You are on page 1of 3

Populasi dan Persampelan Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji.

Ia juga merupakan objek atau peristiwa yang dikaji. Perkataan populasi adalah
merujuk kepada himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak t e r h a d

kepada

kumpulan

manusia sahaja tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang

menjadi tumpuan kajian(Bidin Yatim & Sharipah Soaad Syed Yahaya, 2002). Populasi merupakan keseluruhan dari objek penelitian yang dapat berupa manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, gejala, nilai, peristiwa, sikap hidup, dan sebagainya yang menjadi pusat perhatian dan menjadi sumber data penelitian. Apabila kita lihat definisi tersebut, pengertian populasi sangat beragam sehingga kita harus mendefinisikan populasi tersebut dengan jelas dan tepat. Populasi ialah satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atau peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun individu yang keputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum (Mc Millan, 1996). Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil, penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel dan penyelidikan tersebut adalah sebuah kajian kes.Mengikut Fraenkel & Wallen,1990 populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan. Sampel ialah kumpulan yang akan dikaji yang diperolehi daripada populasi. Persampelan bermaksud membolehkan maklumat diperolehi daripada sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi sasaran. Pengambilan sampel dari populasi mestilah benar-benar mewakili populasi (Mohd Yusof, 2005). Menurut Azizi et. al (2007), beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Menurut Sekaran (2000), persampelan adalah merujuk kepada proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap sifat-sifat sampel dapat memungkinkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel yang digunakan

dalam kajian ini, penyelidik telah merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie and Morgan (1970) dalam Azizi et. al (2006). Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili keseluruhan populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah

mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian dan persampelan tidak berkebarangkalian.Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik, sampel berserta dan sampel berkelompok. Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola salji" dan sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi. Selepas beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak untuk membentuk sampel berkelompok. Persampelan perlu di lakukan semasa menjalankan kajian kerana penyelidik tidak dapat mengkaji kelakuan semua manusia dan perlu menghadkan parameter kajian ( Foong , 2008). Seseorang penyelidik mungkin tidak berupaya menggunakan semua anggota populasi dalam kajian. Oleh itu, wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel sahaja yang akan digunakan dalam kajian (Mohd. Majid Konting, 2000). Menurut Mohd. Majid Konting (2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh mendapat maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai

populasi tersebut. Sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. Menurut Alias (1992), sampel merangkumi ahli-ahli daripada kumpulan kecil yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau parameter populasi. Dua jenis persampelan yang utama ialah rawak dan tidak rawak. Di dalam persampelan rawak setiap unit di dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak menunjukkan peluang yang sama untuk memasuki

proses pemilihan. Sebagai contoh, kebanyakan rakyat Malaysia yang membeli Sijil Simpanan Primium percaya pemenang cabutan Sijil Simpanan Primium adalah dipilih dari cabutan nombor rawak. Di dalam situasi ini, ahli-ahli populasi percaya bahawa pemilihan adalah dibuat melalui peluang. Di dalam sampel tidak rawak pula bukan semua unit populasi mempunyai kebarangkalian untuk dipilih kedalam sampel. Ahli-ahli persampelan tidak rawak tidak dipilih melalui peluang. Sebagai contoh, mereka dipilih disebabkan mereka berada ditempat yang betul dan pada waktu yang betul atau mereka mengetahui bahawa penyelidik sedang menjalankan penyelidikan.

Kadangkala persampelan rawak dipanggil sebagai persampelan kebarangkalian dan persampelan tidak rawak dipanggil sebagai persampelan bukan kebarangkalian. Disebabkan oleh setiap unit populasi tidak mempunyai peluang yang sama dipilih maka untuk meletakkan sesuatu kebarangkalian adalah mustahil. Dalam penulisan ini saya hanya akan menerangkan tentang persampelan rawak mudah. Pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling) Ia merupakan teknik pensampelan yang asas. Ia memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan di pilih. Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih berbanding calon lain. Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai pencalonan. Masaalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau tidak lengkap Contohnya: Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut: 2 3 1 7 6 9 45 32 4 56 22 89

(kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)

You might also like