You are on page 1of 6

Teks ucapan Pengerusi Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan 2009 dan Aturcara Majlis

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN YANG MULIA RAJA DATO HANIPUDDIN BIN RAJA DATONONG CHIK, PEMANGKU KETUA UMNO,BAHAGIAN PETALING JAYA SELATAN TELAH PUN TIBA DAN SEDANG MENYAKSIKAN TARIAN SUMAZAU DI PENTAS, DI LUAR DEWAN

_______________________________________________________________ Hadirin diminta berdiri, Mengumumkan ketibaan Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan. .......................................................................................................... ............. Hadirin dipersilakan duduk Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja DatoNong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan. Yang berusaha Pua Zam Zam Miah bt Sinaro Guru Besar Sk Taman Dato Harun (2) Yang dihormati En. Rahim bin Md. Jusin Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Taman Dato Harun (2) Yang dihormati Puan Hajah Rabiah Adawiyah bt Baharom (Penolong Kanan Kokorurikulum merangkap Pengerusi majlis konvokesyen & anugerah kecemerlangan 2009). Yang dihormati Puan Hajah Padzilah bt. Maskan (Penolong Kanan kurikulum sk. Taman Dato Harun (2). Yang dihormati Puan Roselilawati bt Maaris ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk. Taman Dato Harun (2) Yang dihormati En. Rahim bin Mohd Ramli Penolong Kanan Petang 1

Yang dihormati..pengetua / wakil pengetua / guru besar / wakil guru besar Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Guru-guru Penerima penerima anugerah Para ibubapa Tuan-tuan dan puan-puan Serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.. ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya dapat kita berhimpun di dewan yang serba indah ini untuk menjayakan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan 2009. Terlebih dahulu majlis mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan. kerana sudi hadir ke majlis yang gilang-gemilang ini . Semoga kehadiran Yang Mulia Datoakan memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan dan para ibubapa yang hadir. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa dapat menyuntik semangat anak-anak untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang. __________________________________________________________________ Lagu melayu kita nyanyikan Irama budaya sepanjang zaman Bacaan doa penuh harapan Kehadrat Ilahi mohon keberkatan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Ahmad Shahir bin Che Daud untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .......................................................................................................... ......... Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. 2

Hadirin diminta berdiri untuk bersama sama menyanyikan lagu negaraku. Hadirin di persilakan duduk. bunga melur di dalam kaca dihias dengan kain sutera kata aluan penuh bermakna kejayaan kita agenda utama Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan pn. Zam Zam Miah binti Sinaro guru besar sekolah kebangsaan. Taman dato harun (2) untuk menyampaikan ucapan Dengan segala hormatnya dipersilakan .......................................................................................................... ............. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi __________________________________________________________________ Hadirin sekalian Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Rahim bin Md. Jusin Yang Dipertua Persatuan ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2) untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan .......................................................................................................... ..... Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi Datang tuan penuh harapan Kami menanti dengan bersopan Majlis perasmian tuan tunaikan Menjunjung kasih kami lafazkan Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis konvokesyen dan anugerah kecermelangan tahun 2009. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan .......................................................................................................... ........... 3

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan perasmian itu tadi. __________________________________________________________________ Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian sebelum kita teruskan acara pada pagi ini , kita saksikan dahulu persembahan Angklung oleh murid-murid Sk Taman DatoHarun Dua . dipersilakan.................. untuk makluman hadirin sekalian, persembahan Angklung itu tadi dibawah bimbingan En Rapahel Binseng Majlis mengucapkan terima kasih. .......................................................................................................... ............. kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian sijil konvokesyen bagi tahun 6 Mutiara 6 Intan untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Rabiah Adawiyah bt Baharom penolong kanan kokurikulum merangkap pengerusi majlis konvokesyen & anugerah kecemerlangan 2009 Mengiringi En. Rahim bin Md. Jusin Yang Dipertua Persatuan ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2) (menyampaikan sijil Konvokesyen kepada murid-murid tahun 6 mutiara dan 6 intan 2009. dipersilakan. Anugerah Sijil Konvokesyen Tahun 6 mutiara __________________________________________________________________ Anugerah Sijil Konvokesyen Tahun 6 I ntan (SENARAI NAMA RUJUK LAMPIRAN) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Rahim bin Md. Jusin (Yang Dipertua Persatuan ibu Bapa dan Guru atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi. Hadirin sekaliansebagai tanda penghargaaan dan terima kasih, dipersilakan Puan Hajah Rabiah Adawiyah bt Baharom penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada En. Rahim bin Md. Jusin 4

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Hadirin sekalian seterusnya Majlis menjemput Pn. Zam- zam miah bt Sinaro Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2) mengiringi Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan untuk menyampaikan sijil Konvokesyen kepada murid-murid tahun 6 Delima dan 6 Baiduri. dengan segala hormatnya dipersilakan #Anugerah Sijil Konvokesyen Tahun 6 Delima __________________________________________________________________ #Anugerah Sijil Konvokesyen Tahun 6 Baiduri Demikianlah tadi penyampaian murid tahun 6. sijil konvokesyen bagi semua

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan atas penyampaian anugerah itu tadi. Hadirin sekaliansebagai tanda penghargaaan dan terima kasih, dipersilakan Puan Zam zam Miah bt Sinaro Guru Besar SK Taman DatoHarun Dua untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahaian Petaling Jaya Selatan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin sekalian , sekarang marilah sama-sama kita saksikan persembahan Tarian Inang dan Zapin daripada gabungan murid Tahun 4 dan 5. Dipersilakan.... Demikianlah persembahan Tarian Inang dan Zapin daripada gabungan murid Tahun 4 dan 5. Untuk makluman hadirin sekalian persembahan Tarian Inang dan Zapin itu tadi di bawah bimbingan Puan Ninazaireen bin Hassan. Majlis merakamkamkan ucapan terima kasih. 5

_________________________________________________________________ Adat melayu menyambut tetamu Sebelum masuk tersenyum dahulu Hamparkan tikar sampai kepintu Juadah disediakan untuk dijamu. Tuan-tuan, puan-puan majlis akan berhenti rehat seketika, majlis dengan segala hormtanya mempersilakan Puan Zam Zam Miah bt Sinaro mengiringi Yang Yang Mulia Raja Dato Hanipuddin bin Raja Dato Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian, UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dan tetamu jemputan untuk menjamu selera Untuk makluman semua majlis akan bersambung pada ..kami harapkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat meluangkan masa sehingga majlis selesai. Kerjasama dan sokongan kami dahului dengan ucapan terima kasih

You might also like