You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 4 / 2012

HBSC1103 - SMP

TEACHING AND LEARNING OF SCIENCE

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : : :

AHMAD FIKRI BIN ISMAIL 790603085189001 0124490760 AFROLUKE79@GMAIL.COM

790603085189

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

HBSC1103 - SMP

HBSC1103 - SMP Isi Kandungan 1.0 Teori Pembelajaran 2.0 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 2.1 Langkah konkrit yang boleh diaplikasikan dalam teori pembelajaran konstruktivisme 2.1.1 Merancang pembelajaran yang aktif di kalangan murid 2.1.2 Membina pengetahuan di kalangan murid 2.1.3 Melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti penemuan 3.0 Cabaran dalam mengaplikasikan Teori Konstruktivisme dan Cara Mengatasinya 3.1 Kekangan masa 3.2 Guru Ketandusan Idea 3.3 Disiplin murid 4.0 Kesimpulan 5.0 Rujukan 26 7 8 9 10 11 12 13 14 15

1.0 Teori Pembelajaran Teori Behaviourisme Prinsip Utama Teori pembelajaran terawal diperkenalkan. Teori ini menerangkan tentang hubungan 3 Pakar Utama Pavlov(1849-1936)

HBSC1103 - SMP di antara rangsangan dan gerak balas. Teori terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu: Teori pelaziman klasik Teori pelaziman operan

(Teori Pelaziman Klasik) Kajian terhadap sistem pencernaan anjing yang Beliau memberikan memberi penemuan kepada bahawa impak

konsep pelaziman. mencadangkan tingkah laku adalah hasil daripada gerak balas terhadap rangsangan yang diterima. Rangsangan dan gerak balas yang tidak dipelajari dikategorikan sebagai rangsangan semula jadi atau tidak lazim. Sebelum pelaziman anjing akan merasa lapar apabila ditunjukkan makanan, tetapi rangsangan semula jadi tidak memberikan gerak balas apabila loceng dibunyikan. Semasa pelaziman loceng dibunyikan dan makanan memberikan ditunjukkan respons tidak kepada

anjing. Tetapi selepas pelaziman anjing memberi gerak balas lapar apabila loceng dibunyikan. Konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan diperkenalkan.

HBSC1103 - SMP (Pelaziman Operan ) Beliau melalui mengembangkan klasik pandangannya pembelajaran Pavlov tentang Thorndike (1874-1949) teori Skinner (Pelaziman Operan)

pembelajaran instrumental. Hukum kesan dan akibat dan kaedah cuba jaya dikemukakan hasil daripada kajian terhadap kucing lapar menggunakan puzla box. Beliau berpendapat bahawa sesuatu tingkah laku ditunjukkan tidak bergantung kepada kesan daripada perbuatan sebaliknya. Skinner pelaziman sebagaimana mengembangkan instrumental yang telah yang dilakukan itu samada memberi kesan positif atau

dikemukakan oleh Thorndike. Beliau mencadangkan 4 kesan yang akan diterima apabila sesuatu tingkah laku ditunjukkan iaitu: peneguhan negatif, positif, peneguhan positif dan hukuman

hukuman negatif. Beliau juga mencadangkan agar tingkah laku perlu di analisis terlebih dahulu sebelum dibuat pengubahsuaian Kognitif menggunakan Jerome Bruner (1915) prinsip asas tingkah laku. Jerome Bruner mengemukakan teori : - Manusia menggunakan tiga cara untuk memahami dan memproses maklumat 5

HBSC1103 - SMP yang diperolehi dari alam sekitar. - Teorinya ialah : i. Enaktif : melalui tindakan dan manipulasi ii. Ikonik : melalui pembentukan imej dan organisasi persepsi pendengaran, penglihatan, atau kinestetik. iii. Simbolik : melalui perkataan dan simbol. - Menyokong membentuk teori dan bahawa pelajar David P. Ausubel

mengorganisasi

pengetahuan dirinya sendiri. - Mengemukakan dua jenis pembelajaran iaitu belajar bermakna dan belajar menghafal. - Mengemukakan teori tugas yang lebih Robert Gagne (1916) mudah berfungsi sebagai komponen sebenar bagi tugas yang lebih kompleks. - Mengenal pasti lapan jenis pembelajaran bermula daripada : i. Pembelajaran isyarat ii. Pembelajaran Rangsangan-Gerak balas (R-G). iii. Rangkaian iv. Perkaitan Bahasa v. Diskriminasi berganda vi. Pembelajaran konsep vii. Pembelajaran prinsip viii. Penyelesaian masalah Konstruktivisme - Mengemukakan teori perkembangan manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai pengalaman. - Teorinya lagi, pengetahuan bukan datang 6 Jean Piaget (1896 1980)

