You are on page 1of 36

1.

PENGENALAN

Sintaksis merupakan kata pinjaman Yunani iaitu suntutein yang bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Menurut Asmah (1968) sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis didefinisikan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa dalam bukunya yang bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Pembinaan sesebuah ayat perlu mengalami proses tatatingkat tatabahasa dari peringkat yang paling rendah iaitu morfem sehingga peringkat paling tinggi ialah ayat Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada lima peringkat iaitu ayat, klausa, frasa, kata dan morfem. Bidang sintaksis turut merungkakaikan susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, bentuk ayat serta proses penerbitan ayat. Secara amnya, sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Ayat pula terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa tertentu.

1.1

OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir tugasan kerja kursus ini saya akan dapat: i. Menghuraikan definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan yang merupakan tatatingkat pembinaan ayat. ii. Membezakan antara ayat dasar dengan ayat tunggal serta jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu. iii. iv. Mengenalpasti jenis-jenis ayat, ayat majmuk dan susunan konstituen ayat Membina tutorial pembelajaran berdasarkan jenis-jenis ayat tunggal bahasa Melayu.

1.2

KAEDAH KAJIAN

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah bagi hasil dapatan maklumat mengenai topik-topik tugasan. Antara kaedah yang telah dilaksanakan oleh saya ialah: i. Rujukan perpustakaan Membuat rujukan melalui pusat sumber, internet dan buku rujukan mengenai sintaksis, ayat dasar dan ayat tunggal, jenis-jenis ayat, ayat majmuk serta susunan konstituen ayat.

ii.

Internet Saya telah mengakses maklumat mengenai tajuk tugasan di laman sesawang.

iii.

Perbincangan Saya melaksanakan beberapa perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai tugasan ini.

1.3

BATASAN KAJIAN

Tugasan kerja kursus projek ini memfokuskan kepada maksud ayat bahasa Melayu, menganalisis aspek ayat bahasa Melayu serta menghasilkan tutorial pembelajaran mengenai jenis - jenis ayat tunggal. Tugasan projek bermula pada Januari 30 Januari 2012 hingga 5 Mac 2012.

2.0 MAKSUD AYAT, FRASA, KLAUSA DAN PERKATAAN Maksud Ayat

Menurut Zaba ayat bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan

kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Manakala Asmah Haji Omar berpendapat ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap. Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.
Merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap. Boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa patah kata. Pengucapan dimulakan dengan kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Terbina daripada unsur-unsur frasa, klausa dan kata. Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat digolongkan kepada ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan (ayat transformatif) Frasa Menurut Abdullah Hassan Abdullah Hassan (2002)

menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang4

kurangnya dua perkataana taupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS) Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik mempunyai satu unsur inti yang menjadi wakil bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh: frasa nama mempunyai kata nama sebagai unsur inti. Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama iaitu tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili

keseluruhan frasa.

Klausa

Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Dalam binaan ayat, klausa merupakan ayat yang

membentuk ayat majmuk. Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa x bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri. Apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, ia akan menjadi ayat yang lengkap. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk , ia dipancangkan ke
5

dalam klausa utama. Sebagai contoh: Khusairi berjaya kerana dia belajar dengan bersungguhsungguh.

Khusairi Berjaya

Klausa

bebas

(klausa utama) kerana dia belajar dengan Klausa tak bebas bersungguh-sungguh.

Perkataan

Ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang mengandung makna lengkap dan boleh berdiri sendiri. Binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Dibentuk daripada kata dasar yang terdiri daripada kata akar atau kata dasar tertentu. Kata akar ialah kadar yang terdiri daripada satu morfem bebas iaitu bentuk dasar belum diberi sebarang imbuhan. Kata akar dianggap sebagai kata inti sesuatu kata. Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar bagi

membentuk kata. Kata dasar boleh terdiri daripada akar kata, kata akar, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan frasa tertentu.

