You are on page 1of 10

PENGENALAN

Terlebih dahulu, ucapan jutaan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kokurikulum dan guruguru sekolah ini atas usaha dan kerjasama semua dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan Kokurikulum sekolah ini berjalan lancar.

Seperti yang semua maklum bahawa aktiviti Kokurikulum telah pun diiktiraf sebahagian daripada Kurikulum kebangsaan. Aktiviti ini juga wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum seharusnya merancang mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan kepada keilmuan dan kemanusiaan. Dalam menghadapi alaf baru yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawap kita untuk melahirkan modal insan iaitu murid yang seimbang dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum amat penting. Program Kokurikulum tersebut membolehkan murid memperoleh, menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan mereka.

Sebagai seorang pendidik pula, guru perlu memberikan maklumat dan garis panduan yang jelas serta tepat kepada murid dalam menguruskan dan menjayakan kegiatan kokurikulum di sekolah.

Faktor ini akan membantu memastikan kejayaan warga pendidik dalam usaha memperkayakan dan memperkasakan intelek di semua peringkat lapisan murid di sekolah. Guru juga pada masa yang sama dapat mengasuh murid memantapkan rohani, menyejahterakan emosi dan mengukuhkan jasmani ke arah peningkatan disiplin dan ketahanan diri.

Semoga semua warga SK Tabuan Hilir akan dapat bersama-sama memastikan bakat murid akan dapat diperkembangkan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi melangkau ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat negeri kerana dewasa ini, murid perlu cemerlang dalam semua aspek akademik dan mahupun kokurikulum.

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 1

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH PENAUNG


EN. ABDILLAH BIN ADAM (PENGARAH JABATAN PELARAN NEGERI SARAWAK)

PENASIHAT PN. MAIMUNAH BINTI BUJANG (PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUCHING)

PENGERUSI EN. SAJALI BIN OJEK (GURU BESAR)

AHLI JAWATANKUASA 1. JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN FIZIKAL SUKAN SEKOLAH PENGERUSI: EN. ABDUL RAHMAN BIN AMIT (PKHEM)

2. JAWATANKUASA KECIL PENGGALAKAN SUKAN PENGERUSI: PN. JAMILAH BINTI SUUT (PKKK)

3. JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA PENGERUSI: EN. OTHMAN BIN IBRAHIM (PK1)

4. JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PENGERUSI: EN. NORIZAN BIN AMIT (SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH)

5. JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGERUSI: PN. UMI KALSUM BINTI ABU BAKAR (KETUA PANITIA BAHASA)

6. JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN PENGERUSI : EN. AFRIEZUL BIN ABDUL RAHMAN (PIBG)

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 2

7. JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL PENGERUSI: EN. AFRIEZUL BIN ABDUL RAHMAN (PIBG)

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 3

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN PERINGKAT SEKOLAH-

SK TABUAN HILIR

MISI

Memperluas dan meningkatkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan membudayakan Bbudaya BERSUKAN dikalangan murid-murid sekolah bagi melahirkan atlet yang berpotensi dan mencapai kecemerlangan sukan di samping membina insan yang mulia.

VISI

Merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk semua peringkat umur muridmuridbagi mencapai tahap kecermerlangan sukan bertaraf negeri, negara dan juga dunia.

Menyusun, merancang dan melaksanakan program dan pengurusan sukan yang berterusan bagi memastikan setiap murid mempunyai ruang dan peluang untuk menunjukkan bakat, kemahiran dan kebolehan bagi mengembangkan kearah kecemerlangan sukan untuk diri, negeri sterusnya pada peringkat kebangsaan.

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi Kementerian Pelajaran, kerana pada tahun ini Dasar 1M1S, yang telah dilancarkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal tahun 2010, akan dilaksanakan.

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 4

Dasar ini mewajibkan setiap murid yang sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Mereka boleh mengambil lebih daripada satu sekiranya mereka mahu dan sekolah pula mempunyai kemudahan untuk menganjurkan sukan berkenaan.

Pelajar juga dibenarkan mengambil bahagian dalam sukan yang dianjurkan di luar sekolah dan ini akan diiktiraf sebagai aktiviti sukan murid berkenaan.

