You are on page 1of 13

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL Bincangkan warisan politik Srivijaya dan Kesultanan Melaka dalam konteks

kerajaankerajaan kesultanan.

Pengenalan,

Empayar Srivijaya dianggap oleh segolongan sarjana sebagai empayar melayu yang terulung di Asia Tenggara sebelum Kesultanan Melaka. Para sarjana yang mempercayai tentang persambungan dan perubahan dalam sejarah bangsa melayu, berpendapat bahawa tradisi maritim Srivijaya dan aspek-aspek lain dalam politik, ekonomi serta sosio-budaya Srivijaya telah diwarisi oleh Kesultanan Melaka dan Kesultanan kesultanan lain. Mengikut Sejarah Melayu, raja-raja Melaka adalah keturunan daripada raja-raja Srivijaya Palembang.1 Srivijaya juga telah menerima asas politik dan sosio-budaya daripada pengalaman negeri-negeri yang lebih awal wujud di Semananjung Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat negeri-negeri awal di Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai sistem politik dan sosio-budaya yang teratur2 dan mengamalkan dasar luar yang baik seperti hubungan diplomatik dengan negara negara yang berpengaruh seperti negeri China3 serta terlibat dalam aktiviti perdagangan diantara negara-negara di timur dan barat.

Dengan berpandukan kepada inskripsi daripada Kedudukan Bukit di Palembang, dapatlah dikatakan bahawa pengasas Empayar Srivijaya adalah Dapunta Hiyam.4 Kerajaan Srivijaya adalah nama kerajaan yang tentu sudah tidak asing, kerana Srivjaya adalah salah satu kerajaan maritim
1

Pandangan ini diketengahkan oleh Profesor O.W. Wolters, dalam The fall of Srivijaya in Malay history, Oxford Univerity Press, Kuala Lumpur, Bab 2 dan 8. 2 Paul Wheatly, The Golden Khersonese, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1961. Chap. I VII. 3 O.W. Wolters, Early Indonesian Commerce, Cornell University Press, 1967. Bab 4, 5 dan 12. 4 J.G. de Casparis, Prasasti Indonesia II, Bandung, 1956. Hal. 14

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL terbesar di Indonesia bahkan di Asia Tenggara pada waktu itu (abad 7 - 15 M). Perkembangan Srivijaya hingga mencapai puncak kebesarannya sebagai kerajaan Maritim. Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatera. Pengaruhnya amat besar di atas Semenanjung Tanah Melayu dan Filipina. Kuasa Srivijaya merosot pada abad ke-11. Empayar Srivijaya telah meluas dengan penaklukan negeri-negeri Melayu iaitu hingga ke sepanjang pantai timur Pulau Sumatera dan meluas ke seberang selat hingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Namun ada juga mengatakan pada abad ke-8 kuasa Srivijaya melingkungi hampirhampir seluruh Tanah Melayu dan pada abad ke-11 ia telah menguasai pesisir timur Sumatera, bahagian barat pulau Jawa, Tanah Melayu dan bahagian barat daya pulau Kalimantan5. Kesultanan Melaka pula telah lama berlalu tetapi warisan sejarah dan budaya yang ditinggalkannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama di rantau kedua-dua belah Selat Melaka. Hukum Kanun Melayu yang digubal oleh Kerajaan Kesultanan Melaka telah menjadi asas dan ikutan bagi beberapa kerajaan Melayu selepasnya. Bahkan, akibat ketiadaan catatan bertulis sezaman bagi tempoh yang lebih awal, zaman sejarah Tanah Melayu sendiri pun, seolah-olah baru bermula dengan Kesultanan Melaka. Beberapa kerajaan telah terdiri di Tanah Melayu sebelum Melaka, namun warisan bertulis sezaman peribumi seperti hikayat, sejarah, undang-undang dan sebagainya tidak ditemui kecuali yang dihasilkan setelah terdirinya kesultanan Melaka. Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan agung yang mewarisi kegemilangan Srivijaya. Sebelum abad ke 15, tidak terdapat sebarang catatan berhubung kewujudan kerajaan Melaka. Bagaimanapun menjelang 1403 Masihi, wakil Maharaja Ming, Laksamana Yin Ching mencatatkan lawatannya ke Melaka. Beberapa peristiwa politik di
5

Lotfi Ismail. Sejarah Malaysia 1400-1963. Utusan Melayu, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, 1975. Hal.8

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL majapahit dan Palembang dapat memberi gambaran kewujudan Melaka pada akhir abad ke 14 atau seawal abad ke 15.

