You are on page 1of 10

Perkembangan Kanak-Kanak

PERKEMBANGAN KENDIRI

1. Konsep Perkembangan Kendiri

Definisi kendiri ialah diri sendiri , pemikiran tentang diri , keupayaan diri sendiri dan pemikiran orang lain terhadap diri sendiri . Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada dirinya mengenai siapakah saya ,sukakah saya pada diri saya dan sebagainya . Menurut David Shaffer (1985) , konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka. Menurut Carl Rogers (1950) pula ialah suatu gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang boleh dibawa ke peringkat sedar termasuk persepsi seorang tentang kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Manakala menurut Clark Stewart , Perlmutter & Friedman (1988) , konsep kendiri ialah perasaan individu tentang identitinya sebagai individu bermula daripada bayi yang mula mengenal bahagian-bahagian badannya selepas itu. Kanak-kanak antara 1 2 tahun yang mula kenal dirinya yang berbeza daripada orang lain. Namun , konsep kendiri menurut Hall & Lindsey yang dipetik oleh Staats (1963): Konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu : Tanggapan diri seseorang individu : iaitu sikap dan perasaan individu itu terhadap dirinya atau terhadap dirinya. Proses-proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Namun demikian , menurut James (1980) , konsep kendiri ini terdiri daripada tiga proses dalaman yang tentukan pendapat individu

bahagian iaitu kendiri kebendaan , kendiri sosial dan kendiri kejiwaan . Secara kesimpulannya , konsep kendiri ialah perasaan, nilai, matlamat dan kepercayaan seseorang terhadap dirinya sebagai seorang yang unik . Selain itu , perasaan
IPGKS ( EDU 3102 PKK ) Page 1

Perkembangan Kanak-Kanak

penghargaan diri dan cara ia melibatkan persepsi terhadap diri di sisi masyarakat yang berkait rapat dengan kekuatan dan kelemahan seseorang . Bertindak secara konsisten akan mengekalkan dan meningkatkan pembinaan kendiri seseorang individ supaya menjadi padu dan mengawal berbagai-bagai tindakan susulan yang lain (Mond Daud Hamzan, 1990) . Secara kesimpulannya , konsep kendiri ialah suatu perasaan dan keyakinan serta sikap seseorang . Dimana ianya satu matlamat untuk diri sendiri . Suatu keyakinan yang di tanam sejak kecil yang akan membantu seseorang individu itu untuk mengharungi dugaan dimasa akan datang . Ianya saling berkait rapat dengan kelemahan dan kekuatan seseorang itu . Menurut Mohd Daud Hamzah,1990 , kesimpulan konsep kendiri ialah bertindak secara konsisten akan mengekalkan dan meningkatkan pembinaan kendiri seseorang individu supaya menjadi padu dan mengawal berbagai-bagai tindakan susulan yang lain .

2. Teori-teori Perkembangan Kendiri

Teori psikoanalisis ini diasaskan oleh Sigmund Freud . Beliau percaya personalitii manusia dibentuk semenjak dilahirkan sehinggalah ke umur lima tahun (Mahmood Nazar , 2005) . Menerusi pengalaman beliau mengendalikan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah jiwa , beliau telah mengasaskan konsep alam sedar dan tidak sedar . Pendekatan ini mengkaji motif tidak sedar yang terdpat dalam alam tidak sedar manusia , yang bermotivasikan manusia untuk bertingkah laku . Menurut beliau , terdapat tiga komponen personalitii iaitu id,ego dan super ego . Namun , dalam bentuk personalitii yang diinginkan , Freud percaya cara didikan dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat mempengaruhi personalitii seseorang . Oleh kerana itu , ibu bapa dan juga guru serta orang sekeliling kanak haruslah membantu perkembangan kendiri kanak-kanak .

IPGKS ( EDU 3102 PKK )

