Professional Documents
Culture Documents
MANUAL KURSUS
memulakan aplikasi Adobe Photoshop. menetapkan setting untuk canvas baru. mengetahui penggunaan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer. Mengetahui fungsi layer
Aktiviti 1: Memulakan aplikasi Photoshop. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu mengklik pada menu Start, pilih program, dan klik pada Adobe Photoshop.
Aktiviti 2: Menetapkan setting Aplikasi Adobe Photoshop akan dibuka dan klik pada menu File dan klik New untuk memaparkan dialog box berikut.
Tetapkan setting seperti di bawah. 1. Berikan nama fail yang sesuai dalam ruangan Name. 2. Untuk Saiz Imej, tetapkan kelebaran (Width) dan ketinggian imej (Height), resolusi (Resolution) dan Mode dan Contents i) Pastikan saiz imej sesuai ii) Resolusi yang sesuai untuk paparan monitor adalah 72 iii) Mode RGB sesuai untuk tujuan paparan di monitor manakala mode CMYK sesuai untuk cetakan iv) Content white = kanvas akan berwarna putih v) Content background color = kanvas akan mengikut warna latarbelakang yang telah dipilih vi) Content transparent = kanvas tidak mempunyai sebarang warna latar 3. Setelah menetapkan setting, klik OK. Aktiviti 3: Pembentangan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer. Satu paparan baru akan muncul. Secara default, paparan akan kelihatan seperti dalam di bawah.
TOOL BAR
MENU BAR
Ruang-ruang kanvas yang digunakan akan dipaparkan dalam paparan layer sebagai lapisan-lapisan yang berlainan mengikut jumlah kanvas yang digunakan. Contohnya, jika kita menggunakan tiga gambar dan satu imej teks dalam sesuatu penghasilan kerja, maka empat layer akan terpapar dalam paparan layer. Layer yang pertama akan merujuk kepada background kanvas.
Rectangular Marquee Tool Lasso Tool Crop Tool Healing Brush Tool Clone Stamp Tool Eraser Tool Blur Tool Pen Tools Path Selection Tool Note Tool Hand Tool
Move Tool Magic Wand Slice Tools Brush Tool History Brush Tool Paint Bucket Tool Dodge Tools Type Tool Rectangle Tools Eyedopper Tools Zoom Tool
Foreground Color
Background Color
Segitiga kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di dalalm paparan tool box
Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis marquee iaitu: a. Rectangular Marquee Tool b. Elliptical Marquee Tool c. Single Row Marquee Tool d. Single Column Marquee Tool Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat. Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat. Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris melintang (Horizontal line). Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak (Vertical line).
Menggunakan Rectangular Marquee Tool Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh dibuat. Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan: 1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool. 2. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret. Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.
Segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.
Pastikan alat berkenaan masih dipilih, letakkan kursor dalam pilihan (kursor bertukar bentuk) kemudian klik dan seret. Dengan alat yang masih dipilih, anda boleh membatalkan pilihan ini dengan mengklik di luar atau di dalam pilihan. Aktiviti 2: Menggunakan Magic Wand
Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.
1. Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 255. Jika nilai maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej. 2. Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih. Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32. 3. Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil.
Aktiviti 3: Menggunakan Move Tool Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move
10
Lasso Tool digunakan untuk menandakan kawasan melalui kaedah mengheret tetikus secara bebas sambil menekan tetikus Polygonal Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan secara mengklik dan mengheret tetikus mengikut kawasan yang dikehendaki. Magnetic Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah gliding mengikut sempadan tersebut.
11
Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased. Masukkan satu nilai Feather dari 0 250 pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan, kesan Feather akan terhasil apabila kawasan yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather tidak akan kelihatan. Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool. Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan. Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih
12
Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas bergaris lurus
Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak dipilih. Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk melengkapkan pilihan Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move .
13
Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz ketebalan berus pada menu Brush . Pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.
Buka satu fail yang mengandungi imej yang sesuai. Layari dan gunakan Alat Brush ini sambil memilih efek-efek yang sesuai yang terdapat pada sub menu Mode, Opacity dan Flow ini dan perhatikan efek-efek yang dihasilkan
14
Klik dan seret melintasi imej untuk mengisikannya dengan warna latar depan ( Foreground Colour ). Sekiranya nilai Opacity di kurangkan kesan warna yang disembur akan kelihatan pudar. Berbeza dengan perubahan Flow yang dilakukan. Sekiranya nilai Flow dikurangkan maka kesan keamatan warna berkurangkan dan kelajuan anda menyeret berus juga mempengaruhi keamatan warna.
15
Aktiviti 2 Menggunakan alat Clone Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.
Clone Stamp Tool Alat Clone Stamp, boleh digunakan untuk memperkemaskan imej secara menyalin sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat Clone Stamp untuk memaparkan palet opsyennya yang berada di bawah Menu Bar utama .
16
1. 2. 3. 4.
Pilih Clone Stamp dan bawa kursor ke bahagian imej yang hendak disalin. Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon bulat Tekan butang kekunci Alt, kursor akan bertukar kepada ikon target. Klik pada bahagian imej yang hendak disalin.
5. Alih kursor ke tempat lain, kemudian klik dan seret tanpa melepaskan tetikus, imej yang hendak disalin tadi akan terpapar.
17
Dodge Tool
Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge. Pilih saiz dan jenis berus yang sesuai. (Airbrush memberikan kesan hasil yang paling halus).
18
Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan Exposure
Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan keamatan kesannya
Blur tool
Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur (Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel dan amat berguna untuk memperkemas pinggir bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk. Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool Option di menu bar utama
19
Tentukan Mode, Strength dan saiz berus Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel
Type Tool.
Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas imej atau ruang kerja canvas dan klik Ini menandakan titik bermulanya untuk anda menaip. Kotak dialog Type Tool akan terpapar Tetapkan settingnya bagi jenis Font Family, Font Style, Font Size, Leading, Spacing, Colour dan Alignment Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai (default)
20
Pen Tool
Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk memahami bagaimana lorong (path) dibina. Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan Point segmen. Setiap Point Segmen dapat diubah atau dibetulkan agar lorong atau lengkungan lebih sempurna. Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub menu Pen Tool Freeform Pen Tool Add Anchor Point Tool Delete Anchor Point Tool Convert Point Tool
21
Gradient Tool
Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau jejari. Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar utama. Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan Mode
Letakkan kursor di permulaan bahagian berlakunya perubahan Gradient, Kemudian klik dan seret. Sudut dan jarak kursor diseret untuk menentukan sudut dan jarak perubahan
22
Measure TOOL
Ia Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter
Eyedropper TOOL
Memilih dengan segera warna latar belakang atau depan dari kawasan imej aktif, atau dari tetingkap imej Photoshop yang tidak aktif. Untuk menetapkan warna latar depan, klik alat penitis (eyedropper tool). Letakkan alat penitis pada bahagian kawasan yang ingin dipilih warnanya Klik sekali lagi bagi mendapatkan warna latar depan yang diingini
23
24
Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna yang dikehendaki dan klik butang OK Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis putusputus dan klik butang kiri tetikus
Zoom TOOL
Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan imej sebanyak 100% Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom tool dan bawa pada bahagian imej yang ingin diperbesarkan dan klik tetikus Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan
25
HAND TOOL
Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna