You are on page 1of 4

Laporan Mesyuarat Panitia Information and Communication Technology Kali Kedua 2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 17 April

2012 : 1.15 p.m. : Bilik Gerakan : Pn. Anis Binti Abd. Shukor

Kehadiran: 1. Pn. Zarina bt. Mohd. Wazir 2. Pn. Anis Binti Abd. Shukor

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pn. Zarina bt. Mohd Wazir mengucapkan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat Panitia Information and Communication Technology buat kali kedua. 1.2 Beliau menerangkan ranking sekolah adalah pada kedudukan ke 1094/2208 dengan pencapaian Band 5. Keputusan 2011 bagi SPM sekolah berada pada kedudukan 80/238 dengan peratus lulus 88.07% dengan peningkatan kualiti cemerlang daripada 5 orang kepada 11 orang pelajar yang mencapai A bagi semua mata pelajaran. Keputusan 2011 bagi STPM sekolah berada pada kedudukan 12/72 dengan peningkatan kualiti cemerlang dari seorang kepada 4 orang. Bagi Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) maka, sasaran untuk 2012 ialah 18 orang pelajar cemerlang di peringkat SPM. Tindakan: Makluman 1.3 Beliau mengharapkan supaya pencapaian akademik perlu ditingkatkan dari segi prestasi pelajar. Beberapa penambahbaikan perlu dibuat ke atas Program Peningkatan Akademik 2012 bagi memastikan hasrat ini tercapai. Tindakan: Makluman

2.0 Pengurusan Kurikulum 2.1 Pencerapan Beliau meminta supaya guru menghantar buku latihan pelajar untuk pencerapan yang sedang dijalankan. Guru dikehendaki menghantar buku tersebut berdasarkan jadual pencerapan dan pemantauan yang telah ditetapkan. Pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran juga akan diadakan. Pencerapan berlangsung pada dua fasa iaitu Fasa 1 pada bulan Feb-Mei dan Fasa 2 pada bulan Jun - September. Semua pencerapan akan dilaksanakan mengikut pencerap masing-masing. Tindakan: Makluman 2.2 Fail Panitia Fail Panitia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa, minit mesyuarat dan minit curai perlu dimasukkan ke dalam fail. Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah bermula bagi mata pelajaran MPV Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 dan 5. Tindakan: Ketua Panitia 2.3 Pelaksanaan Headcount Guru diminta mengemaskini Headcount selepas Ujian Selaras 1 dan sasaran tahun 2012 untuk Tingkatan 4 dan 5. meletakkan

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

2.4

Post Mortem Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011

Beliau meminta supaya guru mata pelajaran membuat analisis terhadap keputusan peperiksaan SPM yang baru diumumkan. Dengan melihat pencapaian pelajar Tingkatan 5 pada 2011, maka panitia diminta menilai pelaksanaan program kecemerlangan yang dijalankan, masalah yang dihadapi, tindakan susulan dan perancangan aktiviti untuk pelajar yang akan menghadapi SPM 2012 nanti.

Post-mortem mengenai keputusan SPM 2011 dan unjuran bagi tahun 2012 telah pun dibuat. Analisis keputusan adalah seperti berikut:
% Lulus Keseluruhan 100 100 Bil Kepujian % Kepujian Jumlah Calon Bil Lulus % Lulus GPMP

Bil A+ A A7 15

SPM 2011 Unjuran 2012

28 31

25.00 48.39

% A

Tahun

21 16

75.00 51.61

3.46 3.23

Tindakan: Ketua Panitia 2.5 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Beliau berharap guru mata pelajaran telah menyiapkan semua soalan peperiksaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 4 dan 5 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Soalan Peperiksaan Information and Communication Technology perlu diserahkan kepada setiausaha peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan:

Tingkatan Ting. 4 Ting. 5

Tarikh Serahan 20 April 2012 20 April 2012

Tarikh Peperiksaan 21 Mei 2012 21 Mei 2012

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

2.6

Kewangan Baki kewangan bagi Panitia Information and Communication Technology terkini adalah sebanyak RM 2,654.30. Perbelanjaan yang telah dibuat adalah sebanyak RM 100.00. Panitia perlu meninggalkan 5% daripada jumlah peruntukan pada akhir tahun ini. Nota minta perlu diisi dan setelah mendapat kelulusan baru perbelanjaan boleh dibuat. Untuk barangan ICT perlu mendapat kelulusan daripada JPN tetapi pengecualian pada barangan tertentu. Bil-bil perlu dibayar sebelum bulan Oktober kerana Puan Maimunah akan bersara pada 1 Oktober 2012. Tindakan: Ketua Panitia

2.7 Program Peningkatan Akademik


Minggu Vokasional dan Teknologi akan dilaksanakan pada 23 hingga 27 April 2012 dengan tema Inovasi Vokasional Memupuk Budaya Lestari. Panitia Information and

Communication Technology dikehendaki menyediakan aktiviti untuk pelajar sepanjang


minggu tersebut.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1

Tiada.

4.0 Hal-hal Lain 4.1 Pn. Anis binti Abd. Shukor memaklumkan tentang aktiviti yang telah dirancang sempena minggu Vokasional dan Teknologi yang akan diadakan iaitu pertandingan Amazing Race di mana untuk stesen di makmal ICT pelajar dikehendaki menghasilkan poster bertajuk Inovasi Vokasional Memupuk Budaya Lestari dengan menggunakan perisian MS Office Power Point. Tindakan: Ketua Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 ptg.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

....... (PN. ANIS BINTI ABD. SHUKOR) Ketua Panitia, Information and Communication Technology, SMK Jalan Tasek,
Ipoh.

(PN. ZARINA BT MOHD WAZIR) Ketua Bidang, Vokasional & Teknologi, SMK Jalan Tasek,
Ipoh.

You might also like