2.1 PERBEZAAN ANTARA AYAT DASAR DENGAN AYAT TUNGGAL Ayat Dasar Definisi Ayat Tunggal

Ayat yang menjadi dasar atau Ayat yang mengandungi satu sumber bagi pembentukan semua klausa ayat lain dalam sesuatu bahasa. sahaja, iaitu yang

mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Binaan konstituen

Konstituen subjek men-dahului konstituen predikat

Tidak

semuanya

terdiri

daripada subjek yang diiikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza , iaitu keseluruhan atau

sebahagian daripada predikat Semua rangka berasal mendahului subjek

(ayat sonsang). Asas ayat binaan ayat boleh dikesan sebagai beberapa Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada ayat dasar. Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada binaan ayat dasar.

dasarnya daripada

pola tertentu. Mempunyai pola ayat dasar. Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya) Pola ayat dasar terbahagi

kepada empat jenis pola ;

Pola 1 2 3 4

Subjek FN FN FN FN

Predikat FN FK FA FSN

*FN : Frasa Nama FK : Frasa Kerja FA : Frasa Adjektif FSN : Frasa Sendi Nama

2.2 AYAT MAJMUK Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat disusun itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat yang baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

2.2.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya seperti contoh yang berikut: i. ii. iii. Murid-murid bernyanyi dan menari. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. Encik hendak ke pejabat atau hendak ke sekolah?

Ayat ayat yang disambungkan itu setara sifatnya iaitu ayat ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain wujud disebabkan disusun berturut-turut. Malah, ayat ini juga boleh disambungkan dtanpa kata hunung; apabila berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh: Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

Bagi pembentukkan ayat majmuk gabungan kata hubung seperti dan, lalu, lagi dan serta digunakan dalam ayat. Sebagai contoh: i. ii. iii. iv. Mina minum kopi dan Amin minum teh. Mereka bangun lalu turun ke serambi. Datuknya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya. Dia bercakap dengan kuat serta menepu-nepuk dadanya.
9

Perkaitan antara ayat antara ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan secara gambar rajah seperti berikut:
Ayat

Ayat 1

Kata Hubung

Ayat 2

Rajah di atas menunjukkan ayat majmuk gabungan (Ayat 1) terdiri daripada gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3 melalui kata hubung. Dari segi teori ayat majmuk jenis ini terdiri daripada cantuman beberapa ayat tunggal seperti gamabar rajah yang berikut:
Ayat

Ayat 1

Ayat 2

Ayat 3

Ayat 4

...........

Bagi menerangkan dengan lebih lanjut, sila perhatikan rajah di bawah.


Ayat

Ayat 1

Kata Hubung

Ayat 2

Mina minum kopi

dan

Amin minum teh

Menerusi contoh di atas, kata hubung diletakkan di tengah-tengah ayat atau antara dua ayat yang dihubungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Kata

10

hubung berperanan untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya ayat yang lebih besar. Dalam penyambungan ayat, terdapat beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Contoh di bawah menunjukkan kesemua bahagian ayat yang digabungkan dikekalkan. Kata Hubung dan Ayat 1 Mina minum kopi Ayat 2 Amin minum teh Ayat Majmuk Mina minum kopi dan Amin minum teh. tetapi Aiman kurus Adiknya gemuk Aiman kurus tetapi adiknya gemuk.

Jika, ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Misalnya, daripada ayat: Kata Hubung Dan Ayat 1 Ali pandai bermain bola Lalu Tetamu Ayat 2 Ali pandai bermain hoki Tetamu Ayat Majmuk Ali pandai bermain bola dan hoki. Tetamu itu tiba lalu naik ke pentas.

undangan itu tiba undangan itu naik ke pentas

Ayat-ayat yang digabungkan adalah daripada jenis yang sama dan boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya tetapi biasanya ayat-ayat tersebut tidak boleh dicampuradukkan jenisnya. Selain itu, ayat terbitan yang yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan perlu mempunyai hubungan makna bagi menjadikan ayat tersebut gramatis seperti ayat berikut: Ali bermain bola dan adiknya bermain guli.

