You are on page 1of 13

KESUSASTERAAN MELAYU

Pengenalan
Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan

dapat disampaikan dan disebarkan Dengan bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada pada karya kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain. Istilah kesusasteraan berakar dari kata susastera / sushastra dalam bahasa Sanskrit. Suku kata su bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala sastera / shastra menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan sastera / shastra merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumber tertinggi (Pencipta). Daripada kata susastera telah diberikan imbuhan apitan ke- ... an menghasilkan kesusasteraan yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani. Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatakan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

Genre Kesusasteraan Melayu


a. Novel Novel ialah cerita rekaan berbentuk prosa yang panjang. Istilah novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali. Maksud

novella ialah satu benda baru atau satu benda kecil yang baharu. Kini, istilah novella telah diringkaskan menjadi novel sahaja. Hashim Awang menganggap novel ditulis untuk menceritakan kisah hidup manusia pada suatu tempat dan dalam suatu masa tertentu. Shahnon Ahmad pula berpendapat novel mengisahkan tentang kehidupan manusia. Nurazmi Kuntum menganggap novel mengisahkan tentang kehidupan dan liku-liku yang rencam dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang. Manakala, Kamus Dewan mendifinisikan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa yang agak panjang. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa novel ialah sebuah karangan prosa fiksyen yang panjang menceritakan tentang hidup dan kehidupan manusia. Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui pelbagai watak. Ada novel menggunakan watak binatang. Misalnya novel Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Ada novel menggunakan benda-benda mati seperti novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Walau bagaimanapun, novel menggunakan watak manusia lebih banyak dihasilkan. Antara ciri-ciri novel ialah sebuah cereka prosa panjang yang lebih daripada 20,000 perkataan, mempunyai beberapa bahagian atau bab, terdapat banyak watak dan dialog watak-watak sama ada secara cakap ajuk atau cakap pindah, masanya lebih lama, masalahnya lebih kompleks, banyak masalah, watak dan peristiwa.
b. Cerpen

Istilah cerpen merupakan akronim kepada perkataan cerita pendek. Cerpen merupakan cerita rekaan yang kadang-kala terdiri daripada imaginasi pengarang semata-mata atau campuran fakta dengan imaginasi pengarang. Genre cerpen merupakan satu cereka moden. Lazimnya, akhbar akan menyiarkan cerpen pada setiap hari minggu. Antara ciri-ciri Cerpen ialah cerpen merupakan sebuah cereka pendek yang jumlah perkataannya antara 500 hingga 20,000, cerpen mempunyai satu tema dengan persoalan yang terhad, watak-watak dalam cerpen adalah terhad dengan tumpuan cerita kepada watak utama sahaja, cereka cerpen adalah terbatas kepada satu perkara/ permasalahan sahaja kerana jangka waktunya juga singkat, dan mempunyai satu permasalahan sahaja, dan latar dalam cerpen juga terhad. Ceritanya mungkin berlaku di satu tempat, satu masa yang singkat, atau dalam satu golongan masyarakat tertentu sahaja. Kesimpulan, cerpen merupakan satu cereka prosa yang pendek yang ditulis dalam bahasa moden. Ceritanya mengisahkan tentang sesuatu perkara dengan mempunyai satu atau dua konflik sahaja. Watak-wataknya juga terhad dan pembaca dapat menghabiskan pembecaan cerpen dalam masa yang singkat.
c. Sajak

Sajak ialah puisi moden. Bentuk sajak adalah bebas dan tidak terikat dengan peraturan tertentu. Bilangan baris dan

perkataan dalam sesebuah sajak tidak menentu. Ada sajak terdiri daripada satu baris. Ada juga sajak yang berpuluhpuluh baris dan panjang berjela-jela. Sajak tidak mempunyai pola, bentuk dan rima khusus. Sajak terbina kesan daripada kejayaan penyir mengolah kata-kata. Menurut Rahman Shaari, sajak ialah kata-kata yang berkeupayaan menerbitkan makna tambahan. Sanusi Pane menganggap sajak ialah kata-kata yang keluar daripada sukma manusia yag mampu menerangi hati manusia yang menikmatinya. Daripada dua pengertian itu dapat dirumuskan bahawa sajak ialah kata-kata yang mempunyai makna tambahan yang terbit dari sukma manusia untuk dinikmati dan diambil hikmahnya.
d. Pantun

Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama paling tua. Menurut Harun Mat Piah, istilah pantun mungkin berasal dari akar kata tun yang terdapat dalam bahasa beberapa suku kaum di nusantara, yang merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus baik, yang konkrit mahupun yang abstrak. Demikian juga istilah pantun mungkin berasal dari bahasa-bahasa suku kaum berkenaan. Misalnya Tagalog (tonton), Jawa Kuno (tuntun), Bisaya (Panton), Toba (pantun) yang kesemuanya merujukkepada keteraturan, mendidik, memimpin dan kesopanan. Maksud istilahistilah itu jika diteliti berkaitrapat dengan ciri pantun itu sendiri. Penciptaan pantun pula mungkin berkaitan dengan kebiasaan orang Melayu menyampaikan sesuatu secara bersajak atau berirama. Ciri-ciri pantun dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu aspek luaran dan aspek dalaman. a) Aspek Luaran

1. Istilah 2. Setiap

pantun terdiri daripada pantun dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, atau sepuluh rangkap. Pantun paling popular terdiri daripada empat rangkap. rangkap terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Pembayang terletak pada bahagian atas dan maksud terletak pada bahagian bawah.

3. Setiap

baris mempunyai empat (yang terbaik) atau lima kata dasar denga jumlah suku kata antara lapan hingga sepuluh. Contohnya, 4. Mempunyai skema rima akhir yang tetap, iaitu a-b-a-b atau a-a-a-a atau a-a-b-b. 5. Setiap rangkap mempunyai satu fikiran atau maksud sahaja.

b) Aspek Dalaman 1. Mempunyai isi atau pemikiran yang padat. 2. Isi atau pemikiran disampaikan secara perbandingan yang halus. 3. Setiap pantun mempunyai nilai dan pengajaran yang dituju kepada manusia 4. Terdapat perhubungan makna antara pembayang dengan maksud. 5. Terdapat penggunaan lambang-lambang atau persepsi tertentu yang diketahui oleh masyarakat. 6. Bahagian pembayang lazimnya terdiri daripada imej-imej alam. Jenis-Jenis Pantun Selain berdasarkan bentuk, penggolongan jenis-jenis oleh para pengkaji adalah berdasarkan isi pantun. jenis-jenis pantun ialah seperti yang berikut. Pantun Sindiran Pantun Teka-Teki Pantun Agama Pantun Nasihat Jenis Pantun Pantun Jenaka Pantun Adat Pantun Cinta Pantun Adat pantun Antara

e.

Syair

Istilah syair berasal daripada bahasa Arab, iaitu syir yang bermaksud puisi. Syair berbeza dengan pantun kerana tidak mempunyai pembayang. Semua barisnya merupakan mksud yang meliputi adat resam, budaya, falsafah, pemkiran, sosial, kepercayaan, sejarah dan sebagainya. Tidak seperti pantun, syair merakamkan satu kisah yang lebih panjang. Ciri-Ciri Syair ialah syair mempunyai empat baris serangkap, bilangan rangkap dalam syair tidak tetap, setiap baris syair mempunyai antara tiga hingga lima patah perkataan atau suku kata dalam sebaris antara lapan hingga dua belas suku kata, idea atau cerita antara rangkap adalah saling berhubungan dan melengkapi, satu syair menceritakan satu kisah yang lengkap dengan permulaan, pertengahan dan pengakhiran, dan rima akhir syair adalah sama, iaitu a-a-a-a. Contohnya syair ialah Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Syair Ken Tambuhan, Syair Dandan Setia.
f. Seloka

Perkataan Seloka berasal daripada bahasa sankrit, iaitu Shloka. Hashim Awang menjelaskan seloka sebagai karangan

berangkap yang tidak tetap jumlah perkataan dan rima pada akhir barisnya. Manakala, penciptaannya pula mengikut rentak pantun, syair atau perumpamaan. Kenyataan itu menunjukkan seloka sebuah puisi bebas. Nada seloka pada lazimnya bersifat menyindir dan mengandungi unsur-unsur jenaka. Ciri-Ciri Seloka ialah seloka tergolong dalam puisi Melayu tradisional, tidak seperti pantun dan syair, bentuk seloka adalah bebas. Terdapat seloka yang mempunyai empat baris dan lebih, isi seloka mengandungi sindiran dan ejekan di samping jenaka, senda gurau dan sebagainya. Biasanya, seloka mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang. Oleh sebab itu, fungsi seloka adalah sebagai bahan hiburan di samping sebagai bahan pengajaran agar pendengar tidak menerima nasib malang sebagaimana diceritakan. Pengungkapan seloka tidak serius, terasa nada melankolik dan berirama/ berlagu. Ini sesuai dengan isi seloka yang bersifat mengejek atau berjenaka. Penggunaan seloka tidak meluas. Pada lazimnya, seloka diselit dalam cerita terutama dalam cerita lipur lara atau cerita jenaka. Kesimpulannya, seloka merupakan puisi tradisional yang penciptaannya tidak terikat pada mana-mana syarat. Namun, satu ciri penting ialah semua seloka mempunyai nada mengejek atau menyindir dengan mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang. Pengisahan nasib malang itu adalah bertujuan sebagai bahan hiburan dan agar audien mengambil iktibar daripada peristiwa malang watak yang diceritakan.
g. Gurindam

