You are on page 1of 2

BUKU SKRAP 2012 Buku 'scrap'? Mm..masa sekolah rendah dulu cikgu selalu suruh buat buku 'scrap'.

Lama-lama bot jadi minat untuk buat buku 'scarp'. Tak semua orang suka, mungkin sebab nak buat buku 'scrap' ni leceh sikit. Kena kumpul bahan, tampal sana, gunting sini..kerja ni memerlukan kesabaran untuk hasilkan buku scrap yang baik. Tapi bot suka (: Melalui buku scrap, kita boleh gambarkan apa yang kita suka, benda yang kita tak suka, atau pun kita nak simpan memori-memori dlm hidup kita, dan buku scrap adalah cara yang terbaik. Sebab bila tengok buku scrap kita tuh dah siap, segala penat lelah tu terubat. Banyak cara nak buat buku 'scrap' ni. Ada secara 'klasik' dan digital. Klasik ni kita yang buat sendiri. Kalau secara klasik ni, memang leceh sikit.sebab banyak bahan dan kerja nak kena buat, tapi hasilnya lebih berkualiti. Tapi sekarang ni dengan teknologi yang ada, berlambak software yang ada untuk menyenangkan kita nak buat buku scrap ni..Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba..Kawan-kawan boleh rujuk kat websites ni untuk dapat idea..

Aktiviti Sains : "Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus"

Pengenalan Membuat buku skrap merupakan satu aktiviti seni di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau buku. Di dalam aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk membuat sedikit penyelidikan tentang haiwan yang pupus dan terancam, dengan bantuan guru. Apa yang diperlukan? Kertas pelbagai warna dan ketebalan (boleh didapati di kedai alat tulis) Gunting Gam Penebuk lubang (opsyenal) Reben (opsyenal)

Pen pelbagai warna (opsyenal) Bahan seni untuk menghias buku skrap (gam glitter, fancy stickers dan lain-lain) Pelbagai gambar haiwan pupus dan terancam Fakta berkenaan haiwan pupus dan terancam Apa yang perlu dibuat? 1. Pelajar ditunjuk cara untuk membuat buku skrap secara asasnya. Pelajar kemudian boleh membuat buku mengikut kreativiti masing-masing. Guru dicadangkan untuk menstandardkan buku skrap, sebagai contohnya semua dikehendaki membuat buku skrap sekurang-kurangnya 10 muka. 2. Guru berbincang tentang : a) Apakah maksud bagi haiwan yang pupus. Contoh haiwan-haiwan yang pupus. b) Apakah maksud bagi haiwan yang terancam. Contoh haiwan-haiwan yang terancam. c) Faktor-faktor yang menyebabkan dan menyumbangkan kepada ancaman kepupusan. Guru menyediakan beberapa gambar dan fakta tentang haiwan terancam dan pupus. Pelajar akan memilihnya untuk dimasukkan ke dalam buku skrap masing-masing. Minta pelajar untuk: a) Membuat penyelidikan tambahan dan juga menambahkan lagi koleksi haiwan. b) Mencari fakta tambahan yang menarik untuk ditambah di dalam buku skrap mereka. Selepas seminggu, minta pelajar untuk mempamerkan buku skrap mereka kepada rakan-rakan. Guru juga boleh membuat aktiviti ini lebih menarik dengan memberikan mereka pelekat-pelekat berwarna untuk dilekatkan kepada buku skrap yang mereka rasakan paling informatif dan menarik. Terpulang kepada budi bicara guru, pilihlah hari yang sesuai untuk membawa mereka kepada perbincangan yang aktif tentang apa yang mereka telah pelajari, perasaan mereka tentang topik berkenaan dan apa yang mereka ingin tahu lagi jika diberikan lebih banyak masa untuk membuat penyelidikan. Apa yang berlaku? Dengan adanya teknik membuat buku skrap, pelajar bukan hanya sekadar menyimpan dan menyelidik maklumat, malah mereka juga boleh menjadikannnya sebuah hasil karya yang boleh dikongsi bersama sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Ia juga boleh menjadi satu bahan untuk memulakan satu perbincangan yang bernas tentang sebarang topik! Pengisian sains Haiwan yang pupus (extinct animals) ialah haiwan yang tidak lagi wujud di muka Bumi kita dan tiada sebarang spesisnya yang masih hidup pada hari ini. Beberapa haiwan yang telah pupus ialah dinosaur, Thylacine, burung Moa, burung Dodo dan Mammoth.

You might also like