Warisan Politik Srivijaya dan Kesultanan Melaka Dalam Konteks Kerajaan-kerajaan Kesultanan. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan yang penting dan telah membentuk tradisi politik kerajaan kerajaan Melayu. Kerajaan ini berjaya meluaskan kekuasaannya di Sumatera, Jawa Timur, Kalimantan dan Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan kerajaan kesultanan yang muncul diutara semenanjung Tanah Melayu iaitu Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka dan Tambarahingga. Selain daripada kerajaan itu terdapat juga kerajaan kerajaan lain termasuklah Tun Sun, Kelantan, Terengganu dan Perak. Kerajaan kerajaan ini wujud sejak abad pertama masihi. Dari segi politik kerajaan Kedah Tua dikatakan pernah menerima naungan Funan dan kemudiannya Srivijaya. Begitu juga dengan kerajaan Langkasuka yang telah menerima naungan Funan dan Srivijaya. Manakala pada abad ke 14 dikuasai Majapahit. Ini menunjukkan kerajaan ini telah menerima naungan dari kerajaan Srivijiya dan seterusnya mewarisi sistem politik kerajaan Srivijaya antaranya, dalam konteks hubungan dengan negeri naugannya, Srivijaya dianggap mandala yang mewakili satu susunan kedewaan. Dalam konsep mandala, raja berada dipuncak hairaki dan diikuti pegawai bawahannya peringkat pusat. Kadatuan atau empayar Srivijaya dibahagikan kepada beberapa mandala dan tiap-tiap mandala yang tertakluk kepada Srivijaya itu di letak dibawah pemerintahan seorang datu.6 Datu itu terdiri daripada anak raja dan pembesar bukan keturunan raja. Jika anak raja yang berkuasa keatas mandala ianya digelar kadatuan tetapi jika sebaliknya

J.G. de Casparis. Hal.18

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL yang berkuasa bukan keturunan raja maka kawasan kawalan di gelar praddatuan.7 Di zaman Kesultanan Melaka, telah wujud jawatan yang sama dan mempunyai fungsi yang sama dengan datu tetapi jawatan berbeza iaitu mandulika. Ini juga turut diwarisi oleh kerajaan kerajaan awal. Bukti Melaka sebagai warisan kepada Srivijaya, apabila kita membicarakan tentang Melaka sebagai warisan kepada Srivijaya, iaitu Parameswara, pemerintah yang melarikan diri itu berasal dari Palembang-Srivijaya. Kenyataan ini dapat dilihat berdasarkan bukti yang dikemukakan pada proses Peralihan Pemerintahan Dari Palembang Ke Melaka, dan beberapa bukti lain. Bukti terawal yang boleh diperjelaskan ialah berdasarkan Sejarah Melayu yang secara terang-terangan menegaskan pengasas Melaka datang dari Palembang. Edisi Teks Terawal ( 1612 Masehi ) memberikan gambaran awal tanpa keraguan tentang kecemerlangan Palembang dahulu dan proses peralihan yang berlaku. Setelah mengkaji Raffles SM No. 18, sarjana berpendapat perkembangan sejarah Melayu abad ke-11 Masehi dikaji dalam abad ke-15 Masehi. Maka satu ketetapan telah diperolehi, iaitu pengkaji salasilah raja-raja Melayu memutuskan bahawa pemerintah dan pengasas kerajaan Melaka berasal dari empayar Srivijaya yang mempunyai pusat pentadbiran di Palembang, pada separuh abad ke-11 Masehi. Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan pentafsiran Wolters. Pada abad ke-14 Masehi, istilah Srivijaya semacam lenyap dari catatan sejarah. Hanya Palembang sahaja yang disebut sebagai tanah taklukan Malayu-Jambi. Walau bagaimanapun, setelah diserang oleh Jawa, pemerintah Palembang mengundurkan diri. Wolters berpendapat Temasik ( Singapura ) adalah tempat persinggahan pemerintah Srivijaya itu sebelum ke Melaka. Pada masa yang sama, kekuasaan Palembang dan Jambi semakin merosot. Keadaan ini seolah-olah berlaku sekali lagi
7

