You are on page 1of 13

PENGANTAR LINGUISTIK

BIDANG-BIDANG LINGUISTIK PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

PENGENALAN

Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa.

Kamus Dwibahasa (1981:716)


Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa.

Abdullah Hassan
Linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Stork dan Widdowson(1993) Linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.

PENGENALAN
Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.

linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

BIDANG LINGUISTIK
LINGUISTIK PERBANDINGAN Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) juga dikenali sebagai linguistik komperatif satu cabang linguistik sejarah yang membuat perbandingan beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah Kaedah perbandingan merupakan teknik asas yang digunakan di dalam linguistik perbandingan. mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memberikan perbezaan dan persamaan struktur bahasa, hubungan sejarah dan rumpun sesuatu bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan struktur.

LINGUISTIK PERBANDINGAN
menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga.

LINGUISTIK SEJARAH
Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah, iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. disiplin linguistik yang bersangkutan dengan perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi, seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya. Cabang ilmu bahasa ini dikembangkan atas dasar untuk memperoleh bentuk-bentuk prasejarah sesuatu bahasa. Linguistik sejarah mempunyai empat kepentingannya iaitu mengukur sejauh mana hubungan kekeluargaan bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun yang sama dan hubungan kekeluargaan

BANDING BEZA
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik dan secara diakronik
perbandingan beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

LINGUISTIK PERBANDING AN

menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa.

LINGUISTI K SEJARAH

kajian tentang linguistik sejarah dan meneliti tinggalan sejarah

Merupakan cabang atau sub disiplin linguistik. B Kajian berkaitan dengan masa dan kajian bermula pada abad ke-19. Kepentingan kajian cenderung kepada pengkelompokan rumpun penutur sesuatu bahasa.

Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah

PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK


EDWARD SAPIR seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi (asal usul) Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran dengan dari aspek psikologi (pemikiran manusia). Sesuatu struktur bahasa itu menentukan struktur pemikiran manusia. Sapir: Tiada bahasa yang sempurna. Bahasa akan sentiasa berubah. (The Language Drift). Menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881) yang mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang menggunakannya.

LEONARD BLOOMFIELD
seorang pakar linguistik yang berasal dari Amerika. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme dalam teori bahasa yang kini dikenal sebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi. sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. bahasa terdiri daripada sejumlah isyarat yang berupa unsurunsur vokal. Teori linguistik Bloomfield adalah lambang-lambang perilaku ucapan dan erti hubungannya yang dilaksanakan melalui ujaran.

FERDINAND DE SAUSSURE
Bapa linguistik moden dan tokoh gerakan strukturalisme. bahasa ialah satu sistem isyarat yang memiliki bahagian terpenting, berupa gabungan daripada makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya itu dalam rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi. Beliau telah menjadi tersohor dengan hasil penelitiannya yang dikenali dengan Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Beliau telah mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistik historis (diakronis) kerana masing-masing menggunakan pendekatan yang berlainan

FERDINAND DE SAUSSURE
Ferdinand de Saussure orang pertama yang telah mengemukakan konsep langue dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan yang terdiri daripada dua aspek iaitu langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit). parole bererti pertuturan sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat. Langue pula merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa, iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat bahasa. Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai jirim dan bentuk.

RUMUSAN
Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat sahaja. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak mustahil bagi kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku. Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu.

SEKIAN.. TERIMA KASIH..

You might also like