You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN KALI PERTAMA 2012

TARIKH MASA TEMPAT

: 29 JANUARI 2012 : 1.30 PETANG : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN GURU: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. EN. MOHAMAD SHAUFI B. ABDULLAH(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) PN. HJH AZIZAH BT MAHMOOD (KETUA PANITIA) PN .AZMANI BT MAT ZAIN (SETIAUSAHA) EN. HASSIM B. ISMAIL (GC) EN.AYUB B MOHAMED EN.MUHAMMAD BAKHTIAR B.AB RAHMAN EN.AZLAN B. OMAR

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Kajian Tempatan yang menghadiri mesyuarat kali pertama ini. Beliau mengingatkan bahawa setiap guru perlu mengajar subjek ini sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan seperti subjek teras yang lain.

1.2

AGENDA 2: UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 2.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Panitia Kajian Tempatan kerana dapat menjalankan satu mesyuarat kali pertama dalam masa yang ditetapkan. Beliau mengingatkan bahawa Kajian Tempatan merupakan subjek wajib dan bukannya subjek tempelan.Maka setiap guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik mungkin. Beliau juga meminta setiap guru memanfaatkan ICT di dalam P&P supaya murid lebih berminat.

2.2

2.3

AGENDA 3: MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 En.Hassim mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En.Ayub

AGENDA 4: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Pn.Azmani bertanyakan mengenai alat bantu mengajar yang boleh digunakan semasa P & P Kajian Tempatan. En.Bakhtiar menyatakan bahawa terdapat CD Kajian Tempatan bagi Tahun 4 hingga 6 yang disimpan di atas rak Bilik Guru. Pn Azizah mengulas kenyataan PK pentadbiran yang lepas bahawa murid tidak mengenal Peta Malaysia.Ini kerana guru perlu mengajar tajuk ini semasa Tahun 5. En. Shaufi menyatakan bahawa tajuk ini boleh diajar dengan menggunakan bantuan LCD. Beliau juga mencadangkan seorang guru yang mengajar Tahun 5 untuk mereso Peta Malaysia dan mengagihkannya kepada setiap kelas Tahun 5.

4.2

4.3

4.4

AGENDA 5: ANALISA KEPUTUSAN AKHIR TAHUN 2011 5.1 Pencapaian bagi subjek Kajian Tempatan bagi Kelas Cemerlang dan Amanah agak merosot.Guru subjek memberi respon punca utama kegagalan ialah murid-murid lemah dalam bacaan. En.Shaufi meminta guru bekerja lebih kuat untuk mengatasi masalah yang sedia ada. Guru-guru bolehlah menggunakan kaedah yang sesuai mengikut keperluan murid.

5.2

AGENDA 6: PROGRAM PANITIA 2012 6.1 Pn. Azizah mencadangkan supaya sudut KT diadakan bagi setiap kelas. Tindakan: Ketua Panitia 6.2 En. Shaufi mencadangkan pihak panitia mewujudkan sudut Kajian Tempatan di luar bilik darjah.Beliau berharap pada bulan Mac sudut ini dapat disiapkan. En. Bakhtiar mencadangkan segala informasi ini dilaminate dan digantung di tempat menunggu ibu bapa. Tindakan :En Bakhtiar 6.4 En.Shaufi mencadangkan pihak panitia menjemput seorang pegawai dari PPD atau JPN untuk memberi In house Training Mengenai mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah. Tindakan : En.Hassim 6.5 Pertandingan Buku Skrap akan diadakan dan terbuka kepada setiap kelas.Tajuk buku skrap berkaitan dengan tajuk pelajaran.Seorang pemenang akan diambil bagi setiap kelas Tahun 4 hingga 6. Tindakan :Pn Azizah

6.3

5.6

En.Shaufi mencadangkan panitia KT mengadakan satu lawatan sekitar Kota Bharu.Tempat yang dicadangkan ialah Muzium Negeri.Panitia bersetuju lawatan ini diadakan pada bulan Mei nanti. Tindakan :En.Azlan

AGENDA 7: KEWANGAN 7.1 7.2 Anggaran peruntukan Panitia KT ialah RM913.00 En.Shaufi menyatakan bahawa setiap aktiviti yang memerlukan sumber kewangan perlu berbincang dengan Guru Besar.

AGENDA 8: HAL-HAL LAIN 8.1 Ustaz Ayob meminta agar beliau dapat mengajar KT bagi Tahun 4C bagi menggantikan KT 6B. Ini memandangkan beliau merupakan guru kelas 4C. En.Shaufi menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan Ustaz Ayob.Ini kerana perubahan Jadual Waktu Agong akan berlaku. Pn .Azmani bertanyakan mengenai analisa peperiksaan KT yang perlu dimasukkan ke dalam minit mesyuarat. En.Bakhtiar menyatakan hanya dua kali sahaja analisa peperiksaan diadakan. En.Shaufi berharap semua guru dapat mengaplikasikan segala perbincangan yang telah diputuskan di dalam mesyuarat ini.

8.2

8.3

8.4 8.5

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah An Nas dan ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

...................................... (Pn.Azmani bt Mat Zain) Setiausaha Panitia Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Mulong 1

.............................................. (Pn.Azizah bt.Mahmood) Ketua Panitia Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Mulong 1

BORANG KOLABORASI

TARIKH

PERKARA DIBINCANG

KOMEN

TANDA TANGAN

You might also like