You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun Bidang Teknik Tajuk Masa Bilangan murid Kemahiran fokus Objektif

: Pendidikan Seni Visual : 4 Utarid : Membuat Corak dan Rekaan : Percikan : Pembalut Hadiah Hari Ibu : 9.30 10.30 pagi : 35 / 35 : Mereka cipta lakaran motif corak terancang. : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :1. Menamakan 3 daripada 5 penggunaan warna panas atau warna sejuk bagi corak terancang pada kertas pembalut hadiah. 2. Menghasilkan satu corak terancang dengan motif geometri atau flora menggunakan pelbagai bentuk geometri atau daun. 3. Menceritakan keistimewaan yang terdapat pada corak terancang pada kertas pembalut hadiah yang dihasilkan oleh murid. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat pelbagai corak pembalut hadiah.

KBKK Penerapan nilai Bahan Bantu Mengajar Alat Bantu Mengajar Strategi

: Mencirikan, Menjana idea : Ketekunan, Ketelitian, Kasih sayang. : Warna air, daun, kad bentuk geometri, kertas lukisan : Komputer, Pembesar suara,pallet, berus gigi, berus warna : Pemerhatian, Kontekstual

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Pengenalan Tarikh dan Contoh Hadiah Hari Ibu Guru menayangkan slaid tarikh meraikan Hari Ibu. Guru meminta murid menyenaraikan hadiahhadiah yang selalu diberikan kepada ibu. Bunga

Murid melihat slaid yang ditayangan oleh guru dan meneka peristiwa yang terjadi bagi tarikh tersebut..

TKP :Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Verbal Linguistik

KBKK :Mencirikan Mengenal pasti

Murid menyenaraikan hadiah-hadiah yang selalu diberikan oleh mereka.

Nilai :Kasih sayang

a) Apakah hadiah yang

Coklat Kad Hari Ibu

selalu kamu berikan kepada ibu?

BBM :Slaid tentang Hari Ibu.

Langkah 1 (10 minit)

Penerangan Konsep Guru menerangkan definisi Percikan Percikan ialah percikpercikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna. Guru menerangkan penggunaan warna panas dan sejuk iaitu salah satu unsur seni. Murid mendengar dan memahami definisi renjisan. Murid mendengar dan memahami penggunaan warna sejuk dan warna panas. BBM :Hasil karya Kegiatan Percikan Slaid definisi,unsur seni (warna) WARNA SEJUK Biru Hijau Ungu WARNA PANAS Merah Jingga Kuning Murid melihat hasil karya tersebut dengan penuh perhatian. KBKK :Mengkategori TKP :Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Verbal Linguistik

Guru mempamerkan contoh hasil karya percikan.

Langkah 2 (7 minit)

Demonstrasi oleh guru. Guru menunjukkan alat dan bahan yang digunakan bagi aktiviti percikan di hadapan murid. Guru membimbing murid dalam penghasilan corak seperti :1. Susunkan motif daripada bentuk geometri atau flora (daun) dengan menampal menggunakan gam di atas kertas lukisan Murid melihat alat dan bahan yang perlu digunakan semasa melakukan aktiviti. Murid diberi penerangan dan melihat guru menunjuk cara membuat corak di atas kertas lukisan. Nilai :Kepatuhan KBKK :Menjana idea TKP :Kecerdasan Visual Ruang Kecerdasan Verbal Linguistik

2. Letakkan warna air di atas berus warna atau berus gigi. 3. Percikan warna air menggunakan jari untuk mendapatkan titisan-titisan percikan di atas kertas lukisan. 4. Gunakan pelbagai warna air untuk menimbulkan corak motif yang ditampal.

Langkah 3 (25 minit)

Perkembangan Isi Guru meminta murid untuk memilih motif yang diinginkan oleh mereka seperti flora(daun) di luar kelas dalam masa 3minit. Guru meminta murid Murid mencari motif yang diingini dengan mengikut arahan guru. Murid melakukan tugasan dengan menampal motif di KBKK :Menjana idea Mengkategori TKP :Kecerdasan Visual Ruang

untuk merancang corak mengikut kreativiti sendiri iaitu menampal motif di atas kertas. Guru memantau dan memberi bimbingan dalam aktiviti murid.

atas kertas. Murid meminta cadangan daripada guru.

Nilai :Kekemasan Ketelitian Kepatuhan

Langkah 4 (10 minit)

Apresiasi dan Refleksi Guru mengumpul semua hasil karya murid di hadapan kelas. Guru melabelkan hasil karya murid dengan memberikan nombor. Guru meminta dua orang murid untuk memberi pandangan ke atas hasi kerja rakan mereka. Guru mengagihkan kertas undian bagi Murid-murid menyerahkan hasil karya kepada guru. Murid memberi komen terhadap hasil kerja rakan mereka. Murid membuat keputusan dengan melakukan undian bagi hasil karya yang terbaik di kalangan mereka. KBKK :Menilai TKP :Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Verbal Linguistik

mereka membuat keputusan tentang hasil karya yang paling menarik. Guru mengumumkan pemenang dan memberikan ganjaran.

Murid mendapat ganjaran daripada guru.

Penutup (5 minit)

Sesi Nyanyian : Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini berkaitan dengan teknik membuat renjisan Guru meminta murid menyanyikan lagu Hari Ibu Murid mendengar rumusan guru dengan penuh teliti. Murid menyanyi bersama-sama guru dengan penuh semangat. KBKK :Menilai Membuat kesimpulan TKP :Kecerdasan Muzik Kecerdasan Verbal Linguistik

Ibu..Ibu.. Engkaulah ratu hatiku.. Bilaku berduka.. Engkau hiburkan selalu.

BBM :Lirik Lagu Hari Ibu

You might also like