HBSC1103 - SMP dari luar tetapi melalui berinteraksi secara aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman. - Menurut Piaget, struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanak hingga dewasa. - Berdasarkan teori Piaget ini dapatlah diketahui bahawa manusia belajar melalui pengalaman yang telah dilalui sejak kanakkanak hingga dewasa. - Lev Vygotsky mengemukakan tiga konsep asas perkembangan kanak-kanak. - Tiga konsep tersebut ialah : i. Zon perkembangan terdekat. ii. Perancah. iii. Konteks sosiobudaya pengetahuan. - Konsep yang dikemukakan oleh Vygotsky telah membantu guru untuk mengenal pasti kebolehan murid pada peringkat tertentu. - Vygotsky juga menekankan peranan rakan sebaya dan orang dewasa dalam perkembangan kanak-kanak menguasai konsep-konsep yang sukar dikuasai secara bersendirian. Lev Vygotsky (1896 1934)

HBSC1103 - SMP - John Dewey mengemukakan Teori Pengalaman yang berlandaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. - Pengalaman menurut Dewey ialah interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. - Kesinambungan merujuk kepada tempat atau masa yang dilalui. - Interaksi pula merujuk kepada pengalaman lepas dengan situasi terkininya. - Teori ini diguna pakai ketika guru ingin memulakan sesi pengajarannya iaitu dalam set induksi. Kesimpulan Setiap teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi adalah penting bagi guru mengetahuinya supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran. Ini perlu kerana untuk memahami seseorang murid perlu kepada ilmu psikologi yang dapat guru mengenali murid mereka di dalam kelas. Teori-teori ini telah membantu guru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid berdasarkan situasi dan keadaan satu-satu kelas yang diajarnya. Selain dari itu juga, konsep-konsep yang dikemukakan oleh tokoh psikologi ini memudahkan guru mengaplikasikan dalam sesi pengajaran mengikut kesesuaian yang difikirkan perlu. Teori-teori ini terhasil dari pengalaman sendiri oleh tokoh psikologi dalam kehidupan mereka. 2.0 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada kesesuaian pendekatan teori pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam merealisasikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan konstruktivisme merupakan pendekatan yang sangat bersesuaian diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah 8 John Dewey (1859 1952)

HBSC1103 - SMP Teori pembelajaran konstruktivisme dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980), Lev Vygotsky (1896-1934), John Dewey (1859-1952) dan Jerome Bruner (1915). Kandungan utama yang terdapat di dalam teori ini ialah bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran. Pembinaan kefahaman dan pengetahuan baru ini lahir daripada gabungan di antara pengalaman sedia ada dan persekitaran semasa. Menurut Nurulhuda Abdul Rahman (2011), murid yang datang ke sekolah tidak di anggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan dijadikan asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Ini bermakna, strategi pengajaran dan pembelajaran konstruktivis berpusatkan murid di mana murid berperanan sebagai pembina pengetahuan. Guru pula berperanan sebagai pemudah cara pembelajaran dan bukannya penyampai maklumat semata-mata. Dengan demikian pembelajaran berlaku apabila murid menstrukturkan semula idea atau pengetahuan sedia ada mereka dengan menghubung kait di antara kefahaman baru dengan yang lama. Maka, kerangka alternatif dapat dicetuskan dalam proses pembelajaran sekaligus dapat membetulkan salah konsep di kalangan murid di sekolah. Aspek penilaian dan penaksiran menurut teori konstruktivisme pula bersifat penilaian berterusan, holistic dan autentik di mana penilaian dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian teori pembelajaran konstruktivisme merupakan teori pembelajaran yang paling bersesuaian dilaksanakan dalam mata pelajaran sains di sekolah. Ini kerana, prinsip yang diketengahkan melalui teori ini amat bertepatan dengan mata pelajaran sains yang banyak melibatkan aktiviti seperti eksperimen, kajian lapangan, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. 2.1.Langkah konkrit yang boleh diaplikasikan dalam teori pembelajaran konstruktivisme Dalam memastikan keberkesanan teori pembelajaran konstruktivisme ini dapat di laksanakan di dalam bilik darjah, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai strategi dan cara yang boleh diaplikasikan dalam teori tersebut sekaligus ianya dapat dilaksanakan dan dicapai sebagaimana yang dirancang. Dengan demikian pembelajaran 9