11

Proses penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat. Lihat contoh yang berikut: Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk, nenek, pak cik, mak cik dan saudara-mara di kampung.

Ayat di atas menunjukkan bahawa terdapat lima ayat tunggal yang telah dijadikan satu ayat majmuk dengan menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang iaitu pada cuti sekolah yang lalu saya melawat. Malah kehadiran dan yang berulangulang boleh dihilangkan kecuali yang akhir, seperti contoh berikut: Ibu memasak, ayah membaca buku dan abang mendengar radio.

Asalnya ayat di atas adalah seperti di bawah: Ibu memasak dan ayah membaca buku dan abang mendengar radio.

Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali misalnya dalam ayat di bawah dan tidak menerima tekanan, maka dan boleh di gugurkan. Adik ke sekolah dan ayah ke hospital. Adik ke sekolah, ayah ke hospital.

Ayat

gabungan

dibentuk

dengan

menggunakan

beberapa

kata

hubung,.

Penggunaan kata hubung yang berlainan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya tiga jenis gabungan utama, iaitu: a) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil. Contohnya: i. ii. Penduduk Taman Mewah rajin dan bersatu padu. Aiman berehat sambil berzikir.

12

b) Gabungan yang susunannya yang memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan, contohnya: i. ii. Sungai itu cetek tetapi arusnya deras. Majalah itu mahal padahal kualitinya rendah . c) Gabungan yang susunannya yang menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan lebih seperti lebih

baik...daripada, apakah...ataupun, adakah...atau(pun), sama ada...atau, dan sebagainya. Contohnya: i. ii. Daripada makan gaji lebih baik bekerja sendiri. Lebih baik mereka pergi dengan motosikal daripada memandu kereta.

13

2.2.2 Ayat Majmuk Pancangan. Ayat majmuk pancangan merupakan gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau induk (klausa utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan melalui cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.

2.2.2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat majmuk relatif ialah ayat-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya. Contoh ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, ialah : i. ii. Kucing Siam yang berwarna putih itu mengandung lagi. Mereka tersesat di dalam hutan yang didiami binatang buas.

2.2.2.2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata komplemen bahawa dan untuk dalam binaannya. Ayat majmuk pancangan komplemen terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat komplemen frasa nama subjek, ayat komplemen frasa nama objek tepat, ayat komplemen frasa kerja dan ayat komplemen frasa adjektif. Berikut merupakan contoh bagi jenis-jenis ayat majmuk pancangan komplemen: i. Ayat komplemen frasa nama subjek, misalnya: Sungguh sukar untuk saya untuk melupakan peristiwa tersebut. Bahawa penyanyi itu telah menyalahgunakan dadah adalah benar.

ii.

Ayat komplemen frasa nama objek tepat, misalnya: Ketua Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal. Suspek pertama menafikan bahawa dia telah merompak bank itu.

14

iii.

Ayat komplemen frasa kerja Mereka berfahaman bahawa keuntungan syarikat semakin

meningkat. Kenyataan itu bermaksud bahawa beliau akan berhjrah ke sektor swasta.

iv.

Ayat komplemen frasa adjektif Jurulatih Malaysia begitu yakin bahawa kejohanan All England tahun ini akan dikuasai oleh pemain Asia. Jurulatih bola sepak Malaysia sedar benar bahawa para pemainnya banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu.

2.2.2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat ayat induk. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada sembilan jenis. i. Keterangan musabab Ayat majmuk pancangan keterangan musabab merupakan unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran dan oleh sebab. Contohnya ialah : Aceh musnah kerana ditimpa bencana Tsunami. Oleh sebab salah faham mereka tidak bertegur sapa.

ii.