Ibid., hal. 18

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL dalam dunia Melayu, iaitu apabila Melaka diserang oleh Portugis. Pentafsiran Wolters memaparkan satu budaya warisan Melaka yang diasaskan di Srivijaya, kerana apa yang berlaku pernah berlaku di Srivijaya juga. Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan kepada pentafsiran ke atas pendapat Tome Pires. Pires menyifatkan bahawa Parameswara ialah raja Palembang, dan menyifatkannya sebagai, ... seorang yang istimewa dan bersedia untuk pergi berperang... Parameswara sedar akan kekuatan abang iparnya ( Jawa ) dan berusaha untuk menyerang kembali Jawa. Selain itu, bukti Melaka sebagai waris kepada Srivijaya dapat dilihat berdasarkan peranan ahli salasilah yang mencorakkan perjalanan penulisan Sejarah Melayu itu sendiri. Ahli salasilah menyifatkan Raja Iskandar Shah tiba ke Melaka dengan kekuasaan yang sama dengan kekuatan Tri Sri Buana. Dalam Raffles SM No. 18, kedaulatan raja-raja Melayu akan dizahirkan dengan merujuk kepada keluarga diraja Palembang. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa apa yang berlaku di Melaka mempunyai perkaitan dengan perkembangan Srivijaya-Palembang ketika zaman kemasyurannya. Setelah berjaya mengasas dan mendirikan kerajaan Melaka sekitar tahun 1399/ 1400 Masehi, Parameswara meninggalkan dua orang pengganti iaitu Megat Iskandar Syah dan Seri Maharaja. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dari segi politik dan pentadbiran untuk menerajui sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan itu. Ketiga-tiga tokoh tersebut telah menanamkan tradisi berkerajaan dan mengasaskan tunjang pensejarahan Melayu untuk dijadikan warisan bukan sahaja oleh pengganti mereka sehingga tahun 1511 Masehi malah tradisi ini terus diamalkan dalam bentuk semangat dan amalan sistem sosiopolitik serta kerajaan pada institusi kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini. Warisan ini juga diwarisi oleh Kerajaan Johor dan Perak

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL selepas kejatuhan Melaka 1511. Zaman Kerajaan Johor 1511 1612, antara pemerintah di mulai Sulta Mahmud Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Muzafar Syah, Sultan Abd. Jalil, Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah 111. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. Tradisi ini terus diamalkan dalam bentuk semangat dan amalan sosial politik serta kerajaan pada institusi

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini. Mohd. Dahlan Mansoer yang bersetuju dengan kenyataan ini menegaskan; Tidak banyak orang melayu yang layak dilihat dengan penuh penghormatan yang lebih besar daripada Iskandar Syah, anak baginda dan cucu baginda. Ketiga-tiga orang raja Melaka itu telah memperlihatkan tentang kebulatan tekad dan kebolehan yang luar biasa dalam period sejarah Tanah Melayu yang penuh dengan bahaya. Iskandar Syah berkelayakkan mendapat pujian yang istimewa dalam sejarah. Baginda bukan saja telah Berjaya mendirikan Melaka tetapi Berjaya menghidupkan semula tradisi gemilang orang melayu laut 8

Dengan perkataan lain, pengalaman politik dan pentadbiran yang dimiliki oleh Parameswara dan para penyokong serta pengikutnya yang terdiri daripada para menteri dan pembesar sejak berada di Singapura dan Palembang dahulu merupakan landasan penting dan sumber pengetahuan yang asas dan berguna untuk membentuk kerajaan di Melaka dan kesultanan melayu yang lain. Pengalaman Parameswara semasa menjadi pemerintah untuk beberapa tahun di tanah asalnya, Palembang yang amat praktis. Ia juga memberikan pengetahuan kepada beliau untuk berpolitik. Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh kerana pengetahuan itu adalah warisan yang diturunkan dan telah dipusakai oleh Parameswara daripada kalangan kerabatnya sendiri dan keluarga ahli politik Palembang. Palembang adalah tempat asal Parameswara dan tempat bakat kepimpinan beliau dipupuk untuk menerajui empayar Melayu-Srivijaya. Pengalaman berpolitik dan mentadbir yang diperoleh ketika menjadi raja di Palembang dan Singapura itulah yang menjadi landasan kebolehan Parameswara untuk memerintah dan
8

Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar sejarah Nusantara Awal, DBP, 1979,.hal.221