HBSC1103 - SMP dapat dilaksanakan dengan lancar dan murid dapat membina pengetahuan baru melalui teori pembelajaran tersebut. 2.1.1. Merancang pembelajaran yang aktif di kalangan murid Pepatah Cina yang berbunyi, Saya dengar dan saya terlupa, saya lihat dan saya teringat, saya buat dan saya memahami amat bertepatan dengan teori pembelajaran konstruktivisme. Di mana pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak mencukupi untuk mencapai pemahaman. Dengan itu, untuk mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman tiga perkara berikut adalah penting:Sediakan suasana pembelajaran yang bermakna untuk pelajar, Galakkan kanak-kanak untuk membuat keputusan, Berikan kesempatan untuk membolehkan kanak-kanak menghalusi lagi pemikiran mereka dan mendalami lagi pemahaman mereka dengan cara saling bertukar pendapat sesama mereka. Sumber dari Poh Swee Hiang (1997) Senario pembelajaran konstruktivisme melibatkan pembelajaran yang aktif di kalangan murid. Pendekatan yang paling tepat ialah pendekatan berpusatkan murid di mana murid sendiri yang melaksanakan aktiviti dan guru berperanan sebagai pemudahcara. Dalam pembelajaran sains yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti eksperimen, kajian lapangan dan projek, situasi pembelajaran murid secara hands-on dan minds-on amat dititik beratkan. Bagi merangsang penglibatan aktif di kalangan murid, guru perlu merancang aktiviti yang mendorong mereka untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang diketengahkan oleh guru. Guru perlu menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif bagi memastikan murid dapat melaksanakan tugasan secara aktif dan menyeronokkan. Sebagai contoh, seorang guru sains ingin menyampaikan konsep perubahan bentuk bahan. Guru tidak perlu menerangkan konsep tersebut satu persatu kepada murid kerana ianya tidak merangsang pembelajaran aktif di kalangan murid. Sebaliknya guru perlu merancang persiapan melakukan eksperimen dengan menyediakan kad tugasan berserta bahan dan radas yang bersesuaian. Murid dibenarkan meneroka sendiri 10

HBSC1103 - SMP bagaimana sesuatu proses perubahan itu boleh berlaku melalui eksperimen yang dijalankan secara berkumpulan. Apa yang penting ialah guru perlu menyediakan kad tugasan berserta arahan yang terperinci dan bahan yang diperlukan dalam eksperimen tersebut. Murid akan melakukan sendiri aktiviti seperti memanaskan air, mencarikan ais dan membekukan air. Ini merangsang pembelajaran yang aktif di kalangan murid di mana mereka akan berinteraksi sesama ahli kumpulan dan kemudiannya membuat kesimpulan berdasarkan data yang telah dikumpul serta bukti dan konsep yang telah diperolehi melalui eksperimen yang telah dijalankan. Sememangnya aktiviti ini melibatkan pembelajaran berlaku secara aktif di kalangan murid sekaligus proses penerokaan menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan sebagaimana teori pembelajaran konstruktivisme dapat diaplikasikan. 2.1.2. Membina pengetahuan di kalangan murid Bertepatan dengan maksud konstruktivisme yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu construct yang bermaksud membina. Di mana konstruktivisme merupakan teori yang menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda murid tetapi ianya perlu dibina dalam minda dan pemikiran murid berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini juga menegaskan bahawa kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Setiap murid mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada dalam kehidupan seharian mereka. Pengalaman sedia ada inilah yang bakal membantu pemahaman mereka dalam topik pelajaran yang dipelajari di sekolah. Dengan demikian pengetahuan perlu dibina sendiri oleh murid itu sendiri. Sebagai contoh seorang guru yang ingin mengajar mengenai proses pembentukan awan dan hujan. Guru tersebut tidak perlu menerangkan terus mengenai proses pembentukan awan dan hujan kepada murid. Sebaiknya guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai kejadian hujan yang mereka pernah alami di dalam kehidupan seharian. Murid akan menerangkan kejadian hujan dan pembentukan awan berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Bagi membina pengetahuan baru di kalangan murid, guru perlu merancang eksperimen yang bersesuaian sebagaimana 11