Keterangan waktu Ayat majmuk pancangan keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung pancangan keterangan ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. Contohnya ialah :
15

Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. Ketika remaja lagi bakat kepimpinannya sudah terserlah.

iii.

Keterangan syarat
Ayat

majmuk pancangan keterangan syarat ialah unsur yang

menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Contoh-contoh ayat ialah : Sekiranya abang gagal dalam peperiksaan kali ini ayah akan merampas permainan videonya. Dia akan membotakkan kepala kalau mendapat anak lelaki.

iv.

Keterangan cara Ayat majmuk pancangan keterangan cara ialah unsur yang

menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contohnya ; Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Mereka mengira dengan menggunakan kalkulator.

v.

Keterangan tujuan Ayat majmuk pancangan keterangan tujuan pula ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi. Contohnya ialah; Pertandingan mereka cipta diadakan untuk mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan ciptaan baharu. Bagi menggalakkan perpaduan antara kaum, kerajaan

menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara.

16

vi.

Keterangan perbandingan Ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolaholah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Contohnya ialah ; Amir dan Aiman merupakan rakan karib, hubungan mereka ibarat isi dengan kuku. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.

vii.

Keterangan pertentangan Ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walaubagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. Contohnya ; Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya. Dia belum berkahwin meskipun umurnya telah mencecah 40 tahun.

viii.

Keterangan akibat Ayat majmuk pancangan keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung pancangan akibat ialah hingga dan sehingga. Contoh-contoh ayat ialah ; Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya. Angin bertiup kecang sehingga banyak pokok yang tumbang.

17

xi.

Keterangan harapan Ayat majmuk pancangan keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ialah supaya, agar, semoga, mogamoga dan kalau-kalau. Contohnya ialah ; Amalan kitar semula perlu diamalkan agar alam tidak tercemar. Ahmad berkerja dengan gigih supaya dapat meringankan beban bapanya.

18

2.2.3 Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Ayat sedemikian biasanya panjang, contohnya adalah seperti : Kawalan modal terpilih Malaysia selama ini telah menerima kritikan pihak asing yang mengatakan bahawa Malaysia telah menutup ekonominya daripada pemodal asing, tetapi tindakan mengenakan cukai keluar ini membuktikan kita masih mengamalkan sistem pasaran bebas dan menolak dakwaan mereka.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Di samping ayat tunggal, ayat dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses pemajmukan, mengikut cara yang dibincangkan dalam bab ini. Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau sederetan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen atau keterangan.

19

3.0 MENGANALISIS AYAT DALAM TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI Bagi menjawab soalan kerja kursus, satu analisis mengenai jenis ayat, susunan konstituen ayat dan ayat majmuk telah dilakukan. Analisis tersebut dilakukan berdasarkan teks ucapan Perdana Menteri mengenai Model Baru Ekonomi (MBE) tahun 2010. 3.1 Jenis Ayat Jenis Ayat Ayat

Ayat penyata

i.

Muka surat 2, Perenggan 7 IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan.

ii.

Muka surat 2, Perenggan 7 JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia.

iii.

Muka surat 2, Perenggan 8 Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas.

iv.

Muka surat 4, Perenggan 18 Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang.

v.

Muka surat 5, Perenggan 26 Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam


20

teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta.

vi.

Muka surat 13, Perenggan 68 Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang

bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia.

Ayat tanya

i.

Muka surat 4, Perenggan 16 Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana?

ii.

Muka surat 5, Perenggan 25 Cabaran kita adalah bagaimana untuk melakukannya.

iii.

Muka surat 5, Perenggan 25 Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi di mana rakyat mendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik?

iv.

Muka surat 6, Perenggan 29 Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman?

v.

Muka surat 8, Perenggan 42 Bolehkah kita membina model baru yang berlandaskan ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan penyertaan menyeluruh di mana kita semua dapat menikmati

kemakmuran?

21

vi.

Muka surat 9, Perenggan 43 Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menuju ke sana?

vii.

Muka surat 16, Perenggan 86 Sedang kita pulih dari kemelesetan ekonomi, adakah kita akan mempunyai kekuatan dan wawasan untuk memburu agenda perubahan yang hebat lagi mencabar, tetapi amat perlu demi masa depan negara kita?

Ayat perintah

i.

Ayat Silaan (Muka surat 3, Perenggan 11) Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses

transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya. i.

Ayat Permintaan (Muka surat 12, Perenggan 60) Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada serta menjadi juara serantau malah di peringkat global.

Ayat seruan

22

3.2 Susunan Konstituen Ayat

23

24

25

26

27

3.3 Ayat Majmuk Jenis Ayat Majmuk Ayat

Gabungan

i.

Muka surat 2, Perenggan 3 Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik.

ii.

Muka surat 2, Perenggan 3 Pengeluaran mendadak. industri dan pelaburan modal jatuh

iii.

Muka surat 4, Perenggan 20 Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat.

iv.

Muka surat 5, Perenggan 25 Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.

v.

Muka surat 6, Perenggan 30 Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di dalam MEB.

Pancangan Relatif

i.

Muka surat 2, Perenggan 3 Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama.

ii.

Muka surat 2, Perenggan 7 Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat

menggalakkan.

28

iii.

Muka surat 4, Perenggan 18 Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia.

iv.

Muka surat 4, Perenggan 18 Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB.

v.

Muka surat 5, Perenggan 22 Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama.

Pancangan Komplemen

i.

Muka surat 3, Perenggan 11 Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan.

ii.

Muka surat 4, Perenggan 16 Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama.

iii.

Muka surat 4, Perenggan 16 Kini, terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada.

iv.

Muka surat 16, Perenggan 88 Ini adalah tentang membuka mata keluarga

berpendapatan rendah untuk membantu mereka keluar dari kemelut kemiskinan.

29

Keterangan i.

Waktu (Muka surat 2, Perenggan 3) Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas.

ii.

Cara (Muka surat 2, Perenggan 6) Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010.

iii.

(Muka surat 4, Perenggan 16) Dengan pemulihan ekonomi, kita mesti bertindak segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia.

i.

Tujuan Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi.

i.

Akibat (Muka surat 6, Perenggan 27) Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus daripada populasi tenaga kerja mempunyai taraf

pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf dengan O-levels. i.

Pertentangan (Muka surat 6, Perenggan 30) Walaupun dari segi realitinya, adalah mustahil untuk kita mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi global dan terbuka,

Campuran

i.

Muka surat 1, Perenggan 1 Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha,
30

sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang.

ii.

Muka surat 1, Perenggan 2 Menerajui Kecemerlangan Global tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan.

iii.

Muka surat 2, Perenggan 5 Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.

iv.

Muka surat 3, Perenggan 11 Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya.

v.

Muka surat 4, Perenggan 16 Untuk keluar daripada perangkap pendapatan

sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mana negara dalam ekonomi global baru; atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar dunia beradaptasi dengan kita.

31

4.0 TUTORIAL PEMBELAJARAN Tutorial pembelajaran merupakan salah satu alat bantu mengajar (abm) yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu masa kini. Alat ini diaplikasikan kepada para pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta menarik perhatian. Tutorial pembelajaran tersebut mengandungi isi pelajaran, video, audio dan juga grafik yang mampu membuatkan pelajar seronok dan tidak bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Satu tutorial pembelajaran mengenai jenis-jenis ayat telah disediakan bagi kerja kursus ini. Sila rujuk bahagian lampiran bagi mendapatkan tutorial pembelajaran.

32

5.0 RUMUSAN Kesimpulannya sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji

pembinaan ayat. Ayat terbina daripada unsure-unsur klausa, frasa dan kata. Dalam hal ini, kata membentuk frasa, frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat. Ayat dasar merupakan sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa manakala ayat tunggal mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat majmuk tergolong dalam bentuk-bentuk ayat dan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan serta ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Susunan konstituen ayat ialah ayat yang dibina oleh subjek dan predikat.