Page 2

Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Atkinson, Teori Trait bermaksud apa-apa bentuk sifat yang membezakan seseorang itu dengan individu yang lain dengan kadar yang kekal dan konsisten . Ini bermakna teori trait memperihalkan personalitii seseorang berdasarkan kepada sifat dan tingkah laku seseorang . Beberepa pakar dalam bidang ini seperti Sheldon , Allport dan Cartell telah mempelopori teori ini dengan pendekatan masing-masing . Sheldon mengklasifikasikan tiga bentuk tubuh atau somatotip dengan tiga set personalitii iaitu endomorf memiliki bentuk badan yang bulat dan gemuk,mesomorf memiliki bentuk badan yang tegap dan kuat manakala ektomorf memiliki bentuk badan yang kurus,tinggi dan lembut . Allport mendefinisikan personalitii sebagai satu oranganisasi dinamik seseorang individu yang menentukan kebolehan penyesuaian yang unik terhadap persekitaran . Beliau mengklasifikasikan trait manusia kepada tiga jenis iaitu trait kardinal dimana memperlihatkan manusia dioranganisasikan keseluruhan dirinya kepada satu pengaruh yang sangat kuat dalam dirinya .Manakala trait pusat seperti kesabaran , kejujuran , kemurungan dan ketegasan yang hanya berpengaruh dalam pelbagai situasi seperti apabila seseorang sedang memarahi individu tersebut . Trait sekunder pula merupakan sifat yang mengawal perlakuan manusia secara spesifik dan tidak ketara . Allport mengemukakan konsep personalitii matang iaitu bagaimana seseorang itu menunjukkan sifat yang konsisten , positif dan mempunyai mental yang stabil walau berada di mana sahaja . Catell pula menyifatkan personalitii manusia sebagai gabungan beberapa trait yang khusus berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku yang konsisten . Beliau menghasilkan 16PF (personalitii factor) yang mewakili personalitii, dan dinamakan sebagai trait sumber . Trait sumber merupakan sifat-sifat yang tidak boleh dilihat jelas tetapi boleh dikenal pasti melalui kaedah analisis faktor ,iaitu data-data yang diambil menerusi soal selidik , pemerhatian dan soalan objektif . Trait ini saling berinteraksi dan menghasilkan tingkah laku yang dapat dilihat dan dinamakan trait permukaan . Teori Humanistik melihat manusia sebagai insan yang baik , murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan . Rogers (1959)menekankan bahawa pengalaman indiividu berperanan membentuk personalitii seseorang . Oleh itu , Rogers yakin bahawa individu yang mempunyai kendiri yang stabil akan mempunya asas motivasi yang kuat untuk mencapai potensi diri ke arah penyempurnaan diri . Manakala Moslow
IPGKS ( EDU 3102 PKK ) Page 3

Perkembangan Kanak-Kanak

(1986) melihat manusia sebagai insan yang baik , mulia dan mempunyai dorongan semula jadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan . Beliau percaya personalitii seseorang individu itu dipengaruhi oleh kehendak dan keinginan seseorang individu . Teori Behaviourisme mengandaikan tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan . Manusia pada asasnya akan cenderung ke arah sesuatu yang membawa kepada keseronokan . Tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh keadaaan sekeliling .Skinner berpendapat ,untuk memperkukuhkan sesuatu perlakuan atau gerak balas , manusia memerlukan peneguhan sama ada positif atau negatif. Oleh itu , skinner berpendapat bahawa personalitii adalah tingkah laku yang tertentu yang ditunjukkan oleh individu ketika berinteraksi dengan persekitarannya dan prinsip

peneguhan merupakan punca yang menyebabkan sesuatu personalitii itu kekal atau lenyap dalam diri individu . Kesimpulannya, setelah mengambil kira pelbagai aspek kami mendapati bahawa teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Sigmund Freud merupakan teori yang paling kuat dan menonjol. Beliau menerangkan bahawa personaliti individu dibentuk semenjak dilahirkan sehingga umur lima tahun serta ia dipengaruhi oleh cara didikan atau layanan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut. Apabila kita melihat dan menteliti pengkelasan usia yang diberikan oleh Freud, usia bayi yang baru dilahirkan sehingga ke usia lima tahun merupakan peringkat usia di mana kanak-kanak ini bersama atau di bawah jagaan ibu bapa. Oleh itu, dalam teori ini, Freud menekankan tentang peri pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk personaliti dan konsep kendiri anakanak mereka. Rasional pemilihan ini dapat dikukuhkan lagi jika kita melihat kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi Hadis ini menunjukkan bahawa keadaan seorang bayi itu adalah suci ketika dilahirkan tetapi ibu bapalah yang mencorakkan mereka sama ada dalam aspek keprcayaaan dan kerohanian mereka, menyedia dan membentuk persekitaran, menerapkan nilai,

mencipta cara atau gaya pemakaian dan sebagainya. Kesimpulan ini bukanlah untuk
IPGKS ( EDU 3102 PKK ) Page 4

Perkembangan Kanak-Kanak

menolak teori-teori yang lain seperti teori Trait, humanistik dan sebagainya, tetapi kumpulan kami hanya ingin menyatakan pendapat berpandukan kefahaman kami tentang teori-teori tersebut yang akhirnya membawa kami untuk bersepakat memilih teori psikoanalisis sebagai teori yang paling tepat.

3. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Personaliti

Faktor kebakaan merupakan faktor utama dalam proses perkembangn kendiri . Pola genetik yang wujud pada masa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personalitii individu . Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak pula merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia akan menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Di sini pengaruh genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya mereka. Kemahiran kanak-kanak

menggunakan jari juga merupakan contoh yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanakkanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu . Antara contohnya , kerosakan otak yang diwarisi ,kecacatan atau penyakit semasa lahir sangat mempengaruhi tingkah laku individu . Hal
IPGKS ( EDU 3102 PKK ) Page 5

Perkembangan Kanak-Kanak

ini kerana apabila seseorang kanak-kanak mengalami masalah kesihatan , ianya akan menyebabkan kanak-kanak lebig kepada bersifat introvert atau pasif . Mereka malu untuk bergaul dan tidak yakin dengan kemampuan yang mereka ada . Faktor pengalaman awal individu dimana setiap individu mempunyai pengalaman yang manis mahupun pahit dalam kehidupan . Setiap individu akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya . Ini disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal , kepekaan dan ketahanan diri individu . Faktor ini juga turut disokong oleh Freud yang menekankan pengalaman awal kanak-kanak dalam perkembangan personalitii seperti kehilangan ibu atau bapa serta trauma . Persekitaran individu seperti budaya , adat resam , nilai dan cara hidup masyarakat , juga mempengaruhi perkembangan personalitii individu . Hal ini kerana , pembentukan awal kanak-kanak tersebut adalah ketika mereka bersama sepenuhnya di rumah dan di sekitar rumah mereka . Analogi yang cukup mudah , umpama sehelai kain bersih jatuh di tempat yang kotor . Jika bersih tempat kain itu jatuh , maka bersih kain itu dan jika tidak maka sebaliknya . Latar belakang sekolah di mana suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal , emosi dan sosial menyumbangkan kepada perkembangan personaliti yang positif di kalangan kanak-kanak . Sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti . Ini termasuklah peranan pihak pentadbiran sekolah seperti guru besar , guru disiplin , guru agama , kaunselor dan guru biasa . Amalan sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak selamat , terancam dan takut turut menyumbang kepada perkembangan personaliti individu yang tidak stabil . Sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti . Berbagai aktiviti seperti kelas , bimbingan , latihan dan aktiviti kokurikulum membantu membentuk perkembangan personaliti individu . Pengaruh keluarga merupakan faktor yang cukup besar dan kuat . Hal ini kerana , kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka di rumah dan bersama keluarga . Oleh kerana itu , ada pepatah yang menyatakan melentur buluh biar dari rebungnya serta hal ini juga ada disebut dalam hadis nabi mafhumnya anak diibaratkan sebagai kain putih , ibu bapalah yang bertanggungjawab
Page 6

IPGKS ( EDU 3102 PKK )

Perkembangan Kanak-Kanak

mencorakkannya untuk menjadikannya nasrani , yahudi atau majusi. Dalam erti kata lain , keadaan institusi kekeluargaan itu sendiri yang akan mempengaruhi perkembangan kendiri dan personaliti kanak-kanak itu sendiri . Selain itu , ibu bapa seharusnya member kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain apa yang mereka suka , bercakap dan memilih apa yang mereka minati . Secara tidak langsung , bakat yang mereka miliki boleh diasah sejak kecil lagi . tambanah lagi , melalui cara ini juga kanak-kanak dapat meningkatkan dan membina keyakinan diri dan seterusnya membantu perkembangan personaliti dan kendiri yang positif . Dari aspek pemakanan pula , kanak digalakkan mengambil makanan yang berzat dan berkhasiat serta halal . Pemakanan juga membantu untuk mencorakkan personalitii kanak-kanak tersebut . Elakkan makanan atau inuman yang tidak berkhasiat khususnya makanan yang syubhah , dimana makan yang dihadam akan menjadi darah dan sekaligus menjadi daging kepada pemakan . (sumber fikh). Peranan media seperti televisyen yang sering memaparkan pelbagai tatapan khususnya kanak-kanak juga menyumbang kepada perkembangan personalitii kanakkanak . Hal ini kerana , media akan menyampaikan terus sesuatu maklumat dan sekaligus otak yang menerima maklumat tersebut akan menyimpan data-data yang berkaitan . Ianya boleh diumpamakan seperti computer , dimana jika termasuk virus , maka segala sistem yang ada akan rosak tetapi jika kita hanya menyimpan data-data yang berguna dan ditapis , sistem akan bertahan. Secara rumusannya , setelah dilihat dengan teliti faktor kebakaan merupakan faktor yang lebih banyak mempengaruhi kendiri seseorang individu . Pembentukan dari rumah merupakan proses pertama dalam melangkah dalam perkembangan kendiri seseorang individu . Berbalik kepada konsep kendiri itu sendiri , faktor kebakaan memainkan peranan penting dalam perkembangan kendiri itu sendiri . Secara tuntasnya , peranan ibu bapa dalam pembentukan kendiri khususnya kanakkanak sangat penting . Dalam hadis Rasulullah itu sendiri mafhumnya ada menyatakan :