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL merancang untuk memajukan Melaka. Kemudian, pengganti Parameswara hanya meneruskan sahaja usaha yang telah dirintisnya itu. Dasar dan prinsip berpolitik di Palembang dijadikan model oleh beliau untuk bergerak cergas di Melaka pula. Ini seterusya di warisi oleh kerajaan kerajaan Kesultanan lain selepas Melaka mengalami kejatuhan seperti Kerajaan Johor, Perak, dan Kerajaan Pahang. Di Srivijaya, sistem politiknya didukung oleh satu sistem pentadbiran yang berpaksi kepada raja dan juga satu barisan kepimpinan yang mempunyai fungsi masing-masing dan disokong oleh kesetiaan Orang Laut di Selat Melaka. Contohnya, Senapati, Nyaka, Pratyaya, Hajipratyaya dan Dandanayaka. Senapati merupakan ketua kepada hulubalang dan fungsinya sama dengan Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nayaka pula berperanan sebagai Penghulu Bendahari. Di Melaka, hierarki pemerintahannya terdiri daripada raja dan kerabatnya, golongan pembesar, bangsawan, rakyat merdeka dan hamba. Tempat tinggal berdasarkan pola demografi iaitu raja dan kerabatnya tinggal di atas bukit yang strategik, pembesar-pembesar di lereng bukit dan kampung-kampung, Orang Laut di tepi pantai dan rakyat pula berumahkan atap rumbia di kaki bukit dan di seberang sungai. Maka dalam konteks dan proses budaya politik serta fenomena sejarah serantau yang berlegar di Selat Melaka itulah kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 muncul dan membangun. Proses dan babak-babak sejarah yang terdahulu terjadi hingga abad ke 14 berterusan lagi. Tetapi kali ini penerusan serta kelanjutan ini terjadi di Melaka pula. Malah semangat politik dan tradisi sosiobudaya Srivijaya itulah yang mempengaruhi penubuhan Melaka kepada sebuah empayar seperti pengalaman Palembang-Srivijaya dahulu. Tambahan pula tokoh yang mengasaskan Melaka adalah keturunan darah dan kerabat dari Palembang dan berkaitan pula dengan kekerabatan Jawa semenjak tahap-tahap kegemilangan Singosari pada abad ke 13 lagi. Gaya politik Srivijaya telah

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL dijadikan model dan ilham cara berpolitik yang amat baik oleh raja-raja Melaka untuk menggiatkan kegiatan diplomatik mereka. Selari dengan corak pentadbiran, Melaka sebenarnya telah mengambil alih peranan politik Palembang-Srivijaya yang telah pudar itu. Malah tradisi pensejarahan Melaka selama seabad lebih itu adalah pengulangan semula tradisi pensejarahan Srivijaya. Cuma faktor asas yang menjadi tunggak perubahan kedua-dua kuasa thalassocracy Melayu dalam lingkungan kedinamikan budaya serantau dan seperairan ini iaitu faktor agama Islam. Ini bermaksud karisma kepimpinan yang ada pada Parameswara dan pemerintah yang seterusnya telah dilambang dan diberikan unsur sosiopolitik tradisi yang istimewa terhadapnya sebagai tokoh pemerintah yang dianggap berdaulat terhadap rakyat. Pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi. Karisma Parameswara sebagai raja yang berdaulat di Palembang dan Singapura sebelum tahun 1400 Masehi, telah menjadi pendorong utama untuk menggerak dan menggagaskan eksploitasi politik yang lebih besar di Selat Melaka pada awal abad ke 15 atau sekitar penghujung abad ke 14. Kerajaan Srivijaya merupakan adalah warisan kerajaan Melayu, yang bertitik tolak dari kerajaan Funan yang terletak di tengah-tengah Lembangan Menam dan negeri- negeri di Tanah Melayu dibawah kuasanya. Semasa kerajaan Funan, Sgenting Kera digunakan sebagai jalan perhubungan antarabangsa dalam perdagangan. Pada kurun keenam empayar ini mula lemah dan negeri-negeri di bawahnya mula berkembang seperti di Sumatera dan Jawa. Menjelang kurun ketujuh Srivijaya telah bangkit sebagai sebuah kerajaan yang kuat. Kekuatan Srivijaya terletak pada perdagangannya di Selat Melaka dan Srivijaya telah berjaya menaklok negeri Melayu oleh itu kuasanya dapat diluaskan sepanjang pantai timur, Pulau Sumatera. Palembang merupakan ibu

