You are on page 1of 8

SINTAKSIS

Disediakan oleh:
FARAH FAZRIYANA BT BASRI FITRI NORLIDA BT IBRAHIM IZA KASMADIANA BT KASMIJAN NOR AZRINA BT MOHD ZAINOL NUR AFIFAH BT AHMAD

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 Bahasa Melayu

Struktur Binaan Ayat


Pensyarah: En Mohd Nor bin Hamzah

Soalan: Huraikan struktur binaan ayat mengikut peringkat sistem tatabahasa.

Perkataan utama

Perkataan boleh digolongkan kepada dua

Perkataan bukan utama

Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berponntensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Frasa

Binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unik yang mengandungi dua perkataan atau lebih.

Contoh: burung seekor burung burung merpati seekor anak burung merpati

Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan prediket yang menjadi konstituen kepada ayat.
Klausa bebas: dapat berdiri sendiri dan bersifat secara ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausar yang dipancangkan kepada klausa yang utama dalam satu binaan ayat yang sempurna.

Klausa tak bebas: klausar yang tidak dapat berdiri dengan sendiri kerana maknanya bergantung kepada klausa bebas .

Satu unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi tatabahasa yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dangan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat terbahagi kapada dua golongan iaitu golongan yang disebut ayat dasar dan ayat terbitan Setiap ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan mengandungi pelbagai jenis dan ragam ayat. Seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Unsur atau konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausar, dan bilangan klausar yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, iaitu sama ada jenis, ayat tunggal atau ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausar contohnya : -Anak itu lapar. -Selendang ini untuk kakak. Ayat majmuk mengandungi lebih daripada satu klausar contohnya: - Anak itu lapar kerana belum diberi susu. -Selendang ini untuk kakak manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik.

RUMUSAN

AYAT

Kucing gemuk itu sedang makan. kucing gemuk itu sedang makan kucing gemuk itu sedang makan

KLAUSA

FRASA

PERKATAAN

kucing

gemuk

itu

sedang

makan

Untuk lebih penerangan rujuk:


- Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar - Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka

You might also like