HBSC1103 - SMP proses pembentukan awan dan kejadian hujan. Dengan demikian murid dapat menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang mereka perolehi melalui aktiviti konstruktivisme yang telah dijalankan melalui eksperimen. Guru bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara agar proses pelaksanaan aktiviti tersebut dijalankan dengan lancar. Pada akhir eksperimen tersebut, murid dapat membuat kesimpulan dengan mengaitkan di antara proses perubahan bentuk air dengan proses pembentukan awan dan hujan di mana proses pembentukan awan ialah proses penyejatan iaitu cecair bertukar menjadi gas. Manakala proses pembentukan hujan pula ialah proses kondensasi iaitu gas bertukar kepada cecair. Dengan demikian pembinaan pengetahuan baru dapat berlaku dengan lebih berkesan berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah diberikan oleh guru. 2.1.3. Melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti penemuan Aktiviti penemuan merupakan aktiviti yang bersat hands-on dan minds-on. Di antara aktiviti yang bersesuaian dalam melaksanakan pembelajaran konstruktivisme ialah aktiviti berasaskan aktiviti penemuan seperti membuat eksperimen, simulasi, projek dan kajian lapangan. Bagi mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme di dalam mata pelajaran sains, guru seharusnya merancang pembelajaran yang berasakan aktiviti penemuan. Di mana guru hanya bersifat pemudahcara dan murid berperanan sebagai pelaksana kepada aktiviti tersebut. Sebagai contoh, aktiviti projek sangat bersesuaian bagi topik ciri-ciri fizikal haiwan. Aktiviti projek tersebut ialah dengan membuat buku skrap mengenai ciri-ciri fizikal haiwan serta persamaan dan perbezaan bagi setiap haiwan. Dalam projek tersebut juga murid perlu melaksanakan jadual pengelasan yang dapat menunjukkan perbezaan dan persamaan ciri fizikal haiwan dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Ini membolehkan murid mencari maklumat sendiri mengenai topik tersebut melalui pelbagai sumber sama ada melalui majalah, keratan akhbar, buku rujukan mahupun sumber internet. 3.0 Cabaran dalam mengaplikasikan Teori Konstruktivisme dan Cara

Mengatasinya.

12

HBSC1103 - SMP Dalam melaksanakan teori konstruktivisme di dalam bilik darjah sudah pastinya akan menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran dan halangan ini bertitik tolak dari pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, faktor kesediaan dan sebagainya. Namun halangan tersebut bukanlah kekangan bagi melaksanakan strategi konstruktivisme di dalam bilik darjah terutamanya bagi mata pelajaran sains. Sebaliknya, terdapat pelbagai cara yang dikenal pasti dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. 3.1.Kekangan masa Sebagaimana yang telah diterangkan, antara aktiviti yang bersesuaian dengan teori konstruktivisme ialah seperti eksperimen, projek, kajian lapangan, permainan. simulasi dan demonstrasi. Kebanyakan aktiviti tersebut memerlukan masa yang agak lama untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, guru memerlukan masa sekurangkurangnya sejam untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Walaupun guru telah merancang mengikut masa yang telah ditetapkan, namun guru dan murid kadangkala masih lagi berhadapan dengan masalah masa yang tidak mencukupi dalam melaksanakan tugasan tersebut. Sebagai contoh, jika sesebuah eksperimen dijalankan, murid perlu

melaksanakan eksperimen mengikut prosedur dengan betul sebagaimana yang telah diarahkan di dalam kad tugasan. Dalam jangka masa yang diberikan juga murid perlu membuat kesimpulan dan seterusnya membuat laporan eksperimen. Selain itu juga, murid perlu membersihkan dan mengemas bahan dan radas dengan betul apabila mereka selesai melaksanakan tugasan tersebut. Sudah pastinya masa yang diperuntukkan tidak mencukupi lebih-lebih lagi kepada murid yang berada di dalam kelas yang agak lemah. Kebiasaan mereka tidak dapat menjalankan aktiviti eksperimen mengikut masa yang ditetapkan. Kesannya, objektif pembelajaran pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan lengkap. Selain itu, murid tidak memperolehi pengetahuan yang secukupnya mengenai topik yang diajar oleh guru. Bagi mengatasi halangan ini, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme di dalam bilik darjah. Guru perlu merancang masa dengan sebaiknya. Aktiviti yang dilaksanakan perlu bertepatan dengan pembinaan pengetahuan. Guru perlu mengelak daripada memasukkan terlalu 13

HBSC1103 - SMP banyak aktiviti pembelajaran bagi mengatasi masalah tersebut. Apabila guru terlalu banyak memasukkan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu aktiviti itu, maka hasilnya murid tidak dapat melaksanakan tugasan dengan selengkapnya. Selain itu juga, perancangan aktiviti perlu bersesuaian dengan latar belakang murid. Ini memastikan setiap murid dapat menyiapkan tugasan dengan masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, guru perlu merancang perancangan yang berbeza bagi kelas yang cerdas dan lemah. Ini kerana lazimnya murid yang agak lemah tidak dapat melaksanakan tugasan sendiri kerana mereka tidak berkeyakinan untuk melaksanakan. Kebanyakan murid yang lemah lebih suka mendiamkan diri jika terdapat persoalan yang tidak dapat di jawab oleh mereka. Oleh yang demikian guru perlu membantu murid dengan mengajukan soalan untuk membantu murid mencungkil idea masing-masing. Oleh yang demikian masa diberikan oleh guru adalah mencukupi. 3.2.Guru Ketandusan Idea Kadangkala guru juga menghadapi masalah ketandusan idea dalam

