You are on page 1of 2

Samuel P.Huntington mengemukakan teori The Clash of Civilizations (Pertembungan Tamadun).

Dalam majalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs yang bertajuk The Clash of Civilizations. Huntington telah menjangkakan akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya memperkembangkan majalah ini untuk dijadikan sebuah buku dengan judul The Clash of Civilizations and the Remarking of World Order. Buku ini telah menghuraikan dengan lebih dalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh pengkritik majalah asalnya.

Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang pelbagai reaksi baik dalam kalangan masyarakat Islam mahu pun dalam kalangan masyarakat Barat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga andaian utama iaitu, selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi idealogi, politik dan ekonomi tetapi budayanya. Selain itu, tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun. Akhir sekali, teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.

Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations), ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun-tamadun lain terutamanya Tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun 1990.

Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi perhatian oleh semua pihak, di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripada persolan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington ini sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu

pengajian tamadun dan sains politik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.

Meskipun

pelbagai

kritikan

akedemik

telah

dikemukakan

untuk

menyanggah

teori

pertembungan tamadun sehingga pernah disebut bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telah memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak, mungkin situasi yang berlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungan tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengan dunia Islam dengan pelancaran Perang Terhadap Keganasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya.

You might also like