You are on page 1of 20

SIMULASI : PEMBELAJARAN INDIVIDU, BERPASANGAN DAN BERKUMPULAN

Mengajar Murid Mencari Nilai Murni. 3 orang atau 4 orang murid melakukan simulasi di pasar. Pelbagai watak boleh diwujudkan antaranya ibu, anak perempuan, penjual ikan dan penjual sayur. Murid-murid akan mendengar dengan teliti dialog dan mencari nilai murni yang diterapkan setelah selesai simulasi. Murid-murid membacakan nilai murni yang ditulis dan membincangkannya dengan guru.

Kumpulan ini mengumpulkan murid-murid yang memiliki taraf kebolehan berdasarkan keputusan penilaian. Pengumpulan murid-murid mengikut keputusan penilaian biasanya digunakan dalam pembahagian kumpulan semua subjek. Pemerhatian yang berterusan juga membantu guru untuk tujuan pengasingan kumpulan. Secara lazimnya, guru-guru akan membentuk tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.

Dibentuk setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas. Murid yang cerdas akan membantu murid lain. Kumpulan ini dapat membina perkembangan emosi dan sosial ahli kumpulan melalui aktiviti lawatan, permainan, kerja projek, simulasi dan sebagainya. Mengembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah.

i.

Murid telah dilatih mengendalikan tatakerja aktiviti kumpulan supaya pengajaran berjalan lancar. ii. Guru peka terhadap ahli kumpulan supaya tiada murid meninggi diri atau rendah diri. iii. Aktiviti bekerjasama dan pertandingan yang sihat perlu diwujudkan dalam kumpulan. iv. Sebelum aktiviti bermula, guru memastikan murid telah bersedia dan mendengar arahan dengan teliti.

Guru perlu beredar untuk membantu muridmurid ketika aktiviti berjalan. Pada akhir pengajaran, guru perlu membincangkan hasil tugasan semua kumpulan. Sebelum pembelajaran ditamatkan, guru dan murid-murid perlu membuat rumusan terhadap isi pengajaran.

1) Guru tidak dapat memberikan perhatian yang sama kepada ahli kumpulan. 2) Pembelajaran rakan sebaya kurang berlaku. 3) Peruntukan masa terlalu terikat. 4) Kekurangan bahan di dalam kelas. 5) Jumlah murid terlalu ramai menyebabkan keadaan tidak tenteram, bising dan berdisiplin.

You might also like