Kementerian sudahpun mengeluarkan beberapa surat pekeliling yang memberi arahan, panduan atau punca kuasa kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Daerah, khususnya pengetua dan guru besar untuk mengambil tindakan melaksanakan dasar ini.

Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin telah memutuskan supaya Dasar 1M1S ini dilaksanakan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah sekolah, sebagai mana pada tahun 60-an dan 70-an.

Sebenarnya dasar ini tidak perlu pun dirancang dan dilaksanakan sekiranya aktiviti sukan berjalan sebagaimana yang termaktub dalam kertas kertas dasar atau arahan yang ada di Kementerian Pelajaran.

Dasar ini melaksanakan apa yang telah termaktub dalam falsafah, rohani dan semangat persekolahan negara kita. Dasar ini juga bertujuan untuk mengikis persepsi yang berpandangan bahawa tumpuan kepada kejayaan akademik yang berlebihan berlaku di sekolah.

Kejohanan olahraga tahunan sekolah seumpamanya, sebelum ini diadakan pada awal tahun /seawal Febuari atau March yang tidak memberi peluang langsung kepada pelajar untuk berlatih secukupnya sebelum kejohanan olahraga dilangsungkan.

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 5

Panduan untuk mengatur jadual/ aktiviti sukan di sekolah telah diedarkan hampir setahun yang lalu.Sepatutnya mulai dari tahun 2011, tidak ada sekolah yang menganjurkan kejohanan olahraga pada bulan Febuari atau Mac. Sekolah-sekolah sepatutnya menganjurkan aktiviti merentas desa dan acara acara sukantara di antara rumah rumah sukan di sekolah, masing-masing sebelum kejohanan olahraga diadakan.

Menganjurkan kejohanan olahraga tahunan pada awal tahun boleh disamakan dengan mengadakan peperiksaan SPM pada awal tahun juga. Pelajar-pelajar belum bersedia lagi dari segi fizikal untuk mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga tahunan pada awal tahun. Sama juga murid murid yang belum menghabiskan sukatan pelajaran dipaksa menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kementerian Pelajaran telah dan akan terus membantu pihak sekolah dalam melaksanakan Dasar 1M1S ini. Buku panduan mengenai penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah sekarang ini boleh didapati dari laman web kementerian.

Kementerian Pelajaran juga telah membentangkan pelaksanaan dasar ini pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan telah mendapat sokongan dari pentadbiran kerajaan negeri dengan membenarkan sekolah sekolah menggunakan kemudahan sukan yang berdekatan khususnya kepunyaan pihak berkuasa tempatan.

Dasar 1M1S akan menghadapi masalah- masalah pelaksanaan di peringkat awal dan ini memang sudah dijangkakan oleh kerana dasar ini akan melibatkan hampir 5.4 juta murid dan hampir 10 ribu buah sekolah. Namun dasar ini akan mempunyai impak yang besar dalam pembangunan sukan negara, khususnya dari segi membudayakan sukan di kalangan rakyatnya.

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 6

NKRA DAN PENCAPAIAN SUKAN DI MALAYSIA

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena. Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adikadiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusupusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling, renang dan skuasi. Atlit-atlit negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya dan sekaligus mempertingkatan martabat

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 7

negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Untuk itu juga KPI, NKRA yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) hanya akan dapat dicapai dan menepati sasaran sekiranya aktiviti sukan telah dirangka lebih awal dan diterjemahkan kepada murid-murid sejak di sekolah rendah lagi.

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 8

GAMBAR-GAMBAR MURID-MURID SK TABUAN HILIR SEDANG MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI KOKURIKULUM

Acara Bolatampar

Latihan olahraga

Sukan Kriket

Perlawanan Akhir Bolasepak MSSR (12TKB)

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 9

Acara Poco-Poco

Juara Pertandingan Bolasepak Piala Perak (11 TKB)

Larian Satu Malaysia

Perlawanan Bolasepak persahabatan ( SK Tabuan Hilir vs SK DHAKH)

Program Pembangunan Sukan Sekolah

Page 10

You might also like