melaksanakan aktiviti tersebut. Perkara ini boleh berlaku apabila ada di kalangan guru hanya menggunakan strategi dan aktiviti yang sama setiap kali proses pengajaran di laksanakan, Secara psikologinya, guru yang ketandusan idea akan menghadapi masalah hilang tumpuan di kalangan anak murid. Bagi mengatasi masalah tersebut, guru perlulah proaktif dan sentiasa berusaha mencari bahan dan sumber yang bersesuaian dan pelbagai. Sebagai contoh, guru perlu memperbanyakkan bacaan ilmiah berkaitan dengan pedagogi dan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. Selain itu juga guru boleh merujuk sumber internet. Melalui internet, banyak rujukan yang boleh didapati bagi memantapkan lagi pengetahuan guru mengenai konsep konstruktivisme. Di era globalisasi ini, masyarakat bebas berkongsi maklumat dan pendapat melalui blog. Terdapat juga blog berkaitan dengan strategi pembelajaran konstruktivisme yang boleh diguna pakai oleh guru. Guru juga boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat di kalangan rakan sekerja dalam menambah baik perancangan aktiviti mengikut teori konstruktivisme sekaligus guru tidak ketandusan idea.

14

HBSC1103 - SMP 3.3.Disiplin murid Sememangnya tidak dinafikan aktiviti konstruktivisme sangat menarik dan mencabar. Namun disebabkan murid yang teruja dan tertarik untuk menjalankan aktiviti tersebut, maka masalah disiplin di dalam bilik darjah di kalangan murid akan timbul. Masalah tersebut ialah murid tidak dapat di kawal sehingga menjadikan murid bising semasa menjalankan aktiviti tersebut. Tambahan pula, aktiviti tersebut dilaksanakan di dalam kumpulan menyebabkan suasana pembelajaran menjadi bising dan kecoh. Impaknya, aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak dicapai. Bagi mengatasi masalah kebisingan semasa aktiviti dijalankan, guru memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan murid sentiasa berada di dalam keadaan tenang dan teratur semasa menjalankan aktiviti tersebut. Guru perlu memberi penerangan dan amaran setiap kali sebelum menjalankan aktiviti. Penerangan berulang kali sekurangnya dapat membantu murid untuk memberikan kerjasama terhadap pelajaran. Guru juga perlu mempraktikkan peneguhan negatif bagi murid yang tidak memberi kerjasama. Dengan demikian, murid lain akan berasa takut untuk membuat bising sekaligus masalah kebisingan dapat diatasi. 4.0 Kesimpulan Teori pembelajaran yang diketengahkan banyak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap satu teori mengenengahkan kebaikan dan kelebihan masing-masing di mana ianya boleh diguna pakai dalam bilik darjah. Menurut Jonassen (1994) implikasi terhadap pengajaran konstruktivis kepada beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui pengajaran boleh dilakukan. Oleh yang demikian, fokus pengajaran haruslah kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukannya hanya berdasarkan hasil pembelajaran semata-mata. Sebagai guru kita perlu merancang strategi pengajaran yang mantap bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang dirancang. 15

HBSC1103 - SMP

5.0 Rujukan Azizah Ngah Tasir, Gomathi Naidu, (2011), HBSC1103 Teaching and Learning of Science, Kuala Lumpur, Open University Malaysia. Amir Awang, (1985), Teori-teori Pembelajaran, Petaling Jaya, Fajar Bakti. Poh Swee Hiang, (2000), Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nurulhuda Abd Rahman, et.al.(Eds.),(2011), Manual Instruksi KPD3016 dan KPD 3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran, Tanjong Malim, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI. Arief, (2010), Teori Kognitif,[Online],Available : http://ariefian84.wordpress.com/2010/06/08/teori-kognitif/ Anuar Ahmad, (2009), Fail Profil Nilai Potensi Pelajar,[Online], Available : http://www.tutor.com.my/dunia.asp? y=2009&dt=0721&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm 16

HBSC1103 - SMP Somad Salam, (2011), Biography Ivan Petrovich Pavlov,[Online], Available : http://www.psikomedia.com/article/view/Tokoh-dan-TeoriPsikologi/2238/Biography-Ivan-Petrovich-Pavlov/

17

You might also like