You are on page 1of 1

TUJUAN PROGRAM

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas.. Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama. Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju. Objektif : Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmoni dikalangan semua peserta secara sedar dan terancang. Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan murid serta semua yang terlibat. Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran, kegembiraan, keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang terlibat dalam semua acara yang diikuti bersama.

You might also like