You are on page 1of 39

BAB 3

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Objektif:
Melihat perkembangan parti politik di Malaysia Bagaimana parti politik membantu usaha memperkukuhkan kesepaduan sosial Cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik

Pendahuluan
Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik -mencorakkan pembangunan politik di negara ini. Daripada lahirnya kesedaran politik -penduduk yang -haluan berbeza antara satu kaum dengan lain sehingga wujudnya partiparti politik bercorak perkauman. Berkembang ke arah penyatuan politik antara etnik di Malaysia.

KONSEP MODENISASI & PEMBANGUNAN POLITIK


Konsep modenisasi merujuk kepada proses transformasi dan
perubahan berencana

Dua aspek modenisasi ialah pembangunan politik dan


pembangunan ekonomi

Pembangunan Politik
Bermatlamat - untuk membina negara-bangsa melalui kaedah top-down seperti:
Menghayati ideologi negara Menerapkan dasar-dasar awam Memupuk semangat nasionalisme

Bagaimana untuk ukur kejayaan pembangunan politik?


Melalui penilaian dasar-dasar awam.

KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA


Aspek demografi:
Keunikan komposisi etnik mewarnai wajah sosiobudaya, proses politik.

Jumlah penduduk 28 juta (2010)


Melayu 55%, Cina 25% dan India 7% Sarawak Sabah

Pekerjaan
Melayu (Islam, kampung, pertanian) Cina (Buddha dll., bandar, perdagangan) India (Hindu dll., estet, pelbagai subetnik) Lain-lain (Orang Asli, Baba-Nyonya, Portugis, Siam).

KERJASAMA POLITIK & HUBUNGAN ETNIK


Kerjasama Semasa British
Ciri-ciri strategi British ke arah negara-bangsa di Tanah Melayu Berperingkat-peringkat
peringkat awal, terhad; meluas selepas Malayan Union, penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British

Pemisahan dan pembahagian kuasa (kuasa Sultan dihadkan) Kembalinya British ke Tanah Melayu membawa Malayan Union. Malayan Union sebagai negara-bangsa bersifat unitary, dan kesaksamaan. Ciri-ciri Malayan Union Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali hal berkaitan Islam dan adat istiadat Melayu. Hak kerakyatan berasaskan prinsip jus soli.

KERJASAMA SEMASA & SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN


Kerjasama Semasa & Selepas Pendudukan Jepun
Mengajar pentingnya kerjasama antara etnik untuk mencapai objektif politik Contoh kerjasama antara etnik UMNO-MCA, then MIC

Tentangan membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di bawah Dato Onn Jaafar. Penubuhan MIC (1946) dan MCA (1949)- kesediaan untuk kerjasama dengan Melayu Hasil kerjasama UMNO, MCA, MIC, menang 51 drp 52 kerusi MPP 1956. Dato Onn keluar UMNO dan tubuhkan IMP kerana cadangan untuk buka UMNO kepada bukan Melayu tidak dipersetujui.

Kesedaran Kebangsaan & Politik Orang Melayu


Bermula sejak zaman Kesultanan Melaka, bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk & pemimpin tempatan terhadap penjajahan & perjuangan untuk mempertahankan bangsa & kerajaan. Perjuangan penduduk & pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang penjajah British pada tahun-tahun berikutnya di negeri-negeri Melayu.

Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan agama di kalangan orang Melayu. Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu. Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam masyarakat Melayu. Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau & masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah. Antaranya: Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908 Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun 1917 Madrasah al-Masyur di Pulau Pinang. Madrasah ini telah berjaya melahirkan tokoh politik Melayu yang penting seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi.

Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat memperjuangkan kepentingan politik orang Melayu. Yang wujud hanya pertubuhan dan persatuan yang bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya memajukan diri mereka dalam aspek sosioekonomi. Antaranya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu Singapura yang berpelajaran Inggeris. Perjuangan utama KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu & memupuk kecenderungan mereka dalam bidang politik.

Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina & India


Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di Tanah Melayu.

Perjuangan politik yang jelas di kalangan orang Melayu berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu & dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah pada Ogos 1938.

KMM adalah pertubuhan politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu. Penubuhannya adalah hasil kesedaran sekumpulan nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu. Warta Malaya telah menjadi lidah perjuangan KMM.

Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina


Berbeza dengan orang Melayu, berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China. Penghijrahan mereka ke Tanah Melayu turut membawa bersama pertubuhan atau persatuan sulit bagi tujuan melindungi kepentingan ahli kumpulan ketika berada di sini. Kewujudan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin di kawasan lombong di negerinegeri pantai barat seperti di Perak dan Selangor merupakan bukti jelas wujudnya kesedaran mereka untuk berpersatuan. 1

Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang India


Secara umumnya, sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat India boleh dikatakan tidak aktif dalam politik. Ini disebabkan kebanyakan mereka di ladangladang yang jauh dari arus pembangunan. Keadaan ini menyekat mereka daripada memahami perubahan politik di India mahupun Tanah Melayu. Terdapat sekumpulan kecil orang India yang tinggal di kawasan bandar sudah mempunyai kesedaran politik. Mereka terdiri daripada golongan peniaga dan profesional. Mereka lebih cenderung kepada politik negara India dan kegiatan politik golongan ini dipengaruhi oleh pergolakan politik di India.

Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan India


United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union.

Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu.

Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy Tujuan-untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Kemenangan Perikatan UMNO-MCA-MIC menunjukkan aliran politik yang bukan bercorak perkauman mula diterima oleh penduduk Tanah Melayu. Kemenangan ini membuka jalan yang lebih luas bagi Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pemerintahan British. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pencapaian ini menunjukkan telah mula wujud kompromi dalam perkembangan nasionalisme dan hubungan etnik di Tanah Melayu.

Kesedaran Nasionalisme dan Politik Sebelum Tahun 1959 (Sarawak)


Kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Sarawak mula muncul di sekitar tahun 1930-an. Gerakan nasionalisme etnik Melayu pada tahun 1930-an adalah diketuai oleh Rakawi Yusof. Beliau menerbitkan akhbar Fajar Sarawak (akhbar Jawi) pada tahun 1930. 4 Jun 1959 persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan sebuah parti yang dikenali Sarawak United Peoples Party (SUPP). SUPP menjadi pelopor kepada politik berparti di Sarawak.

Orang Melayu menubuhkan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA); kaum Dayak pula menubuhkan Sarawak National Party (SNAP) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). PANAS adalah parti politik kedua yang dibentuk di Sarawak selepas SUPP. PANAS ditubuhkan secara rasmi pada 9 April 1960. Penubuhan PANAS mendapat galakan daripada kerajaan kolonial untuk mencabar SUPP. SNAP merupakan parti politik yang ketiga ditubuhkan di Sarawak dan adalah parti kaum Dayak yang pertama.

Pembentukan Parti Perikatan Sarawak dan Pilihanraya Umum 1963 Untuk menguatkan perpaduan parti proMalaysia, kelima-lima parti pro-Malaysia, iaitu PANAS, BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Barisan Bersatu Sarawak (Sarawak United Front/SUF) pada 22 Oktober 1962 SUF kemudiannya telah ditukarkan kepada Parti Perikatan Sarawak (Sarawak Alliance Party/SAP). Ahli jawatankuasa SAP terdiri daripada Temenggung Jugah (PESAKA), Pengarah Montegrai (PESAKA), Dato Tuanku Haji Bujang (BARJASA), William Tan (SCA), Leong Ho Yuen (PANAS), Stephen Kalong Ningkan (SNAP), Ling Beng Siong (SCA) dan K.K. Menon (SNAP).

Pembentukan SAP menandakan satu peringkat perkembangan penting dalam politik Sarawak. SAP amat perlu dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum seperti Sarawak demi mencapai keharmonian dan kesefahaman di antara kaum-kaum utama di Sarawak.

Perkembangan Politik di Sabah


Politik berparti di Sabah bermula dengan agak lewat, iaitu pada tahun 1961 setelah pengumuman gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman

Kesedaran Politik Sebelum Tahun 1961


Parti politik pertama yang dibentuk di Sabah ialah United National Kadazan Organization (UNKO). UNKO adalah parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah. Ia ditubuhkan pada Ogos 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephens. USNO dibentuk pada 23 Disember 1961, iaitu empat bulan selepas penubuhan UNKO. Ia dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu Harun (Pengerusi), Mohd Said bin Kemak, Mohd Yassin bin Hj. Hashim, Sakaran bin Dandai dan ketua-ketua suku Suluk, Bajau dan Melayu-Brunei.

Orang Murut berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu Muslim. Oleh itu, G. S. Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momogun Organization (Pasok Momogun) pada 4 Januari 1962 bersama dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon.

Orang Cina telah menubuhkan parti politik mereka pada tahun 1962. North Borneo Democratic Party (NBDP) dibentuk di Kota Kinabalu yang dipimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) di Sandakan dan diketuai oleh Khoo Siak Chiew. Komuniti India juga menubuhkan pertubuhan politik mereka supaya komuniti ini tidak diabaikan dalam arus perkembangan politik di Sabah. Pertubuhan yang dibentuk adalah North Borneo Indian Congress (NBIC) pada 14 Oktober 1962

Pada Oktober 1961, kerajaan British mengumumkan pilihanraya pertama bagi Sabah akan diadakan secepat mungkin untuk menyediakan penduduk Sabah ke arah berkerajaan sendiri. Dengan itu, parti-parti politik di Sabah akhirnya mencapai persetujuan untuk bergabung membentuk satu pakatan bersama. Parti UNKO bergabung dengan USNO pada Ogos 1962 untuk membentuk Parti Perikatan Sabah.

KERJASAMA SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA


Parti Perikatan -> Barisan Nasional 1972 (ahli-ahli baru: PAS, Gerakan, dan SUPP) Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis etnik.

PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA FORMAL


Slps Persekutuan Tanah Melayu merdeka dpd Inggeris pd thn 1957, satu perjanjian - kontrak sosial dicapai antara Melayu dan bukan Melayu. Kontrak sosial ini bertambah kompleks apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 dgn kemasukan Sabah dan Sarawak dan Singapura. Kewujudan Malaysia menambahkan lagi elemenelemen khasnya yang turut termaktub dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

PERLEMBAGAAN MALAYA 1948


memusatkan kuasa perundangan tetapi memberi kuasa pentadbiran kepada kerajaan-kerajaan negeri di Malaya. mengandungi peruntukan khas yg bertujuan melindungi kuasa Raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu. Pilihanraya pertama (Jun 1955) tlh diadakan utk memilih ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan Malaya. Tahun 1956 satu persidangan tlh diadakan di London antara pemimpin Parti Perikatan dgn pihak British. Persidangan tsbt tlh memutuskan bhw Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yg merdeka pd 31 Ogos 1957. Lanjutan dpd persidangan tsbt, satu Suruhanjaya yg diketuai oleh Lord Reid tlh dibentuk pd bulan Mac 1956.

Tugas utama Suruhanjaya Reid:


merangka satu perlembagaan persekutuan bg mewujudkan satu kerajaan pusat yg kuat dan dpt memerintah dgn baik.

Perkara yg dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid:


kewarganegaraan kedudukan Raja-raja Melayu pembahagian kuasa antara negeri dan kerajaan pusat hak-hak istimewa orang Melayu

Dlm usaha merangka perlembagaan, Suruhanjaya Reid turut meminta pandangan dpd Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin parti-parti politik, dan pandangan serta cadangan dpd org ramai. Antara perkara yg menjadi perhatian utama adalah tuntutantuntutan dpd org Melayu dan bukan Melayu.

KONTRAK SOSIAL 1957


Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu dan Raja British (1948), Malayan Union tlh dimansuhkan dan digantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu. Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakan wakil Raja British), yg mempunyai kuasa yg luas dlm hal membuat undang-undang dan menjalankan pentadbiran negeri. mempunyai Majlis Perundangan Persekutuan yg berhak membuat undang-undang sebagaimana termaktub dlm Jadual Perjanjian 1948 dan sehubungan itu lahirlah Perlembagaan Malaya 1948.

Di antara perkara penting kontrak sosial adalah spt berikut:


Kedudukan Raja-raja Melayu tidak boleh dipersoal. Hak Istimewa Melayu tidak boleh dipersoalkan. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi yang lahir selepas Persekutuan Tanah Melayu. Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa lain (Cina dan Tamil) boleh digunakan.

PERJANJIAN MALAYSIA, 1963


Tidak mengubah kontrak sosial. Merupakan persetujuan yang dicapai di antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju utk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan Singapura yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yg mengandungi tuntutan-tuntutan yg dikemukakan oleh Sabah sebagai syarat negeri itu bersetuju menyertai Malaysia. Dua puluh perkara tersebut menyentuh: Agama. Bahasa. Perlembagaan. Imigresen. Kewangan. Bumiputera Sabah.

Bg mengetahui perkara yg dipersetujui dan dimaktubkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia utk Sabah dan Sarawak hasil rundingan Malaysia, beberapa perkara harus dirujuk, di antaranya:
Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak, dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual ke-9. Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak, dalam Senarai III (Senarai Konkuren), Jadual ke-9. Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak. Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak (dalam peruntukan kewangan).

Asas ini penting utk memahami proses politik antara etnik dan hubungan antara kerajaan pusat serta negeri, khasnya berkaitan sabah dan Sarawak.

HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA


Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan boleh berlaku dgn sendiri apabila individu-individu yg terlibat melihat faedah dpd proses tersebut. Perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam bidang politik di mana ia dapat membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran Kejayaan dalam bidang politik ini tidak dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan dan ekonomi Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung pihak kerajaan dgn dasar-dasar bersifat top-down.

Dlm pembangunan ekonomi memang wujud ukuran tertentu yg boleh dijadikan penanda aras pencapaiannya. Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh dilihat melalui pelaksanaan dan prestasi setiap dasar kerajaan yg menyentuh soal perpaduan negara. Dasar pelajaran kebangsaan misalnya, penggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah salah satu langkah mewujudkan perpaduan.

KESIMPULAN
Cabaran terbesar terhadap pembangunan ekonomi dan kestabilan politik boleh dilihat dlm keadaan timbal-balik iaitu: Jika ekonomi merosot akan menjejaskan kestabilan politik. Jika politik tidak stabil membawa kesan negatif pada kemakmuran ekonomi. Senario pembangunan politik di Malaysia dapat dilihat bermula daripada lahirnya kesedaran berpolitik dan gerakan nasionalisme di kalangan berbagai etnik di Malaysia dan berkembang kepada penubuhan parti politik bercorak perkauman sehingga kepada penggabungan parti politik pro-kerajaan untuk memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. Kerjasama antara etnik utama tersebut akhirnya membawa kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung kepada integrasi nasional yg berpanjangan.

You might also like