You are on page 1of 8

Intan Nasuha binti Abdul Sani Nur Aina binti Gahamat

Kesenian

Sains & Teknologi

Kekuatan Tamadun China


Globalisasi

Konfusinisme

Lebih tertumpu pada bidang penulisan dan

kesusasteraan. Bermula seawal kurun ke-14 SM Terdapat 2 kumpulan kesusasteraan China; ceritacerita klasik dan falsafah. sistem tulisan dapat dikekalkan walaupun dijajah kerana bersifat grafik.

Terdapat pelbagai genre sastera China klasik seperti

puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Shi Jing, antologi puisi yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud sekitar kurun ke 11 SM-476 SM. puisi China berkait rapat dengan muzik dan bersifat singkat, padat dan naratif. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose).

Perbezaan prosa dan puisi adalah tidak jelas, tetapi

keduanya mempunyai fungsi sosial dan politik. Drama cina dari jenis zaju drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan (1279 1368). Drama dijadikan medium untuk melahirkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Douer Yuan (ketidakadilan Yuan).

Pada kurun ke-18, lahir opera China.


Digunakan oleh Konfusius untuk menerapkan nilai-

nilai moral dan etika. Muzik adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman Konfusius. Sistem melodi muzik klasik China adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan.

Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat

dengan seni lukis dan puisi. Perkembangan kaligrafi telah menghasilkan pelbagai bentuk tulisan China. Seni lukisan China pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus). Kejuruteraan hidraulik dan pembinaan Tembok Besar China menggambarkan kemajuan dalam seni bina.

Korea: penjajahan China menyebarkan pengaruh

Konfusionisme. Kerajaan Korea menubuhkan institusi pendidikan yang mengkaji Konfusionisme dan Buddhisme. Juga menghantar beratus-ratus pelajar ke China Oleh itu, setiap perkembangan dan konsep konfusianisme telah diamalkan sepenuhnya oleh Korea. Vietnam: panduan dan rujukan bagi golongan pemerintah dalam pengetahuan politik, ekonomi dan perancangan pendidikan.

You might also like