You are on page 1of 30

DISIPLIN ASERTIF CANTER

Disediakan oleh : Armazurin Bin Ab Razak Mohd Amar Aizat Bin Abdul Yaser

APA ITU DISIPLIN??

Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, disiplin didefinisikan sebagai: is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturanperaturan yang ditetapkan.
http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html

Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan.

http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html

APA ITU ASERTIF??

Asertif berasal dari kata asing to assert yang berarti menyatakan dengan tegas. Taumbmann (l976) menyatakan bahwa asertif adalah suatu pernyataan tentang perasaan, keinginan dan keperluan peribadi kemudian ditunjukkan kepada orang lain dengan penuh keyakinan.

http://ulyniamy.wordpress.com/2010/05/21/teori-asertif/

PERILAKU ASERTIF

Fensterheim menyatakan bahwa seseorang dikatakan asertif hanya jika dirinya mampu bersikap tulus dan jujur dalam mengekspresikan perasaan, fikiran dan pandangannya pada pihak lain sehingga tidak merugikan atau mengancam pihak lain. Baer menyatakan bahawa perilaku asertif merupakan kemampuan seseorang untuk dapat mengemukakan pendapat, saran, dan keinginan yang dimiliknya secara langsung, jujur dan terbuka pada orang lain. Orang yang memiliki sikap asertif adalah orang yang memiliki keberanian untuk mengekspresikan fikiran, perasaan, dan hak-hak peribadinya, serta tidak menolak permintaan-permintaan yang tidak beralasan. Menurut Docker (1990), perilaku asertif merupakan perilaku yang jujur (terus terang), langsung dan ekspresi yang penuh penghargaan terhadap fikiran, perasaan, dan keinginan dengan mempertimbangkan perasaan dan hak-hak orang lain. Inti dari perilaku asertif adalah (1) mempertahankan hak, (2) mengekspresikan diri, (3) terbuka dan jujur, dan (4) menghargai hak orang lain. http://ulyniamy.wordpress.com/2010/05/21/teori-asertif/

Dipelopori oleh Lee Canter.

Membentuk satu hubungan dan persekitaran yang positif antara guru dan murid.

Guru menyatakan dengan jelas tentang kehendak dan perasaannya kepada pelajar.

MODEL ASERTIF CANTER

Satu set peraturan digubal oleh guru

Sesiapa yang mengikut peraturan akan menerima penghargaan positif

Sesiapa yang ingkar, akan menerima akibatnya

Diasaskan oleh Lee Canter .

Menggariskan 3 jenis guru iaitu agresif, tidak asertif dan asertif.

Disiplin Asertif Canter

Peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Hak murid untuk dapatkan suasanan bilik darjah yang kondusif.

Menekankan hak guru dalam pengurusan bilik darjah.

communicate to students that you are serious about teaching and about maintaining a classroom in which everyones rights are respected

(Carolyn M.Evertson, Edmund T.Emmer, MurrayE.Worsham:153).

Pada pandangan ketiga-tiga orang di atas ini, Model Disiplin Asertif membantu guru mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas.

Garang, kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa, tidak bertolak ansur dengan murid.

Guru Agresif

Murid perlu ikut arahan tanpa bantahan.


Serius dan tegas Sentiasa gunakan arahan tegas. Pendekatan yang pasif terhadap murid.

Guru Yang Tidak Asertif

Kelihatan kelam kabut,tidak tegas, sampai murid tidak lagi menghormati guru. Akan jadi berputus asa dan tibatiba menjadi terlampau garang pada murid-murid.

Jelas, yakin dan tegas. Membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid.

Guru Asertif

Membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini. Membentuk sistem yang menggalakkan kerjasama dengan murid-murid.

1) Tetapkan Peraturan

4) Tindakan Pembetulan

Pelan Disiplin
3) Pendekatan Asertif

2)
Peneguhan

TETAPKAN PERATURAN

Murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif.

Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.

Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah.
Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.

Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.

PENEGUHAN

Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran.

Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan. Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka. Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan.

Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang.

Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.
Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.

Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah.
Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.

PENDEKATAN ASERTIF

Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan

Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut.

Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.
Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturanperaturan yang perlu dipatuhi oleh muridmurid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas.

Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

TINDAKAN PEMBETULAN

Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada muridmurid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten.

Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.
Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

APLIKASI OLEH GURU TERHADAP MURID

Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah.

Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan.

Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah.

Langkah Langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Penerangan Peraturan
Cara Perlaksanaan Peraturan Semak Kefahaman Murid Maklumkan Tentang Ganjaran
Penerangan Tentang Tindakan Pembetulan Cara Tindakan Pembetulan Dikenakan

Semak Kefahaman Murid

CARA MEMAHIRKAN DIRI ..

Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga muridmurid mematuhi arahan guru. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan.

SEKIAN

You might also like