33

REFLEKSI Setelah saya mendapat soalan kerja kursus BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu saya melakukan pembahagian kerja secara berkala. Pembahagian kerja secara berkala secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab. Selepas itu, satu jadual ringkas dilaksanakan untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya dengan sempurna. Saya dan rakan-rakan telah mencari bahan-bahan dan maklumat di perpustakaan dan melalui internet. Bagi saya pencarian bahan kerja khusus ini adalah mudah kerana bahan-bahan tersebut banyak di perpustakaan dan juga laman web. Melalui pencarian bahan tersebut, ia dapat merangsang saya untuk membaca sekaligus mempertingkatkan ingatan saya mengenai pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja khusus ini memerlukan pemahaman ilmiah mengenai definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan bahasa Melayu yang telah ditakrifkan oleh cendiakawan bahasa. Pemahaman mengenai definisi tersebut merupakan kunci bagi memahami tatatingkat serta proses pembinaan ayat secara tidak langsung.

Tambahan lagi, kerja kursus ini juga membantu saya bagi mengenalpasti perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui mengenai perbezaan kedua-duanya melalui definisi, susunan konstituen ayat serta asas binaan ayat. Menerusi penulisan esei mengenai ayat majmuk saya dapat mengklasifikasikan jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam bahasa Melayu. Penulisan esei ini amat membantu saya sewaktu melakukan analisis ayat majmuk yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri.

Kerja khusus ini juga melibatkan satu analisis mengenai jenis ayat, susunan konstituen ayat dan juga ayat majmuk. Analisis yang dilakukan tersebut memerlukan tahap pemahaman yang tinggi bagi menganalisis ayat yang terdapat dalam teks ucapan kerana bahasa yang digunakan adalah standard dan tinggi bahasanya. Saya perlu melakukan pembacaan berulang-ulang kali bagi memastikan ayat yang dianalis tersebut mengikut preskripsi yang dikehendaki. Secara tidak langsung memantapkan pengetahuan saya mengenai jenis ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Bagi analisis susunan konstituen ayat, saya perlu mengklasifikasikan ayat kepada subjek dan predikat. Di dalam subjek dan predikat
34

tersebut saya perlu melabelkan perkataan yang terdapat di dalamnya seperti kata tunjuk, kata nama dan kata adjektif. Dengan menyenaraikan ayat majmuk melalui teks tersebut sekaigus membantu saya mengingat kata kunci bagi setiap jenis-jenis ayat majmuk.

Malah kerja kursus ini juga membantu saya menerapkan cara pengelolaan dan strategi pengajaran dalam bahan bantu mengajar (BBM) atau tutorial pembelajaran yang disediakan. Unsur kreativiti dapat dilihat dengan pembinaan tutorial pembelajaran melalui pengolahan isi pembelajaran serta penggunaan audio, video serta grafik. Jadi melalui tugasan ini, pada masa akan datang saya dapat menerapkan pengelolaan dan strategi pengajaran yang betul kepada murid-murid. Melalui perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan dan pensyarah. Pensyarah telah memberi penerangan dengan baik dan jelas kepada saya dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan dengan betul. Masa yang diberikan oleh pensyarah bagi menyiapkan tugasan ini digunakan dengan sebaikbaiknya.

35

BIBLIOGRAFI BUKU Goay Teck Chong et.al, (2008), Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1, Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

KAMUS Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN SESAWANG http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id =1160&Itemid=493 (Dilayari pada 15 Februari 2012)

http://www.tutor.com.my/stpm/klausa%20bebas_tak%20bebas/klausa%20beba_tak %20bebas.htm (Dilayari pada 11 Februari 2012)

36

You might also like