Gurindam tergolong dalam puisi tradisional Melayu. Menurut Hashim Awang, gurindam terdiri daripada dua baris ayat serangkap dan mempunyai rima akhir yang sama. Dalam kedua-dua baris itu tersimpul satu fikiran lengkap yang berupa nasihat. Dalam kesusasteraan Melayu, Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji merupakan gurindam yang paling terkenal. Ciri-Ciri Gurindam ialah bentuk gurindam ditulis secara berpasangan dan berfungsi sebagai satu rangkap. Setiap rangkapnya mempunyai kesatauan idea yang lengkap. Baris pertama atau dua baris awal setiap rangkap berfungsi sebagai syarat dan baris kedua atau dua baris akhir pula berfungsi sebagai pelengkap. Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah bebas, namun, rima akhir baris bagi setiap rangkapnya mesti sama, iaitu a-a. Gurindam membawa persoalan yang serius, bersungguh-sungguh, tidak berkias dan tiada jenaka, sindiran atau berteka-teki. Fungsi gurindam ialah untuk menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusia yang berilmu, bermoral, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kesimpulan, pada lazimnya, gurindam terdiri daripada dua baris ayat. Namun, terdapat juga gurindam yang mempunyai empat

atau lebih baris. Setiap gurindam membawa kesatuan idea yang lengkap dan ideanya bersifat serius. Rima akhirnya adalah sama.
h. Nazam

Mengenal Struktur Karya Jika hendak membina sebuah rumah perlu ada sokongan untuk menjadikan rumah itu teguh dan kuat. Begitulah juga dengan sebuah karya sastera yang juga memerlukan asas atau unsurunsur yang kemas untuk menjamiin karya tersebut baik dan bermutu. (a) Tema dan persoalan Tema ialah gagasan, fikiran atau persoalan utama/ pokok yang mendasari sesebuah karya sastera dan ia terungkap secara langsung dan tidak langsung. Manakala, Persoalan ialah Perkara-perkara atau masalah-masalah yang diketengahkan dalam sesuatu karya yang berhubung kait dengan tema.
(b) Watak dan Perwatakan Definisi watak ialah tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya. Perwatakan pula ialah pengisahan tentang watak dalam sesebuah karya (kejiwaan dan fizikal) (c) Plot

Maksud plot merujuk pada susunan atau jalinan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat. Tidak semua peristiwa menjadi unsur pembina plot. d) Gaya Bahasa Cara pengarang menggunakan bahasa dalam sesebuah ciptaannya. Aspek kajian dalam gaya bahasa ialah; karya

(i) Diksi Diksi ialah pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema , persoalan, peristiiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Contoh: Sajak ke makam bonda. Usman Awang memilih diksi

makam dan bonda kerana difikirkan lebih tepat berbanding diksi kubur / pusara dan ibu / emak. (ii) Konotasi Istilah konotasi ialah penggunaan bahasa yang memberikan kepelbagaian makna atau makna lain kepada pembaca. Contoh: buang kasut. Selain bermaksud buang, ia juga bermaksud tanggalkan kasut daripada kaki. Diksi bunga boleh merujuk kepada bunga sebenar atau gadis. (iii) Metafora Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata perbandingan seperti, umpama, seperti, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh: laut waktu. Laut bersifat konkrit, manakala waktu bersifat abstrak. Ia bermaksud waktu yang sangat luas. (iv) Simile Ungkapan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan. Ungkapan simile menggunakan kata-kata perbandingan seperti, bagai, macam, bak, umpama, seperti, laksana dan ibarat. Contoh: berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

