You are on page 1of 23

Mandi bunga merupakan salah satu adat yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin perempuan.

Mandi bunga ini dilakukan seminggu sebelum berlangsungnya hari perkahwinan.

Untuk mandi bunga, tidak perlulah pergi ke spa atau sebagainya kerana ianya senang dan boleh dibuat sendiri.

Bahan-bahannya :
- Bunga kenanga. - Bunga mawar. - Bunga susun kelapa. - Bunga kesidang. - Bunga tanjung. - Bunga cempaka. - Hirisan daun limau purut. - Hirisan daun pandan. - Air mawar (biasa dijual dikedai bunga India).

Cara-caranya ialah : 1. Air mawar dititikkan kedalam hirisan daun pandan dan daun limau purut yang telah diracik halus. 2. Kemudian rendamkan 7 jenis bunga tadi dengan air semalaman didalam mangkuk seramik. 3. Sebelum mandi bacakan Salawat nabi 3 kali dan Alfatihah sekali dan niatkan untuk tujuan apa anda mandi bunga ini. 4. Selepas itu barulah air rendaman ini digunakan untuk mandian.

Untuk menaikkan seri wajah pengatin. Ianya juga mampu menaikkan semangat diri dan kesegaran badan. Haruman bunganya dapat menenangkan fikiran. Warna-warna bunga menceriakan aura penglihatan dan ketenangan.

Malam Berinai merupakan satu majlis keramaian yang dilaksanakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar.

Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga.

Contoh daun inai yang belum digiling halus dan dipakaikan ke jari pengantin perempuan

Pengantin perempuan pada malam berinai

Pada hari akhir sebelum majlis akad nikah, istiadat megandam akan diadakan.

Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar).

Mak Andam merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyerikan wajah melalui andaman dan solekan serta menguruskan sepenuhnya perihal pengantin perempuan sepanjang hari perkahwinan. Di samping itu, istiadat ini merupakan satu cara bagi Mak Andam untuk mengetahui kesucian perempuan. Cara mengandam ini berbeza antara seseorang Mak Andam dengan Mak Andam yang lain. Selepas rambut dan bulu kening pengantin perempuan dibentuk, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat.

Pisau cukur untuk mencukur anak rambut dan kening pengantin Kain putih sepanjang dua meter untuk menadah anak rambut yang dicukur Tepung tawar atau campuran bedak sejuk dan air Daun sepulih dan daun hati-hati sebagai alat untuk menepung tawar pengantin Kemenyan dan tempat berasap. Asap kemenyan akan diusapkan ke muka dan badan untuk menaikkan seri pengantin

Tepur ayam muda yang telah dijampi oleh Mak Andam untuk diminum oleh pengantin
Duit sebagai duit pengeras untuk Mak Andam

Bahan-bahan yang digunakan oleh Mak Andam untuk melulur dan mewangikan badan pengantin perempuan

Sebelum disolek, wajah pengantin mestilah dibersihkan terlebih dahulu

Wajah pengantin disolek oleh Mak Andam sebelum upacara bersanding

Subang yang dipakai oleh pengantin Melayu dahulu

Kedua-dua sisir rambut ini diperbuat daripada kulit kura-kura. Pemidangnya dibuat daripada emas dan diukir dengan motif awan larat bunga cina yang melingkungi bentuk sisir itu

Sepasang gelang tangan emas dengan reka bentuk potong wajik

Dokoh emas direka dengan motif bunga dan daun

Tiga jenis pending yang berlainan corak dan bentuk .

Cucuk Sangggul Jurai yang gemar dipakai oleh pengantin Melayu dahulu dan sekarang

Kerongsang berangkai tiga

Dua jenis cucuk sanggul, di kiri cucuk sanggul jenis teguh dan di kanan adalah cucuk sanggul goyang.

Cara cucuk sanggul goyang dipakai ke rambut pengantin

Gelang kaki pintalan tali yang dibentuk daripada emas, biasanya dipakai oleh pengantin Melayu dahulu

Gambar menunjukkan gelang kaki yang sedang dipakai oleh pengantin

Set butang empat biji yang dipakai oleh pengantin lelaki pada kot

Agok atau rantai papan ini biasanya dipakai oleh pengantin lelaki Melayu

Jenis ikatan tengkolok yang dipakai oleh pengantin lelaki Melayu

Pengantin perempuan yang telah siap diandam secara tradisional

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin. Pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding,kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah itu dan disinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat.

Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami isteri itu mengikut adat tidakboleh diambil oleh mereka. Kain tersebut akan dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin. Menurut adat Melayu,bukan sahaja kain basahan itu tidak boleh diambil semula oleh kedua pengantin itu malah mereka juga ditegah untukmemerah sendiri kain tersebut. Ini semua bertujuan untuk membuang rasa takut atau menolak bala daripada kedua-duapengantin itu. Kain tersebut akan diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu membuang dan menjauhkan bala.

You might also like