IPGKS ( EDU 3102 PKK )

Page 7

Perkembangan Kanak-Kanak

Pilih wanita itu kerana empat perkara . Kerana rupa parasnya , kerana hartanya , kerana keturunannya dan kerana agamanya . Piluhlah agamanya , nescaya yang akan turut sekali . Oleh kerana itu , secara rumusannya , pelbagai faktor memainkan peranannya dalam perkembangan kendiri namun kesemuanya berbalik kepada kedua orang tua mereka itu sendir .

3. Implikasi Perkembangan Personaliti Dan Konsep Kendiri Kanak-Kanak Kepada Guru Dalam Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah.

Implikasi perkembangan personalitii kepada guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah: Perkembangan personalitii memberi kesan atau implikasi yang sangat besar kepada guru terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mok Soon Sang (2008) menyatakan bahawa terdapat empat cara pembelajaran yang dipengaruhi oleh personalitii seseorang individu khususnya kanak-kanak iaitu aktivis, reflector, teoris dan pragmatis. Aktivis bermaksud gemar mencari pengalaman baru serta melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti sebagai contoh mengemukakan pelbagai soalan kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Reflektor pula ialah individu yang cenderung mengumpul dan menganalisis maklumat untuk membuat keksimpulan. Teoris berfokus kepada kaedah membuat rumusan berdasarkan bukti analisis dan logik. Gaya pembelajaran pragmatik pula lebih kepada pencarian fakta atau bukti yang sahih. Cara-cara menguruskan personalitii individu adalah berbeza dan implikasinya kepada perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran juga berbeza. Sebagai contoh kanak-kanak yang mempunyai personaliti ekstrovert atau aktif mempunyai gaya pembelajaran yang aktivis. Dalam menghadapi pelajar seperti ini guru perlu sentiasa bersedia untuk menjawab segala macam persoalan yang dikemukakan serta guru juga
IPGKS ( EDU 3102 PKK ) Page 8

Perkembangan Kanak-Kanak

perlu bijak mengawal emosi kerana kanak-kanak atau pelajar yang berpesonaliti ekstrovert kadang-kadang boleh menimbulkan kebingungan sehingga memberi tekanan kepada guru. Walaupun begitu, dari sudut positifnya kanak-kanak yang mempunyai personalitii dan gaya pembelajaran yang aktif ini akan mudah memahami dan menerima pelajaran dan golongan ini juga berperanan dalam membantu rakan-rakan yang bersifat kurang aktif atau pasif. Implikasinya, kerja guru akan menjadi lebih mudah dan suasana pembelajaran juga akan lebih aktif dan seronok. Selain itu kanak-kanak lain juga akan teransang untuk melibatkan diri apatah lagi jika wujud unsur peneguhan seperti memberi hadiah atau pujian kepada mereka. Perkara ini berbeza pula bagi kanak-kanak yang berpesonaliti introvert. Golongan ini merupakan golongan kanak-kanak yang kurang aktif dan boleh jadi mempunyai gaya pembelajaran yang teoris atau prtagmatik iaitu mereka lebih suka untuk mencari maklumat sendiri dan belajar secara inkuiri. Mereka tidak melibatkan diri secara aktif di dalam kelas dan implikasinya kepada guru ialah, guru sukar untuk mengenal pasti sama ada kanak-kanak tersebut faham atau tidak. Kanak-kanak seperti ini perlu diberi perhatian dan galakan yang lebih dan dalam hal ini guru mempunyai peranan yang cukup besar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer dan berkesan. Dalam menangani kanak-kanak sepeprti ini juga, kanak-kanak yang berpesonaliti ekstrovert boleh dimanfaatkan untuk meransang rakanrakan sebagai contoh melalui perbincangan sesama mereka, kerja berkumpulan dan sebagainya. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai personalitii yang penuh dengan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa. Dalam bidang pendidikan bukan sahaja memerlukan guru yang hanya memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya perguruan tetapi juga komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar mereka untuk membentuk personalitii yang unggul. Implikasi perkembangan konsep

IPGKS ( EDU 3102 PKK )

Page 9

Perkembangan Kanak-Kanak

kendiri kanak-kanak kepada guru Dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah: Perkembangan konsep kendiri juga memberi impak kepada guru. Guru yang mempunyai ciri konsep kendiri yang positif seperti bertanggungjawab dapat menjalankan tugasnya dengan efektif.

IPGKS ( EDU 3102 PKK )

Page 10

You might also like