(v) Personifikasi Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan) tertentu. Contoh: damai melambai senja. Damai telah diberikan sifat manusia, iaitu melambai, sedangkan damai bukan manusia yang boleh berbuat demikian. (vi) Hiperbola Penyataan agak melampau tentang sesuatu / gaya bahasa perbandingan yang melampau/ membesar-besarkan sesuatu. Contoh: lauatan api sanggup kurenangi, atau badai perkasa. Mustahil seseorang dapat merenangi lautan api. Badai pula memang bersifat perkasa. Tidak ada badai yang lembik. Justeru, badai yang perkasa itu diperkasakan lagi. (e) Latar Latar / Setting ialah latar belakang bagi sesebuah sastera. Latar mengandungi pelukisan masa, tempat, keadaan masyarakat yang melingkungi cerita. (f) Nilai

karya dan

Merupakan sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi kebaikan dan bersifat positif dikatakan sebagai nilai murni. Kajian Teks Anda dikehendaki mengkaji setiap genre di atas yang diwakili buku-buku di bawah. 1. Novel bertajuk Badai Semalam karya Khadijah Hashim terbitan K Publising. 2. Cerpen Kumpulan cerpen Patah Tumbuh karya Kris Mas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Puisi Kumpulan sajak Elipsis karya Nassury Ibrahim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008. Kritik Sastera a. b. c. d. Formalistik Struktural Feminisme Sosial

Pendekatan Formalistik
a. Konsep pendekatan formalistik
Pendekatan formalistic atau disebut juga textbook merupakan pendekatan yang mengkaji aspek dalam atau intrinsic karya.Aspek dalaman seperti tema,persoalan,plot,gaya bahasa dan lain-lain lagi.

Komponan / formal dalam membina karya sastera; komponan itu ialah tema, plot, perwatakan, latar, bahasa,teknik,persoalan, sudut pandangan dan sebagainya; meneliti bagaimana komponan itu di adun / diolah; ada kesesuaian dan keseimbangan/ kesepaduan dalam bentuk dan isi karya

b. Aspek dalaman
1. Mengaitkan aspek-aspek yang membina sesebuah karya. Membincangkan aspek tema sebagai gagasan atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Seseorang pengkritik akan dapat menentukan persoalan utama dalam karya setelah menghayati keseluruhan hasil karya

2.

Plot Pengkritik melihat plot berdasarkan hukum sebab akibat. Plot terbina dalam tiga segman / bahagian, iaitu segmen permulaan / permukaan, segmen perkembangan (perumitan / konflik dan klimafs) dan segmen peleraian / pengakhiran. Kemantapan plot sesebuah kayra sasatera akan di analisis oleh pengkritik dengan menunjukkan kekuatan / kelemahan jalinan ceritanya Watak dan perwatakan Watak menjadi penggerak utama dalam perkembangan plot dan tema cerita. Watak mengalami pelbagai peristiwa, watak bercerita, berinteraksi dengan diri. Pengkritik akan mengupas bagaimana pengarang memperkenalkan, mendedah dan mengindentifikasikan watak. Pengkritik juga melihat watak dari sudut peranan dan fungsi dalam karya. Seterusnya pengkritik akan membuktikan perwatakan yang ditampilkan berkesan / sesuai atau sebaliknya dengan plot, bahasa, dan tema karya Gaya Bahasa Sejauhmana kejayaan atau kegagalan seseorang dalam menggunakan bahasa. Kejayaan sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan bahasa. Aspek bahasa yang diberi penekanan ialah diksi / pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa perbandingan seperti simile, metafora, personifikasi, perlambangan, anafora serta nada.

3.

4.

5. 6.

Latar latar tempat, latar masa, latar budaya. Sudut Pandangan - terbahagi kepada 3 jenis iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan objektif

Tokoh pengkritik

Tokoh
Kassim Ahmad

Karya
Diolog dengan sasterawan (1979)

Aspek yang dikritik


Mengkritik sajak-sajak Usman Awang,A. Latif Mohidin, Masuri S.N, A.Samad Said, Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Salina Pendekatan Formalistik di Malaysia

Yahya Ismail Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritik (1967)

Ramli Isin Puisi-Puisi Eksperimen Dalam Kesusasteraan Kita a. b. Hashim Awang Mengkaji Novel Keluarga Gerilya karya Promedya Ananta Teor a. Mengkaji aspek plot dalam novel tersebut Banyak mengkritik cerpen dan novel , mengunakan pendekatan formalistik Menyentuh aspek gaya bahasa, tema, persoalan

(sumber STPM Kelantan 2005)

