You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PSV KALI PERTAMA 2011 Tarikh: Hari Masa Tempat Kehadiran 26 Januari 2011 : Selasa

: 3.00 petang : Bilik Pendidikan Seni Visual : 1. En. Mohd Fauzi B Ibrahim (Ketua Panitia PSV) 2. En. Mohd Ehuan 3. Pn. Saaidah 4. Cik Siti Hajar 5. Cik Naimie Amanina (Pn. Tuty Sutina)

Tidak Hadir : AGENDA 1 :

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli baru, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru PSV yang hadir dalam Mesyuarat PSV Kali Pertama 2011. AGENDA 2 :

Makluman : Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas dicadangkan oleh Cik Naimie Amanina dan disokong oleh En Mohd Ehuan Idris. AGENDA 3 : Perkara Berbangkit Makluman : 3.1 Memohon baik pulih lampu dan suis dalam Bilik PSV yang rosak. 3.2 Bilik PSV terdapat hasil kerja pelajar SPM dan juga peralatan muzik, jadi keutamaan untuk masuk kebilik seni hanya kepada pelajar tingkatan 5 sahaja. Dan kepada semua guru PSV menengah rendah perlu meminta kebenaran daripada ketua panitia sekiranya ingin membawa pelajar memasuki bilik PSV untuk melihat hasil seni Makluman : Semua Guru PSV

AGENDA 4 :

4.1 Perlaksanaan Kurikulum / Pengurusan P&P Makluman : Ketua panitia telah mengedarkan kepada setiap Guru-guru PSV HSP / RP untuk di masukkan kedalam fail dan telah ditandatangani Ketua Bidang. Tindakan : Semua Guru PSV 4.2 Penyemakkan Lukisan Makluman : Adalah dimaklumkan Buku Latihan dan hasil kerja seni adalah diwajibkan ke atas semua Pelajar yang mengambil PSV untuk disemak. Tindakan : Semua Guru PSV 4.3 Skema Kerja Tahunan Makluman : Semua guru-guru PSV telah mengikut contoh penulisan Perancangan tahunan aktiviti PSV 2009. Tindakan : Semua Guru PSV 4.4 Ujian dan Peperiksaan Makluman : Semua pelajar tingkatan 5 sahaja wajib mengambil ujian 1, 2 dan 3, tetapi tidak diwajibkan bagi tingkatan menengah rendah, manakala peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun diwajibkan bagi semua tingkatan. Tindakan : Semua Guru PSV 4.5 Pencerapan Makluman : Pencerapan bagi tingkatan menengah rendah akan dilakukan oleh Ketua Panitia, manakala bagi tingkatan 5 akan dicerap oleh Ketua Bidang Kemanusiaan. Tindakan : Semua Guru PSV 4.6 Kelas Tambahan Makluman : Kelas tambahan diwajibkan bagi pelajar tingkatan 5 sahaja kerana terlibat dengan peperiksaan SPM. Tindakan : Guru PSV Ting 5 4.7 Fail Sukatan Makluman : Adalah dimaklumkan Fail Sukatan Pelajaran telah disediakan oleh ketua bidang dan telah disusun dengan baik. Tindakan : Ketua Bidang 4.8 Kerja Kursus PSV

Makluman : Adalah dimaklumankan Kerja Kursus PSV hanya diwajibkan kepada pelajar tingkatan 5, yang memilih Mata pelajaran berkenaan dan ianya bermula bulan Februari. Bengkel pengenalan kerja kursus PSV untuk tingkatan 5 yang sepatutnya diadakan pada 28 Januari 2011 telah ditunda kerana penceramah jemputan yang juga penyelaras kerja kursus PSV meminta supaya diadakan selepas soalan kerja kursus keluar. Tindakan : Guru PSV Ting 5 AGENDA 5 : Pengurusan Panitia Dipersetujui : 5.1 Perancangan Strategik Pertandingan mewarna akan dilaksanakan mengikut kesesuaian waktu, iaitu kategori menengah rendah dan menengah atas. Manakala pertandingan membuat Mural yang melibatkan semua tingkatan telah ditukar kepada pertandingan membuat kain rentang untuk sambutan maulidur rasul yang akan diadakan pada 9 februari 2011. Program panitia PSV untuk tahun 2011 boleh dirujuk pada lampiran yang disertakan. Tindakan : Semua Guru PSV 5.2 Bajet Dipersetujui : Bajet 2009 telah digunakan sepenuhnya untuk membeli bahan-bahan P&P, manakala Bajet untuk 2011 belum diterima lagi. Peruntukkan 2011 perlu digunakan setelah mendapat tajuk Kerja Kursus PSV (SPM) Tindakan : Ketua Panitia PSV 5.3 Bank Soalan Makluman : Bank soalan PSV terdapat dalam Bilik PSV dan boleh digunakan untuk membina soalan. Tindakan : Semua Guru PSV 5.4 Carta Organisasi PSV Makluman : Carta Organisasi PSV terdapat di Bilik PSV, dalam proses kemaskini Tindakan : Semua Guru PSV 5.5 Biodata Guru dan Jadual Persendirian Guru Makluman : Guru-guru PSV dikehendaki memberikan biodata dan jadual persendirian bagi memudahkan pemantauan dan perjumpaan guru-guru PSV. Borang biodata dan jadual persendirian bagi guru yang mengajar PSV akan diedarkan. Borang tersebut perlu dilengkapkan dengan segera.

Tindakan : Semua Guru PSV 5.6 TOV dan Head Count Makluman : Perkara ini perlu dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 5 sahaja Tindakan : Guru Tingkatan 5 5.7 Stok dan Peralatan PSV Makluman : Stok dan peralatan telah dipantau dengan baik, bahan-bahan tersebut perlu digunakan dengan baik mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Buku rujukan untuk guru yang mengajar PSV tingkatan 1, 2 dan 3 telah diedarkan. Untuk makluman semua, kertas lukisan dalam bilik seni hanya tinggal sedikit sahaja lagi, peruntukan untuk membeli peralatan PSV belum diperolehi. Tindakan : Semua Guru PSV AGENDA 6 : Hal-hal Lain 6.1 Ketua Panitia Aircon di dalam Bilik PSV dalam proses di baikpulih kerana plug sebahagiannya memerlukan pembaikpulihan, begitu juga dengan lampu, setakat ini lampu sudah ditukar mentol dan boleh digunakan seperti sediakala. 6.2 Ketua Panitia Komputer dalam Bilik PSV berfungsi dengan baik, termasuk juga printer sudah ditukar, Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 3.40 petang Disediakan oleh : .. Cik Siti Hajar Bt Harun ( Pencatat Minit Mesyuarat PSV, SMK Bandar Baru Serting ) Disemak oleh : . En Mohd Fauzi Bin Ibrahim (Ketua Panitia PSV, SMK Bandar Baru Serting)

You might also like