masyarakat yang pesakitnya berbilang kaum seperti di Malaysia.

Ia membolehkan pembangunan ubat dan vaksin baru terhadap sesuatu penyakit yang berkaitan. Ketika ini, di peringkat global, pemberian sesetengah ubat mengambil kira ciri genetik seseorang pesakit umpamanya dalam rawatan barah.

Namun cabaran paling besar adalah syarikat farmaseutikal yang kerana sudah pasti ubat dihasilkan mungkin disasarkan kepada kumpulan majoriti. Jika berpandukan konsep farmakogenetik, untuk sesetengah jenis ubat, ia mungkin tidak akan dihasilkan lagi kerana bilangan kumpulan etnik yang berhadapan dengan penyakit itu mungkin terlalu kecil.

Info : Projek Variasi Manusia

Menyediakan kajian penduduk khusus bagi menentukan transmisi penyakit dan pola penghijrahan, seterusnya membantu meramalkan proses penyakit pada masa hadapan di kalangan rakyat Malaysia.

Hasilnya boleh digunakan untuk menubuhkan intervensi kesihatan awam yang dapat menghentikan penerimaan dan penyebaran penyakit-penyakit tropika seperti tibi, penyakit berjangkit dan penyakit genetik umum di Malaysia (seperti kekurangan G6PD dan Beta Thalasemia). Dengan itu, membantu dalam merancang seluruh komuniti dan program terapi bagi menghentikan penyebaran penyakit.

You might also like