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL negeri Srivijaya. Dalam konteks sejarah Kesultanan Melayu Melaka berasaskan konsep daulat dan derhaka yang dibuat oleh Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana dimeterai di Palembang. Seri Teri Buana tinggal di Palembang9, seorang raja sepertinya sudah semestinya tinggal ditempat yang penting dan berfungsi sebagai pusat aktiviti perdagangan. Kerajaan Srivijaya adalah penting dalam konteks sejarah Malaysia hari ini kerana waad yang dimeterai itu merupakan asas pembentukan kerajaan Melayu. Sehingga sekarang masyarakat masih menghormati raja mereka dengan dalam budaya mereka masih berfikiran sebegitu. Di samping itu juga dalam sistem pentadbiran raja diletakan sebagai pemerintahan tertinggi pada zaman Srivijaya seperti diwarisi oleh kerajaan Melaka sehingga zaman kita sekarang dimana raja sebagai lambang kebesaran negara kita. Pada zaman kerajaan Srivijaya telah dipengaruhi oleh agama Buddha oleh itu raja dianggap sebagai utusan Tuhan. Warisan Srivijaya diwarisinya daripada kerajaan kecil yang lebih awal dan begitu juga Melaka kemudiannya mewarisi tradisi Srivijaya.10 Sehubungan itu kelompok Melayu ada yang mengaitkan Bukit Si Guntang di Srivijaya dengan sistem perajaan Melayu. Dalam sejarah Kedah, Kedah adalah merupakan tempat yang penting dalam empayar Srivijaya ini kerana Kedah berkait rapat dengan Funan, Langkasuka dan kemudiannya Srivijaya. Kedah pernah di bawah kuasa Funan namun akhirnya jatuh ke tangan politik Srivijaya. Namun serangan Chola telah memusnahkan Kedah dan mengalami kemunduran. Kebesaran Kedah tidak begitu memainkan peranan dalam sejarah Malayisa namun terdapat kisah raja Bersiung yang menjadi cerita rakyat tempatan. Dalam catatan I-ching beliau pernah menulis tentang Kedah, mengikut pendapat seorang tokoh iaitu Wheatley, I-ching bertolak dari Kedah menumpang kapal

Abdul Rahman Haji Ismail. Sejarah Melayu.The Malaysia Branch of the Royal Asiatic Society,1998, m.s. 88.

10

Abdul Rahman Haji Ismail. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur,2005,m.s.19

10

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL raja ( Kedah/ Srivijaya) pada awal tahun 673 setelah setahun lamanya meninggalkan Canton.11 Dalam Sejarah Melayu juga mengatakan pengasas kerajaan Melayu Melaka berasal dari Palembang iaitu Iskandar Syah. Iskandar Syah atau Parameswara merupakan anak daripada perkahwinan Raja Palembang dengan Puteri diraja Majapahit. Sistem pemerintahan Srivijaya diwarisi oleh kerajaan selepas Melaka seperti Johor dan Brunei. Walaupun kemasukan agama Islam pada kurun ke-15, namun pengaruh warisan Srivijaya seperti agama Hindu Buddha kelihatan jelas pada sistem perajaan misalnya dalam adat istiadat pelantikan sultan di Perak dan watikah pelantikan pembesar di Brunei. Kesimpulan Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan jelas menunjukkan Kerajaan Kerajaan Kesultanan lain menjadi pewaris kepada kerajaan Srivijaya, dan Melaka khususnya dari aspek politik,. Proses peralihan kerajaan ketuanan Melayu berlaku dari Srivijaya ke beberapa kawasan kedaulatan Melayu ketika itu sebelum singgah menetap di Melaka. Walaupun hampir tiada sumber bertulis yang menerangkan secara konkrit berkenaan dengan proses peralihan yang berlaku, namun kita perlu mengakui bahawa peralihan memang berlaku. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

11

Mohd. Dahlan Mansoer.Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Dewan Budaya dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hal.126.

11

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL Hal ini kerana kerajaan kelautan ini banyak bergantung kepada kegiatan perdagangan maritim antarabangsanya demi kelangsungan politiknya. Memaparkan kepentingan ekonomi dan motif politik bergerak seiring. Selari dengan peralihan kerajaan Melayu ke Melaka, pusat perdagangan juga berubah. Mahu tidak mahu kekuasaan sesebuah kerajaan yang berpusat di lautan maritim perlu menerima hakikat yang mereka juga akan beralih ke tempat lain. Maka, pentafsiran ini sedikit sebanyak boleh dirujuk untuk mendedahkan Melaka adalah waris kepada kerajaan Srivijaya.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989, Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,Terbitan Pena Sdn.Bhd,Kuala Lumpur. Abdul Rahman Haji Ismail. 2005, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Andaya,a.l,the Kingdom of Johore 1641-1724, 1975, Economic And Political

12

JMS 211 SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL Development,Oxford University Press. Joginder Singh Jessa, 1978, Sejarah Tanah Melayu 1400-1959, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Mohd Dahlan Mansoer,1979, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Jamil Bin Mukmin, 1994, Melaka Pusat Penyebaran Islam Dinusantara, Nurin Enterprise,Kuala Lumpur. Muhammad Yusoff Hashim,1990, Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tan Ding Eng.1975.Sejarah Malaysia Dan Singapura.Kuala Lumpur.Siri Sejarah Fajar Bakti. W.G Shellabear.1989.Sejarah Melayu.Selangor.Fajar Bakti Sdn.Bhd

13

You might also like