You are on page 1of 22

PENDEKATAN

BELAJAR
MELALUI
BERMAIN
PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting
dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat
kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup
seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di
rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu
program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4
hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara
formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah, 1998).

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik
ini juga akan mendatangkan keseronokkan 84 dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan
bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi
perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta
memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan
lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad
nombor, kadkad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah
satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan
perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh
diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain,
mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak
mendapat tingkah laku yang baru. Kanakkanak melibatkan diri dalam
permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian
dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;


“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku
hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan
dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus
1995,2).
Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan
bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui
penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini.
Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan
tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak
dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar.
Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi
melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181).
Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play”
sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental
mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa
dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan
mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan
boleh menjadikan mereka kreatif.
Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan
perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat
melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan
kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain
itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main
kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan
bahasa yang tertentu.
Pendekatan
Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi memulakan serta
melaksanakan tugas bagi menggatasi masalah.

Belajar melalui bermain

Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan


Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang
memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara
berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti
bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang
boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang optima.

Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan


pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal
kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan
Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang
terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar
dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.
Proses Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (1970), Pembelajaran ialah
proses belajar dan menerima pengetahuan daripada
pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal
seorang kanakkanak akan mengguna dan menajamkan deria
penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh. Mereka
juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai
dengan minat dan daya kreatif mereka.

Prasekolah
Prasekolah dikenali juga dengan istilah pendidikan
awal kanak-kanak termasuk istilah ‘kindergarten’ serta
‘nursery’. Dalam Kamus Dewan (2002) menyatakan
prasekolah ialah situasi di mana kanak-kanak sebelum
memasuki sekolah atau tadika/tabika.
Kesimpulan
Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan
aktiviti yang paling penting untuk kanak-kanak prasekolah. Kanak-
kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan
cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan
persekitarannya. Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi
permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari
peranan-peranan individu mereka.

Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga


yang berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain
sama ada di dalam ataupun di luar tadika. Menurut teori
cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan
permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan
emosi serta mengurangkan ketegangan. Menurut Piaget pula,
permainan memainkan peranan asimilasi, iaitu kanak- kanak bole
menerima maklumat yang membantu perkembangan melalui
permainan
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan belajar melalui bermain yang
disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya
penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semulajadi.
Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan
di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor
halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri
pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan
penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran,
melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang
kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa
bermain.
Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the development of
language and thougt. Mental structures are formed through the use of signs
and tools and play helps in this formation. Play also frees the child from the
constrains of the real world that surround the child. In this way play gives
children greater control over situation than they would have in reality.
Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed
from reality. They are thus allowed to engage in higher order thought
processes through play.” (Spodek. Et.al, 1989,ms 181).
Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi
kanakkanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat
semulajadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau
juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-
kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain
hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai
dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid.
Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan
imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan
menggembirakan murid. Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan
penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga
dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran
manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak
dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.
Main Dalam Kurikulum
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan
dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam
konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif
kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa
perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:
iii.main yang terancang
iv.main yang berstruktur
v.main yang fleksibel
vi. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain


sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam
merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah,
khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya
tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara
perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis
menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi
panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah
disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects
may guide children to numerous approaches, leading them to
appreciate the fact that problems may have multiple solutions.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main.
Antaranya ialah:

i. mengalakkan imaginasi
ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil,

dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis


bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif,
bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan
sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak
hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari
kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak.
Trend Ikutan Abad ke 21
Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah,
kanak-kanak telah menjadi topik perbualan penting terutama jika isu
pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah menjadi fokus utama
untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa maupun
pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend
sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan
pengurusan bilik darjah prasekolah, khususnya dalam konteks di
Malaysia.

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai


panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan unuk proses
pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara penggunaannya
di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex.
Inilah yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran
pembelajaran dan kurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-
mana prasekolah yang wujud. Maupun wujud perbezaan ini, aktiviti
bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak mengambil
kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.
Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah
merupakan program tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga
6 tahun bertujuan untuk menyediakan murid dengan kehidupan seharian
dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah.
Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai
pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan
bersepadu dan bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di
dalam kurikulum prasekolah kebangsaan menampilkan satu persamaan
iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas sekali pendekatan yang
digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakan oleh
guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak
membuangmasa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.

Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak


khususnya di prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang
bertanggungjawab dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu
peranan penting ialah mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang
dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah
penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-
kanak untuk melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.
Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia
dilahirkan (Maria Montessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian
besarnya diperolehi daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak
mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan
ibu bapa dalam aktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan
dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak ( Singer, 1973;
Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf,
Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh
sekumpulan pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah
penyeliaan penulis telah membuktikan bahawa penglibatan positif ibu
bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanakkanak. Begitu
juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah
membuktikan pendapat yang sama.
Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal
Kanak-Kanak.
Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa
contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah
main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang
boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai
sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri
yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka
pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata
McCaslin (2000).

“Drama builds positive self-concepts in children as they participate in


experiences
that have no right or wrong answers”

Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri


kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif
juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan
melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula
menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi
abstrak yang bermakna.
Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu
aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti
ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan
Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan
juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu
aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh
dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai
estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti
bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh
kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti
situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm &
Edminston (1998) “In creative drama, children act “as if” their
imagined world were an actual world and represent familiar feelings,
thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script
for an audience.”
Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di
kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001;
Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka
menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing
neural structures, and a means by which all children practice skills they
will need in later life. Banyak lagi kepentingan main dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung
dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya
bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang
tertentu.
 Perkembangan fizikal.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung
rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan
motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak
berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-
bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan
kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa
lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di
mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing
untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995;
Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata
& Maeda, 2002; Santrock, 2003).
Perkembangan sosial dan emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai
contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang
dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, &
Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan
memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-
kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai
sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri
sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan
pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka
telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (
McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran
divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif
(perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000;
Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran melibatkan
operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan
Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.. Namun, jika main untuk
digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran ia akan meninggalkan
kesan negatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu


permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang
penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta
memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003),


sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan
dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap
realiti dalam pengajaran seperti :

 Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang


pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.

Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan


untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan
serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan
menjadi fleksible kepada perubahan.
Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak
langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan
kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan
asas mereka.

Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala


mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan
interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda
terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.

 Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar.
Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa
mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan
menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan
keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.
~TAMAT~
RUJUKAN
www.scribd.com
Disediakan oleh :
NOOR AZMIN BINTI ADLI
IP1E
PENGAJIAN KURIKULUM DAN
MODEL PRASEKOLAH

You might also like