Pendekatan Femenisme
Dari segi sejarah fahaman Femenisme bermula sejak abad ke 18 di Barat apabila golongan wanita berasa mereka tidak mendapat hak sewajarnya dalam bidang pendidikan,memiliki harta, hak mengundi dan bergerak bebas dalam masyarakat. Pelbagai definisi diberikan kepada Femenisme antaranya ialah menurut ( Juliet Mitchel: 1971) aliran yang menyokong kuat hak asasi dan emansipasi wanita,pembebasan dan hakpersamaan wanita. Cecilia Ng(1994) mengatakan ideologi yang mendasari pembebasan wanita ini ialah kepercayaan bahawa wanita menderita kerana mereka wanita sedangkan wanita juga perlukan ruang untuk bergerak bebas dalam masyarakat serta turut menyumbangkan kepada perkembangan negara. Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada sesebuah karya untuk dimasukkan dalam kategori Femenis. Mengikut Cheri Register(1975) mengatakan antara ciri-ciri tersebut seperti karya hendaklah menjadi firum untuk wanita,pengetahuan mengenai pengalaman lelaki dan wanita penting bagi mewujudkan persefahaman,mengajukan watak contoh yang dapat diteladani,karya juga mestilah menonjolkan semangat

persaudaraan dan hendaklah menimbulkan kesedaran melalui pengalaman yang dilalui oleh watak-watak wanita

3.

Pendekatan kemasyarakatan/sosiologi (Sumber Artikal Dewan sasteraMY)

Pendekatan sosiologi mementingkan dua perkara 1. Sosiologi ada kaitan dengan sasterawan yang mencipta genre sastera itu sendiri Biodata pengarang akan membantu untuk memberi maklumat kenapa sesebuah karya itu dihasilkan. Contoh novel Salina di mana pembaca merasa keberkesanannya ketika membaca kehidupan mangsa peperangan yang mendiami kampong Kandang kambing. Novel Salina bukanlah imaginasi yang melulu tanpa sebarang fakta dan watak Hilmi bukan mustahil dari gambaran pengarangnya 2. Berkaitan denag fungsi dan pengaruh kesusasteraan
Rujukan Abdul Aziz Abdul Talib. (2000) Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. ______________.(1993). Menguji kemahiran bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Abdullah Hassan.(1987) Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. _______________(1986). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Ahmad Kamal Abdullah. (1989). Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955-1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. M. Thani. (1981). Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Teeuw. (1983). Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia. Arbak bin Othman, ( 1981). Tatabahasa Bahasa Melayu. Sarjana Enterprise. Kuala Lumpur. Asmah Hj Omar.(1981). Kaedah Pengajaran Bahasa. Pustaka. Dewan Bahasa dan

A. Teeuw. (1983). Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia.

Awang

Sariyan. (1995). Konsep kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Azman Wan Chik.(1987). Isu-isu semasa dalam pengukuran dan penilaian bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. ______________. (1986). Mengajar bahasa Melayu: Perkaedahan. Dewan Bhasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hamzah Hamdani. (1988). Konsep Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. dan pendekatan sastera. Kuala

Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. .. (1988). Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein. (1974). Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur : Pustaka Zakry Abadi. Johnson, K.,(1988) Communicate in Writing. Harlow: Longman Group U.K Ltd. Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofia Ahmad.(1990) Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti.Selangor. Kamaruddin Hj Husin (1994). KBSM Dan Strtegi Pengajaran Bahasa.Kumpulan Budiman Sdn. Selangor. Kamarudin Hj. Husin (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Koh Boh Boon, 1990. Pengajararan Tabahasa Bahasa Melayu. Prinsip dan Teknik Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Petaling Jaya. Lodge, David (ed.). (1988). Modern critisam and theory. London : Longman. Lufti Abas.(1988). Nahu Penambah dan Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Lysons, L.H. dan Hesaley, B., 1980. Study Writting. Cambridge Universiti Press. Cambridge. Maniyamin Bin Haji Ibrahim (2005). Citra Takmilah: Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Islam. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajarannya.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. ______________(1980). Bahasa Melayu, Teori dan Aplikasi. Sarjana Enyerprise dan Persatuan Linguistik. Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim et. al. (1993) Dewan Bahasa dan Pustaka. Percetakan Dewan Bahasa. Selangor. Othman Puteh. (1984). Riak dan gelombang sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. . (1994). Teks cerminan nilai budaya bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. (1988). Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sahlan Mohd. Saman. (1994). Pengarang teks dan khalayak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. dan etika Islam. Kuala

Richards,J. C., 1987. The Context of Teaching Cambridge Universiti Press. Cambridge Universiti Press. Cambridge. Stephens, M.,1986. Pactise Writting. Longman Group Ltd. Harlow. Spykerman, Angelina et al., (1985). Writting Compositions From Controlled to Free Compositions. Anthonian Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Yahaya Ismail. (1967). Kesusasteraan moden dalam esei dan kritik Singapura: Pustaka Nasional. .(1967). Kesusasteraan moden dalam esei dan kritik 2 . Singapura: Pustaka Nasional. Zaharah Ibrahim. (1987). Polemik sastera Islam Kassim Ahmad, Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1.

You might also like