You are on page 1of 10

Aktiviti komunikatif sangat penting dalam pengajaran bahasa kerana menurut Littlewood (1981) aktiviti ini akan dapat

menyediakan amalan-amalan keseluruhan tugas (whole-task practice), meningkatkan motivasi dalam pembelajaran, membolehkan wujudnya pembelajaran semula,jadi (natural learning), dan mewujudkan konteks atau situasi yang dapat menyokong pembelajaran . Dua jenis iaitu Terdapat dua jenis aktiviti komunikasi yang boleh digunakan iaitu aktiviti komunikasi fungsian dan aktiviti interaksi sosial. (Littlewood,1981)

Prinsip yang terkandung dalam aktiviti komunikatif fungsian ialah guru membentuk sesuatu situasi supaya pelajar-pelajar menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti ini memberikan penekanan terhadap aspek-aspek fungsian sesuatu komunikasi bagi kegunaan dalam kelas

Menurut Littlewood (1981) ialah aktiviti penggunaan bahasa dalam situasi yang hampir menyerupai penggunaan bahasa sebenar.
Oleh itu, guru perlu memindahkan situasi penggunaan bahasa sebenar seharian itu ke dalam kelas. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut adalah dengan guru menjadikan kelas sebagai persekitaran sosial.

Aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan oleh guru hendaklah berdasarkan aktiviti komunikasi fungsian kerana fokus utama aktiviti jenis ini ialah aktiviti di dalam bilik darjah .

Hasrat komunikasi

Tujuan Komunikasi

Kandungan dan bukan struktur Kepelbagaian struktur bahasa

jurang maklumat KRITERIA AKTIVITI KOMUNIKATIF Harmer (1983) Johnson (1982)

pemindahan maklumat

Tiada campur tangan guru

jigsaw

kebergantung an tugas

pembetulan kandungan

Tiada pengawalan bahan

1. Hasrat komunikasi. Aktiviti hendaklah menimbulkan hasrat untuk berkomunikasi. Pelajar merasakan mereka benar-benar perlu untuk bercakap dan berkomunikasi.
2. Tujuan komunikasi. Aktiviti hendaklah melibatkan pelajar melakukan komunikasi sebenar dan bukan hanya untuk mempraktikkan bahasa sahaja. Oleh itu perlu ada jurang maklumat atau idea antara peserta komunikasi. 3. Kandungan dan bukan struktur. Dalam melaksanakan aktiviti, pelajar perlu menumpukan perhatian terhadap perkara yang mereka perkatakan dan bukan kepada kaedah mereka memperkatakannya. Oleh itu, mereka perlu menumpukan kepada mesej yang hendak disampaikan bukan kepada struktur-struktur bahasa yang digunakan untuk menyampai mesej tersebut.

4 Kepelbagaian struktur bahasa. Aktiviti hendaklah membolehkan pelajar dapat menggunakan pelbagai bentuk atau struktur bahasa. Pelajar akan merasa bebas untuk menggunakan apa jua bentuk atau struktur bahasa yang menjadi pilihannya. 5. Tiada campur tangan guru. Aktiviti yang membolehkan pelajar melaksanakannya sesama mereka. Pembetulan atau penilaian guru adalah terhadap hasil aktiviti yang telah dijalankan. Penilaian juga hendaklah berasaskan pencapaian pelajar dalam komunikasi dan bukan terhadap penggunaan bahasa sama ada betul atau salah. 6. Tiada pengawalan bahan. Aktiviti tidak akan mengawal bahasa yang akan digunakan oleh pelajar. Tetapi pelajar sendiri yang akan memilih bahasa yang akan mereka gunakan.

1. Prinsip pemindahan maklumat. Aktiviti yang melibatkan pemahaman terhadap maklumat yang diterima dan kemudian memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk yang berlainan. Seperti memindahkan maklumat dalam bentuk graf kepada laporan bertulis. 2. Prinsip jurang maklumat. Sebagai contoh, komunikasi akan wujud apabila seorang A tidak mengetahui apa yang diketahui oleh seorang B. Untuk tujuan mendapatkan maklumat, A akan bertanya kepada B bagi mengurangkan jurang maklumat antara keduanya. 3. Prinsip cantuman benda berpisah (jigsaw). Aktiviti yang dapat mengumpulkan maklumat yang terpisah untuk menyempurnakan sesuatu tugas.

4.

Prinsip kebergantungan tugas. Sesuatu tugas hanya akan dapat dijalankan dengan menyelesaikan tugas lain yang terdahulu. 5. Prinsip pembetulan kandungan. Penilaian guru adalah kepada hasil bahasa pelajar semasa berkomunikasi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tetapi pada peringkat tertentu, guru boleh membetulkan ketepatan tatabahasa pelajar.

You might also like